Friday, July 30, 2010

Catatan KelapanBelas : Saya Sayang Awak

Awak..
Saya sayang awak..

Awak..
Maafkan saya ye..

Awak..
Saya tak sanggup kehilangan awak..

Awak..
Saya bahagia bersama awak..

Awak..
Jangan tinggalkan saya..

Awak..
Saya masih perlukan awak..

Awak..
Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awak..

Awak..
Saya sedih sekarang ni..

Awak..
Saya menangis sekarang ni..

Awak..
Saya sayang awak sangat2..

Awak..
Kuatkan semangat ye..

Awak..
Saya sentiasa bersama awak..

Awak..
Saya nak awak sihat..

()'''()
( 'o' )
(")*(")
Sebab saya mahu awak bersama saya hingga ke akhir hayat


p/s : Awak yang dimaksudkan bukan siapa siapa cuma bayangan aku saja! (seram tak? haha.)
p/ss : Mungkin di suatu hari kalau aku punya someone special dalam hati, aku nak dia baca ini.

Thursday, July 29, 2010

Catatan KetujuhBelas : Edit Gambar






Hahaha. Gelak sorang sorang aku tengok hasil edit gambar ni. Maaf aku tak ingat kat mana aku main benda gini. Dekat facebooklah aku rasa. Ada application bodoh ni. (Kira aku bodoh jugak ek main edit ni? Ahhh, lantaklah!)

Wednesday, July 28, 2010

Catatan KeenamBelas : Pemakai C.R.O.C.S




Ini aku jumpa kat facebook, sejauh mana kebenaran itu aku tak berani nak beri jawapan. Cuma apa yang aku nak kata, sekarang memang trends orang pakai selipar Crocs ni tak kira lelaki atau perempuan. Yang pasti aku tak suka. Itu saja.

Tuesday, July 27, 2010

Catatan KelimaBelas : Twilight Versi Melayu

Pertama dulu Twilight..

Kedua The Twilight Saga: New Moon..

Ketiga The Twilight Saga: Eclipse..


















Ni plak poster The Twilight Saga: Eclipse versi MELAYU ok..

Cun?

Monday, July 19, 2010

Catatan KeempatBelas : Renungan Bersama

Dari satu lagi artikel yang ditulis oleh Zaharuddin..
Melalui harian metro kalau tak silap..
"Dosa dalam facebook"
Masya Allah..

5 penghujahan sudah cukup membuka mata kita..

Pertama - Mendedah keaiban suami atau isteri di facebook
Luahan perasaan si suami atau si isteri dlm facebook..
Memang berlaku..
Pada awal tahun ini, banyak blog dok cita pasal fb Hani Tarmizi.. Btul tak?
Mengutuk dia.. Macam2..
Salah satu masalah rumah tangga la ni..

Kedua - Terlebih gambar
Gambar yang berlebihan..
Aku mengaku, aku pun sama..
Tapi yang menyedihkan bila tengok fb kwn2 ni..
Gambar berseronok di kelab2 mlm..
Si perempuan ni merokok.. Ada plak minuman keras kat ats meja..
Gambar bercium.. Berpeluk..
Bangsa kita tu.. Seagama..
Maaf kalau ada yang terasa..
Tapi inilah hakikat..
Korang rasa bangga ke pamer gambar camtu?
Aku sungguh tak berkenan..
Mamat yang aku suka tu, yang aku gle2kn sgt tu..
Pun ade gak gambar yang agak berlebihan ni!
Kalau gambar yang baik, elok.. Tak kesah..
Skali lg aku mohon maaf..
Aku tak cakap gambar2 dlm fb aku mantap..
Tapi kalau dah sah2 pic korang tu 18sx..
Sedarlah wahai kwn2 ku..
Ingat status married with *** korang kt fb tu telah menghalalkan perbuatan korang ke?
Malu lah sikit.. Kalau mak bapak korang tengok pic tu..
Aku rasa mau masok hospital kot kena serangan jantung..
Astaghfirullah al'azim..

Ketiga - Muat turun gambar untuk simpanan dan tatapan       
Copy + paste gambar orang lain utk simpanan peribadi..
Ini lagi perbuatan yang aku tak berkenan juga..
Aku alami satu pengalaman yang mematangkan aku bila bercakap soal gambar ni..
Maaf ye kepada yang terase..
Kalau boleh janganlah buat fb dan guna gambar orang lain..
Menyamar ntah pape..
Lelaki jadi pompuan.. Pompuan jadi lelaki..
Malas nak cite pjg tapi harapnye yang sdg buat benda ni.. Stop lah..
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga..
Namun di sebalik kejadian itu, ade hikmah yang tersembunyi..
dari situ juga aku kenal mamat yang aku cinta sekarang ni..
Hehe..
Tolong ok.. Zaman semakin canggih ni..
Hati2 dgn gambar korang..
Takut nanti proses makeover dilakukan.. Edit m'edit ni..
Super impose yang paling menakutkan..
Pvt kan album korang dlm fb tu..

Keempat - Tandakan gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat
Tagged photo tanpa izin.. Dan pic lame yang dedahkan aurat..
Yelah, sekarang korang dah b'tudung, dah kawen..
Tup2.. kawan upload pic korang zaman remaja dolu2..
Hambek kau.. Wat malu je..
Tapi sesetengah org dia suke..
Jadi bahan gelak ketawa..

Kelima - Mengutuk diri sendiri dan kebaikan
Aku tak tau nak komen ape..
Ape yang aku faham melalui penulisan ustaz Zaharuddin adalah..
Dia maksudkan sepertimana yang keempat tu..
Apabila masuk alam pekerjaan dan perkahwinan misalnya..
Wanita selalunya akan mengalami tranformasi diri..
Sama ada dr segi pakaian, make up atau sebagainya..
Jadi, bila kawan2 upload pic lame..
Yang di tagged itu akan komen macam2 pasal dirinya yang sudah berubah..
Komen2 itulah yang dikatakan mengutuk diri sendiri..

Sekian..




Sunday, July 18, 2010

Catatan KetigaBelas : Ayat Klise

Surah AN-NUR: Ayat 26
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

Ayat klise perempuan/lelaki single :
Single itu lebih baik (Padahal dalam hati jeles tengok orang lain couple)

Ayat klise perempuan/lelaki yang sedang bercinta :
Semoga perhubungan kita till jannah

Ayat klise perempuan/lelaki yang baru putus cinta :
Semoga saya berjumpa dengan pasangan yang lebih baik

Ayat klise perempuan/lelaki yang sudah bertunang :
Banyak dugaan dan cobaan di ketika ini. Perlu banyak bersabar



p/s : Ahhhh aku jugak yang single and available! 
p/ss : Pelik, kenapa banyak sangat kes cerai sekarang?

Wednesday, July 14, 2010

Catatan KeduaBelas : Wahai Adam

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, 
malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya,
 dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Wahai A.D.A.M
Sedarilah bahawa aku H.A.W.A
yang tercipta untukmu..

Adam,
Hawa memerlukan bimbingan dari engkau,
Tapi mengapa Hawa ditinggalkan terkapai kapai..
Apa engkau lupa tanggungjawabmu?

Adam,
Engkau punya 9 akal manakala Hawa punya 9 nafsu,
Engkau selayaknya menjadi pemimpin,
Namun sekarang sebaliknya..

Adam,
Ingatlah bahawa Hawa bukan dicipta dari kepalamu,
Kerana Hawa bukan untuk dijunjung,
Kerana Hawa juga bukan untuk diagung agungkan..

Adam,
Ingatlah bahawa Hawa bukan dicipta dari kakimu,
Kerana Hawa bukan bahan sepakanmu,
Kerana Hawa juga bukan untuk disia2 siakan..

Adam,
Engkau perlu tahu bahawa Hawa dicipta dari tulang rusukmu,
Supaya sentiasa berada disampingmu,
Tika senang mahupun susah..
Untuk mengecap kebahagiaan di dunia dan di akhirat..





p/s : Aku lupa dimana aku cilok benda ni! Hahaha.

Tuesday, July 13, 2010

Catatan Kesebelas : Berani

Apa apa sahaja yang berkaitan dengan hati ni memang sakit. Betul tak bro? Alaaa, mat rock yang selalu pegang gitar pun kalau putus cinta, boleh bertukar nyanyian dia tahu! Semua orang tak kira lelaki atau perempuan akan rasa sakit hati. Siapa tak pernah rasa sah bukan manusia.

Tapi kadang kadang sakit pada hati ini sebenanrnya perlu jugak untuk kita sedar dan rawat hati kita. Cuma masalah kalau dah jatuh hati! Bagaimana untuk meluahkan. Lagi lagi kaum hawa. Kaum adam takde hal bro! Perempuan ni reject dia, dia cari perempuan lain.. Tapi tidak bagi seorang perempuan. (Atau mungkin aku seorang je kot rasa macam ni) Perempuan kalau dia sudah cinta, selamanya dia cinta sama macam benci! Sekali dia membenci, selamanya dia terus membenci.

Malangnya bila perempuan jatuh hati pada lelaki dia terpaksa sembunyikan. Malu konon dicop perigi cari timba. Tetapi kalaulah tak diluah bagaimana orang itu nak tahukan? So, nak tak nak kena berani meluahkan. Orang kata "katakanlah yang benar walaupun pahit". Aku rasa boleh diguna ungkapan itu sebab pahit itu merujuk apakah dia akan kecewa atau gembira ; ianya melambangkan perasaan. Kalau diterima gembira kalau ditolak kecewa. Mudah.


p/s : Aku rasa aku seorang yang berani untuk meluah cuma masih takde lelaki yang bertuah. Hahaha.

Catatan Kesepuluh : Al-Fatihah

Pergi tak kembali.. Itulah ungkapan yang sering kita dengar kan bila mendapat berita kematian.

Seperti biasa lepas balik dari surau, sekitar jam 5.30 pagi, emak akan kejutkan aku.. Tapi pagi ni lain benar suara emak aku.. Aku pun bingkas bangun bila lampu bilik dinyalakan.. Yes, tak syok nak tido bila sinaran neon memancar ke dalam mata.. Kemudian emak aku bersuara dengan skrip yang lain.. Selalu dia kata "bangun solat subuh" tapi bertukar kepada "pak cik Dinal meninggal"..

Innalillahwainalillahirojiun..
Dengan secara tiba tiba aku mengimbau semula kenangan bulan lepas bersama arwah dan keluarganya.. Arwah pak cik Dinal sekeluarga baik sangat, walaupun sebenarnya kami sekeluarga takde bau bau bacang atau hubungan saudara dekat.. Cuma hubungan akrab bapa dan pak cik Dinal sewaktu kecil membuatkan hubungan kekeluargaan semakin erat.. Bapa dan pak cik Dinal memang rapat semenjak dari kecil sehingga akhir hayat pak cik Dinal..

"Kami ni tak banyak kawan sangat masa kecil kecil sebab kami miskin, hidup susah takde yang nak kawan", itu lah kata kata pak cik Dinal kepada aku di suatu petang semasa aku dan bapa menetap beberapa malam di rumah arwah bulan lepas.. Kunjungan aku ke Kuching pada masa itu untuk pendaftaran dan orientasi PJJ USM.. Bapa ajak menetap di rumah kawan dia, supaya senang.. Aku selama ni memang dengar je nama pak cik Dinal ni, tapi tak pernah jumpa lagi orangnya..
Hajat nak jumpa akhirnya termakbul dan tak sangka pulak pertemuan itulah kali pertama dan terakhir.. Dulu bila bapa aku ke Kuching selalu kami hairan kenapa bapa akan menetap di rumah pak cik Dinal, sedangkan bapa masih ada adik beradik lain di Kuching..
Sekarang baru aku faham setelah aku sendiri melalui pengalaman bersama keluarga arwah pak cik Dinal..

Ikutkan, 21 Julai ini, arwah bersama isteri dan anak bongsunya yang berusia 14 tahun akan ke sini.. Bapa aku belikan tiket untuk mereka tiga beranak sebagai tanda terima kasih sebab bapa aku selalu menumpang di rumah mereka.. Jadinya untuk membalas, bapa aku belikan mereka tiket kapal terbang ke sini dan bolehlah tinggal untuk beberapa hari di rumah kami pulak..

Malangnya, hajat tak sampai.. Lebih kurang seminggu lagi mereka akan ke Miri tapi Allah lebih sayangkan pak cik Dinal.. Moga roh allahyarham dicucuri rahmat..







Sunday, July 11, 2010

Catatan Kesembilan : German

Akhirnya, GERMAN menjuarai perlawanan semalam walaupun untuk tempat ketiga! Tahniah. 3 gol masing masing telah disumbangkan oleh Thomas Mueller pada minit ke19, Marcell Jansen pada minit ke54 dan Sami Khedira pada minit ke86. 

p/s : Seperti biasa tengok bola sorang sorang takde teman :( 

 

Friday, July 09, 2010

Catatan Kelapan : Malam 27 Rejab

Hari ini Jumaat 9 Julai 2012 masihi bersamaan 26 Rejab 1431 hijrah. Malam ini 27 Rejab. Dimana Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke11 kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. (Ini bukan ceramah agama sebab aku bukan ustazah)

Sebenarnya, aku cuma nak kongsikan gambar kat bawah ini. Lihat 3 bintik di tengah tengah kalimah Allah dan fokus dalam 10 saat. Kemudian, lihat pada dinding kosong berhampiran anda. 






Thursday, July 08, 2010

Catatan Ketujuh : Kalah



GERMAN KALAH TAK MASUK FINAL!

Sebenarnya aku bukanlah peminat bola sepak nombor satu. Tapi kalau World Cup tiba, memang aku layan juga bola sepak ni. Dan dari dulu pun aku suka German. Orang kata lelaki yang minat pasukan bola German adalah seorang romantik dan penyayang. (Ok tipu!) Tapi kalau boleh, memang aku nak cari lelaki yang minat pasukan German so boleh tengok tv sama sama sokong pasukan yang sama. Takdelah kes yang kalah tidur luar kan?


p/s : Kalau anda lelaki yang minat German, sila cari saya! Hahaha. 

Sunday, July 04, 2010

Catatan Keenam : Cinta

Apa itu CINTA?
Cinta itu satu perasaan yang mana datangnya tanpa kita sedari. Hadir tanpa kita minta. (Aku kurang arif sebab aku tak pernah bercinta, cinta monyet tak boleh pakai.) Tapi orang selalu kata kalau jantung kita berdegup kuat itu maknanya kita sudah jatuh cinta. (Maaf, aku masih tak merasai degupan jantung sebegitu. Masa ambil results SPM dan STPM adalah. Itukah cinta aku?) Dan aku selalu dengar orang kata cinta itu perlukan pengorbanan dan cinta itu tak seharusnya memiliki. Tetapi percayalah, berapa kerat manusia yang boleh berkorban demi cinta? Yang terkorban kerana cinta banyak. Maksud pengorbanan dalam cinta ini sebenarnya merujuk kepada kita memberikan ruang dan waktu kepada pasangan kita untuk dia melakukan apa yang dia kehendak. Atau kita melepaskan pasangan kita untuk orang lain. Manakala bagi maksud cinta itu tak seharusnya memiliki ialah kita kena terima kenyataan kalau yang kita suka/minat/cinta itu tak ambil kita sebagai pasangan dia. Tapi ini macam kejam kan? Tapi soal hati dan perasaan tak boleh paksa. Percayalah, jodoh itu kuasa Allah. (Aku cakap seolah ada pengalaman tapi zero)


p/s : Siapa cinta aku? 

Catatan Kelima : Bola Sepak dan Tilawah Al-Quran

Cerita Bola Sepak :

Tahniah GERMAN. (Aku memang suka German!)
4 gol diisi cukup kemas dengan penyumbang gol pertama Mueller pada minit ke3. Separuh masa kedua pula, 2 gol disumbangkan oleh Klose pada minit ke66 dan ke89 dan 1 gol oleh Arne Friedrich pada minit ke74. Cantik. (Agak agak boleh jadi pengulas suka tak?)

Cerita Tilawah Al-Quran :

Tahun ini, Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke53 berpusat di negeri Sabah. Keputusan muktamad seperti di bawah : 

Qari :
1. Wilayah Persekutuan (82.01%)
2. Kelantan (79.66%)
3. Kedah (79.33%)

Qariah :
1. Johor (79.34%)
2. Selangor (79.33%)
3. Wilayah Persekutuan (77.66%)


p/s : Bola lu tengok jugak bro, tapi mengaji jangan lupa ok!

Saturday, July 03, 2010

Catatan Keempat : Lelaki lembut

Kat Malaysia ni ramai lelaki lembut. Tetapi apa sebenarnya takrifan lelaki lembut itu sendiri? Adakah semua lelaki lembut itu gay? Oh tidak. Saya suka lelaki lembut. Hahaha. Mari kita lihat kategori lelaki lembut.

1.Lelaki dan handbag
Perasan tak Azwan Ali suka berjalan dengan handbag besar dia? Tetapi kalau lelaki yang tolong bawa handbag awek dia apa cerita? "So sweet" kata orang lah. Tapi bagi aku, handbag tetap aksesori wanita dan seharusnya lelaki tak pakai. Tolong bawa awek punya handbag buat seketika boleh tapi kadang kadang tengok bukan sekejap tapi berterusan. Adakah lelaki itu lembut? Mungkin jiwanya lembut.

2. Lelaki dan masakan
Perasan tak Chef Wan antara chef terkenal di Malaysia dan dia seorang lelaki. Chef Ismail juga seorang lelaki. Ciri ciri lelaki lembut memang ada juga terlihat pada personaliti mereka tetapi Chef Wan tetap punya anak. Hebat tak hebat. Tapi sebenarnya lelaki yang pandai masak ni elok buat tolong isteri di dapur. Ramai lelaki kadang kadang buat isteri macam orang gaji. Ini salah.

3. Lelaki dan baju ketat
Pernah jumpa lelaki lembut pakai baju longgar? Selalunya pakaian mereka baju sendat/ketat dan seluar pendek paras lutut dan ada yang pakai atas lutut. Tetapi ada juga lelaki macho pakai baju macam tu dan sebelah dia awek cun. Lelaki lembut ke tu? Mungkin jiwanya lembut.

4. Lelaki dan pink
Dekat Malaysia ni warna pink memang untuk perempuan. Aku tak tahu kat mana undang-undang berkaitan warna tetapi selalunya pink sinonim dengan perempuan. Tengok je kalau events wanita kat negara kita mesti pilih tema pink. Oleh sebab itulah bila lelaki pakai pink terus kena cop lelaki lembut. Tapi tidak bagi aku. Comel what lelaki pakai pink. Hello, Fahrin Ahmad pelakon kacak tu pun suka pakai pink ok. Lembutkah beliau? Mungkin jiwanya lembut.

Kesimpulan, saya suka lelaki lembut jiwanya! Pandai masak, pakai baju pink.. Oh, comel dow!

Thursday, July 01, 2010

Catatan Ketiga : Stalker

Aku mungkin bukan pencinta lelaki yang hebat.
Tetapi aku boleh jadi hebat sebab lelaki.

Ceritanya begini,
Kalau kita suka seseorang itu apa yang kita lakukan?
Minta no telefon? Itu sudah pasti.
Minta link facebooknya? Tentu saja.
Tetapi, apa yang penting sebenanrnya ialah, jadi STALKER!

Aku mungkin bukan lelaki tetapi seandainya aku lelaki, aku suka perempuan yang tahu segalanya tentang aku dengan mencarinya sendiri tanpa menyoal kepada aku.

Sayangnya aku perempuan. Seandainya aku adalah stalker yang hebat sekalipun kepada seorang lelaki, adakah lelaki itu menerima aku?

Ahhh, bodoh! Lupakan tentang cinta hati.