Sunday, August 29, 2010

Catatan #32 : Aku Tak Kuat

Kadang kadang aku tak tahu dimana tempat untuk aku luah segala permasalahan aku. Selalunya aku akan menangis dalam bilik sorang sorang. Takde orang tahu. Adalah sorang dua rakan yang menjadi tempat untuk aku berkongsi cerita suka duka. Aku tak kuat sebenarnya tanggung sorang sorang. Aku perlukan pendengar yang bukan hanya menadah telinga saja! Tapi turut jadi penasihat. Sukar. 

Tipu kalau tiada manusia yang tiada masalah dalam hidup! Aku ini pula jenisnya bukan suka kongsi cerita dengan keluarga. Ada perkara aku beritahu mereka tapi ada perkara yang aku rasa kalau aku beritahu mereka, ianya tidak membantu! Jadi aku cari teman berbicara. Erm, orang boleh kata Allah itu maha pendengar. Yes. Aku tak nafikan. Aku solat. Aku berdoa. Perlu ke aku beritahu pada dunia? No! Luahan perasaan dari manusia kepada manusia itu sekurang kurangnya berupaya memberi sedikit suntikan semangat sebenarnya. 



p/s : Ini bukan soal cinta! Yang pasti.  

Catatan #31 : Jawapan Jujur

SECARA JUJUR, APA PERISTIWA PALING GEMBIRA PERNAH MENYENTAP KE DALAM HATI ANDA PADA TAHUN LEPAS?
Tahun lepas aku kerja kontrak 6 bulan di pejabat tenaga kerja dan terbercinta kat seorang budak lelaki semenanjung. Yang menyentap ke dalam hati ialah macam mana aku boleh couple pulak ni? Hahaha. Tapi dah putus cuma bertahan sebulan setengah je kot. Aku tak bolehlah dari kawan lepastu bertukar kepada pasangan kekasih. Lebih baik kenal lepas tu terus jadi kekasih. Baru syok!

SECARA JUJUR, SIAPA YANG SENTIASA BERADA DI DALAM HATI ANDA SELAIN IBU BAPA DAN KELUARGA?
Masih belum berpunya. Oh sedih. So, tiada siapa.

SECARA JUJUR, SEBUTKAN KENAPA ANDA MENULIS BLOG?
Entah. Suka suka.
 
SECARA JUJUR, ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA BERHARGA?
Mestilah. Apa punya soalan ni hoi?

SECARA JUJUR, APA CITA-CITA ANDA TIME KECIK2 DULU?
Aku ingat lagi masa sekolah rendah kita ada satu kad warna kuning dan dekat belakang tu tanya cita cita. Ada 3 kotak, pilihan cita cita satu, dua dan tiga. Setiap tahun kena isi dari darjah satu sampai enam. Dan aku jawab sama je. POLIS, PEGUAM dan WARTAWAN.
 
SECARA JUJUR, SIAPA YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN ANDA UNTUK DI TAG SEKARANG? SEBUT 5.



p/s : Ok selesai jawab tag. Terima kasih Ima. Penat jawab.

Contest Mimik Muka Paling Hodoh



Nak join?
Masih sempat lagi..
Klik sini untuk keterangan lebih lanjut ye..



Aku tag :

Black and White Contest




Korang kalo nak join masih sempat lagi..
 Baca syarat syarat tuan penganjur dulu ye..
Boleh klik sini untuk keterangan lebih lanjut..
Gambar yang aku pertaruhkan..


Nak Tag :
Along
Bro Loq
Kimie
Ijie

Friday, August 27, 2010

Catatan #30 : Cuti dan Ubat




Aku diberi cuti untuk beberapa hari. Sebab sakit mata. Gembira. Cuma tak gembira tengok pil. Aku tak tahulah apa penyakit yang aku hadapi sampaikan aku tak boleh nak telan pil. Selalunya aku tak makan. Oleh sebab aku sakit mata, aku akan letak cecair kat mata. Itu sahaja. Hahaha.Kadang kadang rasa rela aku kena cucuk jarum suntikan dari telan pil ini. Atau berikan aku ubat syrup please!

Tuesday, August 24, 2010

Catatan #29 : Biskut Raya

Aku takde idea nak tulis blog hari ini. Ahhh, citer biskut raya pun jadilah. Hahaha. Aku nak tunjuk 3 jenis biskut raya yang aku paling suka. Tapi aku tak suka buat. Rajin beli dan makan. Bukan tak pandai buat biskut raya cuma agak malas. Mungkin nanti kalau dah kahwin, suami tolong, mungkin aku rajin kot. Eh? Hahaha. Yang aku rajin cuma buat kek lapis sarawak. Betul.

Tart Nenas. Ke Tart Nanas? Yang pasti sedap!
 


Biskut Almond Landon. Uiii, ini kalau ada yang tak suka sah gay! Hahaha.
 

Biskut Cornflakes. Haa, ini je biskut yang aku buat. Takdelah aku malas kan? 
 
 

Saturday, August 21, 2010

Catatan #28 : Handphone




Ini yang dikatakan carta aliran handphone (hp) atau telefon bimbit. Aku memula pakai hp lepas PMR tahun 2004. Agak advance lah jugak walaupun.......Tapi aku tak macam budak sekarang yang nak pakai hp mahal mahal. Aku dulu pakai nokia 3310 yang kakak aku punya. Kemudian bertukar ke hp butterfly juga kakak aku punya. Lepas habis SPM tahun 2006 aku kerjalah kat kedai makan ni dapatlah duit sikit. Lepas tu adalah sorang kawan aku ni jual hp (yang macam warna merah dalam gambar atas) RM200. Aku pun terpedaya oleh sebab hp butterfly yang aku pakai tu takde kamera lepas tu taip sms ada limit macam twitter. Itu sebab aku angkat hp tu. Kemudian entah macam mana dari satu hp nak ada dua hp. Masa tu aku naik tingkatan 6, ramai kawan pakai maxis pulak. So beli simkad maxis, sebelum tu aku pakai digi. Oleh sebab nombor sudah dua aku beli hp second hand color hijau memang sebijik macam dalam gambar tu. Seronok gila pakai hp tu. Terbaik. Hp yang last kecik tu pulak adik aku pakai dan sebab hp yang merah tu besar, kitorang bertukar. Ahhh, sekali dia pakai hp merah tu habis hancur. Tangan budak lelaki memang panas ek? Langsung tak pandai jaga barang. Hahaha.



p/s : Kawan aku sms suruh call dia katanya takde kredit. Eh, dia ingat kredit aku banyak ke nak call dia. Ahhh, lepas call boleh pulak dia kata "raya jemput datang rumah." WTF? Sms pun boleh what. Sengal kawanku!
p/ss : Aku paling tak suka orang tukar tukar nombor tahu! Benci. 

Friday, August 20, 2010

Catatan #27 : Jangan Mengeluh


Kita berkata: Aku dah tak tahan!
Al-Quran menjawab:
"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat لله. Sesungguhnya tiada yg berputus asa dari rahmat لله melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf: Ayat 12

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada لله) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yg khusyuk."
-Surah Al-Baqarah: Ayat 45

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab:
"Cukuplah لله bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNYA. Hanya kepadaNYA aku bertawakkal"
-Surah At-Taubat: Ayat 129


p/s : Sesungguhnya aku pun selalu mengeluh..*oh, insaf!

Tuesday, August 17, 2010

Catatan #26 : Orang Bodoh vs Orang Pandai

Orang Bodoh 
 Ada motor tapi pegi kerja naik LRT jugak..(kes suka bergesel la ni)
Orang Pandai
- Takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ade otak.. (kes suka tumpang kereta/motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak.. masalah mangkuk jamban)

Orang Bodoh
- Company dah sediakan nescafe, milo. biskut bla bla bla, tapi pegi gak minum kat cafe.. (bukan free, bayar bro)
Orang Pandai
- Tak minum/makan di cafe tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla diangkut skali bawa balik.. (semua nak free)

Orang Bodoh
- Beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je, pastu dah tak guna.. Buang..
Orang Pandai
- Dia tunggu orang bodoh buang suratkhabar, pastu dia kutip.. Jimat duit..

Orang Bodoh
- Kentut kuat kat ofis pastu sangat bangga dengan baunya..
Orang Pandai
- Kentut senyap sunyi (takde bunyi) tapi baunya.. Boleh buat orang koma kejap! Pastu bermati2an salahkan member sebelah tu.. Teka sape member sebelah tu? Alaaaaaaaa.. Si bodoh yang kuat kentut tu la..

Orang Bodoh
- Cari buah hati pengarang jantung yang lawa2 je.. Nak tunjuk dia hebat la tu.. Tapi selalu kena kikis.. (kes nak jaga si dia kenalah turut segala perintah kan)
Orang Pandai
- Yang nak kat dia, dia sapu je.. Janji si dia sayang pada dirinya.. (duit tak habis, cinta sejati konon)

Orang Bodoh
- Dalam hati dia.. "Buang masa baca cerita ni!"
Orang Pandai
- Dalam hati dia.. "Akulah si pandai tu, jap2 aku nak tinggalkan komen!"


p/s : Aku jumpa cerita ini dalam inbox emel..Hahaha.

Sunday, August 15, 2010

Catatan #25 : Buang Bayi




“KES PEMBUANGAN BAYI”

Sedih bila tengok Buletin Utama tadi..Sepanjang tahun ini, sebanyak 64 kes pembuangan bayi..Secara purata 8 kes setiap bulan dilaporkan..Adakah bayi ini hasil dari Sambutan Tahun Baru? Opsss..Serius sedih! Kenapa berani buat tak berani tanggung..Inilah dia akibat terlalu taksub dalam bercinta..Dah tak tahun nak beza halal haram..Nak buat elok nikah dulu..Sebab rata rata pembuangan bayi di negara kita dilakukan oleh remaja yang belum berkahwin..Ish ish ish..Emak aku selalu kata "mereka ni ingat tak sakit kot beranak tu.. itu yang sedap je buang bayi..". Aku no komen! Tapi ada betul jugak! Ada orang yang dah berkahwin pegi buang anak? Takde kan? Sebab emak mana tak sayang anak? Dan korang kena lihat, dalam banyak banyak kes pembuangan bayi ini semuanya cukup sifat..Ibu bapa yang punya anak istimewa (OKU) pun tak sampai hati nak buang bayi tahu..Inikan pula bayi yang sempurna takde cacat anggota badannya..






Saturday, August 14, 2010

Catatan #24 : Belajar Menghargai


Dalam hidup ini, memang sukar untuk kita puaskan hati semua pihak. Kadang kadang kita rasa apa yang kita buat itu betul tapi tak sangka pulak ada pihak yang tersinggung. Aku mengaku diri aku bukan seorang yang bijak pandai, hebat apatah lagi sempurna. Oh tidak. Aku insan yang lemah. Dan seringkali aku gagal dalam subjek "Menghargai". Pernah dengar "cintailah orang yang mencintai diri kita?" Benar. Tapi selalu kita bayangkan kita mendapat orang yang kita cinta kan? Dan kita selalu lupa dengan orang yang ada depan mata kita. Itu aku. Ahhh, nak duduk sekali lagi dalam peperiksaan subjek "Menghargai" boleh? Hahaha.

Aku bukan sombong. Dan aku bukan mahu menolak kalian. Cuma aku selesa begini. Aku tak pernah pandang pada paras rupa apatah lagi kekayaan. Cukup hati aku suka dan seseorang itu boleh membuatkan aku gembira. Lantaklah dia tak kacak, tak kurus sekalipun yang penting hati. Yes.




*Nota Hatie : Bila kita suka pada si A, si A suka pada si B, si B pula suka pada si C dan si C suka pada kita. Ahhh. Hidup ini memang palat.

Wednesday, August 11, 2010

Catatan #23 : 1 Ramadhan 1431 Hijrah

SELAMAT BERPUASA
Tiada apa yang menarik melainkan hari ini kita sebagai umat Islam kena menahan diri dari lapar dan dahaga. Nafsu semua pun kena kawal, contoh nafsu nak merokok. Ok. Nafsu marah pun. Seriuslah semalam aku marah dengan seorang hamba Allah ni. Ahhh, tahulah aku ni single mana ada tempat lepas geram kan? Nak merajuk paling paling nangis bawah bantal je. Mana orang nak pujuk. Sadis tak? Cuma apa yang aku nak highlight kat sini ialah aku tak berapa pandai nak marah. Serius cakap ni. Aku lebih suka untuk diam. Tapi kalau aku marah dan berjaya bersuara itu bukan aku. Percayalah. Mungkin jin dalam badan aku kot. Hahaha. Betul. Aku tak pandai nak marah orang tapi kalau aku dah diam itu tandanya aku marah. Eh? Hahaha.

Friday, August 06, 2010

Catatan #22 : Jangan Mengeluh

Hari ini Jumaat terakhir kita dalam bulan Syaban 1431 Hijrah..Jumaat depan kita dalam bulan Ramadhan yang mulia..So, entry aku kali ini tentang diri kita sendiri..Yang selalu mengeluh dan tak pernah nak bersyukur..Aku baca artikel ini dari iLuvislam..
Dihantar oleh ratu_imtihan.. (Aku pun tak kenal.. Ratu Elizabeth kenal la)


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al-Quran menjawab:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman (I am full of faith to اللهِ)" Sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya اللهِ mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut:Ayat 2-3


Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, اللهِ mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

-Surah Al-Baqarah:Ayat 216


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab:

اللهِ tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah:Ayat 286


Kita bertanya: Kenapa rasa frust?
Al-Quran menjawab:

 " Janganlah kamu bersikap lemah. Dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

-Surah Al-Imran:Ayat 139



Wednesday, August 04, 2010

Catatan #21 : Istimewa SITI

SITI KHADIJAH
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w..Seorang yang sangat setia, penyokong kuat suaminya walaupun ditentang hebat oleh orang2 kafir dan musyrik..Beliau juga yang bertanggungjawab menghantar makanan kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda beribadat di Gua Hira'..

SITI FATIMAH
Beliau adalah anak Rasulullah s.a.w..Seorang isteri kepada Saidina Ali dan setia pada suaminya walaupun miskin..Mereka tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang2 hanya menggunakan lengan Ali..
Rasulullah s.a.w juga pernah berkata "Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali memaafkanmu"..

SITI AISHAH
Juga merupakan isteri Rasulullah s.a.w.. Dan baginda memanggilnya dengan gelaran Humairah (pipi merah)..Beliau seorang isteri yang sangat romantik, serta sanggup berkongsi bekas yang sama dengan suaminya..

SITI HAJAR
Isteri kepada nabi Ibrahim..Seorang yang patuh kepada suaminya dan suruhan Allah..Sanggup ditinggalkan oleh nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan..Berjuang mencari air untuk anaknya nabi Ismail (pengorbanan seorang ibu mithali)..

SITI MARIAM
Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan nabi Isa..

SITI ASIAH
Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihidapinya daripada Firaun Laknatullah..

SITI AMINAH
Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w serta mendidik baginda menjadi insan yang terpuji..

SITI MUTI'AH
Isteri yang patut dicontohi dan telah dijanjikan Allah syurga untuknya kerana kesetiaannya terhadap suaminya..Beliau menjaga makan minum serta turut menyediakan tongkat kepada suaminya untuk dipukul sekiranya layanan yang diberikan beliau tidak memuaskan hati..Beliau juga hanya berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.. (Dah macam nama aku daa~ So kepada bakal suamiku, insya Allah saya akan jadi seperti ini.. Hehehe..)


SITI ZUBAIDAH
Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri kepada  Khalifah Harun Al-Rashid..Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai, hanya niat kerana Allah s.w.t..

Wallahualam.. 


p/s : 9 Siti ni diambil dari ceramah Ustazah Siti Norbahyah dalam rancangan Halaqah di TV9 yang bertajuk "Siti Impian"..  
p/ss : So, korang nak pilih SITI mana? Dekat Malaysia ni banyak sangat SITI..
Siti Nurhaliza, Siti Sarah, Siti Nordiana, Siti Saerah, Siti Musliha? Kenal tak dia ni? Ingat?
Jadi macam Ustazah Siti Norbayah la yang paling elok..

Tuesday, August 03, 2010

Catatan KeduaPuluh : Toreh Lengan

Pagi tadi masa breakfast aku ada bacaMetro kalau tak silap
"BUKTI CINTA GADIS REMAJA"
Artikel penuh klik sini ye..

Ok. Ini bukan lengan aku tahu. Aku tak mainlah benda yang menyakitkan diri sendiri. Ceh! Tapi seingat aku masa aku tingkatan satu dulu, memang popular permainan ini. Aku pernah tapi bukan macam ini. Aku paling nakal pun tulis nama lelaki yang aku suka pakai pen merah dekat paha. Bila fikir fikir balik geli usus perut aku. Abaikan! 

Balik kepada tajuk asal toreh lengan kengkonon sweet ini, aku nak bagi nasihat boleh? Haram hukumnya tahu. Sebab ia disifatkan sebagai tatu. Apa itu tatu? Ko pegi google images sekarang. Jadi, Islam memang melarang umatnya melukis tatu pada badan maka samalah juga dengan toreh nama bf/gf kat lengan ni. 

Cuba ko bayangkan pasangan kekasih yang toreh lengan ni putus cinta. Tapi nama kekasih masih terpahat kat lengan. Mau dipotong tangan tu. Hahaha. Yelah, bukan sebulan dua boleh hilang kalau kita dah toreh nama atas lengan ni. 


Sunday, August 01, 2010

Catatan KesembilanBelas : SAMAN


Sebelum kena saman, aku sempat membeli sejenis dua barang yang aku rasa macam tak penting pulak dah sesampainya aku ke rumah. Tapi dah beli! Yang bestnya, aku beli buku "Travelog Cinta Abadi"--Hati guwa macam ada taman sudah! Tapi belum.



Ini dia SAMAN!!! Hambek ko. (Tapi aku masih lesen P, tak jejas kan?)