Friday, October 29, 2010

"CUTEST BABY CONTEST" bersama Sinar Raudah


Hari ini aku nak join contest Amy Syaquena..
Hari pertama dia anjurkan contest ni dia dah ajak..
Cuma aku suka nak buat last2 minit..
Itu memang hobi aku ek..
Terlalu sukar untuk aku menghakis tabiat buruk aku tu..
Syarat2 dia senang je, lagipun memang aku seorang follower blog tu dan link blog Sinar Raudah


NAMA SI MANJA: MUHAMMAD NURZAFRI ZAQWAN
UMUR SI MANJA: 2 TAHUN
NAMA IBU SI MANJA: NORLIA MADIAN
***

Saturday, October 23, 2010

Catatan #43

Aku sudah 21 tahun..
Aku layak jadi pengundi..
Aku dah mendaftar!
Walaupun undi tu tak wajib, tiada paksaan tapi..
TANGGUNGJAWAB.. :)

*Gambar dari Abg Google*

Aku baru lepas menonton penggulungan Presiden Umno..Semangat aku tengok..Jiwa aku Parti Pesaka Bumiputera (PBB)..Haha..Sebab Umno takde kat Sarawak..Tapi Umno+PBB=BN.. Barisan Nasional jugak..Di bawah satu bumbung..Tapi aku tetap sokong Umnolah sebab, Umno memperkasakan melayu.."Semuanya hasil perjuangan Umno"Bukan aku cakap, Datuk Presiden yang cakap camtu tadi..Ye. Aku sokong 100%.."Walau ape2 pun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan"
Ni pun Perdana Menteri yang kata..Ye. Aku sokong 100%..Hanya BN yang layak pegang              MALAYSIA..



"Umno dahulukan rakyat," petikan ucapan Presiden..


Friday, October 22, 2010

Catatan #42 : Jawapan Paling Jujur


Jutaan terima kasih buat Cik Ain sebab tag aku..


1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Kad Pengenalan, kad atm, handphone

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Baju

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan 
perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Tak pernah fikir. Tunggu aku bercinta.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Tak.


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Entah. Belum bercinta lagi


6. Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Masih single lah.

7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
Travelog Cinta Abadi tulisan Roza Roslan


8. Apakah nama penuh korang?
Normutieah Binti Haji Madian


9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Dua dua pun sama.

10. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Perdana Menteri mungkin.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mesin basuh yang cuci..


12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Tanah suci Mekah

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Kenapa mesti pilih? Aku nak dua dua.


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag..
~Nama dia Siti Nurain Binti Kamarudin..
~Dia dah berpunya tau.. *Nak bertunang dah
~Dia seorang follower blog aku..

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup
~ Handphone
~ Laptop
~ Buku
~ Jam Tangan
~ Barang kemas 

16. Lagu yang paling suka dan selalu dengar
~Haramkah (Melly Goeslow)
~Hati Yang kau Sakiti (Rossa)
~Menanti Cinta (KrisDayanti)
~Pujaan Hati (Kangen Band)
~Terus Terang (Radja)
17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
17 April 1989. Tak pernah sambut.

Thursday, October 21, 2010

Catatan #41 : Cinta Kasyah dan Ayu

Kasyah: Ayu, inilah saat yang sudah lama aku nantikan.
Ayu: Benarkah Kasyah? Apakah kau rela jika aku pergi?
Kasyah: Tidak Ayu. Jangan kau tanya soalan begitu lagi.
Ayu: Kasyah, adakah kau mencintaiku?
Kasyah: Ya Ayu. Selama-lamanya.
Ayu: Pernahkah kau berlaku curang terhadap aku?
Kasyah: Semestinya tidak Ayu.
Ayu: Bertuah aku memilikimu, Kasyah.
Kasyah: Ya Ayu..
Ayu: Kasyah sayangku..

Lupa nak bagitau..Untuk lebih dramatik, silalah baca dialog ni dari bawah ke atas..



Thursday, October 14, 2010

Catatan #40


Aku puas!
Selesai menonton sandiwara atas pentas..
Bertopengkan hawa nafsu buas..
Semua yang memandang terpukau lemas..
Mungkin hanya aku yang panas..

Hey, kau sang diktator!
Ajaran kau sesat syaitan!
Ibarat penjajahan kuku besi berkarat!

Monday, October 11, 2010

Catatan #39 : Keabadian Cinta


 (i)
Saya benci awak..
Sebab surat awak buat saya tersentuh..

Saya benci awak..
Sebab awak faham dunia kegelapan saya..

Saya benci awak..
Sebab awak telah buat saya jatuh cinta..

Tapi kita tak boleh bersama..
Awak tak boleh mendengar dan saya tak boleh melihat..







 (ii)
Cinta itu BUTA..
Tapi saya katakan cinta itu membuatkan kita melihat lebih jauh ke dalam..
Cinta tak perlukan mata..
Cinta tak perlukan telinga..
Cinta hanya perlukan hati..

p/s : Keabadian Cinta adalah sebuah drama yang aku tonton di Astro Ria..
p/ss : Cinta perlukan hati! Jadi tak usah pandang paras rupa, kekayaan mahupun pangkat.. 

Friday, October 08, 2010

3 Soalan dalam 1 Jawapan

Seorang pemuda melanjutkan pelajaran di luar negara. Setelah kembali ke tanah air, dia meminta ibu bapanya mencari guru Agama atau Kiyai atau seseiapa sahaja yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.
Kemudian, seorang Kiyai ditemukan kepada pemuda tesebut.

Pemuda: Anda siapa? Apakah anda yakin anda boleh menjawab kesemua pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya, saya akan jawab pertanyaan2 saudara.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini, saya pernah bertanya kepada Professor dan orang2 pintar yang lain, tetapi mereka semua tidak mampu menjawab soalan2 saya.
Kiyai: Saya akan cuba mengikut kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 soalan. Pertama, kalau Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya. Kedua, apakah yang dinamakan takdir? Ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api, mengapa ianya dimasukkan ke dalam neraka sedangkan syaitan turut dicipta daripada api? Tentu saja tidak menyakitkan buat syaitan kerana kedua2nya daripada unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengar kesemua pertanyaan tersebut, lantas Kiyai menampar laju muka pemuda itu.

Pemuda: [Sambil menahan kesakitan] Kenapa anda menampar saya? Anda marah dengan soalan2 yang saya kemukakan?
Kiyai: Jangan salah faham. Saya langsung tidak marah. Sebaliknya, tamparan itu adalah jawapan kepada kesemua pertanyaan saudara.
Pemuda: Saya tidak faham apa yang anda maksudkan.
Kiyai: Bagaimana rasa tamparan saya itu?
Pemuda: Tentu saja saya merasa sakit.
Kiyai: Jadi saudara percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?
Pemuda: Ya. Saya percaya!
Kiyai: Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu.

Pemuda itu hanya terdiam dan tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Kiyai itu. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, namun tidak dapat menunjukkan kepada Kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai: Itulah jawapan kepada soalan pertama saudara. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tetapi tidak mampu melihat-Nya.

Si pemuda mengerti apa yang dimaksudkan dan mengakui kebenaran kata2 Kiyai itu.

Kiyai: Apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak!
Kiyai: Apakah saudara terfikir akan ditampar oleh saya hari ini?
Pemuda: Tidak!
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.

Sekali lagi, pemuda itu terdiam dan mengakui kebenaran kata2 Kiyai sebentar tadi.

Kiyai: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar saudara?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Terbuat dari apakah pipi saudara yang telah saya tampar?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat daripada api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan, biarpun kedua2nya dari unsur yang sama.

Mendengar jawapan yang diberikan, pemuda itu tidak menjawab dengan apa2 alasan. Sesungguhnya, memang benar apa yang dikatakan oleh Kiyai itu.


Sumber: Blog cg_Mila


(Nota Hatie: Pernah dulu baca satu buku berkisar dengan soal jawab agama oleh Kiyai dan beberapa orang yang berlainan agama. Tapi tak ingat tajuk buku tu.. Nak cari balik lah..)

Sunday, October 03, 2010

Catatan #38 : Sahabat


Yang diucap begitu indah..
Pabila bibir merah mula mengatur bicara..
Ditambah pula lesung pipit pemanis muka..
Komplit!!!
Aku tersentap..
Terlalu banyak komplikasi dalam dirimu sahabatku..
Apa kau sudah lupa?
Kita pernah berkompromi..
Saat dan tika itu hanya engkau penyimpan rahsiaku..
Aku jatuh dan bangun semula..
Gigih kerana aku mahu engkau bangkit juga bersamaku..
Gembira tidak terkata..
Dan melompat bagai langit itu rendah..
Ingin kugapai bintang berkelip..
Berikan pada engkau untuk menerangi kehidupanmu..
Tapi..
Angan-angan itu selalu musnah..
Si perawan yang kau kejar telah menggelapkan duniamu..
Perempuan tidak dipercaya lagi..
 Jalan hitam itu kau pilih semula..
AKU BENCI!!!
Aku rela melihat kau tenggelam sekarang..
Kerna aku tak mahu desa itu hilang kemudiannya..
Buka matamu tajamkan penglihatanmu..
Ramai lagi kesuma menanti..
Kendatipun bukan milikmu..
Ahhh..
Engkau pasti mahukan jantan itu juga!
Cinta terbelit..
Gunalah jampi serapahmu..
Hendah ku lihat bahagiamu..
Atau mungkin deritamu..
Maafkan aku sahabat, kata-kata ku tulus suci..
Automatik! Kuasa gear itu laju..
Menggerak hati setelah lama tidak bermain dengan emosi..
Tidak kau ingin merasai pengalaman monogami?
Indah seperti kata-katamu yang kerdil..