Thursday, December 30, 2010

Catatan #45 : Cuti Menang Bola


Semua sedia maklum, penantian 14 tahun Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila kejayaan milik mutlak pasukan bola sepak harimau kita..Perlawanan tersebutdipancarkanoleh RTM secara langsung menerusi TV1 bermula jam 8.00 malam..
Lantaran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan esok (Jumaat) sebagai cuti umum..Kejuaraan pasukan bola sepak negara semalam juga adalah yang julung2 kali lantas merampas Piala Suzuki AFF itu dari tangan Indonesia..

*Tahniah buat jurulatih bola sepak kebangsaan K.Rajagopal kerana mampu membawa pasukan negara ke final dan menjuarai perlawanan..
*Tahniah juga buat pemain Mohd Safee Sali yang menjaringkan sebanyak 5 gol untuk musim ini dan turut dianugerahkan "Top Soccer Award"


 p/s : Hari ini hari terakhir bekerja dalam tahun 2010.. Tahun hadapan barulah turun kerja balik!

Friday, December 24, 2010

Catatan #44 : Rahsia Adik Aku Dapat 8A PMR


  • Adik aku dapat 8A sebab kertas peperiksaan tahun 2010 ni amatlah senang berbanding kertas peperiksaan zaman aku, tahun 2004.. *Berpeluh2 aku jawab time tu dow, susah giler..
  • Adik aku dapat 8A sebab yang ajar dia kat rumah adalah aku.. Sabtu dan ahad memang aku habiskan masa mengajar dia je.. Masa aku PMR, takde sape plak mengajar di rumah.. *Aku terpaksa belajar sendiri..
  • Adik aku dapat 8A sebab dia belajar online, kat rumah ada wifi.. Zaman aku PMR, rumah aku takde line internet dow.. *Nak pegi cyber cafe pun jauh, duit plak takde..
  • Adik aku dapat 8A sebab bila dia tension atau stress tengah2 belajar dia boleh layan facebook, main games.. Masa aku plak, frienster je ade.. Tak dapat nak post status dan berkomen2.. *Tension tau, last2 tak boleh nak belajar..
  • Adik aku dapat 8A sebab dia ada handphone.. Boleh keep in touch dengan classmates.. Aku dulu, lepas PMR baru dapat handphone.. *Susah nak bertanya dengan kawan pasal kerja sekolah..
Tapi kan, walaupun aku cuma dapat 2A je dalam PMR, 6 matapelajaran aku yang lain tu, hanya 2,3 markah je lagi nak dapat A..



(Nota Hatie 2: Tahniah buat adik2 yang dapat semua A dalam PMR, yang dapat 2A pun kira ok what.. Samalah kite ek.. Dan yang kecundang tu, sabarlah.. SPM ade lagi ok..)