Thursday, June 30, 2011

10 Sebab Tak Perlu Hadir Perhimpunan BERSIH




*10 SEBAB MENGAPA RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENJAUHI PERHIMPUNAN BERSIH*

1) BERSIH sebenarnya diadakan dengan mempunyai agenda halus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan atas kes liwat. 9 Julai yg dipilih sebagai tarikh BERSIH sebenarnya merupakan tarikh di mana Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sg. Buloh. Jadi, pakatan haram cuba mencetuskan huru-hara dengan harapan mereka dapat menjatuhkan kerajaan, seterusnya menyelamatkan Anwar.

2) BERSIH boleh menjerumuskan negara ini ke dalam kancah huru-hara seperti yg berlaku di Mesir dan Libya. Perhimpunan haram tersebut boleh menjejaskan sektor ekonomi negara seperti perniagaan dan pelancongan. Ia juga boleh mencetuskan kesesakan lalulintas, mengancam keselamatan awam dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

3) BERSIH boleh mengundang campur tangan asing terhadap hal ehwal negara ini. Mengambil contoh seperti apa yg berlaku di Libya, negara asing khususnya yg tidak sefahaman dengan Malaysia sudah pasti akan mengambil kesempatan ini untuk bertindak dari aspek ketenteraan dan sekatan ekonomi jika perhimpunan berlarutan ke tahap pertumpahan berdarah. Akhirnya, negara ini akan dijajah sekali lagi.

4) Masa depan yg gelap bakal menimpa para peserta BERSIH jika ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa. Jika anda seorang kakitangan awam dan penuntut IPTA, tindakan keras termasuk dipecat/dibuang universiti bakal dikenakan. Adalah tidak berbaloi untuk anda menggadaikan kerjaya anda semata-mata demi mempertahankan seorang pemimpin yg korup moral.

5) BERSIH dicemari oleh anasir-anasir komunis yg dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Adalah amat malang khususnya kepada umat Melayu Islam yg sanggup bersengkongkol dengan puak komunis yg anti agama, anti monarki dan berhajat menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini.

6) BERSIH didakwa dibiayai oleh agensi luar negara yg mempunyai kaitan dengan Yahudi. Sudah pasti mereka ini memiliki agenda tersirat untuk menjajah negara ini dengan menjadikan puak pakatan haram sebagai proksi. Inilah juga cara yg digunakan oleh puak-puak Yahudi-Zionis untuk menjatuhkan kerajaan sebuah negara Islam, iaitu dengan menaja parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yg memerintah.

7) Khusus untuk org Melayu, BERSIH berkemungkinan besar mencetuskan pertempuran berdarah di antara dua kumpulan Melayu yg bertentangan ideologi. Satu pihak menyokong BERSIH iaitu Melayu pakatan haram, manakala UMNO dan PERKASA menentang BERSIH. Jika 13 Mei 1969 diingati sebagai tragedi berdarah rusuhan kaum, 9 Julai 2011 pula mungkin akan diingati kerana tercetusnya rusuhan berdarah sesama org Melayu.

8) Org Melayu Islam yg dijangka menjadi peserta teramai BERSIH bakal diperkudakan oleh puak-puak kafir seperti Ambiga Sreenevasan, DAP dan komunis PSM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg diketuai oleh org Melayu Islam. Puak kafir ini hanya akan memberi arahan saja kepada org Melayu tanpa perlu turun berdemonstrasi. Yang akan mati katak nanti adalah org Melayu juga.

9) BERSIH digunakan oleh puak pakatan haram untuk mengubah struktur negara ini. Jika berjaya, mereka bakal meminda Perlembagaan dengan menghapuskan Perkara 153, memansuhkan sistem beraja di negara ini dan memastikan Kristian diangkat sebagai agama rasmi negara.

10) BERSIH digunakan oleh pakatan haram untuk mengembalikan semula momentum sokongan rakyat kepada mereka. Ia juga dijadikan alat untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kelemahan mereka mentadbir empat negeri yg ditawan pada 2008 dan ingin menjatuhkan kerajaan BN secara kekerasan selepas menyedari peluang mereka untuk menang pada PRU akan datang adalah tipis.

-Putera.. (Copy+Paste dari group facebook TMX)

p/s : Tak mustahil point no9 itu akan terjadi.. Dan mungkin hak keistimewaan orang Melayu juga turut disingkirkan andaikata 'mereka' berjaya.. Orang Melayu harus bersatu padu bukan berpecah belah.. Jangan jadi alat untuk diperbodohkan oleh orang yang hanya mempunyai agenda tersembunyi.. Tak perlu perhimpunan haram BERSIH,, hantar memorandum sudah cukup.. Baca [SINi] perjuangan anak Melayu sebenar #PapaGomo

Video Hitler vs SKMM




Memang ade betulnya apa yang diperkatakan dalam video ni.. Lagi lagi pasal cetak rompak! Sangat betul bila mana filem tengah tayang kat pawagam tapi tengok kat kedai jual CD/DVD, dah keluar jugak yang pirate's edition.. Elok jugak! Sebab filem melayu selalunya sangat lambat nak ditayangkan kat tempat aku.. Kalau filem barat sebulan kot tayangan dia.. Sampaikan filem Fast5 dua kali aku tengok kat wayang.. Transformer entah bila pulak nak main.. Yang filem Nur Kasih dulu pun 9 Jun baru keluar dan aku tengok 11 Jun.. KL Gangster tak main lagi.. Nak salahkan siapa kalau rakyat beli cetak rompak? Huhh..

Tuesday, June 28, 2011

Dulu Nak Bawa Chin Peng Balik Malaysia, Sekarang Nak Hidupkan Kembali Fahaman Komunis


Ketika ditahan, semua anggota kumpulan itu sedang memakai baju yang mempunyai cetakan gambar ketua ketua Komunis seperti Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin..

Pihak Polis yakin bahawa kumpulan ini adalah sebahagian daripada satu skema yang lebih besar yang wujud di dalam negara pada ketika ini..

Dan kemungkinan penganjuran perhimpuan BERSIH 2.0 itu juga adalah di antara perancangan yang diaturkan oleh mereka secara subversif untuk menghuru-harakan keadaan..

Itu kisah sebenarnya menurut pihak polis.. [KLiK SiNi] untuk baca berita penuh


Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSMI) yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua semalam, ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong..

Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya..

Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua itu cuba untuk menghidupkan semula fahaman komunis..

Lagi berita selanjutnya [KLiK SiNi]


Pada penghujung tahun 2009 rasanya heboh tentang isu Chin Peng ingin balik semula ke Malaysia dan ternyata kerajaan menentang sekeras kerasnya.. Syabas! Namun, terdapat juga sekelompok rakyat Malaysia yang membantah pihak kerajaan kerana ingin Chin Peng kembali ke tanah air kita.. Kalau fikir logik akal, bagaimana kita boleh bawa masuk orang yang pernah jajah negara kita serta melakukan pembunuhan beramai ramai di Balai Bukit Polis Bukit Kepung suatu masa dahulu??? Dan sekarang, timbul pula isu untuk menghidupkan kembali fahaman komunis! Demmm.. Serius, aku tak faham! Tak faham sebab kita hidup dalam negara yang berdemokrasi, kenapa perlu untuk mengamalkan sistem komunisme??? Kalau betul betul tak puas hati dengan sistem piliharaya ke ape ke, tunggu PRU akan datang.. Bertanding lah dengan cara yang bersih! Tak perlu perhimpunan BERSIH 2.0..! Baik atur strategi untuk menang bertanding! Erm.. Hairan betul lah aku bila mana orang melayu sibuk jugak nak join perhimpunan BERSIH 2.0.. Aku cadangkan baca buku 13 Mei Sebelum dan Selepas tulisan Tunku Abdul Rahman.. Aku jumpa buku ni kat perpustakaan masa nak buat assigment pengantar sejarah masa tahun pertama.. Buku ni sangat elok dan apa yang tertulis dalam buku teks sejarah masa sekolah mungkin agak terhad.. Jadi, fahami betul betul buku ni dan tengok keadaan sekarang macam mana! 


p/s : Memang ada belia berusia 20-an yang  mungkin ketawa melihat aku suka cerita perihal politik tapi hakikatnya aku bukanlah hebat sangat untuk bercerita mengenainya! Aku cuma ingin berikan sedikit pandangan cetek aku tentang sesuatu isu.. Yayaya, ade yang kata tak guna dan tak nak ambil port pun pasal politik ni, tapi kita kena ingat wahai pemuda pemudi.. Bahawasanya satu hari nanti kita lah yang bakal memerintah negara.. :)

Friday, June 17, 2011

Polis Buru Penggodam ; Bantu SKMM Tangani Serangan Laman Web Kerajaan


Polis terima petunjuk baru

KUALA LUMPUR 16 Jun - Polis mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.

"Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut SKMM, sebanyak 51 laman web tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Berita Penuh [KLIK SINI]


PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan

KLUANG 16 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta agensi antarabangsa bagi menangani serangan penggodam terhadap laman web kerajaan yang dibimbangi menggugat keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipertanggungjawabkan untuk menangani kes itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya bimbang data dan maklumat itu pun boleh menjadi bernilai kepada sindiket tertentu dan pengganas yang mungkin mengancam ketenteraman dan keselamatan rakyat serta negara.

"Kita memandang serius perkara ini. Kita akan bekerjasama rapat dengan SKMM dan telah mengarahkan bahagian jenayah komersial untuk menangani hal itu serta cawangan khas dan unit risikan turut mempunyai rangkaian antarabangsa," katanya.

Berita Penuh [KLIK SINI]

Sumber : Utusan Malaysia

*Updated : Untuk pengetahuan, laman web CIA juga turut digodam [KLIK SINI], bukan negara Malaysia je..

Wednesday, June 15, 2011

Laman Web Kerajaan Malaysia Akan Digodam ; CyberSecurity Bersiap Sedia


PETALING JAYA: Pemantau keselamatan siber, CyberSecurity Malaysia mengesahkan wujudnya ancaman sekumpulan penggodam untuk menyerang laman web kerajaan,www.malaysia.gov.my.
Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik melalui di http://i.imgur.com/PTFWh.png itu bukan palsu dan CyberSecurity telah bersiap sedia berdepan tindakan penggodam terbabit secara serius.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri menegaskan, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk memaklumkan kepada semua pihak berkaitan dan agensi kerajaan supaya bersiap sedia dengan ancaman tersebut.
Katanya, pihak terbabit akan mengeluarkan kenyataan media masing-masing berhubung perkara berkenaan.
"Semua ancaman siber akan ditangani secara serius kerana sifat-sifat persekitaran siber yang saling berkait rapat sejajar dengan namanya, 'world wide web' dan 'Internet'," katanya dalam emel kepada mStar Online di sini, Selasa.
Kumpulan yang menggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang laman web kerajaan pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya sebagai 'Operasi Malaysia'.
Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetmemaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.
Sementara itu, kumpulan itu pada petang Selasa menjelaskan di laman web Pastebin, mereka merancang mahu berbuat demikian kerana mendakwa tindakan kerajaan Malaysia melakukan pelbagai sekatan di laman siber termasuk yang terkini melibatkan laman perkongsian fail seperti Pirate Bay.
Anonymous juga menuduh kerajaan melarang tayangan filem dan televisyen selain mengehadkan Internet yang bagi kumpulan itu ia adalah hak asasi manusia yang asas.
“Kami bimbang tindakan anda akan merampas terus kebebasan manusia, maka kami rasa bertanggungjawab untuk bertindak tanpa belas kasihan,” menurut kenyataan kumpulan itu.
(Sumber : mStar Online)


*Aku harap pihak CyberSecurity berjaya menggagalkan hasrat penggodam ini.. Kalau marah sekalipun dengan pihak SKMM yang telah menyekat 10 laman web yang dikatakan melanggar Akta Hakcipta 1987, maka ini bukanlah penyelesaian terbaik..[KLiK SiNi] untuk senarai laman web tersebut.. Tapi gejala hackers ini memang menjadi jadi sejak kebelakangan ini.. Terbaru, laman web tourism juga telah digodam.. Memang banyak sangat dah,, kalau facebook dan blog di hack mungkin bukan sesuatu yang baru lagi kan??? Yayaya, aku tahu ramai yang marah sebab 'mereka' menyifatkan kerajaan seolah olah menyekat kebebasan berinternet.. Dan 'mereka' juga mempersoalkan laman web porno/lucah yang masih tidak di block oleh pihak kerajaan.. Ingat, jika kita rasa ada laman web/blog/facebook yang tidak elok kita punya hak untuk bersuara.. Laporkan kepada CyberSecurity melalui emel dan pasti pihak yang bertanggungjawab akan buat sesuatu.. Ini main cakap je.. Kita kena faham, laman web kerajaan Malaysia adalah harta kita rakyat Malaysia sendiri,, KENAPA harus sokong perbuatan menggodam ini??? Mungkin yang bersorak gembira bertepuk tangan tu langsung tak pernah masuk portal kerajaan, jadi 'mereka' tidak tahu fungsi sebenar lawan web tersebut..

Tuesday, June 14, 2011

Laman Web Kerajaan Malaysia Akan Di Hack Esok



PETALING JAYA: Sekumpulan penggodam mengancam untuk menyerang laman web kerajaan www.malaysia.gov.my.
Kumpulan yeng meggelar diri mereka, Anonymous berkata, mereka akan menyerang pada pukul 7.30 malam GMT, Rabu (3.30 pagi waktu Malaysia) dengan menamakannya 'Operasi Malaysia'.
Ancaman itu diposkan dalam bentuk grafik di http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Ketua Pegawai Penyelidikan F-Secure Corporation, Mikko Hypponen dalam tweetnya memaklumkan mengenai ancaman pada pukul 4.42 pagi.
Tiada makluman lain yang diperoleh buat masa ini.
Tidak dapat dipastikan punca kumpulan itu mensasarkan lawan web Malaysia.
(Sumber : mStar Online)


Aku tak tahu nak komen sangat perihal masalah ini, sebab ada yang betul betul marah dengan tindakan penggodam ini tetapi segelintir daripada kita senyum gembira bertepuk tangan.. Sebab??? Bukankah kerajaan iaitu pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 10 laman web di Malaysia yang telah melanggar Akta Hakcipta 1987.. Jadi, kerajaan haruslah menerima padah akibat daripada tindakan menyekat kebebasan berinternet rakyat.. [KLiK SiNi] untuk tengok surat yang dikeluarkan oleh pihak SKMM.. Namun secara peribadi, aku memang tak suka jikalau BENAR laman web kerajaan Malaysia digodam.. Yelah, kita tak tahu sapa punya dalang di sebalik semua ini.. Mungkin mereka punya agenda tersendiri.. Kalau orang Malaysia je yang terlibat ok lagi tapi kalau orang asing??? Mereka punya kepakaran kadang kadang mengatasi anak tempatan tetapi JackSparrow dari team Rilekscrew bijak jugak ape.. "Malaysia Boleh"

Friday, June 10, 2011

SPRM Siasat Ketua Menteri Sarawak Berhubung Kes Balak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berhubung dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini," katanya pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland, Micheline Calmy-Rey, dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

Mengulas pemantauan projek mega, Abu Kassim berkata, SPRM akan terus memantau projek-projek berkenaan dari masa ke masa.

"Tanggung jawab kami adalah untuk memantau sebarang projek dari masa ke masa. Saya tidak boleh nyatakan projek mana tetapi tugas kami memantau dan mencegah rasuah dalam kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada SPRM telah mengenalpasti projek lain.

Setakat ini, SPRM dijangka memantau tiga projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100-tingkat yang bernilai RM5 bilion; sistem transit laju massa (MRT) bernilai RM36 bilion; dan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

- Bernama

(Sumber : Malaysiakini)


p/s : Terdengar kat radio tadi masa dalam perjalanan ke tempat kerja.. Kena sabar tunggu hasil siasatan.. Rasanya tak perlu buat andaian dan kesimpulan sendiri.. Nanti mengganggu pihak yang bertanggungjawab pulak..

Thursday, June 02, 2011

Filem Mael Lambung Bakal Box Office


Filem Mael Lambung bakal menggegarkan panggung di seluruh negara dan penerbit yakin filem ini akan menjadi box office.. Pastinya peminat Zizan serta pencinta filem melayu tidak sabar untuk menyaksikan filem arahan sulung Zizan sendiri bersama dengan pasangan Maharaja Lawak nya--Johan.. Filem ini juga dibintangi oleh Syamsul Yusof yang bakal keluar dengan filem terbarunya KL Gengster pada 9 Jun ini.. Walaubagaimanapun,, filem Mael Lambung tidak diketahui bila akan ditayangkan sebab poster tu aku jumpa dalam facebook adik kepada kawan aku.. Tapi tak tau lah kalau Mamat Khalid nak buat citer ni..

p/s : Gembira cuti dua hari :)