Saturday, July 30, 2011

Golden Churn Creamery Butter Tidak Halal


Umat Islam di Sarawak secara khasnya diminta menghentikan penggunaan mentega berjenama "Golden Churn" serta merta kerana satu sampel produk Golden Churn Creamery Butter di pasaran Sarawak telah dikesan mengandungi DNA Babi melalui laporan yang diterima daripada Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Julai 2011..

*Kenyataan Media semalam* Rujuk [SiNi]

* Huhh.. Seram sejuk bila dapat tahu kes macam ni.. Padahal dah bertahun kot pakai bila menjelang hari raya.. Nak buat kek lapis--sedap pakai mentega jenama "Golden Churn".. Ini lebih kurang macam kes minyak sapi cap GHEE.. Sekarang dah dapat halal kan? Tapi dah lama kot tak buat biskut makmur lagi..


Thursday, July 14, 2011

Video Aksi Terlampau Pekerja KFC

*Kredit : Google*

Video pekerja KFC yang telah menyapu ayam pada kasutnya mungkin telah ramai yang mengetahui dan pihak KFC telah pun memberikan penjelasan.. Boleh lihat video dari Pengarah Operasi Restoran KFC, Malaysia di [SINI]..


Memang kurang ajarkan? Tapak kasut tu bro.. Dibuatnya masa dia pergi kerja terpijak najis anjing, camne? Dahlah menyampah dengar suara budak budak lelaki dalam video tu! Ok, ini lagi satu video aksi yang terlampau pekerja KFC.. Korang bukak speaker kuat kuat tau..


Puas hati tak dengar? Haish.. Pandai plak pekerja lelaki tu bagi amaran supaya tak makan ayam spicy kat pekerja perempuan.. *Dengar perbualan antara mereka* Gelak besar plak dorang ek! Kurang ajar.. Pihak KFC Malaysia boleh tak tunjuk muka sorang sorang yang terlibat ni? Bagi pengajaran sikit kepada pekerja lain.. Yang aku pelik, mana pergi supervisor KFC? Kenapa tak kawal pekerja bawahan?

*Pasal video pertama pihak KFC dah bagi penjelasan, video kedua plak? Sama sama kita tunggu.. Walaubagaimanapun, KFC punya ayam jugak yang orang carik..

Tuesday, July 12, 2011

Si A dan Si B Berdebat Tentang Perhimpunan Bersih 2.0



Apa tujuan Bersih 2.0 yang anda faham?

Si A : Bersih adalah gabungan pilihanraya yang bersih dan adil.. Mahu membersihkan pilihanraya yang kotor dengan membuat perhimpunan secara aman untuk menghantar memorandum tentang 8 tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong..

Si B : Menuntut pilihanraya yang bersih, telus dan adil dengan mengemukakan 8 tuntutan serta mengadakan perhimpunan Bersih 2.0. Namun disebaliknya, terdapat agenda tersembunyi.. Ramai yang berpendapat bahawa perhimpunan Bersih juga bertujuan untuk merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri.. Dan tidak terlepas juga andaian tentang Anwar yang telah berjaya mencari helah untuk tidak hadir ke mahkamah pada 16 Julai ini untuk membela diri atas pertuduhan salah laku seks.. Ini disebabkan dia telah masuk ke hospital akibat kecederaan yang dialami semasa perhimpunan Sabtu lalu..

Adakah anda sokong Bersih 2.0? Mengapa?

Si A : Saya sokong 100% kerana saya mahu pilihanraya yang bersih, telus dan adil.. BN main kotor.. Pakai undi hantu!

Si B : Saya tidak sokong kerana pada hemat saya, pilihanraya di negara ini bakal memasuki angka ke13.. Andai kata pilihanraya kotor, mana mungkin Kelantan berjaya dipegang oleh PAS dan ditadbir oleh Nik Aziz selama lebih 21 tahun.. Pada PRU12, sebanyak 5 buah negeri telah berjaya diambil oleh pihak pembangkang, jadi dimana kotornya pilihanraya? Apakah pilihanraya 'Bersih' hanya apabila semua negeri di Malaysia di tangan Pakatan Rakyat? Ketika itu juga kerajaan negara pastinya di bawah naungan Pakatan Rakyat.. Siapa pula Perdana Menteri? Melayukah? Islamkah? Bukan mahu bercakap soal perkauman tetapi zaman sekarang isu agama dan kaum seolah olah tiada sensitivitinya.. Ingatkah lagi isu tentang agama Kristian sebagai agama rasmi yang menjadi tajuk panas sebelum ini?

Anda kenal Datuk Ambiga? Siapa beliau?

Si A : Kenal. Beliau adalah pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 dan beliau juga seorang peguam.. Saya tidak kisah tentang Datuk Ambiga yang dikaitkan dengan kes Lina Joy sebelum ini kerana saya hanya menyokong perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan menuntut pilihanraya yang adil dan telus..

Si B : Kenal. Beliau adalah pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 dan beliau juga telah menjadi peguambela ke atas kes Lina Joy yang murtad untuk menukar status agama.. Beliau juga merupakan penganjur forum pertikaian kuasa Mahkamah Syarie tentang status muallaf dan pemberi guaman percuma untuk orang Islam yang murtad ke Mahkamah Persekutuan.. Dan yang plaing penting beliau pendokong kepada penubuhan IFC.. Apa itu IFC? [KLiK SiNi]

Adakah perhimpunan Bersih 2.0 berjaya?

Si A : Berjaya.. Ramai yang turun ke jalanan walaupun polis telah sekat banyak laluan masuk tapi sokongan padu penyokong Bersih amat memberansangkan..

Si B : Ya, berjaya memecahbelahkan perpaduan kaum terutama pertembungan 2 kumpulan melayu yang menyokong serta yang membantah.. Semua ini hanya sia sia dan memalukan negara Malaysia di mata dunia.. Langsung tidak mendapat apa apa keuntungan malahan meragut nyawa..

Adakah pihak polis dan FRU berjaya mengawal keadaan?

Si A : Ya, dengan kekerasan dan kekejaman.. Sekiranya polis dan FRU tidak ada, perhimpunan akan berjalan seperti sediakala (aman).. Polis dan FRU yang bertanggungjawab ke atas huru hara kerana telah menyimbah air serta gas pemedih mata..

Si B : Ya, polis dan FRU telah melakukan tugas dengan sebaiknya.. Walaupun terpaksa menggunakan semburan gas pemedih mata.. Sebelum ini pihak polis sememangnya telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak turun ke perhimpunan Bersih 2.0 kerana ianya haram.. Jadi, apa pun yang berlaku pada Sabtu lepas bukanlah salah pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas.. Bagaimana polis nak bersikap lemah lembut untuk berdepan dengan manusia yang begitu ramai?



*Si A dan Si B tidak merujuk kepada sapa sapa pun tetapi ia mungkin menjadi salah satu jawapan dalam kepala korang jugak.. Bukan untuk menghasut atau memfitnah tetapi semuanya adalah realiti pandangan orang yang berbeza.. Kita ada otak, kita fikir mana yang baik~

Saturday, July 09, 2011

Gambar Sekitar Perhimpunan Bersih 2.0


Pertama sekali, tahniah kepada pihak polis serta FRU yang telah menjalankan tugas dengan sebaiknya.. Walaupun terpaksa menggunakan kekerasan untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan..



Bersih ke Patriot ke--sape sape yang bersalah dan melanggar arahan pasti kena semburan gas pemedih mata/air kimia/air longkang.. Yang berdegil kena tangkap..




Ramai yang kata Perhimpunan Bersih ni menyusahkan.. Tapi inilah realiti yang sebenar benarnya yang dimahukan oleh penyokong Bersih.. Sebelum ni dorang kata perhimpunan ini aman.. Aman ke??? Kalau takde polis dan FRU entah ape akan jadi.. Jalan jem ke??? Kan best kalau ade roti.. Hahaha..


-KUNING-


-MERAH-

Kredit gambar : MalaysiakiniDouble-Y dan Nota Malaysia

*Nota Hatie : Camne lah orang yang buat majlis kahwin hari ni? Ramai ke tak yang datang.. Kalau yang nak beranak tu camne plak? Yang sakit? Ambulans pun susah nak lalu.. Haish! Malulah bila negara luar tengok kita camni.. Esok konfem surat khabar penuh laporan tentang #BerSHIT ni.. Dengar dengar jugak, bukan di Malaysia je Perhimpunan Bersih ni tapi di Taiwan lah, di Melbourne lah..

Friday, July 08, 2011

Perhimpunan Bersih Batal ; Wan Azizah Ajak Undi PAS atau BN


Rentetan dari kisah Facebook Anwar Ibrahim yang telah di digodam, [SINI] kini giliran akaun facebook milik isterinya pula, Wan Azizah menjadi sasaran hackers.. Nampak tak post status kat atas? 


Wah, kalau lah betul post status itu telah ditaip oleh Wan Azizah sendiri~ Ape Anwar Ibrahim nak kata???


Bijak penggodam @LuvSec ni.. Hahaha.. Jangan plak penyokong pihak pembangkang nak kata ini kerja puak kerajaan ek! Hacker ni takde menyebelah mana mana pihak pun aku rasa.. Cuma nak sampaikan mesej sepertimana kat post status atas tu..



Wednesday, July 06, 2011

Perhimpunan Bersih Di Stadium Merdeka

*Kredit : Google*

KUALA LUMPUR : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 berkata, mereka akan mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka di antara jam 2 petang dan 4 petang Sabtu ini.


Bila Perhimpunan Bersih Dalam Stadium, Nak Live Dalam TV Boleh?

*Kredit : Google*

Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini (Sabtu) akhirnya telah bertukar dari demontrasi di jalanan kepada perhimpunan dalam stadium.. Tetapi stadium mana--masih belum dikenalpasti.. Alangkah baiknya~ Tapi aku harap perhimpunan itu benar benar aman.. Sebab bila terlalu ramai orang dengan ketidaksamaan pendirian politik, maka keadaan mungkin tidak terkawal.. Jadi, aku rasa eloklah dibuat siaran langsung atau 'live' dari stadium itu nanti.. Sekurang kurangnya boleh kurangkan jumlah yang datang ke stadium..

*Kredit : Malaysiakini*

Rampasan sejumlah besar senjata telah dilakukan pihak polis di sekitar Lembah Klang semalam.. Untuk berita penuh [KLiK SiNi].. Bayangkan kalau perhimpunan Bersih 2.0 masih diteruskan atas jalan raya??? Mana mungkin kita boleh terima ianya sebagai satu demonstrasi jalanan yang bersih andaikata senjata sedemikian di bawa bersama??? Huhh.. Aku plak yang rasa gerun sebab takut takut bila ade yang tengah berucap dibalingnya mercun ke, botol ke.. Jadi kalau boleh, piintu stadium nanti harus dibekalkan dengan 'sensor' yang ade kat airport tu, untuk kenalpasti besi dan alatan tajam.. Kalau ade tu, berbunyilah ia.. Pastu ade lah pihak kastam cek satu badan.. Maaf, aku tak tahu nama alat tu yang sebetulnya..

Monday, July 04, 2011

Perhimpunan Bersih Akan Dibatalkan?


PETALING JAYA, 4 Julai - Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan Bersih 2.0 akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong sambil berkata gabungan itu berhasrat untuk menghadap baginda sebelum Sabtu ini dan bersedia membatalkan perhimpunan jika diminta berbuat demikian.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) yang baru sahaja balik daripada mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pagi ini mengumumkan pendirian itu pada sidang media di sini tengah hari ini.

Ambiga berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat yang diadakan malam tadi ekoran titah Yang di-Pertuan Agong. [KLiK SiNi]

"Bersih 2.0 akan akur dengan nasihat baginda agar diadakan perundingan ke arah mencapai konsensus berhubung pembaharuan sistem pilihan raya dan pembangunan demokrasi di Malaysia" kata beliau dengan membacakan kenyataannya di sini hari ini.

Apabila ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan perhimpunan atas permintaan baginda kelak, Ambiga berkata "Ya".

Berita Penuh [KLiK SiNi]

*Kan elok kalau perhimpunan 9 Julai ni batal.. Duduk je semeja menghadap Agong berbincang bersama pihak SPR sekali.. Jangan lupa minta parti politik lain hantar 2-3 orang wakil untuk bersama sama menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati tentang pilihanraya itu ye.. Cara ini lagi terbaik kot, bersih dan tak kotor.. Takde berat sebelah pun! Dengar dengar Patriot juga nak batalkan perhimpunan.. Bagus!

Titah Khas Agong Mengenai Perhimpunan Haram 9 Julai

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

*Teks penuh Titah Khas*

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama


*Malaysia berada pada tangga ke19 dari 150 buah negara lain dalam Indeks Keamanan Global.. Jadi tak kan nak tengok Malaysia jatuh ke nombor 150 kot..

Realiti : Sokong BERSIH Tapi Belum Mengundi












*Print-screen dari group facebook TMX.. Inilah salah seorang yang pandai cakap je (Kuning) padahal tak pernah pergi mengundi.. Bukan kami (Merah) tak sokong BERSIH, kami faham 8 tuntutan tersebut tapi sebelum ini SPR dan Ambiga dah pernah bersua dan mengapa sekarang tak boleh nak duduk semeja? SPR pun sudah beritahu sebelum ini bahawa tuntutan tersebut tertakluk kepada perlembagaan.. Peguam mesti lagi arif kan pasal undang undang.. Tapi hairan kenapa Ambiga tak boleh nak faham.. Kerana itu ramai berpendapat ada udang di sebalik mee! Fikir fikir kan lah dan selamat beramal.. Jangan jadi cam budak di atas ye, suka hati nak menghentam, pastu dia sendiri pun hilang..

Sunday, July 03, 2011

Realiti : Tolak BERSIH Sebab Sayangkan Negara








*Print-screen dari group facebook TMX.. Erm, dengar dengar Nik Aziz pun tak turun perhimpunan BERSIH, jadi orang PAS tak perlu sokong jugak kot.. :)

Friday, July 01, 2011

Pilihanraya Kita Sistematik, Tidak Perlu Pembaharuan


“KALAU kata PRU (pilihan raya umum) kita tak bagus macam mana kita (Barisan Nasional) kalah lima negeri atau 82 kerusi. Kalau bersih dan telus yang dimaksudkan pembangkang ialah mereka menang semua 22 kerusi. Baik ambil saja tidak perlu adakan pilihan raya".

“Nama saja peguam tapi bodoh membandingkan perhimpunan haram anjurannya dengan demonstrasi Mesir. Mesir mana ada pilihan raya. Di Malaysia, kita dah masuk PRU13,” tempelak Nazri. 

“Dia nak buat perbandingan dengan negara mana? India? Di India memang menggunakan dakwat kekal kerana tidak mempunyai daftar pengundi. Sistem di India, rakyatnya boleh mengundi di mana mereka berada pada hari itu. Dakwat kekal digunakan bagi membuktikan pengundi telah mengundi. Rakyat India terlalu ramai dan ada yang buta huruf kerana itu mereka menggunakan dakwat kekal. 

“Di Malaysia ada daftar pengundi dan sistem serta pengundian kita tersusun serta sistematik. Belum pernah lagi ada sejarah atau kes mahkamah membabitkan pengundian berganda. Apa yang pembangkang takutkan sangat,” kata Nazri. 

SPR pernah menggunakan dakwat kekal, bagaimanapun perundangan perlu dikaji terutama apabila ada yang enggan dicalit dengan dakwat kekal. Terkini, SPR mencadangkan supaya digunakan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada PRU13 nanti. 



Katanya, pendaftaran automatik memberi kesan kepada peratusan keluar undi kerana pengundi berdaftar adalah mereka yang berminat. 

Tetapi lebih penting kata Nazri, dalam amalan demokrasi tidak ada paksaan untuk mengundi dan di bawah Perlembagaan Malaysia, mengundi adalah hak mutlak rakyat. 

“Demokrasi bermakna rakyat yang buat pilihan, jika anda mahu hak ini, daftarlah sebagai pengundi. Sekiranya ada yang tidak mahu, kita tidak boleh memaksa. 

“Kalau pembangkang mahu sangat menggunakan dakwat kekal tapi ada rakyat yang tidak mahu, tidak ada siapa boleh memaksa mereka supaya tangan mereka dicalit,” tambah Nazri. 

Tuduhan pembangkang ada rakyat asing menjadi pengundi mengundang sindiran Nazri: “Kita dah kata kalau ada pengundi rakyat asing, tunjuk pada kita. Kita ada pendaftaran cukup lengkap kerana SPR sudah melakukan kerja ini sejak lebih 50 tahun lalu. Semua pengundi ada IC (kad pengenalan).” 

Berita Penuh [KLiK SiNi]

*Aku bukan anti-BERSIH tapi masalahnya perhimpunan haram tu.. SPR dah bersedia nak berbincang tapi Ambiga kata sudah terlambat.. Aku baca dalam Keadilan Daily.. Jangan ingat aku baca artikel sebelah pihak je.. Aku keluarkan entry yang copy+paste sebelum ni untuk ajak kita berfikir kalau kita berlainan pendapat tu, maaflah ye.. :)

Apa Itu PATRIOT?


*PATRIOT – MALAYSIA TANAHAIRKU*

Semua rakyat Malaysia yang ;
  • Sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.
  • Mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik.
  • Bersikap konstruktif, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan.
  • Menolak budaya politik jalanan dan hostile serta menyelar sebarang tindakan yang boleh menyebabkan ketidak selesaan terhadap rakyat dan mengakibatkan kekacauan melanda negara.
Kenapa???

Terdapat pihak yang sanggup melakukan dan mempolitikkan apa saja tanpa mengambil kira keamanan dan keamanan negara, keharmonian kaum dan agama, keselesaan rakyat, pendapatan pemandu teksi dan peniaga kecil, nama baik dan keyakinan terhadap ekonomi dalam negara demi mencapai maksud politik dan kumpulan yang sempit.

Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia.

Matlamat???

Menghimpunkan seramai mungkin rakyat Malaysia yang sanggup melakukan apa saja demi untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.

Membawa sebanyak mungkin suara rakyat Malaysia, terutama suara majoriti senyap agar pandangan dan kehendak mereka dapat dirasai oleh pemimpin dan rakyat negara ini. Himpunan PATRIOT 2011 secara rasmi akan terbatal jika perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan!

Klik untuk ke;
*Web Rasmi PATRIOT (Copy+Paste dari sini)
*Badge PATRIOT (Profile Picture Facebook)