Friday, August 19, 2011

Catatan #63 : Jom Bantu


Tabung Kemanusiaan Somalia telah dilancarkan beberapa hari yang lalu oleh pihak GPM (Global Peace Mission  Malaysia) dengan sasaran sebanyak 1juta sebelum aidilfitri ini agar bantuan dapat disegerakan.. Aku tengok dalam berita pukul 8 malam kat TV Al-Hijrah hari Selasa kalau tak silap.. Nak buat entri ni semalam tapi sebab kesibukan kerja aku jadi lupa dan memang tak berkesempatan pun nak bukak blog.. Tapi, alhamdulillah hari ini ramai jugak blogger dah buat entri tentang derma untuk rakyat Somalia--harapnya bantuan kita dapat meringankan penderitaan mereka..


Kini, bulan ramadhan dan umat Islam di seluruh dunia sama-sama berpuasa dan bersama juga kita merasa kelaparan.. Tetapi bila sampai waktu berbuka, kita kenyang sampaikan kadang-kadang tak larat dah nak solat.. Padahal makanan masih penuh lagi atas meja--pembaziran di situ!!! TIDAK bagi mereka yang hidup di Somalia.. Mereka berhadapan dengan kematian setiap 10 minit.. Bantulah mereka :)

*Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai atau cek ke akaun Global Peace Mission :
  Bank Islam 14-023-01-002922-4
  Maybank 5642-2161-1602

*Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Sekretariat GPM di talian 03-61883230

@18 Ogos 2011
@19 Ogos 2011

Tuesday, August 16, 2011

Catatan #62 : Sibukkan Diri

Mana satu laptop aku? 

Tak dinafikan kita kerja bukan kat ofis mak bapak kita.. Jadi, bila nampak bos mesti kita akan pura pura buat kerja.. Tapi macam mana?
  • Bagi yang kerja admin--Bukak je microsoft word pastu taip lah pape pun.. Kalau blogger, bukak new post je lah..
  • Bagi yang kerja accounting--Ambil kalkulator pastu kiralah amaun yang semalam punya ke.. Double check..
  • Bagi yang kerja technical--Boleh bukak autocad pastu touch up pelan sikit sikit..
  • Part wajib--Ada pen atau pensil kat tangan serta kertas conteng..
  • Part sunat--Buat muka serius depan laptop/komputer pastu mulut kumat kamit macam baca sesuatu yang penting.. *Konon
  • Part sampingan--Kalau online tu, jangan lupa bukak web company skali..
Tapi kalau dah nama nye pun kerja, memang konfemlah sibuk.. Mana ade kerja senang.. Lainlah kalau korang join yang hari hari saya log in facebook dapat RM100 tu.. Hahaha.. *Hari ini aku sibuk lagi sama macam semalam.. Sebab tu buat entry camni.. Nak ajak korang sibuk macam aku jugak..


Friday, August 12, 2011

Gambar Ashraf Haziq di Royal London Hospital


Gambar Ashraf Haziq berada di hospital, ditemani Datuk Mukhriz Mahathir yang datang melawat sementara menanti pembedahan rahangnya yang patah akibat daripada insiden serangan sekumpulan remaja London tempoh hari..


Mohd Ashraf Haziq berusia 20 tahun adalah pelajar tajaan Mara yang menuntut di Kolej Kaplan dalam jurusan perakaunan.. Dia dikatakan sedang menunggang basikal dan melalui kawasan rusuhan tersebut, lalu diserang dan dirompak.. Ashraf Haziq juga baru sahaja sebulan berada di sana dan keluar untuk membeli juadah berbuka..  Lihat video di [SiNi]..


UMNO menaja kos perjalanan ibu bapa Ashraf serta adik bongsunya ke London.. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno terpanggil untuk membantu keluarga Ashraf yang kini khuatir dengan keadaan anak mereka itu memandangkan mereka bukan dari keluarga berada serta perbelanjaan minimun ke sana membabitkan kos sebanyak RM20,000.. Berita penuh [KLiK SiNi]

(Sumber gambar Ashraf Haziq : Mail Online)




Thursday, August 11, 2011

Rusuhan di London dan Video Pelajar Malaysia Cedera

Perusuh mencuri barangan sebuah kedai di Hackney, timur London.

LONDON: Rusuhan di London berpunca daripada tindakan membantah tindakan polis menembak seorang lelaki kulit hitam, merebak pada hari ketiga semalam ke beberapa kota lain termasuk Birmingham, Bristol, Nottingham, Liverpool dan Leeds. Polis mengaku sukar mengawal keadaan kerana perusuh menggunakan laman web sosial seperti Twitter dan Facebook untuk merancang keganasan.

Seorang lelaki juga ditembak mati di Croydon, korban pertama rusuhan. Keadaan itu menjadikan pasukan polis memantau rapi laman web sosial itu dan akan mendakwa sesiapa yang menggunakannya untuk mencetuskan keganasan. Satu kiriman di laman web berkenaan menggesa pegawai polis dibunuh.

Keganasan yang bermula di Tottenham, utara London Sabtu lalu merebak ke selatan dan timur ke Brixton, Streatham, Walthamstow, Edmonton, Enfield, Oxford Circus dan Islington keesokan hari. Rusuhan serius kemudian merebak ke Hackney, Peckham dan Ealing selain Deptford, Camden, Kensington, Lewisham, Bethnal Green dan Woolwich.

Rusuhan paling buruk dalam masa beberapa dekad itu tercetus berikutan kemarahan orang ramai terhadap kematian Mark Duggan, 29, yang ditembak polis, Khamis lalu. Polis dibaling dengan mercun dan bom petrol, manakala cermin kereta peronda dipecahkan dan kenderaan serta bangunan lain dibakar. Perusuh juga memecahkan tingkap kedai dan ada merompak orang awam termasuk membogelkan mangsa.

Lebih 525 ditahan dan 69 didakwa atas kekacauan ini yang turut menyaksikan res toran chef terkenal, Jamie Olliver diselongkar perusuh. Bagaimanapun, pihak berkuasa menghadapi masalah kerana semua bilik tahanan di balai polis di London sudah penuh, manakala 44 anggota polis cedera. Polis juga terpaksa menggunakan kereta perisai bagi menghalang kemaraan 150 perusuh di Lavender Hill, Clapham.


Video Pelajar Malaysia Cedera dan kemudian dirompak di London

Pelajar tajaan Mara, Asyraf Haziq dikatakan keluar untuk membeli juadah berbuka namun dia telah cedera dirompak oleh sekumpulan remaja di London.. Sekarang, dia dirawat di Royal London Hospital untuk pembedahan rahang.. Kesian~


Wednesday, August 10, 2011

Isu Murtad dan Siapa Hajjah Sitt Al-Wuzara?

Dalam kalangan blogger mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menjadi popular dengan kes penghinaannya terhadap Islam dalam blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/  *Blog ini telah di delete sebab ramai yang buat report! Padan muka!

Terbaru, pihak Gaysec telah menemui identiti sebenar wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Hajjah Sitt Al-Wuzara.. Boleh [KLiK SiNi].. Walau bagaimanapun, wanita yang dipercayai Hajjah Sitt Al-Wuzara telah menafikan perkara ini dan telah membuat report polis.. Tetapi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawasanya wanita terbabit sememangnya Hajjah Sitt Al-Wuzara.. Untuk lebih lanjut boleh [KLiK SiNi] *Kalau malas baca tak payah buka, entry panjang giler*

Wanita tersebut juga berada dalam group facebook Murtads In Malaysia and Singapore.. *Ramai yang mengecam penubuhan group in sebenarnya* Kalau dibuka group berkenaan, boleh baca petikan ini.. Kalau malas nak baca, fokus kat ayat bergaris merah je, boleh???


Dan ini aku jumpa dalam salah satu group facebook tadi.. Walau pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya, cuma kita kena berwaspadalah.. Saling ingat mengingati~



Tuesday, August 09, 2011

Nota Tun Dr Mahathir bertajuk "Menghancurkan Umno"

*Tulisan Tun Dr Mahathir sendiri--7 Ogos 2011, 6:01 am*

Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Terdahulu hari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dirinya lebih Melayu daripada Malaysian.

Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan negara.

(Sumber : Facebook Dr Mahathir)

* Memang ada betulnya apa yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir tapi aku pelik arr kenapa masih ada yang nak tentang, nak gulingkan kerajaan??? Kenapa benci sangat kat UMNO??? Bukan ke UMNO dah jaga hak orang melayu.. Kalau UMNO yang nak ditumbangkan, sape lagi yang nak perjuangkan nasib orang melayu??? Walaupun tempat aku takde UMNO, tapi sebab Perdana Menteri dari parti tersebut, aku tetap sokong..

* Cuba bayangkan kalau BN kalah teruk masa PRU-13.. Pembangkang akan naik, konfem PR lah.. Satu je soalan aku, sape akan jadi pemimpin??? Kalau pemimpin dari PKR sah sah Anwar, kalau pemimpin dari PAS tentu Nik Aziz tapi kalau pemimpin dari DAP???

* Ade orang cakap, harta dan wang ringgit tak bawa masuk kubur.. Tapi tapi tapi, kenapa berebutkan sangat pada 'wang rakyat'??? Kenapa sampai nak sokong bukan bangsa kita dan hentam balik bangsa sendiri.. Bukan mahu bersifat racist tapi kalau tengok sekarang, mulut je kata tak racist tapi tindak tanduk kita??? Tak perlu hipokrit lah.. Sedangkan sesetengah orang Semenanjung pun boleh kata orang Sarawak ketinggalan dok atas pokok.. Itu ape pulak ek??? Sama jugak macam racist..

*Ape ape pun, aku tak kata BN itu bagus sangat.. Dan aku tak katalah UMNO tu paling mulia.. Cuma ianya lebih baik dari PR.. Aku malas lah nak fikir pasal 'duit rakyat' tu sebab aku tak pernah bayar cukai pun.. Yang bayar bapak aku je.. Itu pun cukai pintu rumah.. Cukai pendapatan rasanya takde sebab gaji bapak aku tak besar mana dan sekarang pencen makan duit kerajaan kasi.. Itu sebab aku malas nak pertikaikan 'wang rakyat'.. Kalau nak cakap pasal cukai makan kat KFC tu, itu sebenarnya cukai yang dikenakan kepada syarikat tu.. Tapi syarikat tak nak tanggung dia bagi lah kat kita yang makan kat kedai dia.. Itu yang aku faham.. Kalau salah tolong betulkan.. Selagimana tak duduk merempat kat negara sendiri, aku dah cukup bersyukur dah sekarang..


Aku suka video ini..
"Tanya diri kau ape bakti kau pada negara, jangan tanya negara berbakti pada diri kau"

* Berita paling gembira--Bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam dan minimum RM500 akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini.. Bagi pesara kerajaan pula, mereka turut menerima RM500 untuk Aidilfitri yang bakal menjelma.. Nah, lagi nak kutuk kerajaan ka wahai kakitangan kerajaan??? Hairan betul aku.. Dah dapat ni senyap kejap, bila pembangkang cakap itu ini nanti, mulalah jadi tukang kipas.. Langsung tak reti bersyukur..


Thursday, August 04, 2011

Catatan #61 : Video Iklan Raya dan Ramadhan



Video Iklan Raya TV3 (2010) yang ditarik balik..

 Video Iklan Ramadhan 8TV (2011) yang ditarik balik..


Video Iklan Ramadhan TV9 (2011) yang mengundang kontroversi