Tuesday, September 27, 2011

Catatan #67 : Twinnies


Kalau sebut Najwa Latif je ramai dah kenal kan? Yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku tu.. Hairan, boleh kata tiap hari aku dengar lagu tu keluar kat radio tapi tak pernah aku nak dengar sampai habis.. Sangat bosan aku rasa.. Sorry to say lah.. Kalau lepas ini aku suka tak tahulah ye.. Tapi kali ini aku nak kenalkan bakat muda, pasangan kembar Atikah dan Atirah Norddin.. Sweet~


Suara budak Atikah ni memang sedap gilerrrrrrrrrrrr.. Macam suara Sheila Majid pun ada jugak.. Dia pun ada buat cover lagu Cinta Muku Buku.. Alamak!!! Layankan ajeeeeeeeeeeeeeeeee..


Aku perasan yang Atikah dan Atirah ni sangat serasi dengan lagu-lagu P.Ramlee.. Mungkin sebab suara budak perempuan 19 tahun ini yang agak klasik kot.. Serius, dah jatuh cinta dengan suara budak Atikah ni.. Haish! Kalaulah suara itu aku yang punya..


* Selamat maju jaya buat pasangan kembar Atikah dan Atirah Norddin.. Lagu korang "Dalam Hati" memang syiokkkkkkkkkkkkk.. Terbaek!!! First time aku dengar, aku suka pastu aku ulang banyak kali dah wei.. Nanti aku suggest lagu ni kat abang aku, suruh dia putar dalam Hot FM.. Nama bapak korang pun dah macam nama dia.. Hahaha..

Thursday, September 22, 2011

Catatan #66 : Salahkah Menonton Nasi Lemak 2.0?


Terima kasih kepada yang bagi komen kat entri SINI tentang ulasan aku terhadap filem Nasi Lemak 2.0.. Aku hargai setiap pandangan korang semua terhadap sikap Namewee sebelum ini yang menghina lagu kebangsaan (Negaraku) dan azan kita.. Aku faham tindakan aku menghargai filem buatan Namewee dikutuk, seolah-olah aku tidak sensitif dengan perbuatan melampau Namewee.. Maaf, bukan niat nak samakan filem ini dengan Perhimpunan Bersih 2.0, tapi nak bagi contoh terdekat kepada yang masih kurang faham.. Tapi dalam filem Nasi Lemak 2.0 langsung tiada perkaitan dengan perhimpunan tersebut malah apa yang disampaikan benar-benar melambangkan kehidupan masyarakat hari ini..

Dulu, kita digemparkan dengan Perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Ambiga yang disokong kuat oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain.. Dan pada ketika itu, entri INI yang aku keluarkan turut dicaci hina sepertimana entri aku semalam tentang filem Nasi Lemak 2.0.. Mengapa? Ramai yang kata objektif Perhimpunan Bersih 2.0 itu baik dan sangat bagus iaitu membersihkan pilihanraya! Selain itu, turut dinyatakan lapan tuntutan semasa Perhimpunan Bersih tersebut..

Apa kaitan Nasi Lemak 2.0 dengan Perhimpunan Bersih 2.0?
Jika dilihat, Nasi Lemak 2.0 adalah arahan Namewee seorang yang punya kes menghina agama Islam dan negara.. Manakala Perhimpunan Bersih 2.0 pula dianjur oleh Datuk Ambiga yang turut punya kes menyokong tindakan Lina Joy yang murtad dan pelbagai kes lain yang turut melibatkan agama Islam.. Persoalannya, kenapa ramai pulak orang melayu yang pergi Perhimpunan Bersih 2.0? Bukankah menyertai perhimpunan tersebut ibarat menyokong Datuk Ambiga? "Kami tak sokong Ambiga, cuma mahu pilihanraya yang bersih dan setuju dengan 8 tuntutan tersebut".. Itulah antara komen-komen yang aku gabungkan--diterima dalam entri-entri aku untuk Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini.. *Bila selesai sudah Perhimpunan Bersih 2.0, nampak bahawasanya perhimpunan tersebut tidak aman sepertimana yang diwar-warkan sebelum ianya dilaksanakan*

Boleh tak kalau aku kata, "Aku tak sokong Namewee, cuma sokong filem tempatan".."Dan aku tonton filem ini sebab ada pengarah hebat Afdlin Shauki turut bersama menjayakan Nasi Lemak 2.0".. Mungkin ada yang gelak sebab sebelum ini aku tak pernah ulas filem-filem tempatan yang aku tonton.. Sebab? Terlalu ramai yang dah ulas dalam blog mereka tapi untuk filem Nasi Lemak 2.0, aku ulas dalam blog aku sebab aku tahu ramai yang menentang filem ini atas tiket perbuatan buruk pengarah filem itu sendiri..

Konklusinya, tak semesti bila aku pergi menonton filem Nasi Lemak 2.0, aku sokong Namewee.. Hanya sokong filem tempatan yang pada hemat aku punya satu pembawaan yang berbeza dari segi tema dan persoalan serta mesej yang tersirat di dalamnya.. Samalah macam orang yang pergi Perhimpunan Bersih 2.0, mereka kata tak sokong pun Ambiga (Sebab beliau turut ada kontoversi jugak), cuma mahu pilihanraya yang bersih serta membawa memorandum yang terdapat lapan tuntutan untuk satu perubahan dalam pilihanraya akan datang.. *Tapi aku tak sokong Perhimpunan Bersih 2.0 sebab aku percaya pilihanraya kat Malaysia masih telus* 

Maaf kiranya pandangan kita berbeza, tetapi tidak perlu rasanya mengeluarkan komen begini, "Kau sokonglah orang kafir tu, bagi untung kat dia".. Tidak perlu bersikap prejudis sebab kita hidup dalam masyarakat majmuk yang harmoni.. Yang punya fikiran sempit berkata sedemikian mungkin lupa, bahawa dia juga punya jiran, rakan sekerja, majikan atau mungkin saudara sendiri yang bukan beragama Islam.. Dan paling penting, ramai antara kita yang makan juga kat Mcdonald, walaupun.. Aku bukan ingin menyanjung tinggi Namewee tapi hasil kerja dia dalam filem Nasi Lemak 2.0 aku suka sama seperti allahyarhamah Yasmin Ahmad dalam filem Sepet.. Ya, memang aku akui tak pernah nak ulas filem tempatan yang lain tetapi kalau sudah aku masih tak menonton, kenapa perlu aku memandai nak mengulas.. Lagipun, ramai dah blogger yang sememangnya punya blog untuk review filem kat Malaysia ni.. Tambahan pula, kalau filem pasal cinta remaja yang biasa--sepertinya pernah kita lihat dalam filem melayu yang lain.. Contoh 3,2,1 Cinta lebih kurang macam filem Kuliah Cinta.. Maaf cakap ye! Kemudian, kalau sorang bikin filem hantu pastu meletup, berlumba jugaklah filem hantu yang lain keluar, tapi semua aku tak layan pun kecuali Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Kerana pada aku filem Mamat Khalid juga sarat dengan mesej seperti filem Rock, Man Laksa, dan Zombi Kampung Pisang..

Kata Afdlin Shauki (pelakon dalam Nasi Lemak 2.0).. Pada pendapat saya, kalau seseorang tu mahu mengambil tanggungjawab atas kesilapannya dulu dan memperbetulkannya kita patut sokong.. Kita semua tahu Tuhan pun maha pengampun dan penyayang, dan saya adalah seseorang yang tak percaya dengan dendam dan kebencian, kerana benda itu selalunya membawa padah.. Masyarakat kita pun banyak menerima kembali orang-orang yang membuat silap, Tun Mahathir (Hero gua yang amat gua sayangi) pun pernah memasuki ISA, Hishammudin Rais diberi pengampunan untuk kembali ke Malaysia, Abang Jamal Abdillah pernah membuat silap dan meminta maaf dan diterima kembali oleh masyarakat.. Janganlah kerana Namewee berbangsa lain kita tak boleh menerima permintaan maafnya.. Point saya adalah, kalau seseorang itu mahu merubah ke arah kebaikan kenapa tidak kita beri peluang dan dalam waktu yang sama, pantau kerja dia supaya dia tak mengulangi apa yang pernah dia buat dulu. Kalau dia buat lagi, maknanya, maaf dia tak ikhlas dan pada ketika itu buatlah apa yang patut, kita nak pulaukan dia ke nak buang negara ke, saya akan sokong sekuat-kuatnya.. *Sambungan di SINI

Blog lain yang turut memuji filem Nasi Lemak 2.0
Oh! Artis
Artis Malaysia Terkini
Kritik.Filem.Malaysia
Hari Ini Saya Belajar

p/s : Sebenarnya mentaliti kita masih di tahap rendah.. Apabila seseorang yang pernah melakukan kesilapan suatu ketika dulu akan terus dicop sebagai penjahat! Begitu juga yang berlaku kepada segelintir banduan mahupun penagih dadah yang telah insaf.. Jarang diberikan peluang kedua dan jarang 'diberi muka' oleh masyarakat.. Baru-baru ini gempar isu filem Hantu Bonceng yang mana dikatakan menghina Islam, ya aku masih tak menonton filem ini tapi ada tengok kat youtube.. Tengoklah orang melayu sendiri punya cerita pun boleh bikin sebegitu? Fikir-fikirkanlah.. :)

Wednesday, September 21, 2011

Catatan #65 : Nasi Lemak 2.0

Saya suka filem Nasi Lemak 2.0

"Wei, filem ini Namewee buat lah! Boikot!"
"Ek eleh, orang dah hina, caci lagu Negaraku pun lu nak sokong?"
"Filem Nasi Lemak 2.0 ibarat Bersih 2.0, guna warna kuning"

Walau macam mana tanggapan sesetengah pihak tentang filem Nasi Lemak 2.0, aku tetap tonton! Dan daripada 5 bintang, aku kasi 4 untuk filem Nasi Lemak 2.0.. Watak utama filem--Chef Huang, lakonan Namewee sendiri selaku pengarah serta penulis skrip juga..

Filem Nasi Lemak 2.0 adalah sebuah filem yang sememangnya melambangkan kehidupan masyarakat majmuk di negara kita.. Kritikan dan sindiran yang terdapat dalam filem ini nyata sangat bijak diolah dan disusunatur oleh Namewee.. Pada permulaan cerita kita boleh melihat sikap racist Chef Huang serta dipaparkan pada satu babak lagu yang melambangkan diri Chef Huang.. Walaubagaimanapun, Chef Huang digelar 'Hero Huang' kerana sifat humanismenya yang suka membantu serta menghulurkan bantuan..

Untuk filem ini juga, aku amat suka bila mana Namewee telah memasukkan sedikit watak Cheng Ho.. Setahu aku Cheng Ho tidak mempunyai kemaluan--anunya telah dipotong oleh Maharaja China kerana ketika itu Maharaja China mempunyai ramai gundik.. Berbalik kepada filem Nasi Lemak 2.0, ditunjukkan juga kisah keluarga baba nyonya, india serta melayu.. Walaupun watak sampingan sahaja tetapi pembawaannya amat bermakna..

Elemen lawak adalah satu elemen penting dalam sesebuah filem aku rasa, dan Namewee berjaya mencuit hati penonton dengan adegan lawak yang tidak bodoh.. Sesuai dengan kritikan serta sindiran yang dipaparkan di dalamnya.. Walaupun begitu, ada juga terselit sedikit adegan seksual tetapi masih boleh diterimapakai--ringan.. Aku juga berpuas hati dengan filem ini kerana sangat terhibur dan sepertinya terlalu pantas habis..

p/s : Syabas kepada Namewee kerana telah menyediakan filem berkonsepkan 1Malaysia, sama seperti filem Sepet karya allahyarhamah Yasmin Ahmad.. Yayaya, aku tahu sebelum ini Mamat Khalid ada juga buat filem macam 1Malaysia ni--Estet, tapi serius aku tak minat.. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah diterima sangat baik cuma aku tak buat ulasan..

p/ss : Ramai yang puji filem Hantu Bonceng, tapi aku takde rasa plak nak tengok.. Sama macam filem Raya Tak Jadi.. Mungkin sebab aku tengok sapa pengarah kot dan jalan cerita macam dah biasa jer..

Wednesday, September 14, 2011

SMS Palsu : Munchy's

*Gambar dari Pak Cik Google*

TERKINI : JAKIM TELAH MEMBUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BATU PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DENGAN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT.. TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEISLAM DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DARI PEGAWAI JAKIM - HJ. JALIL BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

* Sila jangan terus nak percaya SMS sebegitu, habiskan kredit je nak forward padahal berita palsu.. Tapi elok jugak aku dapat SMS tersebut, bolehlah aku sebarkan tentang ketidakbetulan fakta yang disebarkan dalam SMS tu.. Untuk kepastian, baca kenyataan media dari pihak JAKIM sendiri di bawah :-

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung SMS yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar SMS tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru, JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sumber : Halal Malaysia


Tuesday, September 13, 2011

Catatan #64 : Perubahan

*Gambar dari pak cik Google*

Ada orang berubah demi cintanya,
Ada orang berubah kerna pekerjaannya,
Ada orang berubah untuk masa depannya,
Ada orang berubah ikut kehendak keluarganya,
Dan ada juga orang berubah bagi capai cita citanya..

Apa apa pun niat perubahan itu--biarlah mereka,
Mereka tahu buruk baik keputusan mereka,
Mereka punya hak atas keputusan mereka,
Mereka saja tahu keputusan mereka,
Mereka adalah mereka--bukan kita..

Tapi tapi berubah itu tidak perlukan modal,
Cukup sandaran pada hati dan akal,
Biar apa orang mahu bilang,
Biar apa orang mahu tentang,
Jangan kita masuk nak serang..

Kurang banyak pun MEREKA BERUBAH.. KITA???


*Takziah kepada pasangan Sharol Nizam Noor dan Safura Yaakob atas pemergian anak mereka Nur Aisyah Mariam, 3 tahun.. Alfatihah~