Monday, April 30, 2012

Catatan #83 : Gaji Minimum Pekerja Swasta


Terima kasih Dato Seri Najib Tun Razak atas pengumuman gaji minimum pekerja swasta.. Serius, lama aku tunggu perkara ini dihebahkan dan akhirnya penantian itu terjawab..
  • Gaji minimum di Semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada kadar RM900 sebulan.
  • Gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula pada kadar RM800 sebulan.
Gaji minimum ini akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan setelah ia diwartakan.. *Nanti aku update lagi ye, tadi layan tivi sambil makan so tak dapat nak catat apa apa*

Kawan aku cakap tak cukup RM800 tapi gaji dia memang dah sampai 1K.. Lagi nak bising! Hahaha.. Tapi bagi aku yang hanya dapat gaji basic RM700 sebulan, ia cukup memadai.. Syukur sangat sangat dah ni.. Hei, jangan ingat aku ni arkitek ke apa ek..! Gambar kat atas ni memang kat ofis aku, teringin nak pakai topi putih tu.. Aku cuma kerja sebagai pelukis pelan pelatih yang mana skop tugas aku biasa biasa je lah..










Mesti kadang kadang rasa gaji cam tak pernah nak cukup kan? Pernah tak rasa cam nak gaji lebih banyak lagi? Atau pernah tak rasa nak berhenti kerja dan cari kerja lain? Atau pernah tak rasa nak bukak bisnes sendiri dan jadi bos? Aku ada jawapan untuk persoalan korang..












Mungkin buku ini boleh merealisasikan hasrat anda.. Aku tak beli pun, saja suka suka snap.. :)







p/s : Selamat Hari Pekerja..
p/ss : Kenapa tiba tiba lagu "Ku Pendam Sebuah Duka" bermain di bibir aku ni? Ahhh..




Friday, April 27, 2012

Catatan #82 : Kemalangan

*Gambar sebelum kejadian petang tadi.. Dan telah aku tweet sebelum keluar office*

Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita.. Yang pasti, nak ucap syukur kepadamu Ya Allah kerana memanjangkan umurku.. Boleh jadi, lepas balik kerja tadi aku mungkin dah tak bersua dengan mak bapak aku.. Nyaris accident teruk.. Alhamdulillah selamat.. Aku dapat kawal motor dengan baik bila kena langgar dari belakang.. Macho tak aku? Hahaha.. Calar sedikit exos RX5..

Aku terima semua ini sebagai satu musibah untuk mengingatkan aku tentang kebesaran Allah s.w.t.. Amalan masih tak cukup! Betul.. Harus perbaiki diri.. Terima kasih kepada kawan kawan yang membantu aku tadi dan yang tak berada di situ--doa kalian sangat berharga walau hanya menerusi sms.. Maaf sebab aku tak khabarkan pada keluarga kerana aku tak mahu mereka risau.. Dan aku takut emak aku tak kasi bawa motor lagi.. Mana boleh! Baru cadang nak beli motor ducati.. *Eh

*Jangan ingat aku takde lesen.. Sekarang tamat tempoh lesen ikut birthday tau.. Baru renew bulan lepas*





Demonstrasi Mansuh PTPTN? Menuntut Free Education?


Pertamanya tahniah kepada Khairy Jamaluddin (KJ) yang berani berdebat dengan Datuk S.Ambiga semalam bertempat di dewan The Club Bukit Utama Damansara Golf Club dengan tajuk "Electoral Reforms.." Boleh lihat KLIK SINI untuk menonton rakaman semalam.

Dan jangan lupa kepada mahasiswa agar mendengar debat tentang isu PTPTN antara KJ dan Mohd Rafizi Ramli--Pengarah Strategi PKR bakal berlangsung pada 3 Mei ini.. **Mohon TV1 siarkan secara langsung ye :)

**Pertamanya, ini cuma pandangan/pendapat aku sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu yang melanda sekarang..


Isu PTPTN ni hangat sangat.. Bukan perang dalam blog dan facebook je, pak cik yang duduk kat warung kopi pun dok sembang benda yang sama.. Apa sebenarnya PTPTN ni ye?
PTPTN ialah singkatan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 556) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN bertujuan memberi pinjaman kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta. Dalam tahun yang sama juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri manakala Datuk Seri Najib pula menyandang jawatan Menteri Pelajaran dengan memperkenalkan Akta Pelajaran 1996. Nampak tak? Untuk lebih dramatik KLIK SINI..

Adakah wajar PTPTN itu dihapuskan memandangkan ramai yang menuntut Free Education?
Hapus PTPTN dan Free Education adalah dua perkara berbeza tetapi atas niat yang sama untuk mengurangkan bebanan orang bawahan termasuk aku jugak lah. Aku sokong! Dalam hidup ni semua benda pun pakai duit kan dan kawan aku kata memang takde benda free sampai mati pun sebab kain kapan kita nanti kena beli pakai duit jugak. Walaubagaimanapun, sekiranya PTPTN itu dimansuhkan dan Free Education dilaksanakan, orang yang kaya adalah orang yang paling untung.. Nampak tak? Tapi mampu ke mak bapak kita tanggung kos sewa rumah, makan minum kita nanti kalau PTPTN pun dihapuskan? Free Education mestilah hanya cover yuran pengajian.. Namun ikut logik akal dan melihat kepada ekonomi dekat Malaysia ni, rasanya pemansuhan PTPTN tidak wajar kerana kerajaan tidak akan mampu untuk tanggung kos pembelajaran pelajar di peringkat IPTA. Sekalipun kerajaan terpaksa memberikan Free Education kepada semua pelajar IPTA, makanya kemasukan adalah terhad. Kerajaan konfem akan memastikan hanya pelajar cemerlang SPM yang mampu mendapat tempat di universiti tempatan. Macam biasiswa dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ianya diberikan kepada yang layak dan tidak semua pelajar dapat menikmati peluang tersebut. Jadi, aku khuatir jugak kalau kalau bukan golongan melayu yang akan memenuhi kuota kemasukan "Universiti--Free Eduction" ni.. Bukan nak bersifat rasis, tapi cuba lihat kepada statistik pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN yang telah convert kepada biasiswa sebab pointer 3.8 ke atas di SINI. Golongan melayu jatuh di tangga kedua sedangkan kalau lihat kuota penempatan di universiti tempatan sekarang, melayu merupakan yang tertinggi. Nampak tak? Yes, memang betul bukan senang nak score dan dapat "first-class honours" tapi kalau kita berusaha pasti dapat. Bukan dengan cara demonstrasi terpekik terlolong.

Apakah mekanisme terbaik untuk selesaikan masalah PTPTN ni?
Menghapuskan 1% kadar ujrah atau upah kos pentadbiran adalah yang sewajarnya. Kalau dilihat, semasa kadar faedah PTPTN 3% dahulu, takde plak demonstari macam ni kan? Nyata pemikiran mahasiswa dahulu, kalau nak berjaya tu memang kena bersusah susah dahulu.. Kalau dah nama pinjaman tu, kenalah kita bayar balik setelah kita berjaya dan bekerja.. Dan aku rasa PTPTN juga perlu menimbang sedikit cadangan untuk pembayaran balik kepada 50%.. Maksud aku macam loan Mara lah.. Tapi aku tak berapa nak clear pasal benda ni, cuma PTPTN mungkin boleh tiru cara Mara mohon bayaran balik pinjaman. Contoh yang dapat pointer 3.0 ke atas, maybe boleh dikurangkan 30-50% daripada pinjaman dia.. Ini antara penyelesaian yang aku fikir logik jugak dari kasi free education untuk peringkat IPT. Kalau terus hapus PTPTN, jawabnya ramai ibu bapa buat personal loan plak kat bank.. Kalo bank berapa banyak plak interest?

Mengapa Free Education tak boleh dilaksanakan sedangkan Malaysia ada minyak dan maju?
Betul. Tak dinafikan Malaysia sebuah negara maju dan tak jugak aku nafikan Malaysia negara pengeluar minyak tetapi kita tak boleh nak harapkan petroleum yang sedia ada sekarang kerana ia akan habis jugak. Orang kata sumber petroleum ni makin susut sebab itulah GST diperkenalkan.. Tak tahu apa itu GST? Sila google.. Dan sampai bila kita nak bergantung kepada petroleum semata mata? Sekarang pun harga minyak dunia naik dan Malaysia masih mengekalkan harga minyak petrol RON95 dan peningkatan subsidi ditanggung oleh kerajaan. Nak free education? Sudah! Cuma untuk peringkat rendah dan menengah sahaja.. Dulu, ingat lagi tak macam mana nak dapat buku teks? Kemain susah.. Tiap tahun kena isi form. Dan aku dulu masa sekolah tak merasa dapat bantuan pinjaman buku teks sekolah masa form 2,3,4.. Nak kata gaji bapak aku 2K, 3K, memang tak lah! Tapi sekarang tengok.. Semua pelajar menikmati pinjaman buku teks tak kira mak bapak dia gaji besar ke gaji kecik ke.. Sama jugak dengan yuran peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM serta yuran sekolah.. Free! Zaman aku, sampai tingkatan 6 aku sekolah, memang duit bapak aku mengalir di setiap pembayaran yuran sekolah. Kecuali yuran peperiksaan masa aku STPM je merasa sikit free lepas Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri) ketika itu mengumumkan pemansuhan bayaran peperiksaan utama dalam bajet 2007. Aku plak amik STPM tahun 2008.. Untung adik aku menikmati free education sekarang.. Dapat plak RM100 tahun lepas.. Zaman Datuk Seri Anwar jadi Menteri Pelajaran dulu ada tak semua ni? Takde kan? Oh, itu tahun 90-an kan? Korang mesti tak nak tengok sejarah dulu dulu. Syukur aku tak berdemo sebab tak puas hati zaman aku macam macam kena bayar.. So, berbalik kepada masalah menuntut free education untuk peringkat yang lebih tinggi. Seperti yang aku kata kat atas tadilah, nak buat boleh tapi peluang agak terhad. Mansuh yuran di peringkat rendah dan menengah pun memperuntukan banyak wang. Betul, wang rakyat.. PTPTN tu pun wang rakyat jugak.. Aku faham, korang boleh sebut beberapa buah negara yang buat free education tapi kena faham jugak yang tax mereka tinggi.. Kat Malaysia ni bukan ramai sangat gaji RM3000 ke atas kan? Aku sendiri tak kena bayar cukai pendapatan pun.. RM1000 pun tak sampai tapi cukuplah untuk aku tanggung kos belajar aku sebab aku tak pinjam PTPTN.. Bukan tak mahu tapi aku fikir aku masih ada pilihan lain untuk tampung kos belajar dengan bekerja.. Jadi, kalau dah korang bersetuju pinjam PTPTN maknanya korang dah bersetuju nak bayar balik. Nampak tak? Seharusnya tiada pertikaian tentang isu PTPTN ni yang dah 15 tahun wujud dalam negara kita. 


Dah tengok habis tak? Kalau belum tak payah nak komen dulu.. Yes, aku faham tentang objektif atau usul yang dorang perjuangkan dalam demonstrasi di atas tapi perlu ke tindakan pada minit 0:56? Siapa ajar kamu hina nyawa orang hidup macam sembah orang mati ni? siapa ajar kamu kalung bunga hindu dekat gambar PM dan Menteri pelajaran ni? kamu ni dah emosi sangat sampai dah tak tau beza mana betul mana tidak? kamu kata simbolik? bukankah semua ritual agama itu matlamatnya memang simbolik penyembahan? Haa.. Ayat italic tu aku copy dari SINI.. Wah, kemain lantang Adam Adli ni berucap.. Bakal cikgulah katakan.. "Cuba guna hak berfikir sebelum hak miranda.." Erm, ingat tak pasal baucer buku 1Malaysia sebanyak RM200.. Ada jugak yang tak gunakan dengan sebaik mungkin. Pegi tukar ke duit padahal dapat RM180 kurang dari jumlah sebenar baucer. Ni kira subsidi bantuan yang kerajaan hulur jugak ni.. Syukurlah ye~





p/s : Kalau tak puas hati dengan entri ni, sila ke SINI.. Kot kot lebih faham..
p/ss : Kalau malas nak baca entri panjang, baca komik di SINI.. Mungkin lebih faham nanti..
p/sss : Kalau rasa nak baca entri dari pelajar Malaysia di luar negara.. Boleh baca SINI..
p/ssss : Kalau entri SINI pun ok jugak.. Syabas!



Wednesday, April 25, 2012

Review : Kelabu By Nadia Khan


Akhirnya aku selesai baca buku setebal 456 muka ini--KELABU!
Ikut hati #Kelabu akan jadi novel terakhir selepas #Zombijaya memandangkan ia satu satunya novel fixi yang boleh dibahagikan kepada 2 naskhah berbeza..

Eh, apa ko merepek ni?
Maksud aku, ketebalan novel Kelabu hampir menyamai dua novel lain.. Dan membuatkan aku rasa itu bahan bacaan yang last sekali aku baca..

Tapi, #Kelabu antara tiga buku pertama yang ko dah khatam kan?
Yes! Aku tak sangka tangan aku boleh capai novel pilihan terakhir itu minggu lepas.. Maybe sebab cover dia yang cool ditambah plak kaler yang soft membangkitkan naluri pembacaan ye..

Jadi, apa yang menarik dalam #Kelabu ni?
Nadia Khan membawa kita menyusuri satu kehidupan yang kadang kala kita tak pernah nak ambil peduli tentangnya.. Cerita perihal Amir yang boleh dianggap manusia keji oleh segelintir masyarakat yang hanya tahu memandang luaran tanpa sedikit rasa ingin tahu atau terdetik di hati ingin mendekati.. Oh ya, ada yang menghampiri tetapi punya muslihat tersendiri dan akhirnya kecewa memakan diri--itu Jun.. Novel ini juga menekankan tentang hubungan persahabatan yang akrab--mampu renggang bila mana satu perasaan lain muncul antara dua insan bergelar "bff".. Selain itu nilai kekeluargaan yang tinggi serta nilai keagamaan turut diselitkan bagi mencantikkan jalan cerita.. Standardlah dalam penyampaian semua benda perlu ada kesan.. Macam drama melayu mesti ada part nilai nilai murni tu.. Alah tak kan tak biasa belajar komsas/sastera kat sekolah.. Hehehe.. Bagi aku plak, kejadian di mukasurat 442 turut memberikan aku satu perasaan jatuh! Kira part sedihlah.. Di penghujungnya, siapa pilihan hati Amir? Jom dapatkan muka surat terakhir #Kelabu.. Hahaha.. Tak saspen lah kalo aku bagitau habis..

Erm, apa yang penipuan dalam #Kelabu yang ko dok canang tu?
Sebenarnya kesilapan teknikal yang datangnya dari pihak aku sendiri.. Masa aku beli novel ni aku dah baca sinopsis di belakangnya.. Aku faham dan aku dah boleh agak tapi selepas buku disusunrapi dan diambilsemula selepas sebulan kemudiannya, aku terus ke setiap helaian dan membayangkan wajah kacak tampan Amir seperti Amir dalam drama bersiri Vanilla Coklat.. Tak perlu aku cakap perihal Jun sebab nanti korang gelak! Yang pasti aku bayang pelakon wanita baru popular yang tak menang award ABPBH tahun ni.. Aku menghayati tiap watak dalam penulisan--sebab tu wajah kesayangan hamba tetiba muncul.. Eh, #Pecah yang aku baca pun aku imagine muka itu muka ini.. Okokok, berbalik kepada penipuan dalam #Kelabu.. Nyata wajah Aiman Hakim Ridza terpaksa aku lupakan setelah aku berada pada helaian 211 dan ke atas.. Demmmmmm.. Macam mana aku boleh lupa tentang sedikit coretan di kulit belakang novel tu? Kau menang Dr.Nadia.. Weeeeeee :)

Pesanan terakhir?
Jangan baca kulit belakang dulu.. Dan kepada yang nak beli sila ke kedai buku berhampiran anda seperti MPH, Popular atau lebih mudah ke SINI..








(Nota Hatie : Masih terngiang ngiang lagi perbualan telefon tengahari tadi.. Tuhan tolong..)



Tuesday, April 24, 2012

Mahasiswa Jom Ke Himpunan Jutaan Belia


Kenapa aku sebut mahasiswa? Sebab ramai mahasewel dah berkampung di dataran merdeka.. Siap bawa khemah lagi.. Ko ade? Takde kan.. So, baik kita yang tak join ni ke Hari Belia Negara 2012 yang akan diadakan pada 23 Mei hingga 27 Mei di Putrajaya.. 












**Antara yang menarik kat sana nanti.. Jangan lepaskan peluang mengikuti aktiviti ini..





**Juga jangan ketinggalan untuk menyertai pertandingan seperti di bawah :




Ini lagi best..



p/s : Hadiah dari blogger pun aku tak cerita lagi ek.. Insya Allah minggu depan kot..
p/ss : Sepatutnya entri review novel up hari ni.. Takpe, malam nanti ok..
p/sss : Aku harap apa yang aku dengar dalam perbualan telefon tadi ada betulnya.. Hehehe..


Monday, April 23, 2012

Catatan #81 : Buku Fixi


Eh, banyak plak koleksi buku Fixi ko? Ape best sangat ke?
Tak banyak tapi cukuplah satu novel tiap satunya.. Best tak best terpulang pada pembaca tapi bagi aku YE! Memang BEST.. Sebab aku suka pada "kebebasan menulis tanpa prejudis.." Paling penting otak kena terbuka luas.. Orang putih kata open minded.. Novel keluaran Buku Fixi jugak sebenarnya menceritakan tentang kehidupan realiti masyarakat kita yang cuba 'dipejamkan' padahal ia perlu diwar warkan agar generasi akan datang tahu dan bijak menangani dan menghadapinya..

Eh, bukan ko tak minat ke baca baca novel ni?
Yes. Memang betul aku tak minat baca novel sebab pada aku, novel selalunya sinonim dengan cerita cinta.. Jiwang karat orang kata.. Tapi buku keluaran company Amir Muhammad ini telah mengubah pemikiran aku terhadap industri novel kat Malaysia.. Tahniah Amir Mu! *Selamat jalan Alaf21


Ko tak minat baca novel tapi ko belajar sastera jugak?
Aku terpaksa! Tapi itu dulu punya cerita.. Sekarang aku rasa memang aku ditakdirkan untuk hidup dalam dunia sastera walau aku cuba lari darinya.. Soooooooo, aku perlu terima hakikat yang kini aku sedang dilamun cinta dengan sastera!

Erm.. Kalau macam tu, bagaimana ko tau kewujudan buku Fixi ni?
Salah seorang penulis buku Fixi ni adalah salah seorang blogger.. Jejaka anggun atau nama penanya Shaz Johar adalah penulis untuk novel Kougar dan Tabu.. Melalui blog beliau, aku tahu tentang novelnya serta syarikat penerbitan Fixi..

Eh, ko beli semua novel ni ko dah habis baca belum?
Belum. Ye, belum lagi. 

Erm.. Kenapa belum? Orang kalau dah beli, mesti nak baca.
A'ah. Betullah tu. Tapi bukan aku. Bukan senang nak pupuk sifat ulat buku dalam diri aku tau! Kalau ikutkan, tahun lepas lagi dah habis kot aku baca cuma aku melengahkan masa bacaan disebabkan beberapa perkara. Tapi kira oklah, sekarang aku dah habiskan 3 daripadanya. Biar lambat asalkan aku menjiwai setiap watak didalamnya.. Hahaha..


Ini antara 3 novel pertama (Kougar, Pecah dan Kelabu) yang aku baca dan rasanya aku terpaksa berhenti seketika.. Ikut hati, aku nak baca kesemua yang aku miliki tapi aku kena jugak concentrate dengan final exam awal bulan Jun ni.. So, bulan Mei aku kena fokus kepada buku buku ilmiah plak.. 




Tuesday, April 17, 2012

Catatan #80 : Hari Ini Umur Saya Bertambah


Kek hari lahir yang sangat sedap--dibeli oleh seorang lelaki bernama Zamri.. Terima kasih! Juga buat kak Aza dan Kak Mama..


Kek ini pula disponsor oleh teman rapatku ini--Amalina (Tudung Merah).. Thanx u so much.. Actually, kek ini untuk aku dan Siti Muliana (Tudung Hitam) yang jatuh hari lahirnya pada 29 Mac dan aku 17 April.. 



Love u guys! Friend forever..

Ini video anak buah aku nyanyi happy birthday untuk aku! I love both of u..



p/s : Ucapan paling berharga adalah dari keluarga tercinta--Adik beradikku yang cool lagi best! Serta dari sahabat, teman, rakan, kawan, kenalan.. Terima kasih! Hadiah dari blogger esok kita cerita.. Ucapan dari bf? Oh takde, kesian..

Thursday, April 05, 2012

Catatan #79 : Novel Invasi dan Bisik Percuma

`
Alhamdulillah.. Akhirnya, koleksi buku Fixi untuk tahun 2012 sudah pun aku miliki tanpa mengeluar sesen pun! Bukan senang nak dapat free kalau bukan sebab kau menang contest tulis cerpen.. Tapi--ini hadiah percuma untuk panel pembaca dan aku salah seorang darinya..

INVASI (Raja Faisal)

Ahmad Bayani, seorang jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan, takkan menyangka dunianya yang mewah dan melalaikan bakal musnah sekelip mata. Sesuatu yang tak diduga oleh manusia akan berlaku.

Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas. Adakah seluruh negara akan jatuh ke tangan mereka?

Bayani harus memilik samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari penceroboh.

Di dalam kemusnahan itu juga, Bayani berdepan semula dengan kisah silamnya; ibunya yang telah lama hilang dan kekasih yang terhalang. Hari INVASI bermula dan nasib umat manusia akan berubah buat selamanya.

Baca petikan Bab 3 Invasi di [SINI]



BISIK (Syaihan Syafiq)

Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi Bisik hasutan yang muncul secara rawak.

Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.

Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.

Apakah punca bisik bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?

Baca petikan Bab 1 Bisik di [SINI]








p/s : Esok cuti Good Friday! Harus baca buku..)



Wednesday, April 04, 2012

Catatan #78 : Senangnya Dalam Hati..


"Perghhh.. Banyak duit kau.."
"Bonus ke? Raya lambat lagi kot.."
"Duit blog ke? Tak cayalah.. Blog ko bersawang dah.."
"Ni mesti nak buat iklan dalam facebook.. Duit masyukkkkk.."
SPAM!!! MLM!!!


Betul, kalau ikut tajuk dan gambar--tersangat hubung kaitnya.. Tapi tapi tapi, aku cuma nak fokus bab kegembiraan! Itu sahaja.. Lain lain hanya pinjaman semata.. Wang itu bukan saya punya..







Hampir 2 minggu aku tak menulis blog--rindu yang amat! Ampun.. Bukan ingin meninggalkan kawasan kesayangan ini tapi tuntutan masa serta keadaan yang tak begitu stabil membuatkan aku terpaksa mengabaikan.. Alhamdulillah, semua dah kembali seperti biasa.. Tiada kerunsingan di hati.. Encik Zul, terima kasih ye kerana sudi tadah telinga di ketika dan saatnya! Hehehe..

Sebenarnya, aku sendiri pun baru pulih dari demam.. Ya Allah, kali ini memang teruk.. Nasi pun aku tak boleh nak hadam.. Dan hampir 2 minggu jugak aku bercerai dengan nasi dan selera makan entah ke mana hinggakan 2kg berat badan aku turun.. Mungkin sebab bapak dan nenek aku.. Tak perlu untuk aku cerita kat sini cuma nak ucap syukur kerna segalanya selamat--mampu buat aku tersenyum kembali..




p/s : Terlalu banyak cerita ingin dikongsi tapi esok dan lusa mungkin..)