Sunday, October 28, 2012

Catatan #101 : Rindu

Kalau pertemuan itu adalah yang pertama dan terakhir, pastinya aku telah hentikan waktu. Agar aku dan dia terus bersama akhirnya. Tapi aku tak punya kuasa cuma mampu beritahu pada Tuhan bahawa aku merindui saat yang telah DIA aturkan itu. Sungguh sayang, aku rindu kenangan lalu bersamamu waima sekejap--rasa.

Sumpah aku tak pernah lupa saat itu. Tapi kita kena akur setiap yang bermula pasti akan berakhir. Tapi aku harap hubungan aku tak pernah berakhir dengan dia. Mahu saja aku pegang erat tangannya lalu dibawa lari di ketika itu. Hanya ingin bilang "selepas ini awak akan menjadi orang yang paling saya rindu hari hari."

Ya. Sejak tarikh bahagia itu berlalu, maka datangnya malam ini dan malam sebelumnya. Aku rindu sama dia! Aku boleh kawal tak call dia walaupun hati ini memberontak mahu mendail nombor bimbitnya, aku boleh kawal tak bbm dia walaupun hati ini menggila mahu meluah isi hati padanya, tapi aku TAK boleh kawal perasaan rindu ini yang seakan memanggil aku untuk mendengar suaranya. Moga moga boleh jadi ubat pada sakit ini. Ahh. Aku rasa perasaan ini betul betul sial. Pergi jauh wahai kerinduan. Aku tak tertanggung sakit merindu. Kerana yang dirindu buat tak tahu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 23, 2012

Catatan #100 : Merahnya Hati

*Andaikan buah strawberry itu adalah hati (sila bayang sekarang)*

Hati itu merah sebab darah kan? Ahh. Lantaklah. Sebab aku bukan pelajar aliran sains. Dari sekolah menengah aku belajar di kelas aliran sastera sampailah ke peringkat universiti. Yang aku tahu hati itu satu tempat yang suci dimana letaknya cinta. Ecewah!

Aku bukan skuad Terfaktab yang nak buat entri jiwang bagai tau tapi kadang kadang bila malam begini, penyakit jiwa kacau selalu je mengganggu. Cuma aku pelik dengan segelintir manusia yang bernama lelaki.

"Hey awak, kalau dah berpunya tu buat cara ada pasangan boleh tak?"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 22, 2012

Catatan #99 : Rokok

Ikutkan tiada sebab aku perlu ambil tahu masalah kenaikan harga rokok 20sen bermula hari ini. Sebab aku bukan perempuan yang merokok. Berita tentang kenaikan 20sen ini pun aku tahu dari twitter bila TL penuh cerita rokok. Rata rata lelaki bengang. Dalam hati "eh, bukan ke merokok itu nampak macho? Setakat naik 20sen tak kan terjejas ke-macho-an jantan kat Malaysia kot." HAHA.

Aku faham perasaan kaum adam ni, dah sah sah hak merokok hak mereka tapi hak sakit anda hak perempuan yang jaga. Itu kena ambil peduli jugak cik abang. Memang sakit itu bukanlah berpunca dari rokok semata tapi kebanyakan. Dan aku tak nafikan jugak, perokok tu mati kadang kadang bukan sebab kanser paru paru mungkin sebab kencing tikus. Ini semua Allah punya kuasa tapi bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?

Samalah macam kes kerajaan kurangkan subsidi gula 20sen dan mengakibatkan kenaikan harga gula di pasaran. Peniaga kedai makan pula ambil peluang naik harga air, pelanggan pun marah kerajaan. Padahal inilah cara didikan awal. Kalau kita rasa terbeban, apa kata kita kurangkan pembelian. Itu tindakan bijak sebenarnya. Kurangkan manis dalam minuman dan kurangkan merokok juga! Atau mungkin juga mengurangkan kelajuan pemanduan sebab kehadiran AES. Siapa tak tahu apa itu AES, pegi cari akhbar Sinar Harian. Front page lagi.

Oh maaf. Sepatutnya entri aku pasal rokok. Tapi isu ini pun terkait sama. Walau apa apa pun aku tak sokong kalau ada kempen nak turunkan harga rokok sebab ia bukan makanan penting. Baik turunkan harga coklat kitkat ke, kan elok. Atau turun harga buah! Aaa~ Ini nak turun harga rokok? Kelakar. Padahal orang hisap rokok ni orang kaya sebab dia pegi bakar duit. *aku rasa ramai yang tak setuju, tapi aku nak cakap jugak!


P/s : Para awek tak perlu nasihat pakwe agar berhenti merokok sebab memang TAK.
P/ss : Entri ini dari pagi tadi aku taip sambung tengahari sambung petang sambung malam. Siap.
P/sss : Bolehlah tido awal malam ni.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 18, 2012

Catatan #98 : Jururawat Kerajaan

Ketika aku menulis entri ini aku berada di Poliklinik dan seperti kebiasaan penantian itu menguji tahap kesabaran. Aku bukan nak kondem perihal klinik kerajaan yang punya ramai manusia dan kelecehan menunggu dan bila mana nombor giliran tiba perkhidmatan yang diperoleh setanding dengan bayaran RM1 yang dikenakan. Oh. Aku rasa tak perlu dikisahcerita memandangkan rata rata rakyat Malaysia pernah alami sendiri.

Aku cuma nak highlight berkenaan jururawat. Ini pun kes berat. Takut takut jugak aku kena saman. Tapi ini cuma pandangan insan marhain saja. Jadi aku rasa dikecualikan untuk diambil tindakan undang undang. Haha. Ok. Sebenarnya aku macam kesian tengok jururawat perempuan yang veteran. Aku kira bagaimana mereka di usia 60 tahun? Mampukah mereka merawat pesakit atau mereka juga mungkin bergelar pesakit?

Usia persaraan di negara sekarang menjangkau 60 tahun. Yes, ramai yang bangkang sebab bukan atas faktor golongan muda akan bertambah jumlah menganggur je tetapi atas faktor kesihatan dan kecantikan/kelawaan/kehenseman juga (boleh diambilkira sila jangan diremehtemehkan). Tolonglah. 

Maka dengan ini aku rasa kajian menyeluruh harus dilakukan. Eh, dulu usia penjawat awam pencen 55 tahun kemudian dilanjut ke 56 tahun dan bapak aku antara orang yang menikmati lanjutan usia persaraan kerajaan ketika itu. Pada perkiraan aku 55 atau 56 pun sudah memadai memandangkan tahap kesihatan manusia sekarang berada di tahap sederhana. Semalam atau dua hari lepas aku baca dalam surat khabar tentang separuh dari golongan kakitangan kerajaan di Sarawak menghidap sakit darah tinggi. See. Separuh! Bayangkan! Bukan 5% atau 10%. Ini bukti semakin kita lanjut usia semakin kita stress. Ahh. Aku umur muda pun kadang kadang stress jugak.

P/s : Panjang jugak entri ini. Aku fikir nak tulis pendek je. Haha.
P/ss : Aku harap kenalan aku kerja jururawat kat hospital tak kecil hati dan kepada rakan rakan bakal jururawat bekas pelajar Kolej Shahputra Kuantan. Haha. Aku harap korang tak kerja sampai umur 60 tahun!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 16, 2012

Catatan #97 : Oh Dunia

Hai. Nama saya Normutieah. Kawan kawan panggil Tieah. Tapi ada jugak kawan panggil Nor dan saya ok. Ahh. Carut lebih. Aku cuma mahu me-war-war-kan tentang penerjunan aku ke dalam dunia baru. Ingat Felix je boleh terjun dari angkasa lepas ke bumi? (Oh cerita ini masih segar dalam ingatan)

Dunia yang aku maksudkan adalah bidang 'kerjaya'. Harap maklum. Yes, bunyi macam profesional giler kan? Ahh. Sekali sekala berperasaan bongkak sedikit. Ape ade hal? Haha. Sooooo, hari ini aku bukak buku baru dan cuba menutup buku lama yang aku fikir ada sinar harapan rupa rupanya aku yang perlu melangkah ke hadapan. Padanlah aku selalu dapat ceramah free dari teman teman rapat aku. Entahlah. Memang sukar aku nak hakis sifat 'kesetiaan' yang tak bertempat dalam diri ini. (Bukan soal cinta, jauh sekali)

Cerita buku baru tak perlu dikongsi sebab belum masuk bab 1 pun, baru mukadimah. Jadi tiada yang istimewa untuk dicoret. Buku lama? Aku sayang sebenarnya tapi aku terpaksa berhenti sebab aku telah pilih pengalaman sebulan dari meneruskan khidmat. Ketika itu jugak aku tak boleh berfikir secara waras dan terasa down sangat sangat. Aku menangis dan tiada siapa pujuk :( Ini sedih betul. Haha. Tapi aku tetap berterima kasih dengan teman teman rapat yang faham dan beri aku nasihat serta kata kata perangsang. Bila teringat balik rasa geli geli jugak. Aku tak pernah menangis depan BFF aku. Aku tak pernah call BFF aku sampai menangis. NO. Tapi keadaan memaksa ketika itu. Family? Kalau bab stress/sedih/kecewa aku jarang kongsi sebab aku nak sentiasa gembira dihadapan orang orang yang tersayang. Bukan bermaksud aku nak membelakangkan mereka. Aku teringat sekali masa emak aku call di saat perasaan tengah kritikal, di tambah pula situasi yang serabut gila, aku berlagak kuat padahal mata dah merah menahan takungan airmata. Letak je fon airmata macam hujan mengalir laju dan segera aku ke washroom. *sigh

Aku rasa tangan aku kebas menaip panjang panjang ni. Mohon undur diri. Hehe. Aku harap lepas ini aku boleh terima kenyataan aku dalam dunia baru! Yang pasti aku masih tak boleh lari dari 'tanah'. Aku tahulah manusia dicipta dari tanah dan ke tanah jua kita kembali, tapi dunia lama dan baru aku pun bercerita tentang 'tanah' jugak. Itu je sama. Yayaya, hari hari kita pijak tanah. Faham.

P/s : Entri ini macam emo semacam. Pelik.
P/ss : Selamat malam. Aku tak boleh nak berjaga macam kelawar sangat dah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Monday, October 15, 2012

Catatan #96 : Penerjun Cinta

Ramainya para lelaki menjadi "penerjun cinta" dan berkicau di Twitter selepas menyaksikan lelaki berumur 43 tahun, Felix Baumgartner berjaya membuat terjunan dengan selamat di bumi dari paras 120,000 kaki. Yang tak tengok live tadi memang rugi. Bukan selalu. Walau ada yang mengutuk RedBull Stratos Project, aku tetap rasa bangga bila dapat menonton sekali.

Apa yang menarik dekat Malaysia usai si Felix menjejakkan kakinya ke tanah, rata rata tuit tentang Red Bull dan Felix. Dan tak kurang juga muncul ayat ayat cinta bandingan terjunan Felix dengan terjunan hati si pencinta wanita/lelaki. Oh, nasib bait takde suara sumbang yang kata ini teori yahudi atau freemason. Beberapa ayat menarik :

"@terfaktab: Terjun free fall ni banyak belanja nya, terjun ke hati saya free je, awak."

"@_siggplus: Mungkin Felix jatuh dari paras yang sangat tinggi, tapi ianya tak mungkin setinggi jatuhnya hati saya kepada awak ♥"

"@nazmiazimazmi: Kelajuan Felix terjun percuma tidak dapat menandingi kelajuan awak mencuri hati saya. #PickupLineRedbullStratos"

"@eatyu: Setinggi mana pun freefall Felix, tinggi lagi cinta saya pada awak #PickupLineRedbullStratos"

"@FaQ4R: awak senantiasa berada di dalam kapsul hati saya #PickupLineRedbullStratos"

Aku nak jugak tulis ayat ayat cinta berunsurkan kejadian rekod dunia yang tercipta.

"Ramainya manusia memuji terjunan Felix tapi saya rasa terjunan awak ke dalam hati ini paling hebat tanpa guna sut khas"

**Untuk pengetahuan, sut khas yang digunapakai oleh Felix menyamai sut angkasawan dengan life support system yang mana ianya membolehkan Felix terjun dengan selamat dan teratur. Gitu~



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 14, 2012

Catatan #95 : Bila Nak Kahwin?

Aku syak 95% daripada rakyat Malaysia yang single mesti pernah kena soal "Bila Nak Kahwin?". Sini. Aku syak 70% daripada rakyat Malaysia yang bertanya itu juga single. Haha. Si penanya atau si penyoal atau lebih tepat yang bertanya soalan itu sebenarnya mahu cari geng untuk menubuhkan Persatuan Single Semalaysia. *ok ini tipu.

Sebenarnya aku tertarik nak kongsi whatsapp aku dengan seorang rakan tadi. Mula mula cerita steady je borak pasal study dan konvo. Dia soal bila aku konvo kot kot sama. Aku kata, ikutkan 2014 tapi kalau kena extend setahun lagi, 2015 jawabnya. Pastu aku pun dok congak kira umur. Alamak. Kalau 2015 bermakna umur aku 26 tahun. Rakan aku ni pun gelak. Dia kata entah entah masa konvo aku bawa anak. Oh. Agak panas statement dia hoi. Dan dan dia mula tanya soalan kegemaran 95% rakyat Malaysia yang berbunyi "Bila Nak Kahwin?"






Panjang lagi kisah penceritaan whatsapp itu cuma terpaksa dipotong sebab muncul nama nama yang boleh mengkantoikan situasi sebenar. Hehe. *tahu pulak aku takut.



P/s : Aku nak review #CerpenNadiaKhan tak jadi, nak review #Bola tak jadi, nak review #AwekChuckTaylor pun tak jadi. Ahh. Tolong semangat kembali.
P/ss : Tadi aku hasilkan 3 tuit #CerpenTwitter dan semua idea datang dari si lelaki XXL itu. Nampaknya, perasaan pada dia masih kuat. Ahh. Tolong.
P/sss : Aku nak tido! Selamat malam. BB memang buat aku gian update blog lah. Ahh. Tolong.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 12, 2012

Catatan #94 : Perempuan Dan Cermin

Sebagai seorang perempuan, maka aku mengakui cermin itu sebagai pelengkap kepada kehidupan kaum hawa. Aku berani jamin, perempuan dalam sehari memang tak sah kalau tak hadap cermin. Dalam sehari tu jugak, mesti lebih dari satu kali perempuan akan tengok cermin. Dan apabila di hadapan cermin. Berkatalah si perempuan ;
"Alamak, jerawat lah!"

Lalu, aksi memicit jerawat menggunakan jari pun berlaku walhal ramai yang kata kalau kita picit jerawat tu makin menjadilah ia. Tapi perkara itu bagaikan kau mengutuk Buletin Utama tapi kau tetap layan jugak. Gitu. *eh ada kena mengena ke?

Sebenarnya entri ni wujud sebab aku tak boleh tido! Pastu aku takde idea nak update blog. Kebetulan gambar kat atas tu aku ambik sebelum keluar makan dengan kawan tadi. Haha. Tapi memang perempuan gila bergambar depan cermin! Ni fakta. Lagi lagi cermin toilet. Ini nasib baik cermin dalam bilik tidur aku. Aku tak pasti kenapa tapi pada aku, cermin tandas hotel misalnya, cantik dan cahaya lampu menarik.

P/s : Aku nak tido awal tapi tak boleh! Sudahlah esok lepas subuh bukan boleh sambung tido macam selalu.
P/ss : Esok hari penting buat aku. Doakan yang terbaik ya. Selamat malam.
P/sss : Entri ini wujud jugak sebab penangan update blog pakai BB lah ni. Penyakit gian!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 10, 2012

Catatan #93 : Andai Aku Hilang

Di dalam rumah itu ada sebuah bilik.

Di dalam bilik itu ada almari.

Di dalam almari itu ada laci.

Di dalam laci itu ada kotak.

Ya kotak.
Kotak kasut.

Didalamnya bukan alas kaki.
Tapi hati yang terpijakkan.

Sayang,
Ambil hati itu. Ia tak berkunci. Telah lama aku buang. Saat kau bikin aku jatuh cinta. Terus aku simpan hati ini untuk kau. Baik baik jaga.


P/s : Oh jiwa kacau. Selamat malam.
P/ss : Tarikh hari ini 10 Oktober ya? Selamat hari tua buat ex boyfriend. Mana boleh lupa tarikh lahir kau cantik. Tapi sumpah. Perasaan aku pada dia hanya kawan.
P/sss : Masalah jugak bila dapat update blog pakai BB ni. Padahal aku dah baring atas katil siap dah padam lampu ready nak tido sejam yang lalu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 09, 2012

Catatan #92 : Sakai

Buat pertama kalinya aku update blog via blackberry! Giler sakai. *woi aku baru tahu ilmu ini ok.

Aku baru ingat nak kasi emak aku BB ni, sebab ikut entri lepas (Catatan #91) aku kecewa. Aku dah boleh hidup tanpa BB. Tapi tapi tapi lepas aku mendapat pengetahuan baru kegunaan sampingan BB ini aku rasa penyakit gian bakal aku hadapi dengan tenang.

Aku rasa lepas ini aku dah boleh berlagak depan orang yang pakai ipad atau samsung note. Haha. Benda kecik macam BB dah serupa benda besar tu jugak, bayar BIS pun RM25 je. Murah. Bulan lepas takde potong dan aku harap bulan ni pun celcom tak potong kredit aku! *serius takde kredit. Baru tadi je aku topup sebab nak call DIA.

Sebab aku call DIA? Masalah negara! Ikutkan tak nak dan sedaya upaya menahan diri. Kira macam proses berpantang jugaklah. Sekali tak boleh. Masalah peribadi boleh tolak tepi tapi sebab masalah negara, kena hadap dia jugak. Tapi tapi tapi, puas! Syok giler dapat dengar suara dia. Phewww~


P/s : Gambar aku tu paparazzi yang ambik, lepas tu letak dalam group kat BBM. Haha. Sabar jelah.
P/ss : Oh. Sememangnya begitulah rupa aku tengah layan BB. Yang pasti ada yang tak senang tengok jari telunjuk aku berada kat LED BB. Ape-ade-hal?
P/sss : Aku masih terasa ke-sa-kai-an ni sebab masih tak sangka aku update blog pakai BB!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 06, 2012

Catatan #91 : Kecewa


Motif gambar? Aku rasa sekarang aku boleh hidup tanpa blackberry! Hahaha. Bukan sebab kecewa sebenarnya tetapi lebih kepada muhasabah diri. "Haa, bila sakit baru nak ingat Tuhan!" Ayat klise! Itu orang katalah, tapi sesungguhnya aku tiap masa pun sentiasa beringat.

Maaflah kepada yang BBM, Whatsapp, SMS mahupun yang call aku tu. Aku tak larat. Aku bukan tak nak diganggu tapi entahlah! Aku akan hubungi kalian kalau aku rasa ada yang mustahak. Aku rasa mungkin dua tiga hari lagi kalau semua stabil aku kembali macam biasa. Semoga aku terus kuat!

Sebenarnya selepas aku ambil gambar yang kat atas tu, aku cuma fikir nak buka BBM jer walaupun aku tahu dari 7 BBM yang diterima itu, memang dia takde dalam senarai penghantar. Mana dia nak BBM aku? Ok sedar diri. 



Wednesday, October 03, 2012

Catatan #90 : Cemburu

Hey lelaki, tahukah anda perempuan cemburu tanda sayang?

Hey lelaki, tahukah anda perempuan sayang sebab cinta?

Hey lelaki, tahukah anda perempuan cinta kepada anda?

Hey lelaki, sedarilah bahawa anda telah dipilih oleh perempuan itu.

Dulu aku adalah seorang insan yang agak geli geli juga dengan istilah "cinta". Tak payah nak gelak kalau kau memang kenal siapa aku! Yes, betul aku kasar orangnya. Cemburu itu boleh aku letak antara sifat yang ke99 mungkin yang ada dalam diri ini. Tapi itu dulu sayang! Bukan sekarang. Oh zaman dah berubah. Dulu orang tu tak pakai tudung sekarang tengok dah mula pakai tudung. Alhamdulillah. Itulah perubahan. Baik ke buruk ke berubah tetap berubah jugak. Samalah macam aku. Sekarang aku baru tahu tentang "cinta". Oh silalah gelakkan aku.

Tipulah kalau aku kata tak pernah couple. Tapi tak bertahan lamanya jadi aku tak anggap itu sebuah cinta. Lagi pulak masa itu umur aku baru 20 tahun. Aku tak matang ketika itu. Aku matang setelah aku mendaftar sebagai pengundi. Hahaha. Percayalah. Kawan lelaki itu ramai dan nyaris nak bertukar hubungan teman tapi mesra kepada sesuatu yang istimewa itu tentu saja ada tetapi aku cepat cepat sedar yang aku memang tidak punya hati kepada insan tersebut. Jadi hubungan menjadi renggang dan syukur kerana kami masih berkawan semula baru baru ini. Ahh. Cerita aku jauh tersasar. Bukan ini topik utama.

Cemburu. Aku fikir tiada sebab untuk aku berperasaan sedemikian sebab antara aku dan dia cuma kawan. Yeke? Atau mungkin hubungan atas dasar "kerja kami" sahaja. Aku pun masih panggil dia Encik _________, walaupun kadang kadang tersasul juga panggil awak! Malu. Hahaha. Haish. Tolonglah. Moga perasaan ini boleh bertukar jadi benci. Tak sanggup. Ini pun aku sedang menahan diri untuk tidak menghantar sebarang bbm pada dia. Dia? Tak pernah nak bbm aku dulu. Eh, pernah sekali dan itulah yang pertama dan yang terakhir mungkin.

*Mari layan lagu Ainan Tasneem ni. Dulu aku tak suka tapi bila melihatkan dia, secara tiba tiba lirik lagu ini bermain kat minda dan meniti di bibir.






p/s : Tadi lepak dengan kawan kawan dan mereka ajak makan burger. Dan seperti selalunya aku memang tak boleh habiskan. Dan aku mulai berfikir mungkin ini salah satu sebab mengapa aku jatuh hati pada lelaki XXL.



Monday, October 01, 2012

Catatan #89 : Kekasih Saiz XXL

Apabila seorang lelaki yang kacak berpasangan dengan seorang perempuan yang cantik itu normal.

Apabila seorang lelaki yang agak kurang dari segi paras rupanya berpasangan dengan seorang perempuan yang cantik itu biasa.

Apabila seorang lelaki yang boleh tahan kacak berpasangan dengan seorang perempuan yang sederhana gaya penampilannya itu juga biasa.

Apabila seorang lelaki montel berpasangan dengan seorang perempuan yang juga montel itu biasa juga.

Tetapi jika lelaki atau perempuan kurus bersama pasangan yang saiz XXL selalunya dilihat seperti pelik sedangkan ia biasa juga sebenarnya.

Mengapa? *Ini sambungan cerita bulan September kepada Oktober*

Ini kisah aku. Yes, memang dulu aku pelik dan tertanya tanya apa istimewa lelaki saiz XXL ini. Sebab aku pernah jumpa kenalan sekolah aku bersama seorang lelaki dengan saiz badan yang agak sihat. Seringkali mereka bersama siap pakai tshirt yang sama atau paling kurang color tu mesti sama. Menampakkan mereka bercinta! Ini perihal rakyat Malaysia--konon sehati sejiwalah berpakaian macam itu. Jadi aku syak memang lelaki itu kekasih dia. Yes, betul. Kenalan aku ini perempuan yang boleh tahan hot jugaklah sebab itu rasa macam dia boleh dapat lelaki lagi hensem dari kekasih dia yang XXL itu. Ahh. Ini betul betul persoalan yang kalau nak jawapan memang kena tanya tuan badan tapi aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan sahih. Namun, saat ini aku telah menemui satu cinta lelaki XXL yang aku lalui sendiri sekaligus menjawab persoalan yang begitu lama aku simpan dalam peti otak. Itulah CINTA. Cinta itu hadir tanpa kita minta untuk ia datang. Cinta itu hadir tanpa kita paksa ia tiba tiba. Cinta juga tak pernah kenal paras rupa, saiz badan apatah lagi jenis kulit kita. Cinta hanya perlu dua hati. Noktah.






p/s : Betul betul tak sangka persoalan yang dua tiga tahun dahulu boleh terjawab sekarang.
p/ss : Sehingga entri ini ditulis, penulis masih single dan menanti cinta lelaki XXL. Hahaha.