Wednesday, December 18, 2013

Jabatan Facebook Negara

Gambar dari pak cik google

Kalau buka twitter dan facebook pagi ini memang ramai yang bercakap tentangnya. Dalam hati "giler apa kerajaan nak tubuh Jabatan Facebook Negara atau singkataannya (mungkin) JFN." Dan pastinya ayat manusia zaman kini "salah satu cara kerajaan nak kikis duit rakyat lettuwww". Kahkahkah. Setelah membaca artikel di bawah ini, aku mengerti sudah. Aku jemput sedara sedari untuk turut memahami apa yang cuba disampaikan. Terima kasih.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata setakat ini kementeriannya mendapati tiada keperluan untuk menerima cadangan mewajibkan pengguna laman sosial Facebook didaftarkan sebagai usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan laman siber.
Beliau berkata, cadangan itu mustahil untuk dilakukan berikutan jumlah pengguna laman sosial berkenaan mencecah 15 juta orang.
Katanya, jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.
“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini.
Shabery berkata, setakat  ini SKMM mengenal pasti 36 kes melibatkan salah guna di laman sosial iaitu kes terdapat unsur penghinaan dan fitnah antaranya yang berkait isu Syiah.
"SKMM tidak mempunyai keupayaan  mengawal sepenuhnya penggunaan laman Facebook kerana pelayan laman sosial tersebut beroperasi di Amerika Syarikat (AS) dan ia pasti melibatkan kos yang amat tinggi.
"Kita sentiasa mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penggunaan mereka di laman siber supaya tidak timbul perkara yang menyentuh sensitiviti," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.
Selain itu, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini mencukupi untuk menangani isu berkait salah guna laman sosial. – 17 Disember, 2013.

p/s : Kalaulah Jabatan Facebook Negara (JFN) betul betul wujud aku nak hantar resume! Hehe.


Monday, December 16, 2013

Apabila Rosmah Mansor bersuara.....


LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu
Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta 

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’ kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga: Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.
Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).
Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.
Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.
Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.
Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.
Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan ‘kaku’ dalam kotak simpanan.
Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.
Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.
Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah ‘downgrade’ status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.
Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.
Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.
Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.
Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Sumber : Page Papagomo

p/s : Tajuk entri aku sengaja letak macam tu sebab di penghujung tulisan isteri Perdana Menteri juga sebegitu--Rosmah Mansor.
p/ss : Kotak komen tiada sebab aku tak nak mengundang komen komen yang boleh mengganggugugat perasaan aku juga pembaca yang lain (kalau ada)--cukup simpan dalam hati.
p/sss : Aku hanya berkongsi apa yang aku baca sama ada ingin percaya ataupun tidak terpulang--ini bukan bacaan untuk mencari sokongan atau like terbanyak.
p/ssss : Bagi aku mudah. Tiap orang akan cuba untuk pertahankankan diri memasing. Itu memang sifat manusia. Benar atau tidak hanya Allah yang tahu.

Terim kasih.

Thursday, November 07, 2013

SSS #6 : 2 Minggu 1 Hari

Sebelum 2 minggu 1 hari
Ada hati yang terkoyak-rabak-kan
Ada janji yang dilupa-ingat-kan

Selepas 2 minggu 1 hari
Kau boleh siat-hiris-kan hati
Kau boleh tinggal-tepi-kan janji
Kau boleh pergi

Kau bukan siapa siapa lagi

Sent from Tieah Ma∂ian ™ BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 27, 2013

Catatan #103 : Buaya Dingap Gajah

Tahniah buat skuad Tok Gajah yang mara ke peringkat akhir bertemu Kelantan. Nampaknya pertembungan antara negeri pantai timur bakal kita saksikan di Stadium Bukit Jalil, 3 November ini. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan kesayangan saya Sarawak yang tewas dengan agregat 2-4 ke atas Pahang. Aksi yang ditunjukkan pemain Bujang Senang tidak mengecewakan malahan insiden seluar terlondeh mampu menguntum senyum dan mengundang gelak tawa dalam keghairahan menyaksikan bola.

"Semangat ini untuk Sarawak.. Bujang Senang oh Ngap Sayot.. Lala.. Lala.. Lala.."

P/s : Nak pinjam bahu pakwe nogori. Hobin Jang Hobin
P/ss : Batal niat nak beli jersi Sarawak
P/sss : Batal niat nak beli tiket kapal terbang ke KL
P/ssss : Batal niat nak beli tiket menonton bola final
P/sssss : Hanya niat nak tidur diteruskan. Selamat malam

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 24, 2013

Catatan #102 : Semalam

Ini semalam punya cerita.

"Keputusan dari mulut bukan dari hati"

Ahh sudah. Siapa tengok drama Love You Mr. Arrogant tahu lah. Tadi si Fiz (Anzalna) ada cakap ayat tu masa dalam kereta dengan Zara balik dari makan pecal lele. Amboi. Hafal pulak jalan cerita.

Balik rumah tadi lewat sikit sama macam masuk office hari ni. Jam 9. Lepas balik kerja tadi kawan ajak lepak minum minum dulu dekat coffee bean. Lepas tu memasing rushing balik nak tengok drama tv3.

Sampai je dekat rumah terus masuk bilik on tv. Lepas setengah jam citer berlalu dapat satu call. "Eh bapak aku!" Padahal tinggal satu rumah kot. Aku pun jawablah. Rupa rupanya mak bapak aku ingat aku tak balik rumah lagi. Lepas jawab aku dalam bilik dah kena soal lagi dah solat ke belum. Aku senyum jelah :) Hoi, think positive eh. Please.

Sebenarnya. Bukan ini yang aku nak citer.

Pasal semalam. Ya. Malam semalam. Tepat.

Minggu ni instinct aku luar biasa sangat. Aku benci dengan rasa itu. Sebab buat aku rasa sakit. Dengan ketiadaan selera makannya. Pedih rasa
perut. Lapar tahu tak.

Bukan ini yang aku nak citer.

Aku pendekkan. Mudah.

Lepas aku stalk punya stalk aku jumpa. Jumpa apa yang aku cari. Cari untuk kepastian. Tapi aku tak rasa lega malah aku lebih rasa kecewa.

Bermulalah imbas kembali.

Oh patutlah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 16, 2013

Calon BN Sarawak Untuk PRU13



P.192 Mas Gading - Nogeh Anak Ngombek -SPDP

P.193 Santubong - Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar -PBB

P.194 Petra Jaya - Datuk Haji Fadillah Yusof -PBB

P.195 Bandar Kuching - Tan Kai -SUPP

P.196 Stampin - Datuk Yong Khoon Seng -SUPP

P.197 Kota Samarahan - Rabiah bt Wang -PBB

P.198 Mambong - Datuk Dr James Dawos Mamit -PBB

P.199 Serian - Datuk Richard Riot Jaem -SUPP

P.200 Batang Sadong - Nancy Binti Hj Shukri -PBB

P.201 Batang Lupar - Datuk Hajah Rohani Haji Abdul Karim -PBB

P.202 Sri Aman -Masir Anak Kujat - PRS

P.203 Lubok Antu - William @Nyallau Anak Badak - PRS

P.204 Betong - Dauglas Unggah Embas -PBB

P.205 Saratok - William Mawan Ikom - SPDP

P.206 Tanjung Manis - Datuk Norah Abd Rahman -PBB

P.207 Igan - Datuk Wahab Haji Dollah -PBB

P.208 Sarikei - Ding Kuong Hing -SUPP

P.209 Julau - Joseph Salang Anak Gandum -PRS

P.210 Kanowit - Ago Anak Dagang - PRS

P.211 Lanang - Datuk Tiong Thai King -SUPP

P.212 Sibu - Vincent Lau Lee Ming -SUPP

P.213 Mukah - Datuk Seri Dr Muhd Leo Michael Toyad -PBB

P.214 Selangau - Joseph Entulu Anak Blaun -PRS

P.215 Kapit - Datuk Alexander Nanta Linggi -PBB

P.216 Hulu Rajang - Ugak Anak Kumbong -PRS

P.217 Bintulu - Datuk Seri Tiong King Sing -SPDP

P.218 Sibuti - Tuan Haji Ahmad Lai Bujang -PBB

P.219 Miri - Datuk Sebastian Ting -SUPP

P.220 Baram - Anyi Ngau - SPDP

P.221 Limbang - Hasbi Habibollah - PBB

P.222 Lawas - Henry Sum Agong- PBB


Sumber : SINI


p/s : Aku akan mengundi di P.219 Miri dan berharap BN akan terus mempertahankan kerusinya.
p/ss : Good luck Datuk Sebastian Ting! I will vote for you!
p/sss : Oh tak sabar menunggu hari penamaan calon--Gelombang Biru



Sunday, February 24, 2013

SSS #5 : Cukup

Ngeri.

Cukup cukup lah menyakiti
Kalau tak bisa mengubati

Cukup cukup lah menyayangi
Kalau tak bisa mendampingi

Cukup cukup lah menipu diri ini
Kerna tak bisa aku menyendiri
Kau yang terus mengekori
Teruslah berlari
Jauh dari mimpi

Pergi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 21, 2013

SSS #4 : Tipu

Apa sudah cukup amalan
Sehingga sangup menipu berbulan
Ya, aku yang termakan
Kau tak reti segan?
Berdosa pada tuhan

Manusia hanya solat
Bukan bertaubat
Hati masih berulat
Kenyang menipu sunat
Aku salah tempat
Percaya kau bulat bulat

Dunia ini jujur saja
Pahala pasti ada
Hati tiada kecewa
Senang sampai tua
Gembira ya!


(Nota Hatie : Tiada satu manusia yang suka menipu atau ditipu melainkan spesies bangsat. Berkata benarlah walaupun pahit)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 15, 2013

SSS #3 : Adil

Kau tahu aku kuat bukan
Sebab itu kau sengaja tinggalkan

Tapi ingat setan!

Doaku pada Tuhan
Agar dibahagi sama keadilan

Aku rasa manis kau rasa gulanya
Aku rasa pahit kau rasa kelatnya

Adil bukan?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, January 29, 2013

SSS #2 : Tak Sengaja


A
W
A
K


Kadang kadang mulut itu cakapnya lepas saja

Dengan marahnya,
Dengan geramnya,
Dengan sakit hatinya,
Dengan segala macam perasaan,
Setan!

Maaf sayang,
Saya tak sengaja.






Sunday, January 27, 2013

SSS #1 : Rindu

Malam ini aku mahu tulis tentang seorang lelaki.
Pakwe Arsenal menjadi idaman hati.
Rindu ya rabbi.

Bagaimana aku mahu bilang?
Sesaknya rasa sekarang
Hati macam disiang siang
Rindu pada kamu sayang
Kisah yang lama jangan diulang
Kisah pada aku terang terang
Kemudian kita sama buang
Senang!

Cintaku biasa biasa
Tak punya apa kiranya
Janji bisaku jaja
"Hati ini pilihnya kamu saja"

Bolehkan?
Serahkan hati pada aku seorang.










#HR