Thursday, December 29, 2011

Catatan #73 : Botol Air Tupperware


Beberapa hari ni memang aku pegi keja naik motor, jadi aku kena bawa beg sandang.. Dan dalam beg tu aku simpan botol air tupperware! Seperti dalam gambarajah di atas, ada stiker kan? Nama Najla.. Yayaya, itu anak buah aku punya.. Sekarang memang budak sekolah bajet bawa tupperware lah.. Rata rata anak buah aku guna botol air jenama itu.. Memang tak dinafikan, tak tumpah bai.. Zaman aku dulu pakai botol mineral je kot.. Bila naik menengah atas baru upgrade sikit botol air.. Kalo sekarang orang kata botol mineral tu tak boleh guna berulang kali.. Penyakit itulah penyakit ini lah.. Ok, itu bukan fokus utama entry kali ni..

Nak dijadikan cerita sewaktu aku kat meja makan.. Aku buka beg, ambil botol nak isi air.. Tup tup ada budak Najla kat situ.. Yelah, musim cuti sekolah.. Tetiba.. *Dialog dalam bahasa sarawak yang sangat mudah difahami..

Najla : Eh, ya (itu) botol air lala..
Aku   : Pinjamlah..
Najla : Esok jangan pakey (pakai).. Lala sekolah..
Aku   : Masih cutilah..
Najla : Tadik (tadi) mak lala cakap esok lala mesti sekolah..



p/s : Ok, fine! Aku malas layan dah.. Terus aku pegi keja.. Hahaha..





Thursday, December 22, 2011

Catatan #72 : Ubat

*Makanan yang paling aku tak suka! Tetapi terpaksa makan untuk cepat sembuh*

Ubat adalah perkara paling aku tak suka dan disebabkan itulah aku seboleh-bolehnya tak nak demam.. Tetapi benda camni, memang tak boleh nak elak kalau nak jadi kan? Jadi, hari ini aku masih demam selesema dan batuk.. Sangat tak selesa bila berada kat ofis sebab ada air-cond.. Walaupun air-cond kat bawah kepala aku, langsung tak on.. Dua hari aku tak kerja-MC.. Macam best dok kat umah tapi tak jugak kalo dah badan tak sihat..

**Senyum je orang yang kasi ubat bila aku mintak ubat sirap.. Hehehe..

p/s : Ingin sangat nak buat artikel tentang Adam Adli.. Geram kot dengan tindakan tak profesional dia!!! Betul kata Dr.M--Melayu Mudah Lupa..)


Thursday, December 15, 2011

Catatan #71 : BR1M



Untuk muat turun borang, [KLiK SiNi]

******************************************

*Suasana di luar pagar Lembaga Hasil  Dalam Negeri (LHDN) Miri tengahari tadi.. Sempat aku snap sebelum turun dari motosikal.. Ini barisan pertama sebelum berada dalam barisan kedua di luar pintu pejabat LHDN..


*Mereka memandang saya! #oktipu! Sekarang aku tengah berbaris di luar pagar LHDN untuk ambil nombor.. Tengoklah, jalan berturap lagi kan.. Maknanya, di luar! Nasib baik ada kanopi pasar malam, takdelah berpanas sangat..


*Akhirnya, saya berada dalam barisan di luar pintu pejabat LHDN.. Saya punya nombor giliran S045! #oklupasnap! Semua menanti penuh sabar tau..


* Apa yang menarik masa aku tunggu giliran nak submit borang ini adalah--kegigihan warga emas! Maaf, aku tak dapat nak ambil gambar.. Ada dua tiga orang warga emas yang terpaksa disorong pakai kerusi roda tadi..  Dah macam nak pergi mengundi pun ada aku rasa.. Yayaya, cap jari mereka diperlukan andai mereka jadi ketua keluarga.. Harapnya, warga emas tadi dapatlah bantuan.. Sama macam bapak aku jugak! Gaji aku campur dengan gaji pesara bapak aku pun, RM2000 tak sampai.. Ok, layak dah tu! Hehehe..

* Soalan yang ditanya masa hantar borang--Bapak mengundi tak??? Kat mana??? Perghhhhhhhhhhhhhhhh.. TERBAEK!!! Tapi bapak aku tak mengundi masa DUN Sarawak lepas sebab masih berada di Kuala Lumpur.. Oh, jangan risau, bapak aku setia dengan dancing!!!




Wednesday, December 14, 2011

Catatan #70 : Ombak Rindu


Aku percaya ramai dah tengok filem Ombak Rindu.. Tahniah!!! Aku tak berkesempatan untuk menonton lagi.. Bukan aku tak mahu tapi.......................................

"Alaaaaaaaaa, kau memang Tieah! Filem Namewee kau layan plak.."

Tak! Sebenarnya aku pun pelik.. Aku tinggal kat negara pengeluar filem Ombak Rindu--Malaysia, tetapi tahukah anda bahawasanya Star Cineplax Miri tak main lagi filem arahan Osman Ali itu.. Haish! Tambah kesal, negara Brunei Darussalam yang berjiran dengan Miri boleh plak tayang filem ni tepat 1 Disember lepas.. [KLIK SINI]


Walaubagaimanapun, bagi pembaca novel Ombak Rindu, ramai yang tak puas hati dengan filem ni.. Korang tahu tak betapa susahnya nak angkat satu satu novel ke dalam filem? Bukan kerja mudah untuk bawa penulisan novel ke dalam seni layar yang sangat rumit prosesnya ditambah dengan durasi tayangan yang terhad.. Pernah tengok filem melayu sampai 3 jam? Tak kan.. Paling lama pun satu jam 45 minit.. Bila baca novel, tiap pembaca ada bayangan sendiri, jadi mana mungkin Osman Ali dapat baca kesemua bayangan tersebut.. Dalam novel satu babak pun sampai berpuluh muka surat, sangat mustahil untuk tiap gerak geri itu di adun terus dalam seni layar.. Susah beb.. Kena faham kerumitan proses sebuah lakon layar--tak sama dengan kebebasan dalam penulisan..

Monday, December 05, 2011

SMS Palsu : Air Minuman Tercemar Darah HIV


Pagi semalam bila aku bangun tidur, aku dapat sms dari nombor yang tak dikenali yang berbunyi :

"Untuk makluman kepada orang awam. Jangan mengambil minuman daripada mana-mana produk dari Syarikat Pepsi seperti Pepsi, Tropicana Juice, Slice, 7UP, Coca Cola dll kerana ada pekerja dari syarikat itu telah campurkan darahnya yang tercemar dengan HIV. Tengok dalam berita NTV7. Tolong sebarkan kepada keluarga anda dan teman-teman anda.."

Aku rasa SMS berantai ni disebarkan berikutan sambutan Hari Aids Sedunia yang jatuh pada 1 Disember lepas kot.. Atau mungkin ingin menjatuhkan reputasi syarikat pengeluar minuman di atas.. Apa-apa pun, sebelum kita sebar sesuatu berita, haruslah benda itu sahih.. Buang kredit je nak forward cerita palsu camni..

Monday, November 21, 2011

Sang Harimau Bertemu Sang Garuda



Apa jua perbezaan budaya, bangsa atau agama kita--malahan kefahaman politik, dalam bola sepak tetap HARIMAU.. Rata rata rakyat Malaysia kini telah memiliki jersi kuning-hitam, tanda sokongan padu! Yayaya, pasukan #HarimauMalaya dan #HarimauMuda sekarang sangat sangat maju dan berpotensi pergi jauh.. Kalau dulu, kaum Adam je yang ambil tahu tentang skuad kebangsaan, tetapi sekarang perempuan yang tak gemar bola sepak pun boleh tahan duduk depan tv 90 minit.. Tak termasuk awek yang teman boyfriend tengok kat kedai mamak ye..

Sejak pagi tadi kat facebook dan twitter memang ramai yang post pasal perlawanan merebut pingat emas malam ini.. Kat facebook paling best sebab macam poster yang dipamerkan termasuk ramalan sotong paulina adik kepada sotong paul yang dah mati.. Jadi, rasanya malam ni semua layan bola sepak lah ye.. Masterchef dan drama melayu yang lain bolehlah postpone dulu.. Hahahaha..


*Agak agak kalau malam ni Malaysia menang, esok cuti tak? Sepertimana kemenangan Malaysia dalam AFF Suzuki.. Tapi kalau cuti, aku kena jugak turun sebab pelan aku tak siap lagi.. :(



Friday, October 21, 2011

Kematian Muammar Gaddafi Dan Hakikat Libya


Muammar Gaddafi dikatakan telah terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan setelah berita kematiannya tersebar luas, maka banyak juga video yang dirakam dimuat turun.. Alfatihah buat Presiden Libya, Muammar Muhammad Al-Qaddafi..


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!

Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka!

Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi:

1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Tak payah nak tuntut royalti dah! Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!

2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%;

3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah/ riba';

4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah;

5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak;

6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma;

7. Tidak ada bil elektrik di Libya;

8. Pendidikan adalah percumn;

9. Kemudahan perubatan adalah percuma;

10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000-00 dinar daripada Kerajaan;

11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 cents per liter;

12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah;

13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar;

14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.

15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.

16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi;

17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%);

18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/ tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;

19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan;

Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah. Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk na'am kepada kafir harbi dan musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat ketar lutut kepada kekuatan ekonomi negaranya!

Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.

Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!

Begitulah peranan yang dimainkan oleh kaum kafir harbi la'natullah, sentiasa tidak redho dengan umat Islam, dan sentiasa mencari-cari jalan untuk menghancurkan umat Islam. Dan mereka akan sentiasa mencari jalan memperkudakan segelintir umat Islam untuk melakukan khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri.

Amat malang apabila ada umat Islam yang rela diperkudakan, malahan sanggup mati demi untuk kafir harbi! Na'zubillah min zalik.

Sumber : Copy+Paste dari blog YB Zulkifli B. Noordin


Thursday, October 20, 2011

Tak Malu Ke Gaduh Pasal Lelaki Di Tempat Awam?

Video penuh boleh [KLiK SiNi]

Gara - gara seorang lelaki yang hanya bergelar 'boyfriend', mereka sanggup bergaduh di tempat awam! Bikin malu lah.. Adoi.. Kalau dilihat dari video tersebut, budak perempuan free hair tu yang pergi ke kedai kasut di mana perempuan bertudung itu bekerja.. Kemudian, berlakulah adegan mengasari antara satu sama lain dengan dialog yang kurang enak di dengar.. *Korang perasan tak, budak perempuan free hair tu macam budak sekolah jer..

Yang buat aku rasa lucu, bila perempuan baju kuning tu kata :
"ambek ambek ambek, pasal jantan kebulur hang jumpa orang.." (Dia nak suruh perempuan baju pink tu ambil jelah lelaki yang direbut sangat tu).. 

Pastu kan, boleh pulak perempuan baju pink tu balas balik :
"kau nak ambik, ambik lah.." Tetttttttt.. Ada dialog yang agak kurang senonoh selepas itu..

Eh eh, boleh plak macam main bola ye.. Pas sana pas sini.. Tadi bukan main perempuan free hair tu kutuk perempuan bertudung rampas boyfriend dia konon.. Bila dah perempuan bertudung kasi tak nak plak.. Habis, yang dok sebok serang orang ape kes kalo dah tak hingin kat lelaki itu.. Hahaha.. Suka cari publisiti murahan!

Agak kesal bila perempuan free hair yang pakai baju pink tu kata pada si perempuan bertudung baju kuning begini.. "kau muka cantik takpe, tapi dah macam babi.." Lebih kurang gitulah ayat puaka dia.. Oh, baru aku faham.. Kalau kita punya paras wajah ayu jelita, kira bolehlah rampas buah hati orang lain??? Hahaha.. Dan kenapa nak samakan muka manusia dengan haiwan? Babi pulak tu.. Bukankah penciptaan manusia adalah sebaik-baik kejadian.. Erm..


Wednesday, October 19, 2011

Sebab Mengapa Orang China Tidak Membantu Budak 2 Tahun Yang Dilanggar Van


Video budak lelaki dua tahun yang telah dilanggar dua kali di China telah mendapat liputan yang luas di media tempatan di negara kita.. Bukan sahaja di tv dan akhbar, malahan di facebook dan blog juga, berita tersebut disebarluaskan.. Masing masing menyuarakan perasaan simpati serta menyalahkan manusia yang lalu lalang--kelihatannya seperti nampak budak tersebut dilanggar namun tidak MEMBANTU!!! Untuk pengetahuan korang, itulah situasi sebenar di negara China.. *Kalau tak faham bahasa Sarawak, sila baca komen di bawah post status ini..*


So, bersyukurlah korang berada kat Malaysia ni dan menjadi warganegara.. Budaya tolong menolong itu sangat tinggi.. Jangan kita asyik tak puas hati dan berbalah sesama sendiri.. Lepas tu kritik itu kritik ini, tunjuk sana salah, tunjuk sini salah.. Yes, memang betul kita punya hak bersuara tapi gunalah cara yang betul.. Bukan dengan melemparkan kata kata kesat.. Oh ya, terbaru! Budak yang dilanggar itu dikatakan telah meninggal dunia tengahari semalam.. :(



* Serius, aku tak sampai hati tengok video ni memula.. Tapi bila ramai sangat share, sampai kat ofis pun orang bercerita, aku terpaksa tonton jugak!!! Part van tu nak hampiri budak tu, aku dah pejam mata.. Astagfirullahalazim..

Tuesday, October 18, 2011

Sejarah Terciptanya Rokok


*SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK*

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata : Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umatku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umatku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya : “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkanmu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau”.

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”.

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini..

Sumber : Copy+Paste dari Facebook 


AKAN TETAPI...

tadi ada kawan ana tanye pasal hadis ni..sungguh,1st time ana dengar hadis ni..ana tanye kawan2 ana yang lain,dieowg pon tak pernah dengar..ana carik siapa perawi hadis ni pon,ana tak jumpe jugak,so ? betul ke tipu ni ? ini hadis sahih ke hadis dhaif ? ke hadis palsu ?

beberapa jawapan yang ana dapati dalam forum al-fikrah :
1)  palsu, tembakau cuma ditemui oleh penjajah sepanyol ketika mendarat di latin amerika sekitar abad ke 16M. kaum latin amerika yg pertama kali menanam tembakau.

2)  Hadis ini adalah palsu.Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya.
Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya.
3) jika wujud hadith yg spefisik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. ia cuma Qias sahaja dan lapuran sains klinikal sahaja
4) penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku  mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? )
5) Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu). Tidak tahu datang dari mana da…
berdasarkan apa yang di atas,dan ana rasa ni memang betol lah hadis palsu..lagipon ana cari cari,memang tak jumpe siapa perawi hadis ni..yang tukang sebar banyak,tapi tak de pon jumpe siapa perawi hadis ni..
hadis palsu ni kene tentang habis habisan..tak boleh disebarkan..siapa siapa yang tahu pasal hadis ni boleh komen kat sini ? salah silap sila betolkan..

tapi jangan silap faham plak..even hadis ni palsu tapi hukum merokok still HARAM..cume tak boleh gune hadis ni dalam menguatkan fakta yang rokok itu haram..wallahuallam..


tadi ada hamba Allah komen ( haniff_mn@hotmail.com) .beliau menyatakan sebab sebab kenapa rokok itu haram..you guys can read it here :
pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’2 berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Sumber : Copy+paste Blog Iniwootwoot


Friday, October 14, 2011

Catatan #69 : Lagu Putus Di Twitter


Lagu Putus Di Twitter dinyanyikan oleh seorang lelaki yang menggelar dirinya sebagai Encik Mimpi, yang juga seorang blogger.. Lagu ini memang mirip lagu yang didendang oleh gadis cilik Najwa Latiff menerusi lagu Cinta Muka Buku.. Namun, terdapat sedikit pengubahsuaian dari segi lirik untuk menepati ciri-ciri sebagai lagu ending kepada lagu Cinta Muka Buku.. Sila pasang telinga dan tonton video kat bawah ini..



Friday, October 07, 2011

Catatan #68 : Bajet 2012


Layari http://live.tv3.com.my/bajet2012/live.asp

Tuesday, September 27, 2011

Catatan #67 : Twinnies


Kalau sebut Najwa Latif je ramai dah kenal kan? Yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku tu.. Hairan, boleh kata tiap hari aku dengar lagu tu keluar kat radio tapi tak pernah aku nak dengar sampai habis.. Sangat bosan aku rasa.. Sorry to say lah.. Kalau lepas ini aku suka tak tahulah ye.. Tapi kali ini aku nak kenalkan bakat muda, pasangan kembar Atikah dan Atirah Norddin.. Sweet~


Suara budak Atikah ni memang sedap gilerrrrrrrrrrrr.. Macam suara Sheila Majid pun ada jugak.. Dia pun ada buat cover lagu Cinta Muku Buku.. Alamak!!! Layankan ajeeeeeeeeeeeeeeeee..


Aku perasan yang Atikah dan Atirah ni sangat serasi dengan lagu-lagu P.Ramlee.. Mungkin sebab suara budak perempuan 19 tahun ini yang agak klasik kot.. Serius, dah jatuh cinta dengan suara budak Atikah ni.. Haish! Kalaulah suara itu aku yang punya..


* Selamat maju jaya buat pasangan kembar Atikah dan Atirah Norddin.. Lagu korang "Dalam Hati" memang syiokkkkkkkkkkkkk.. Terbaek!!! First time aku dengar, aku suka pastu aku ulang banyak kali dah wei.. Nanti aku suggest lagu ni kat abang aku, suruh dia putar dalam Hot FM.. Nama bapak korang pun dah macam nama dia.. Hahaha..

Thursday, September 22, 2011

Catatan #66 : Salahkah Menonton Nasi Lemak 2.0?


Terima kasih kepada yang bagi komen kat entri SINI tentang ulasan aku terhadap filem Nasi Lemak 2.0.. Aku hargai setiap pandangan korang semua terhadap sikap Namewee sebelum ini yang menghina lagu kebangsaan (Negaraku) dan azan kita.. Aku faham tindakan aku menghargai filem buatan Namewee dikutuk, seolah-olah aku tidak sensitif dengan perbuatan melampau Namewee.. Maaf, bukan niat nak samakan filem ini dengan Perhimpunan Bersih 2.0, tapi nak bagi contoh terdekat kepada yang masih kurang faham.. Tapi dalam filem Nasi Lemak 2.0 langsung tiada perkaitan dengan perhimpunan tersebut malah apa yang disampaikan benar-benar melambangkan kehidupan masyarakat hari ini..

Dulu, kita digemparkan dengan Perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Ambiga yang disokong kuat oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain.. Dan pada ketika itu, entri INI yang aku keluarkan turut dicaci hina sepertimana entri aku semalam tentang filem Nasi Lemak 2.0.. Mengapa? Ramai yang kata objektif Perhimpunan Bersih 2.0 itu baik dan sangat bagus iaitu membersihkan pilihanraya! Selain itu, turut dinyatakan lapan tuntutan semasa Perhimpunan Bersih tersebut..

Apa kaitan Nasi Lemak 2.0 dengan Perhimpunan Bersih 2.0?
Jika dilihat, Nasi Lemak 2.0 adalah arahan Namewee seorang yang punya kes menghina agama Islam dan negara.. Manakala Perhimpunan Bersih 2.0 pula dianjur oleh Datuk Ambiga yang turut punya kes menyokong tindakan Lina Joy yang murtad dan pelbagai kes lain yang turut melibatkan agama Islam.. Persoalannya, kenapa ramai pulak orang melayu yang pergi Perhimpunan Bersih 2.0? Bukankah menyertai perhimpunan tersebut ibarat menyokong Datuk Ambiga? "Kami tak sokong Ambiga, cuma mahu pilihanraya yang bersih dan setuju dengan 8 tuntutan tersebut".. Itulah antara komen-komen yang aku gabungkan--diterima dalam entri-entri aku untuk Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini.. *Bila selesai sudah Perhimpunan Bersih 2.0, nampak bahawasanya perhimpunan tersebut tidak aman sepertimana yang diwar-warkan sebelum ianya dilaksanakan*

Boleh tak kalau aku kata, "Aku tak sokong Namewee, cuma sokong filem tempatan".."Dan aku tonton filem ini sebab ada pengarah hebat Afdlin Shauki turut bersama menjayakan Nasi Lemak 2.0".. Mungkin ada yang gelak sebab sebelum ini aku tak pernah ulas filem-filem tempatan yang aku tonton.. Sebab? Terlalu ramai yang dah ulas dalam blog mereka tapi untuk filem Nasi Lemak 2.0, aku ulas dalam blog aku sebab aku tahu ramai yang menentang filem ini atas tiket perbuatan buruk pengarah filem itu sendiri..

Konklusinya, tak semesti bila aku pergi menonton filem Nasi Lemak 2.0, aku sokong Namewee.. Hanya sokong filem tempatan yang pada hemat aku punya satu pembawaan yang berbeza dari segi tema dan persoalan serta mesej yang tersirat di dalamnya.. Samalah macam orang yang pergi Perhimpunan Bersih 2.0, mereka kata tak sokong pun Ambiga (Sebab beliau turut ada kontoversi jugak), cuma mahu pilihanraya yang bersih serta membawa memorandum yang terdapat lapan tuntutan untuk satu perubahan dalam pilihanraya akan datang.. *Tapi aku tak sokong Perhimpunan Bersih 2.0 sebab aku percaya pilihanraya kat Malaysia masih telus* 

Maaf kiranya pandangan kita berbeza, tetapi tidak perlu rasanya mengeluarkan komen begini, "Kau sokonglah orang kafir tu, bagi untung kat dia".. Tidak perlu bersikap prejudis sebab kita hidup dalam masyarakat majmuk yang harmoni.. Yang punya fikiran sempit berkata sedemikian mungkin lupa, bahawa dia juga punya jiran, rakan sekerja, majikan atau mungkin saudara sendiri yang bukan beragama Islam.. Dan paling penting, ramai antara kita yang makan juga kat Mcdonald, walaupun.. Aku bukan ingin menyanjung tinggi Namewee tapi hasil kerja dia dalam filem Nasi Lemak 2.0 aku suka sama seperti allahyarhamah Yasmin Ahmad dalam filem Sepet.. Ya, memang aku akui tak pernah nak ulas filem tempatan yang lain tetapi kalau sudah aku masih tak menonton, kenapa perlu aku memandai nak mengulas.. Lagipun, ramai dah blogger yang sememangnya punya blog untuk review filem kat Malaysia ni.. Tambahan pula, kalau filem pasal cinta remaja yang biasa--sepertinya pernah kita lihat dalam filem melayu yang lain.. Contoh 3,2,1 Cinta lebih kurang macam filem Kuliah Cinta.. Maaf cakap ye! Kemudian, kalau sorang bikin filem hantu pastu meletup, berlumba jugaklah filem hantu yang lain keluar, tapi semua aku tak layan pun kecuali Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Kerana pada aku filem Mamat Khalid juga sarat dengan mesej seperti filem Rock, Man Laksa, dan Zombi Kampung Pisang..

Kata Afdlin Shauki (pelakon dalam Nasi Lemak 2.0).. Pada pendapat saya, kalau seseorang tu mahu mengambil tanggungjawab atas kesilapannya dulu dan memperbetulkannya kita patut sokong.. Kita semua tahu Tuhan pun maha pengampun dan penyayang, dan saya adalah seseorang yang tak percaya dengan dendam dan kebencian, kerana benda itu selalunya membawa padah.. Masyarakat kita pun banyak menerima kembali orang-orang yang membuat silap, Tun Mahathir (Hero gua yang amat gua sayangi) pun pernah memasuki ISA, Hishammudin Rais diberi pengampunan untuk kembali ke Malaysia, Abang Jamal Abdillah pernah membuat silap dan meminta maaf dan diterima kembali oleh masyarakat.. Janganlah kerana Namewee berbangsa lain kita tak boleh menerima permintaan maafnya.. Point saya adalah, kalau seseorang itu mahu merubah ke arah kebaikan kenapa tidak kita beri peluang dan dalam waktu yang sama, pantau kerja dia supaya dia tak mengulangi apa yang pernah dia buat dulu. Kalau dia buat lagi, maknanya, maaf dia tak ikhlas dan pada ketika itu buatlah apa yang patut, kita nak pulaukan dia ke nak buang negara ke, saya akan sokong sekuat-kuatnya.. *Sambungan di SINI

Blog lain yang turut memuji filem Nasi Lemak 2.0
Oh! Artis
Artis Malaysia Terkini
Kritik.Filem.Malaysia
Hari Ini Saya Belajar

p/s : Sebenarnya mentaliti kita masih di tahap rendah.. Apabila seseorang yang pernah melakukan kesilapan suatu ketika dulu akan terus dicop sebagai penjahat! Begitu juga yang berlaku kepada segelintir banduan mahupun penagih dadah yang telah insaf.. Jarang diberikan peluang kedua dan jarang 'diberi muka' oleh masyarakat.. Baru-baru ini gempar isu filem Hantu Bonceng yang mana dikatakan menghina Islam, ya aku masih tak menonton filem ini tapi ada tengok kat youtube.. Tengoklah orang melayu sendiri punya cerita pun boleh bikin sebegitu? Fikir-fikirkanlah.. :)

Wednesday, September 21, 2011

Catatan #65 : Nasi Lemak 2.0

Saya suka filem Nasi Lemak 2.0

"Wei, filem ini Namewee buat lah! Boikot!"
"Ek eleh, orang dah hina, caci lagu Negaraku pun lu nak sokong?"
"Filem Nasi Lemak 2.0 ibarat Bersih 2.0, guna warna kuning"

Walau macam mana tanggapan sesetengah pihak tentang filem Nasi Lemak 2.0, aku tetap tonton! Dan daripada 5 bintang, aku kasi 4 untuk filem Nasi Lemak 2.0.. Watak utama filem--Chef Huang, lakonan Namewee sendiri selaku pengarah serta penulis skrip juga..

Filem Nasi Lemak 2.0 adalah sebuah filem yang sememangnya melambangkan kehidupan masyarakat majmuk di negara kita.. Kritikan dan sindiran yang terdapat dalam filem ini nyata sangat bijak diolah dan disusunatur oleh Namewee.. Pada permulaan cerita kita boleh melihat sikap racist Chef Huang serta dipaparkan pada satu babak lagu yang melambangkan diri Chef Huang.. Walaubagaimanapun, Chef Huang digelar 'Hero Huang' kerana sifat humanismenya yang suka membantu serta menghulurkan bantuan..

Untuk filem ini juga, aku amat suka bila mana Namewee telah memasukkan sedikit watak Cheng Ho.. Setahu aku Cheng Ho tidak mempunyai kemaluan--anunya telah dipotong oleh Maharaja China kerana ketika itu Maharaja China mempunyai ramai gundik.. Berbalik kepada filem Nasi Lemak 2.0, ditunjukkan juga kisah keluarga baba nyonya, india serta melayu.. Walaupun watak sampingan sahaja tetapi pembawaannya amat bermakna..

Elemen lawak adalah satu elemen penting dalam sesebuah filem aku rasa, dan Namewee berjaya mencuit hati penonton dengan adegan lawak yang tidak bodoh.. Sesuai dengan kritikan serta sindiran yang dipaparkan di dalamnya.. Walaupun begitu, ada juga terselit sedikit adegan seksual tetapi masih boleh diterimapakai--ringan.. Aku juga berpuas hati dengan filem ini kerana sangat terhibur dan sepertinya terlalu pantas habis..

p/s : Syabas kepada Namewee kerana telah menyediakan filem berkonsepkan 1Malaysia, sama seperti filem Sepet karya allahyarhamah Yasmin Ahmad.. Yayaya, aku tahu sebelum ini Mamat Khalid ada juga buat filem macam 1Malaysia ni--Estet, tapi serius aku tak minat.. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah diterima sangat baik cuma aku tak buat ulasan..

p/ss : Ramai yang puji filem Hantu Bonceng, tapi aku takde rasa plak nak tengok.. Sama macam filem Raya Tak Jadi.. Mungkin sebab aku tengok sapa pengarah kot dan jalan cerita macam dah biasa jer..

Wednesday, September 14, 2011

SMS Palsu : Munchy's

*Gambar dari Pak Cik Google*

TERKINI : JAKIM TELAH MEMBUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BATU PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DENGAN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT.. TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEISLAM DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DARI PEGAWAI JAKIM - HJ. JALIL BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

* Sila jangan terus nak percaya SMS sebegitu, habiskan kredit je nak forward padahal berita palsu.. Tapi elok jugak aku dapat SMS tersebut, bolehlah aku sebarkan tentang ketidakbetulan fakta yang disebarkan dalam SMS tu.. Untuk kepastian, baca kenyataan media dari pihak JAKIM sendiri di bawah :-

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung SMS yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar SMS tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru, JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sumber : Halal Malaysia


Tuesday, September 13, 2011

Catatan #64 : Perubahan

*Gambar dari pak cik Google*

Ada orang berubah demi cintanya,
Ada orang berubah kerna pekerjaannya,
Ada orang berubah untuk masa depannya,
Ada orang berubah ikut kehendak keluarganya,
Dan ada juga orang berubah bagi capai cita citanya..

Apa apa pun niat perubahan itu--biarlah mereka,
Mereka tahu buruk baik keputusan mereka,
Mereka punya hak atas keputusan mereka,
Mereka saja tahu keputusan mereka,
Mereka adalah mereka--bukan kita..

Tapi tapi berubah itu tidak perlukan modal,
Cukup sandaran pada hati dan akal,
Biar apa orang mahu bilang,
Biar apa orang mahu tentang,
Jangan kita masuk nak serang..

Kurang banyak pun MEREKA BERUBAH.. KITA???


*Takziah kepada pasangan Sharol Nizam Noor dan Safura Yaakob atas pemergian anak mereka Nur Aisyah Mariam, 3 tahun.. Alfatihah~



Friday, August 19, 2011

Catatan #63 : Jom Bantu


Tabung Kemanusiaan Somalia telah dilancarkan beberapa hari yang lalu oleh pihak GPM (Global Peace Mission  Malaysia) dengan sasaran sebanyak 1juta sebelum aidilfitri ini agar bantuan dapat disegerakan.. Aku tengok dalam berita pukul 8 malam kat TV Al-Hijrah hari Selasa kalau tak silap.. Nak buat entri ni semalam tapi sebab kesibukan kerja aku jadi lupa dan memang tak berkesempatan pun nak bukak blog.. Tapi, alhamdulillah hari ini ramai jugak blogger dah buat entri tentang derma untuk rakyat Somalia--harapnya bantuan kita dapat meringankan penderitaan mereka..


Kini, bulan ramadhan dan umat Islam di seluruh dunia sama-sama berpuasa dan bersama juga kita merasa kelaparan.. Tetapi bila sampai waktu berbuka, kita kenyang sampaikan kadang-kadang tak larat dah nak solat.. Padahal makanan masih penuh lagi atas meja--pembaziran di situ!!! TIDAK bagi mereka yang hidup di Somalia.. Mereka berhadapan dengan kematian setiap 10 minit.. Bantulah mereka :)

*Sumbangan boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai atau cek ke akaun Global Peace Mission :
  Bank Islam 14-023-01-002922-4
  Maybank 5642-2161-1602

*Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Sekretariat GPM di talian 03-61883230

@18 Ogos 2011
@19 Ogos 2011

Tuesday, August 16, 2011

Catatan #62 : Sibukkan Diri

Mana satu laptop aku? 

Tak dinafikan kita kerja bukan kat ofis mak bapak kita.. Jadi, bila nampak bos mesti kita akan pura pura buat kerja.. Tapi macam mana?
  • Bagi yang kerja admin--Bukak je microsoft word pastu taip lah pape pun.. Kalau blogger, bukak new post je lah..
  • Bagi yang kerja accounting--Ambil kalkulator pastu kiralah amaun yang semalam punya ke.. Double check..
  • Bagi yang kerja technical--Boleh bukak autocad pastu touch up pelan sikit sikit..
  • Part wajib--Ada pen atau pensil kat tangan serta kertas conteng..
  • Part sunat--Buat muka serius depan laptop/komputer pastu mulut kumat kamit macam baca sesuatu yang penting.. *Konon
  • Part sampingan--Kalau online tu, jangan lupa bukak web company skali..
Tapi kalau dah nama nye pun kerja, memang konfemlah sibuk.. Mana ade kerja senang.. Lainlah kalau korang join yang hari hari saya log in facebook dapat RM100 tu.. Hahaha.. *Hari ini aku sibuk lagi sama macam semalam.. Sebab tu buat entry camni.. Nak ajak korang sibuk macam aku jugak..


Friday, August 12, 2011

Gambar Ashraf Haziq di Royal London Hospital


Gambar Ashraf Haziq berada di hospital, ditemani Datuk Mukhriz Mahathir yang datang melawat sementara menanti pembedahan rahangnya yang patah akibat daripada insiden serangan sekumpulan remaja London tempoh hari..


Mohd Ashraf Haziq berusia 20 tahun adalah pelajar tajaan Mara yang menuntut di Kolej Kaplan dalam jurusan perakaunan.. Dia dikatakan sedang menunggang basikal dan melalui kawasan rusuhan tersebut, lalu diserang dan dirompak.. Ashraf Haziq juga baru sahaja sebulan berada di sana dan keluar untuk membeli juadah berbuka..  Lihat video di [SiNi]..


UMNO menaja kos perjalanan ibu bapa Ashraf serta adik bongsunya ke London.. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Umno terpanggil untuk membantu keluarga Ashraf yang kini khuatir dengan keadaan anak mereka itu memandangkan mereka bukan dari keluarga berada serta perbelanjaan minimun ke sana membabitkan kos sebanyak RM20,000.. Berita penuh [KLiK SiNi]

(Sumber gambar Ashraf Haziq : Mail Online)




Thursday, August 11, 2011

Rusuhan di London dan Video Pelajar Malaysia Cedera

Perusuh mencuri barangan sebuah kedai di Hackney, timur London.

LONDON: Rusuhan di London berpunca daripada tindakan membantah tindakan polis menembak seorang lelaki kulit hitam, merebak pada hari ketiga semalam ke beberapa kota lain termasuk Birmingham, Bristol, Nottingham, Liverpool dan Leeds. Polis mengaku sukar mengawal keadaan kerana perusuh menggunakan laman web sosial seperti Twitter dan Facebook untuk merancang keganasan.

Seorang lelaki juga ditembak mati di Croydon, korban pertama rusuhan. Keadaan itu menjadikan pasukan polis memantau rapi laman web sosial itu dan akan mendakwa sesiapa yang menggunakannya untuk mencetuskan keganasan. Satu kiriman di laman web berkenaan menggesa pegawai polis dibunuh.

Keganasan yang bermula di Tottenham, utara London Sabtu lalu merebak ke selatan dan timur ke Brixton, Streatham, Walthamstow, Edmonton, Enfield, Oxford Circus dan Islington keesokan hari. Rusuhan serius kemudian merebak ke Hackney, Peckham dan Ealing selain Deptford, Camden, Kensington, Lewisham, Bethnal Green dan Woolwich.

Rusuhan paling buruk dalam masa beberapa dekad itu tercetus berikutan kemarahan orang ramai terhadap kematian Mark Duggan, 29, yang ditembak polis, Khamis lalu. Polis dibaling dengan mercun dan bom petrol, manakala cermin kereta peronda dipecahkan dan kenderaan serta bangunan lain dibakar. Perusuh juga memecahkan tingkap kedai dan ada merompak orang awam termasuk membogelkan mangsa.

Lebih 525 ditahan dan 69 didakwa atas kekacauan ini yang turut menyaksikan res toran chef terkenal, Jamie Olliver diselongkar perusuh. Bagaimanapun, pihak berkuasa menghadapi masalah kerana semua bilik tahanan di balai polis di London sudah penuh, manakala 44 anggota polis cedera. Polis juga terpaksa menggunakan kereta perisai bagi menghalang kemaraan 150 perusuh di Lavender Hill, Clapham.


Video Pelajar Malaysia Cedera dan kemudian dirompak di London

Pelajar tajaan Mara, Asyraf Haziq dikatakan keluar untuk membeli juadah berbuka namun dia telah cedera dirompak oleh sekumpulan remaja di London.. Sekarang, dia dirawat di Royal London Hospital untuk pembedahan rahang.. Kesian~


Wednesday, August 10, 2011

Isu Murtad dan Siapa Hajjah Sitt Al-Wuzara?

Dalam kalangan blogger mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menjadi popular dengan kes penghinaannya terhadap Islam dalam blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/  *Blog ini telah di delete sebab ramai yang buat report! Padan muka!

Terbaru, pihak Gaysec telah menemui identiti sebenar wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Hajjah Sitt Al-Wuzara.. Boleh [KLiK SiNi].. Walau bagaimanapun, wanita yang dipercayai Hajjah Sitt Al-Wuzara telah menafikan perkara ini dan telah membuat report polis.. Tetapi, terdapat bukti yang menunjukkan bahawasanya wanita terbabit sememangnya Hajjah Sitt Al-Wuzara.. Untuk lebih lanjut boleh [KLiK SiNi] *Kalau malas baca tak payah buka, entry panjang giler*

Wanita tersebut juga berada dalam group facebook Murtads In Malaysia and Singapore.. *Ramai yang mengecam penubuhan group in sebenarnya* Kalau dibuka group berkenaan, boleh baca petikan ini.. Kalau malas nak baca, fokus kat ayat bergaris merah je, boleh???


Dan ini aku jumpa dalam salah satu group facebook tadi.. Walau pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya, cuma kita kena berwaspadalah.. Saling ingat mengingati~



Tuesday, August 09, 2011

Nota Tun Dr Mahathir bertajuk "Menghancurkan Umno"

*Tulisan Tun Dr Mahathir sendiri--7 Ogos 2011, 6:01 am*

Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Terdahulu hari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dirinya lebih Melayu daripada Malaysian.

Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan negara.

(Sumber : Facebook Dr Mahathir)

* Memang ada betulnya apa yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir tapi aku pelik arr kenapa masih ada yang nak tentang, nak gulingkan kerajaan??? Kenapa benci sangat kat UMNO??? Bukan ke UMNO dah jaga hak orang melayu.. Kalau UMNO yang nak ditumbangkan, sape lagi yang nak perjuangkan nasib orang melayu??? Walaupun tempat aku takde UMNO, tapi sebab Perdana Menteri dari parti tersebut, aku tetap sokong..

* Cuba bayangkan kalau BN kalah teruk masa PRU-13.. Pembangkang akan naik, konfem PR lah.. Satu je soalan aku, sape akan jadi pemimpin??? Kalau pemimpin dari PKR sah sah Anwar, kalau pemimpin dari PAS tentu Nik Aziz tapi kalau pemimpin dari DAP???

* Ade orang cakap, harta dan wang ringgit tak bawa masuk kubur.. Tapi tapi tapi, kenapa berebutkan sangat pada 'wang rakyat'??? Kenapa sampai nak sokong bukan bangsa kita dan hentam balik bangsa sendiri.. Bukan mahu bersifat racist tapi kalau tengok sekarang, mulut je kata tak racist tapi tindak tanduk kita??? Tak perlu hipokrit lah.. Sedangkan sesetengah orang Semenanjung pun boleh kata orang Sarawak ketinggalan dok atas pokok.. Itu ape pulak ek??? Sama jugak macam racist..

*Ape ape pun, aku tak kata BN itu bagus sangat.. Dan aku tak katalah UMNO tu paling mulia.. Cuma ianya lebih baik dari PR.. Aku malas lah nak fikir pasal 'duit rakyat' tu sebab aku tak pernah bayar cukai pun.. Yang bayar bapak aku je.. Itu pun cukai pintu rumah.. Cukai pendapatan rasanya takde sebab gaji bapak aku tak besar mana dan sekarang pencen makan duit kerajaan kasi.. Itu sebab aku malas nak pertikaikan 'wang rakyat'.. Kalau nak cakap pasal cukai makan kat KFC tu, itu sebenarnya cukai yang dikenakan kepada syarikat tu.. Tapi syarikat tak nak tanggung dia bagi lah kat kita yang makan kat kedai dia.. Itu yang aku faham.. Kalau salah tolong betulkan.. Selagimana tak duduk merempat kat negara sendiri, aku dah cukup bersyukur dah sekarang..


Aku suka video ini..
"Tanya diri kau ape bakti kau pada negara, jangan tanya negara berbakti pada diri kau"

* Berita paling gembira--Bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam dan minimum RM500 akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini.. Bagi pesara kerajaan pula, mereka turut menerima RM500 untuk Aidilfitri yang bakal menjelma.. Nah, lagi nak kutuk kerajaan ka wahai kakitangan kerajaan??? Hairan betul aku.. Dah dapat ni senyap kejap, bila pembangkang cakap itu ini nanti, mulalah jadi tukang kipas.. Langsung tak reti bersyukur..


Thursday, August 04, 2011

Catatan #61 : Video Iklan Raya dan Ramadhan



Video Iklan Raya TV3 (2010) yang ditarik balik..

 Video Iklan Ramadhan 8TV (2011) yang ditarik balik..


Video Iklan Ramadhan TV9 (2011) yang mengundang kontroversi


Saturday, July 30, 2011

Golden Churn Creamery Butter Tidak Halal


Umat Islam di Sarawak secara khasnya diminta menghentikan penggunaan mentega berjenama "Golden Churn" serta merta kerana satu sampel produk Golden Churn Creamery Butter di pasaran Sarawak telah dikesan mengandungi DNA Babi melalui laporan yang diterima daripada Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Julai 2011..

*Kenyataan Media semalam* Rujuk [SiNi]

* Huhh.. Seram sejuk bila dapat tahu kes macam ni.. Padahal dah bertahun kot pakai bila menjelang hari raya.. Nak buat kek lapis--sedap pakai mentega jenama "Golden Churn".. Ini lebih kurang macam kes minyak sapi cap GHEE.. Sekarang dah dapat halal kan? Tapi dah lama kot tak buat biskut makmur lagi..


Thursday, July 14, 2011

Video Aksi Terlampau Pekerja KFC

*Kredit : Google*

Video pekerja KFC yang telah menyapu ayam pada kasutnya mungkin telah ramai yang mengetahui dan pihak KFC telah pun memberikan penjelasan.. Boleh lihat video dari Pengarah Operasi Restoran KFC, Malaysia di [SINI]..


Memang kurang ajarkan? Tapak kasut tu bro.. Dibuatnya masa dia pergi kerja terpijak najis anjing, camne? Dahlah menyampah dengar suara budak budak lelaki dalam video tu! Ok, ini lagi satu video aksi yang terlampau pekerja KFC.. Korang bukak speaker kuat kuat tau..


Puas hati tak dengar? Haish.. Pandai plak pekerja lelaki tu bagi amaran supaya tak makan ayam spicy kat pekerja perempuan.. *Dengar perbualan antara mereka* Gelak besar plak dorang ek! Kurang ajar.. Pihak KFC Malaysia boleh tak tunjuk muka sorang sorang yang terlibat ni? Bagi pengajaran sikit kepada pekerja lain.. Yang aku pelik, mana pergi supervisor KFC? Kenapa tak kawal pekerja bawahan?

*Pasal video pertama pihak KFC dah bagi penjelasan, video kedua plak? Sama sama kita tunggu.. Walaubagaimanapun, KFC punya ayam jugak yang orang carik..

Tuesday, July 12, 2011

Si A dan Si B Berdebat Tentang Perhimpunan Bersih 2.0



Apa tujuan Bersih 2.0 yang anda faham?

Si A : Bersih adalah gabungan pilihanraya yang bersih dan adil.. Mahu membersihkan pilihanraya yang kotor dengan membuat perhimpunan secara aman untuk menghantar memorandum tentang 8 tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong..

Si B : Menuntut pilihanraya yang bersih, telus dan adil dengan mengemukakan 8 tuntutan serta mengadakan perhimpunan Bersih 2.0. Namun disebaliknya, terdapat agenda tersembunyi.. Ramai yang berpendapat bahawa perhimpunan Bersih juga bertujuan untuk merealisasikan impian Anwar menjadi Perdana Menteri.. Dan tidak terlepas juga andaian tentang Anwar yang telah berjaya mencari helah untuk tidak hadir ke mahkamah pada 16 Julai ini untuk membela diri atas pertuduhan salah laku seks.. Ini disebabkan dia telah masuk ke hospital akibat kecederaan yang dialami semasa perhimpunan Sabtu lalu..

Adakah anda sokong Bersih 2.0? Mengapa?

Si A : Saya sokong 100% kerana saya mahu pilihanraya yang bersih, telus dan adil.. BN main kotor.. Pakai undi hantu!

Si B : Saya tidak sokong kerana pada hemat saya, pilihanraya di negara ini bakal memasuki angka ke13.. Andai kata pilihanraya kotor, mana mungkin Kelantan berjaya dipegang oleh PAS dan ditadbir oleh Nik Aziz selama lebih 21 tahun.. Pada PRU12, sebanyak 5 buah negeri telah berjaya diambil oleh pihak pembangkang, jadi dimana kotornya pilihanraya? Apakah pilihanraya 'Bersih' hanya apabila semua negeri di Malaysia di tangan Pakatan Rakyat? Ketika itu juga kerajaan negara pastinya di bawah naungan Pakatan Rakyat.. Siapa pula Perdana Menteri? Melayukah? Islamkah? Bukan mahu bercakap soal perkauman tetapi zaman sekarang isu agama dan kaum seolah olah tiada sensitivitinya.. Ingatkah lagi isu tentang agama Kristian sebagai agama rasmi yang menjadi tajuk panas sebelum ini?

Anda kenal Datuk Ambiga? Siapa beliau?

Si A : Kenal. Beliau adalah pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 dan beliau juga seorang peguam.. Saya tidak kisah tentang Datuk Ambiga yang dikaitkan dengan kes Lina Joy sebelum ini kerana saya hanya menyokong perhimpunan Bersih 2.0 yang bertujuan menuntut pilihanraya yang adil dan telus..

Si B : Kenal. Beliau adalah pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 dan beliau juga telah menjadi peguambela ke atas kes Lina Joy yang murtad untuk menukar status agama.. Beliau juga merupakan penganjur forum pertikaian kuasa Mahkamah Syarie tentang status muallaf dan pemberi guaman percuma untuk orang Islam yang murtad ke Mahkamah Persekutuan.. Dan yang plaing penting beliau pendokong kepada penubuhan IFC.. Apa itu IFC? [KLiK SiNi]

Adakah perhimpunan Bersih 2.0 berjaya?

Si A : Berjaya.. Ramai yang turun ke jalanan walaupun polis telah sekat banyak laluan masuk tapi sokongan padu penyokong Bersih amat memberansangkan..

Si B : Ya, berjaya memecahbelahkan perpaduan kaum terutama pertembungan 2 kumpulan melayu yang menyokong serta yang membantah.. Semua ini hanya sia sia dan memalukan negara Malaysia di mata dunia.. Langsung tidak mendapat apa apa keuntungan malahan meragut nyawa..

Adakah pihak polis dan FRU berjaya mengawal keadaan?

Si A : Ya, dengan kekerasan dan kekejaman.. Sekiranya polis dan FRU tidak ada, perhimpunan akan berjalan seperti sediakala (aman).. Polis dan FRU yang bertanggungjawab ke atas huru hara kerana telah menyimbah air serta gas pemedih mata..

Si B : Ya, polis dan FRU telah melakukan tugas dengan sebaiknya.. Walaupun terpaksa menggunakan semburan gas pemedih mata.. Sebelum ini pihak polis sememangnya telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak turun ke perhimpunan Bersih 2.0 kerana ianya haram.. Jadi, apa pun yang berlaku pada Sabtu lepas bukanlah salah pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas.. Bagaimana polis nak bersikap lemah lembut untuk berdepan dengan manusia yang begitu ramai?



*Si A dan Si B tidak merujuk kepada sapa sapa pun tetapi ia mungkin menjadi salah satu jawapan dalam kepala korang jugak.. Bukan untuk menghasut atau memfitnah tetapi semuanya adalah realiti pandangan orang yang berbeza.. Kita ada otak, kita fikir mana yang baik~

Saturday, July 09, 2011

Gambar Sekitar Perhimpunan Bersih 2.0


Pertama sekali, tahniah kepada pihak polis serta FRU yang telah menjalankan tugas dengan sebaiknya.. Walaupun terpaksa menggunakan kekerasan untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan..



Bersih ke Patriot ke--sape sape yang bersalah dan melanggar arahan pasti kena semburan gas pemedih mata/air kimia/air longkang.. Yang berdegil kena tangkap..




Ramai yang kata Perhimpunan Bersih ni menyusahkan.. Tapi inilah realiti yang sebenar benarnya yang dimahukan oleh penyokong Bersih.. Sebelum ni dorang kata perhimpunan ini aman.. Aman ke??? Kalau takde polis dan FRU entah ape akan jadi.. Jalan jem ke??? Kan best kalau ade roti.. Hahaha..


-KUNING-


-MERAH-

Kredit gambar : MalaysiakiniDouble-Y dan Nota Malaysia

*Nota Hatie : Camne lah orang yang buat majlis kahwin hari ni? Ramai ke tak yang datang.. Kalau yang nak beranak tu camne plak? Yang sakit? Ambulans pun susah nak lalu.. Haish! Malulah bila negara luar tengok kita camni.. Esok konfem surat khabar penuh laporan tentang #BerSHIT ni.. Dengar dengar jugak, bukan di Malaysia je Perhimpunan Bersih ni tapi di Taiwan lah, di Melbourne lah..

Friday, July 08, 2011

Perhimpunan Bersih Batal ; Wan Azizah Ajak Undi PAS atau BN


Rentetan dari kisah Facebook Anwar Ibrahim yang telah di digodam, [SINI] kini giliran akaun facebook milik isterinya pula, Wan Azizah menjadi sasaran hackers.. Nampak tak post status kat atas? 


Wah, kalau lah betul post status itu telah ditaip oleh Wan Azizah sendiri~ Ape Anwar Ibrahim nak kata???


Bijak penggodam @LuvSec ni.. Hahaha.. Jangan plak penyokong pihak pembangkang nak kata ini kerja puak kerajaan ek! Hacker ni takde menyebelah mana mana pihak pun aku rasa.. Cuma nak sampaikan mesej sepertimana kat post status atas tu..