Monday, May 09, 2011

Catatan #60 : Selamat Hari Ibu

Ini dia mak aku.. *Sila abaikan muka bapak aku yang agak kurang senyuman itu*

Kat sini bapak aku mula mengukir senyuman tapi emak aku buat dont know pulak..

Kek Hari Ibu tahun ini.. Sangat sedap.. Coklat cheese.. Aku dan kakak aku buat kat kedai kek.. Walaupun tak seberapa, tapi cukup buat emak aku gembira.. Menu utama nasi beriani dan ayam madu.. Semua buat sendiri jugak tapi kat kedai mamak.. Hahaha..


Saturday, May 07, 2011

Isu Dakwaan Agama Kristian Sebagai Agama Rasmi

Isu dakwaan agama Kristian sebagai agama rasmi negara sememangnya menjadi satu tajuk panas dalam blog politik 2,,3 hari yang lepas setelah Utusan Malaysia mengeluarkan berita sedemikian.. Aku menulis entry ini bukan nak mengganggu siasatan polis atau melaga lagakan mana mana pihak tapi sebagai rakyat Malaysia aku pun berhak nak bersuara.. Aku cuma kesal terhadap individu yang cuba nak bangkitkan soal agama sebenarnya.. Bukankah isu agama adalah isu sensitif??? Ianya melibatkan perpaduan negara jadi bila benda macam ni dibesarkan,, keamanan negara boleh terjejas.. Tolonglah hentikan.. Biar polis buat siasatan..

Ini yang aku cuba sampaikan.. Cukuplah isu agama dipolitikkan,, kenapa perlu nak tanya soalan macam ni kat dalam facebook??? Jawapan pun entah pape.. "Langkah mayatku dulu.." "Jgn mimpi la.." Haish.. Porak peranda masyarakat kalau mentaliti kita tak ubah sebab jawapan tu boleh dipertikaikan oleh pihak tertentu..

Tengok.. Kalau isu agama tak dihentikan segera,, takut takut nanti terjadi sesuatu di luar jangkaan.. Rasanya takde sape yang nak detik hitam negara 13 Mei berulang kan??? Kemonlah.. Banyak lagi isu lain yang perlu diberi perhatian.. Contohnya kenaikan harga barangan asas seperti gula.. Sampaikan pagi semalam aku beli teh tarik pun dah kena caj RM2.20..


*Lampiran*





Tuesday, May 03, 2011

Osama Bin Laden Meninggal Dunia Hanya Tipu Helah Amerika Syarikat???


Semalam Presiden US, Barack Obama telah mengesahkan tentang kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden.. Dalam ucapannya, mayat Osama telah dijumpai setelah tewas dalam operasi yang dilancarkan oleh pasukan tentera US di Pakistan..

Osama adalah antara 'pengganas' yang dikehendaki pihak FBi kerana pemimpin Al-Qaeda itu dipercayai menjadi dalang disebalik peristiwa serangan ke atas World Trade Center di New York (Pusat Perdagangan Dunia) pada 11 September 2001.. Pengganas Al-Qaeda dikatakan sengaja melanggar dua bangunan tertinggi di dunia itu dengan menggunakan pesawat.. *Inilah flashback saya.. Hahaha :)


Foto bukti kematian Osama Bin Laden yang dikatakan palsu dan telah diedit.. Benar atau tidak aku pun tak pasti.. Mungkin ya kot.. Tengok gambar Osama yang pertama tu.. Tak kan dari dulu tak berubah.. Nampak beno nipunye~ (Sumber gambar : Klik Sini) Dan banyak jugak yang cakap bahawasanya Osama ni mungkin tak wujud pun.. Hanyalah karakter yang dicipta pihak Amerika.. Untuk menakutkan orang Islam yang lain.. Sebab dorang cakap tak menentang Islam cuma menentang pengganas.. Tetapi mereka jugak yang kata Islam itu pengganas! Gggrrr..


Memang ramai yang memperkatakan tentang hal ini sebab pihak US cuma tunjuk gambar je, video mayat tu takde pulak.. Lepas tu, heboh berita jenazah Osama dikebumikan di laut.. Haish! Kemain lagi baik hati orang Amerika ni.. Masa dengar berita kematian Osama, semua gembira dan berkumpul kat Ground Zero di mana peristiwa 11 September berlaku.. Eh eh, dulu pun ade jugak berita Osama ni mati lepas tu boleh plak hidup semula.. Ape ape pun, kena berada kat tempat kejadian lah baru boleh tau cerita sebenar ek.. 

*Sekiranya benar sekalipun berita Osama Bin Laden meninggal dunia, Al-Fatihah untuk allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat..

(Nota Hatie : Giler lama tak update blog woo.. Hahaha.. Sungguh, aku takde masa menyempat nak online.. Ape ape pun, selamat pengantin baru buat Ujang dan Yana yang selamat bernikah pada 29 April yang lalu..)