Aku bukan seorang penulis hebat. Bukan juga seorang penyair, pemuisi atau pemantun. Bukan! Aku hanya seorang manusia yang punya satu hati. Ya, hati.
Seolahnya apabila berbicara tentang hati bagaikan putus cinta. Bukan! Aku tak pernah bercinta. Kalau ada sekalipun ia cinta monyet. Yang bertahan cuma sebulan setengah. Layak kan ia dipanggil cinta?
Seperti kita mencintai Sang Pencipta kita, kita mencintaiNya bukan untuk satu tempoh yang pendek tapi panjang. Ya. Selama-lamanya. Itu cinta yang abadi. Cinta manusia? Aku belum temui.
Tahun 2008 ketika aku di tingkatan enam, aku mulai kenal blogger.com tapi di ketika itu aku fikir kalau aku punya blog apa yang aku mahu cerita? Bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah, makan, solat, tidur. Esok pula bangun pagi, pergi sekolah, sampai kelas cikgu marah, balik rumah updat blog pasal cikgu marah. Huhh. Tak menarik. Maka tahun itu aku hanya merayau di blog blog manusia yang punya banyak cerita.
Kini tahun 2010 aku sedang bekerja. Aku masih fikir, apa aku mahu cerita? Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja dan tidur. Tak menarik juga. Tetapi tahun ini umur aku 21 pastinya aku sudah dewasa. Kerana aku sudah bergelar seorang pengundi.
Okbai.
2 Komen Orang Bijak:
Hey, I can't view your site properly within Opera, I actually hope you look into fixing this.
wohoo~ blogging pun ada gagal ek.. pe citer? blog lama tu dah delete la ek?
Post a Comment