Tuesday, October 18, 2011

Sejarah Terciptanya Rokok


*SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK*

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata : Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umatku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umatku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya : “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkanmu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau”.

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”.

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini..

Sumber : Copy+Paste dari Facebook 


AKAN TETAPI...

tadi ada kawan ana tanye pasal hadis ni..sungguh,1st time ana dengar hadis ni..ana tanye kawan2 ana yang lain,dieowg pon tak pernah dengar..ana carik siapa perawi hadis ni pon,ana tak jumpe jugak,so ? betul ke tipu ni ? ini hadis sahih ke hadis dhaif ? ke hadis palsu ?

beberapa jawapan yang ana dapati dalam forum al-fikrah :
1)  palsu, tembakau cuma ditemui oleh penjajah sepanyol ketika mendarat di latin amerika sekitar abad ke 16M. kaum latin amerika yg pertama kali menanam tembakau.

2)  Hadis ini adalah palsu.Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya.
Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya.
3) jika wujud hadith yg spefisik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. ia cuma Qias sahaja dan lapuran sains klinikal sahaja
4) penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku  mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? )
5) Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu). Tidak tahu datang dari mana da…
berdasarkan apa yang di atas,dan ana rasa ni memang betol lah hadis palsu..lagipon ana cari cari,memang tak jumpe siapa perawi hadis ni..yang tukang sebar banyak,tapi tak de pon jumpe siapa perawi hadis ni..
hadis palsu ni kene tentang habis habisan..tak boleh disebarkan..siapa siapa yang tahu pasal hadis ni boleh komen kat sini ? salah silap sila betolkan..

tapi jangan silap faham plak..even hadis ni palsu tapi hukum merokok still HARAM..cume tak boleh gune hadis ni dalam menguatkan fakta yang rokok itu haram..wallahuallam..


tadi ada hamba Allah komen ( haniff_mn@hotmail.com) .beliau menyatakan sebab sebab kenapa rokok itu haram..you guys can read it here :
pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’2 berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.


10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1. Rokok menjejaskan akal (mental)
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4. Rokok membahayakan keturunan
5. Rokok mengganggu manusia lain.
6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
8. Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9. Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

Sumber : Copy+paste Blog Iniwootwoot


13 Komen Orang Bijak:

merahitujambu said... Reply To This Comment

perggghhh...sampai cmtu sekali..uhuk..cmne laa nk suh org berhenti merokok ni..ermmm

qaseh tia said... Reply To This Comment

benci ngan org yg isap rokok ni...terutama pompuan..memalukan!

fidah adie said... Reply To This Comment

huhu...nasib baik sy tak merokok..haha..sapa yang merokok tu..better bhenti..korng tak geli ke hisap rokok.. :D

HEROICzero said... Reply To This Comment

oh ??

tak pernah tahu . thanks for d info !

Rosalia said... Reply To This Comment

bru tau. bgs perkongsian ni. so jgn la merokok :)

Anonymous said... Reply To This Comment

akak..boleh check x keshahihan hadis ini?sb kita x;eh amik je tanpa tau sohih atau x..sb jarang dgar hadis ini..kbnykkan ulama mgambil haramnya rokok sb dalil quran "janganlah kamu mencampakkan diri kamu dalam kebinasaan"..anyway..rokok ni haram..cube sy nak tau sape periwayat hadis..tkot2 ini adalah hadis palsu./.anyway..maapkan sy..

Anne Wahid said... Reply To This Comment

nice sharing...

*singgah dari sarawak blogger...^_^

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

ini hadis palsu lah.jangan lah nak guna nama Rasullulah s.a.w sesuka hati.

benar rokok tu haram tapi jangan main petik je nama Rasullulah s.a.w.

cerita cerita dalam FB tu banyak yang tak sahih.sebab semua main foward je. nampak macam islamik terus je foward padahal asal usul cerita tersebut tidak diketahui.

Dari Samurah bin Jundub dan al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallahu’anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang menyampaikan suatu hadits dariku yang hal itu tampak dusta, maka dia tergolong salah satu di antara dua pendusta.” (HR. Muslim dalam Mukadimah Shahihnya, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 8 )

Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian berdusta atas namaku. Sesungguhnya barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka dia akan masuk neraka.” Dalam riwayat Bukhari, “Hendaknya dia masuk ke neraka.” (HR. Bukhari dalam Kitab al-’Ilm, dan Muslim dalam Mukadimah Shahihnya, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 8 )

Dari Salamah bin al-Akwa’ radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang berkata-kata atas namaku padahal aku sendiri tidak mengucapkannya maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.” (HR. Bukhari, lihat al-Jam’u Baina ash-Shahihain, hal. 9)

larangan berdusta atas nama nabi:
http://pesantrenciksel.blogspot.com/2011/02/larangan-berdusta-atas-nama-nabi.html

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

adakah perokok tegar aware tntg ini..?

huhu...

Yb Raz said... Reply To This Comment

aikk dah tambah posting hehehe

ainz said... Reply To This Comment

tu pun takde kesedaran lagi..tak paham2 la depa ni..dah kuar fatwa ulamak yang rokok tu HARAM..HARAM la jadinyee..nak nafi ape lagi...huuu

Unknown said... Reply To This Comment

bila mu nk dtg kl ni tieah ?!


sejujurnya, ku pn suka m'bc tp nk dpt sumber bacaan y bgus ssh . . jd, smbil m'bc otak kena jln jgk . . utk fkir jwpn sebenarny . . y pasti, ku pn ta suka perokok :(

fRaMe+LenSeS said... Reply To This Comment

ada sahabat pernah tanya Nadh sal ni. hadis tu pelesu.. huu.. jadi walaupun dia menjurus kepada haramkan rokok, tapi taleh guna jugak.