Thursday, March 22, 2012

Catatan #77 : Sekarang Trend Gadis Hilang Ke?


Kalau diikuti perkembangan satu persatu kes gadis hilang ni, bukan semua yang betul betul diculik.. Tapi, memang tak dinafikan ada yang menerima nasib malang apabila dijumpai dibunuh dan takziah buat keluarga Nurul Atikah Shamsiah.. 

Yang menjadi persoalan, kenapa ada yang sanggup menipu diri hilang semata mata mahu kan wang tebusan? Kesian mak bapak yang kena pergi balai polis untuk buat laporan, pastu masuk surat khabar lagi.. Tak kira lagi kata kata kesat "tak pandai jaga anak" kedengaran.. Itu kes gadis bernama Ameerah Asha Azizan..

Hilang sebab lari ikut kekasih hati macam kes Siti Nur Fatihah dan Nurul Zakiah Hidayah Azman plak, agak melampau ye.. Kot iye pun ada masalah yang kita hadapi kat rumah, kita tak boleh lari macam tu je wahai si anak.. Fikirlah ibu ayah! Anak yatim piatu ramai yang merindui orang tua mereka tau.. Korang plak senang je lari ikut teman lelaki dan tinggalkan mak bapak korang yang masih hidup tu.. Sampai hati! 





p/s : Budak remaja sekarang memang advance giler! Bercinta mengalahkan orang dewasa yang bekerja padahal mereka masih budak sekolah. Yang paling tak tahan bila budak sekolah bercinta pakai panggilan "papa-mama".. Geli aku! Ahh, aku jugak yang single

Tuesday, March 20, 2012

Review : Kopi Bukan Sekadar Minuman


Alhamdulillah.. Buku kopi sudah pun aku miliki secara percuma dari Encik Amir Muhammad--Editor #Kopi!!! Walaupun harga buku ini mungkin tiada nilai bagi sesetengah orang, tapi tapi tapi.. Ianya boleh menjadi seperti RM1500 kalau kau dalam kategori kais pagi makan roti marie, kais tengahari makan mee maggi..

Buku Kopi merupakan cerita pendek--cerpen yang dihasilkan oleh 19 tangan yang berbeda sentuhannya, gayanya serta rasanya.. Paling penting, kopi ini memang macam dadah!










Sebentar! Kalau dilihat pada penagih yang telah menyuntik jarum pada anggota badannya, pasti kemudian dia tenang, rebah dan lena buat seketika..

Memang benar kopi buat kita rasa menagih untuk tahu cerita di setiap helaian itu dan terus ke helaian lain dengan kisah lain pula, tapi berpaksi pada cecair pekat perillis..

Kalau dibelek satu demi satu dalamnya, ternyata di pengakhiran kita mendapat kepuasan.. Betul! Baca sampai habis.. Cerita pertama dari Jejaka Anggun atau nama penanya Shaz Johar memang buat kita rasa kena pukau dan jari mula menampakkan ketidaksabaran yang tinggi untuk melihat muka surat di sebelah, seterusnya, di sebelah lagi, seterusnya lagi, lagi dan lagi.. Ok, tamat!

3 cerpen pilihan aku adalah.. "Kopi Percik" karya Amal Hamsan, "Barista Cinta" ditulis oleh Shafaza Zara Syed  Yusof dan "Malam, Di Meja Tempat Kau Terlentok" hasil  Hafiz Hamzah.. Ini cuma apa padanya aku ya!













*Balik kerja tadi lewat.. Jam 7 lebih.. Ok, jom tido..

Monday, March 19, 2012

Catatan #76 : Sedar


Pepatah kata, "sudah terhantuk, baru tergadah.."
Bukan! Pengalaman mematangkan kita..
Boleh jadi, usia mendewasakan akal sempit kita..
Tidak! Hanya aku..
Yayaya.. Aku baru sedari bahawasanya aku bertuah jadi seorang pelajar jurusan sastera waima dulu aku berkeras mahu cari duit lepas tamat tingkatan 6! Mahu kaya konon!
Tapi akhirnya kecewa bila bapanya gagal mendapat bantuan BR1M.. :(
Kami kaya! Betul..
Tapi tapi tapi istilah kaya bukan u-wang semata..







Kini aku kaya bersama lambakan buku yang menanti untuk dating bersama..
Jangan kacau saya ya..
Saya tidak punya waktu bersama kalian..
Aku butuh ilmu! Mampu beri aku senyuman tika dan saatnya itu..







*Selamat malam Malaysia..

Wednesday, March 14, 2012

Catatan #75 : Drama BBF dan Vanilla Coklat


Terima kasih TV3 kerana menyiarkan drama yang best walaupun semalam drama Vanilla Coklat dan BFF menemui penamat.. Jadi, minggu depan slot lestary akan muncul pula dengan drama 3 Janji, lakonan mantap Liyana Jasmay dan Shaz Jazle.. Oh ya, apa yang aku nak kongsikan hari ini adalah berkenaan dua drama yang aku sandarkan mempunyai kekuatan yang tersendiri dan sememangnya jauh menyimpang dari drama melayu yang biasa kita tonton.. Tau tak? Sebab kedua-dua cerita takde pun nak selit cerita sedih yang klise.. Macam adegan kemalangan jalan raya, penyakit itu penyakit ini.. Gituuuuuuuu.. Bosan sangat bila part sedih je disinonimkan dengan kematian.. Memang tak dinafikan mati itu pasti, tapi otak yang penat bekerja di siang hari mahukan hiburan yang ringan sebelah malamnya.. Dan tahniah untuk drama BFF dan Vanilla Coklat yang telah memberikan satu hiburan buat seisi keluarga.. Juga tak dilupakan, penulis skrip BFF kak Maizura Mohd Ederis dan Vanilla Coklat, Shuhadatul Ain Zakaria..


Vanilla Coklat menampilkan muka baru--Aiman Hakim Ridza (Amir) yang pernah muncul dalam Mentor 5 bersama Rahim Maarof dan Izara Aishah yang merupakan naib juara Dewi Remaja tahun lepas.. Drama cinta remaja memang sentiasa mendapat tempat dan kerana itu aku tengok cerita indon memang laku sangat kat stesyen tv berbayar.. Padahal takde pun bagus sangat.. Berbalik kepada cerita VC ni, sempoi dan menarik tetapi lepas episod 10, aku rasa cam geram sikit.. Pelik dengan pemikiran seorang doktor (Ayah Izara) yang sangat terburu-buru dalam tindakan dia.. Sedangkan dia boleh tengok Amir ketika itu yang nampak pening selepas diberi ubat tidur dalam minumannya.. Dan kesudahannya happy ending.. Oklah, memang boleh tahan jugak citer ni.. Tak rugi follow..


Drama BFF ni sebenarnya untuk mengisi kekosongan slot di TV3 sebelum bermulanya Mentor 6 pada tahun ini dan sebab itulah, hanya ada 8 episod je.. Serius, nak lagi.. BFF turut menampilkan muka baru seperti Muniff Isa (Iskandar) yang juga merupakan pengacara di salah sebuah stesen televisyen dan Sari Yanti (Shahidah) yang mana sangat popular dalam cerita sebegini walaupun sudah punya anak 2.. Pada mulanya aku tak tengok cerita ni.. Hanya pada episod ke5, baru aku betul betul follow.. Lepas tu, mulalah sesi marathon di "tonton" menyaksikan episod 1 hingga 4.. Sehingga episod kemuncak semalam, aku boleh sifatkan cerita ni memang MELAYU sangat.. Penuh sindiran jugaklah.. Langsung takde unsur korporat, anak anak orang kaya ke atau kereta sport, kampung lagi ade.. Kereta si pilot dalam cerita ni proton je.. Terbaek!

Ada sesuatu yang aku nak highlight dari skrip BFF :

"Seorang suami itu tak selalunya bersedia untuk jadi sahabat yang baik, tetapi seorang sahabat sentiasa bersedia untuk jadi suami yang baik.."



p/s : Kalau diberi pilihan, aku suka BFF berbanding Vanilla Coklat.. Harap ada kesinambungan.. Hahaha..


Monday, March 12, 2012

Catatan #74 : Alhamdulillah.. Selesai..


Bila selesai semua assignment, bahagia sangat.. Perasaan tu macam kau lulus jpj test bawa keta atau motosikal lah.. Begitu excited sekali nak dapatkan lesen P dan itu jugak yang aku rasa bila ke pos tadi.. Fuhh.. Jadi jadi jadi, aku boleh kembali berblogging.. Yes!

p/s : Lesen aku pun kena renew jugak! Mati 15 mac ni.. Nanti expired masa birthday tahun depan plak.. Undang-undang baru..