Monday, January 31, 2011

Catatan #48 : Fynn Jamal


Fynn Jamal atau nama betulnya Nur Affina Yanti Jamalludin adalah seorang wanita yang aku sangat kagum akan bakat yang ada pada dirinya. Aku mula kenal Fynn Jamal menerusi Rancangan KeyNote di Astro Ria. Sayangnya Fynn Jamal telah tersingkir pada minggu ke4. Karya Fynn Jamal sangat jujur. Korang boleh search dekat youtube. Berulang kali aku tengok kadang kadang terasa syahdu. Aku paling suka video nyanyian puisi "Menemui Ayahbunda" "Lelaki" dan banyak lagi. Blog dia juga menempatkan banyak karya yang kalau kita layan kadang kadang terkena batang hidung sendiri. Penceritaan dia jujur. Kerana itu aku bangga dengan bekas pensyarah ini.



p/s : Tengahari nanti aku akan update tentang Projek Kesian Fynn Jamal.. KLIK SINI untuk like fanpages Fynn Jamal..)

Sunday, January 23, 2011

Catatan #46 : Tips Bila Putus Cinta


1. Korang jangan sedih sedih sangat sebab korang cuma terputus satu hubungan istimewa je kan? Tapi ex bf  korang masih ada kat dunia lagi.. Ini tak, nangis kaw kaw sorok muka bawah bantal macam orang dah mati laki je.. Korang mesti cool.. (Perempuan punya perangai macam ni lah)

2. Ubah penampilan korang.. Kalo dulu korang suka jalan guna baju warna pink, korang ubah ke baju merah plak ke.. Kalo dulu tak suka guna spec hitam besar ala ala Fara Fauzana tu, korang kena pakai jugak.. Kalo dulu foundation selapis je, sekarang kena guna 3,4 lapisan supaya nampak cam pelakon Indonesia.. Bila terserempak dengan ex bf korang, buat buat tak kenal ek.. Kalo dia tegur tu, cakap "awak sape?".. Then, berlalu pergi je..

3. Tolonglah jangan layan lagu jiwang yang sememangnya sedih tu.. Lagi lagi lagu zaman 80-an.. Tak kiralah lagu Bunga Angkasa ke Bunga Larangan ke Bunga Padang Pasir ke Bunga Sakura ke.. (Baru perasan yang dulu dulu lagu tajuk mesti bunga).. Perempuan ni kalo dah putus cinta, mulalah nak dengar lagu camtu bila nak tidur.. Yelah, masa dia couple dulu dulu , pakwe dia akan call dan tolong ingatkan dia untuk basuh kaki, baca doa sebelum tido dan nyanyikan lagu selamat malam untuk dia..

4. Kalo korang ada cincin masa couple dulu dulu kan, teruskan memakai ek.. Rugi kalo pulangkan semula.. Susah susah 3 hari 3 malam korang pujuk mintak beli cincin habib jewels tu, senang senang pulak nak pulangkan bila putus.. Itukan hadiah.. Simpan dan pakai je k.. Tapi jangan plak masa bosan tengah keje tu bila tak tau nak buat apa, korang belek cincin tu.. Memang akan menitislah airmata lepas tu nanti.. Yelah, saat saat pakwe sarungkan cincin tetiba terlintas kat minda..

5. Paling penting, korang mesti rasa diri korang masih berharga.. Sebab tu sebelum kawen jangan serah segala galanya tahu.. Faham kan maksud aku? Korang kan dah dewasa.. Hahaha.. Ingat tagline maybelline.. "Kerana dirimu begitu berharga.."

6. Ini cara yang paling afdal.. Taip ON CINTA dan hantarkan ke 32828.. Hahahaha.. Atau kalau bosan taip ON BOSAN..



*Psssssttttttttttttt : Tadi keluar jenjalan terserempak dengan kawan lelaki ni.. Borak sekejap then berlalu pergi.. Sampai rumah dia mesej bagitau aku nampak kurus.. OMG! Eh, jangan plak korang fikir aku jadi kurus sebab putus cinta ok. (Agak agak kalau aku putus cinta macam mana ek?)

Tuesday, January 18, 2011

Berita : Pelajar Dibunuh Kejam

KOTA SAMARAHAN - Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad berkata, Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.
Beliau berkata, penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal hari ini yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.
"Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. - Bernama
Sumber: Kosmo Online

** Sebelum tu, takziah buat keluarga allahyarham Taufik Abdul Rahim..Menurut cerita dari saudara aku yang dok sekampung dengan keluarga ini, allahyarham keluar naik motor beli rokok ayah dia lepas tu terus hilang tak balik2 rumah..Lepas tu, semalam sorang budak lelaki ni pegi umah keluarga allahyarham dan mengaku terbabit sekali dalam kes pembunuhan tersebut..Dia cakap ade lagi geng2 dia yang terlibat sama dan dia siap tunjuk lokasi penanaman mayat mangsa pembunuhan tu..Rasanya dia tak tenang tidur malam, tu yang ngaku kot..Kampung Sadong Jaya ni memang tanah kelahiran bapak aku dan nenek allahyarham Taufik ni kan, sepupu sekali dengan bapak aku dan budak yang mengaku bunuh tu pun ade bau2 bacang jugak dengan bapak aku, dahlah dia tu anak yatim piatu tapi perangai tak elok buat kita takde rasa kesian dah..