Monday, January 31, 2011

Fynn Jamal Sudah Gila


Gila tak gila si Fynn Jamal ni. Elok aku promosi dia, dia nak bunuh aku! HAHA. Apa apa pun, aku nak ucap terima kasih saudari Fynn Jamal sebab sudi menjenguk blog aku yang tak seberapa nak femes. Samalah macam diri kau jugak. Kan? Kan? Kan? HAHA. Ok aku gurau. 

KLIK SINI untuk ke pautan cerita al kisah Fynn Jamal boleh komen ke aku dan KLIK SINI jugak untuk Projek Kesian Fynn Jamal.

p/s : Gila yang dimaksudkan bukan sakit mental tapi sifat mereng, senget. Kot.
p/ss : Rasa nak jerit satu dunia bila tengok nama Fynn Jamal tadi komen.
p/sss : Aku rasa bangga ni sial. Sila jeles.
p/ssss : Kotak komen takde. Pergi main jauh jauh.

Berita : Krisis di Mesir dan Nasib Rakyat Malaysia


Untuk pengetahuan, blog ini bukan diwujudkan untuk menyalahkan pihak kerajaan semata2 tapi memohon bantuan daripada pihak kerajaan..
Kira2 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dan sebahagian besar adalah golongan pelajar..


Rusuhan dan darurat di Mesir yang berlaku sekarang disebabkan puak anti kerajaan yang dipimpin oleh Hosni Mubarak..


Melalui keratan facebook tersebut, kita dah boleh agak keadaan yang begitu genting sekali di Mesir sekarang ini sehinggakan masalah rompak dan rogol berlaku..


Bantahan besar2an di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa..


Penting: Bagi ahli keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut ekoran talian telekomunikasi yang telah disekat pihak Mesir, bolehlah menghubungi Wisma Putra Malaysia di talian 03-88892746 atau 03-88874570.. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi +20237610013 atau +20237610164 Ext.116

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[Update dari Berita Harian]

Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia


KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.


Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. 

KLIK SINI untuk berita sepenuhnya..

(Nota Hatie: Teringat kat Asada, salah seorang blogger anak Sarawak yang belajar kat Mesir.. Dan adik Niesz juga dikhabarkan berada di Mesir.. Dan doa aku semoga semua rakyat Malaysia di Mesir dalam keadaan selamat..)

Projek Kesian Fynn Jamal


Tengok muka kat atas memang kesian jadi terciptalah Projek Kesian ini.. (Ampun Fynn)
Jika mahu bantu, teruskan pembacaan..
---------------------------------------------------------------------------------------------
aku cuma mahu tanya,
dan tak perlu beri jawapan yang menyedapkan hati.
aku ada projek sedikit besar atas bahu aku:
aku hendak sungguh2 tembuskan bunyi puisi aku dalam mata tanahair,
sebab aku sudah penat menjawab betapa puisi itu suatu yang bagus dalam hidup hari2.
tapi aku perlu ada rm5 ribu.
banyak, nilainya.
maka aku hendak tanya,
ada tidak siapa2 yang sudi berikan aku cuma rm15?
cukup rm15, dan nantinya bila siap, akan kalian jadi 350 orang pertama untuk memilikinya.
siap sahaja, aku bersumpah untuk bagi terus.
insyaAllah, kalau ada 350 kalian,
siapnya dalam sebulan.
dan sementara 4 - 5 minggu itu, kalau ada satu persatu yang tersiap, akan aku kasikan lewat email dahulu, sebagai cagaran: dengan syarat TIDAK dibagi pada siapa2 yang lain (dimuatnaik atau dibagi2 sebagai iklan).
aku jarang bersumpah;
kalian tahu itu.
dan sebagai bukti, peganglah janji aku di sini, dan balingkan semula ke muka aku setiap kata yang aku bagi ini kalau tidak aku kotakannya.
aku perlu rm5ribu ini,
untuk permulaan.
maka aku tanya secara jujur;
ada sesiapa yang berani beli sesuatu ini--
dengan sekadar memegang apa yang aku mampu janji?
*diam*
sungguh,
aku rasa begitu malu dan tersegan;
seperti airmata aku mahu berlinang bercucur--
aku paling benci meminta ihsan.
tapi,
kalau sungguh ada yang mahu bantu,
terima kasih yang paling ikhlas dari aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT PENTING:

NUR AFFINA YANTI JAMALLUDIN
1-64810-00899-2 (Maybank)


HAZRILFITRI HADZIR
1-05104-05053-0 (Maybank)

1) buat bayaran rm15 seorang
2) kalau secara manual / atm: simpan resitnya, scan / ambil gambar
3) kalau secara e-banking: print screen bayaran online dan save sebagai JPEG
3) emailkan pada fynnjamal82@gmail.com dengan tajuk "PROJEK KESIAN".
---------------------------------------------------------------------------------------------
**Untuk meminimakan transaksi harian ke akaun Fynn, seeloknya wang tersebut dikumpulkan dan dibuat dalam satu transaksi sahaja..Tapi memang sukar untuk kita percaya kepada seseorang sekarang bukan?Sebab, sejak projek ini bermula pada 21 Januari yang lalu, wang RM15.00 masuk akaun Fynn setiap hari dan maybank telah blok akaun tersebut kerana anggap Fynn ni along..Sebab tu terpaksa guna akaun Tri suami Fynn..

p/s : Nak tahu lebih lanjut tentang projek kesian KLIK SINI.. Siapa Fynn Jamal? KLIK SINI..