Monday, January 31, 2011

Projek Kesian Fynn Jamal


Tengok muka kat atas memang kesian jadi terciptalah Projek Kesian ini.. (Ampun Fynn)
Jika mahu bantu, teruskan pembacaan..
---------------------------------------------------------------------------------------------
aku cuma mahu tanya,
dan tak perlu beri jawapan yang menyedapkan hati.
aku ada projek sedikit besar atas bahu aku:
aku hendak sungguh2 tembuskan bunyi puisi aku dalam mata tanahair,
sebab aku sudah penat menjawab betapa puisi itu suatu yang bagus dalam hidup hari2.
tapi aku perlu ada rm5 ribu.
banyak, nilainya.
maka aku hendak tanya,
ada tidak siapa2 yang sudi berikan aku cuma rm15?
cukup rm15, dan nantinya bila siap, akan kalian jadi 350 orang pertama untuk memilikinya.
siap sahaja, aku bersumpah untuk bagi terus.
insyaAllah, kalau ada 350 kalian,
siapnya dalam sebulan.
dan sementara 4 - 5 minggu itu, kalau ada satu persatu yang tersiap, akan aku kasikan lewat email dahulu, sebagai cagaran: dengan syarat TIDAK dibagi pada siapa2 yang lain (dimuatnaik atau dibagi2 sebagai iklan).
aku jarang bersumpah;
kalian tahu itu.
dan sebagai bukti, peganglah janji aku di sini, dan balingkan semula ke muka aku setiap kata yang aku bagi ini kalau tidak aku kotakannya.
aku perlu rm5ribu ini,
untuk permulaan.
maka aku tanya secara jujur;
ada sesiapa yang berani beli sesuatu ini--
dengan sekadar memegang apa yang aku mampu janji?
*diam*
sungguh,
aku rasa begitu malu dan tersegan;
seperti airmata aku mahu berlinang bercucur--
aku paling benci meminta ihsan.
tapi,
kalau sungguh ada yang mahu bantu,
terima kasih yang paling ikhlas dari aku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
MAKLUMAT PENTING:

NUR AFFINA YANTI JAMALLUDIN
1-64810-00899-2 (Maybank)


HAZRILFITRI HADZIR
1-05104-05053-0 (Maybank)

1) buat bayaran rm15 seorang
2) kalau secara manual / atm: simpan resitnya, scan / ambil gambar
3) kalau secara e-banking: print screen bayaran online dan save sebagai JPEG
3) emailkan pada fynnjamal82@gmail.com dengan tajuk "PROJEK KESIAN".
---------------------------------------------------------------------------------------------
**Untuk meminimakan transaksi harian ke akaun Fynn, seeloknya wang tersebut dikumpulkan dan dibuat dalam satu transaksi sahaja..Tapi memang sukar untuk kita percaya kepada seseorang sekarang bukan?Sebab, sejak projek ini bermula pada 21 Januari yang lalu, wang RM15.00 masuk akaun Fynn setiap hari dan maybank telah blok akaun tersebut kerana anggap Fynn ni along..Sebab tu terpaksa guna akaun Tri suami Fynn..

p/s : Nak tahu lebih lanjut tentang projek kesian KLIK SINI.. Siapa Fynn Jamal? KLIK SINI..

9 Komen Orang Bijak:

Along Tapa said... Reply To This Comment

Satu entri yang susah aku nak komen walaupun berapa banyak kali aku pikir..

kalo kita betul2 determined nakkan sesuatu, kita sanggup berkorban apa je untuk capai apa yang kita nak...n tula apa aku rasa Fynn Jamal ni rasa..


Gorengbaek - "Orang ni jam banyak yang gila"..Meon kata..Kenapa ek??

Hangit Habis dah - Haih....

Faizal n Fashitah said... Reply To This Comment

Tumpang tanyak.. mek bleh sik molah Projek Kesian juak? pa k mek molah majalah katon Usen n Ongpin bah XD

yanamib said... Reply To This Comment

baik sungguh hati ko tieah tlg promosi hajat fynn jamal..semoga apa yg diimpikan fynn tercapai =)

MR. SYAH said... Reply To This Comment

fyn jamal 150 juta tukan... aku pun xtahu nak komen apa.. tapi klu ada yg betul2 minat dgn lagu2 dia.. oklah klu sudi membantu.. ok kot dari si biebir tu..

Kak Amy said... Reply To This Comment

setuju dengan AT dah 3 akli amy baca tapi still x tahu macam mane nak komen...

ayin~weeweet said... Reply To This Comment

kesian punya projek :P

Bunga said... Reply To This Comment

sabor2..

Farhan Zulhusmi said... Reply To This Comment

insyaallah...apa yg terniat dihatinya tercapai...amin........

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

kenapa nak tolong dia?