Friday, February 04, 2011

Catatan #49 : Happy Birthday Abangku


Happy Birthday Nordin atau twithandle dia deen_hotfm



Kenapa teropong aku hanya ada satu lubang? Abang aku dapat yang dua lubang! Arghhh, ape mata aku satu je ke? Konfius
Aik, seluar pun sama! Nasib baik baju tak..
Comel tak? Hahaha.. Aku tanya cermin mata ok..


Ini barulah nampak baju seperti budak budak, ada kartun..
Baju aku mickey mouse, abang aku garfield.. Ish, sekarang ni aku plak yang tergila gilakan garfield..
Ala ala baju sweater gitu.. Padanlah sekarang aku minat giler dengan sweater!
Tengok selipar jenama 'Bata' kitorang.. Tahan lasak selipar tu kalo bawak main..


Salah satu pendidikan awal kanak kanak yang mak bapak aku ajar..
"Jagalah kebersihan bandar Miri.." Terbaik bapak aku! Dia yang ambik gambar kitorang ni..
Ini kat taman bulatan, tempat joging dan kat sini ada taman permainan jugak..
Selalu bapak kitorang bawa main main kat sini hujung minggu..
Seluar tetap sama! Tengok cermin mata yang aku pegang tu?
Sama macam gambar kat atas tadi tu kan? Pandai aku jaga..
Selipar dah upgrade sikitlah.. Takda lagi nak guna selipar jepun..

Haaaaaaaa.. Inilah kek hari jadi abang aku..
Aku rasa ni masa umur abang aku 6 tahun kot.. Dan aku plak 5 tahun..
Kek kecil je, memang cukup untuk kita berdua..
Kak long aku lah yang beli ni.. Tak mampu nak beli kek 7 tingkat tu, apatah lagi nak celebrate kat hotel 5 bintang..
Akhir kata, "Happy Birthday to my beloved brother"



Wednesday, February 02, 2011

Berita : Fitnah Dalam Rusuhan di Mesir

Dalam kita menyebarkan berita terkini untuk disampaikan ke masyarakat umum, aku tak sangka ada yang suka main api..! Ya! Ya! Ya! Aku tahu esok Tahun Baru Cina dan pastinya persiapan nak main mercun hampir 100% siap.. Tapi, bila bercakap tentang pelajar Mesir ini, semua orang pun tahu pelajar di sana kebanyakkan akan balik Malaysia menentang kerajaan dengan sertai PAS. Pemimpin2 Pakatan ini semua kalau pergi ke Mesir, mereka akan jumpa ramai pelajar2 di sana yang penyokong tegar PAS. Apabila berlaku krisis di Mesir ini , sudah dijangka PAS akan ke hadapan  dan terus menyalahkan kerajaan dan Kedutaan Malaysia di sana. Kita seharusnya tidak menyalahkan Kedutaan Mesir di sana memandangkan MSD Mesir hanya ada 10 kakitangan dan 4 pegawai. Menurut sumber, masalah yang berlaku di sana adalah MSD Kaherah ada 14 kakitangan untuk mengawal 11,346 pelajar. Itu FAKTA dan pelajar-pelajar di sana tidak suka berurusan denga MSD sebaliknya menggunakan PMRAM. PMRAM sudah 80 tahun ditubuhkan dan ia terkenal sebagai pro-PAS, enggan mendaftar di bawah Kedutaan Malaysia dan amat berpengaruh di kalangan pelajar jurusan Agama. Daripada 11,346 pelajar, 4,000 lebih mengambil jurusan perubatan, 6,000 lebih jurusan Agama dan selebinya Qiraat. 

Berikut adalah fakta fitnah yang dilemparkan berdasarkan maklumat yang kami terima dari wakil Malaysia yang berada di sana melalui e-mail, Puan Fatimah Zahra dan Twitter Helme Hanafi:

  • Kejadian rogol pelajar perempuan Malaysia di Kaherah
Ini merupakan satu fitnah yang amat besar. Fitnah ini bermula dari diskusi sesama mereka. Orang yang mula-mula menulis mengenai perkara ini tidak pernah belajar dan tinggal di Kaherah. Semuanya bermula dengan perbualan di laman sosial Facebook seperti di bawah:


Kami telah cuba untuk menghubungi penulis posting berkenaan tetapi beliau gagal dihubungi. Beliau hanyalah seorang budak dari Kuantan yang mempunyai banyak masa untuk membuat posting yang mengarut. Saya rasa budak Kuantan ini keliru dengan kejadian pelajar Malaysia dirogol di London.

  • Pelajar Kebuluran
Tidak ada seorang pun pelajar yang kebuluran. Memang banyak kedai ditutup tetapi ada kedai yang dibuka terutama sewaktu tempoh larangan berkurung (curfew) ditarik balik iaitu dari 8 pagi - 4 petang. Kebanyakan yang keluar membeli makanan adalah tuan rumah berbangsa Egypt sendiri atau pelajar lelaki atau dihantar oleh Kedutaan Malaysia.
  • Penjenayah Keluar Dari Penjara
Kebanyakan pesalah yang terlepas dari penjara adalah pesalah politik atau "political prisoners" dan bukannya penjenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada jemaah Muslim Brotherhood.

  • Rompakan
Semua pelajar Malaysia telah diarah berkumpul di Kaherah. Di Kaherah, mereka tinggal di rumah rasmi Kerajaan Malaysia, rumah kakitangan Malaysia yang ada di sana, Malaysian Hall dan keluarga Egypt. Setiap rumah ada dalam 40 - 45 orang. Mereka diletakkan beramai-ramai supaya keselamatan lebih terjamin. Setakat ini belum  ada pelajar-pelajar kita buat aduan dirompak. Namun kita tidak nafikan ada jiran-jiran mereka berbangsa Arab yang dirompak. Ini disebabkan mereka sesama mereka bergaduh seperti Hamas-Fatah.

Kejadian ini berlaku disebabkan ada anasir yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu yang menyebabkan keluarga pelajar yang kebanyakan orang-orang PAS menjadi panik dan menyalahkan Kerajaan. Ini menyebabkan Kementerian dihujani dengan panggilan dari keluarga yang bimbang. Talian yang tidak stabil di Kaherah tidak dapat digunakan secara optimum untuk kemaskini pergerakan pelajar-pelajar kita di sana, sebaliknya dibebani dengan panggilan dari ibubapa. 
Menurut Puan Fatimah Zuhri, apa yang dipaparkan media seolah-olah Kaherah berada di neraka sebaliknya menurut beliau kenyataannya pelajar-pelajar kita dalam keadaan selamat kerana semuanya mengikut peraturan dan tidak keluar pada masa waktu larangan (curfew).

Soalan bodoh dari pembangkang, kenapa tidak dihantar kapalterbang ke sana dan bawa peajar Malaysia balik. Cakap senanglah. Agak-agak berapa banyak kapal terbang yang diperlukan untuk membawa 11,000 pelajar Malaysia pulang? Perjalanan balik memerlukan masa 22 jam. Kalau 11,000 orang, mahunya kena bawa 22 kapal terbang B777 yang boleh memuatkan 500 orang maksimum untuk satu penerbangan dan MAS hanya ada 4 biji sahaja model itu untuk laluan ke Eropah.

Sementara Kerajaan menguruskan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia melalui kapal TLDM yang berpengkalan di Teluk Aiden, DS Najib memberi jaminan akan membawa semua pelajar kita yang berjumlah 11,000 orang ke Jeddah, tinggal di Kompleks Tabung Haji sebelum dibawa pulang secara berperingkat-peringkat. Berita terbaru yang kami terima Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Wahab berkata, 3 pesawat C-130 TUDM akan berlepas ke Mesir tengahari ini untuk membawa makanan dan akan memindahkan pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan jangan kelam kabutkan lagi keadaan dengan menyebar berita palsu dan fitnah. Semoga pelajar-pelajar kita selamat pulang ke Tanahair dengan selamat. InsyaAllah.


**Aku masih tak berapa nak faham kenapa masih ada yang cakap Malaysia lambat bertindak.. Fahamilah situasi sekarang bukan dalam Malaysia tapi di luar negara, Mesir! Ingat senang ke nak masuk negara orang macam tu je? Bukankah kita sama macam pencuri pecah rumah kalo kita terus bertindak tanpa ada perancangan yang rapi dan teratur? Malaysia nak hantar tentera pun kena dapatkan kebenaran pihak berkuasa kerajaan Mesir, susah sebab undang2 antarabangsa yang menghalang tentera luar masuk jika tanpa kebenaran.. Percayalah, kerajaan tak kan lepaskan tangan..

Tuesday, February 01, 2011

Berita : Lagi Isu Krisis di Mesir

If you know anyone in Egypt, please pass this on to them:

To bypass government blocking of websites, use numerical IP addresses:
Twitter ”128.242.240.52”
Fb ”69.63.189.34”
Google ”172.14.204.99”

A French ISP offers free dial up internet access:
+33 1 72 89 01 50
Login username+password: toto.

Please pass this on and share.
Untuk membuat panggilan ke Mesir, sila guna telefon rumah dengan memasukkan kod 002, seterusnya nombor telefon bimbit si pemanggil..

Sebagai rakyat Malaysia aku bangga sebab ramai yang prihatin tentang isu rusuhan anti kerajaan yang meminta Hosni Mubarak melepaskan jawatan yang telah dipimpinnya selama 30 tahun..
Sememangnya yang menjadi kebimbangan kita semua adalah rakyat Malaysia yang berada di Mesir dan ada di antaranya darah daging kita sendiri..
Ok, sama2 kita berdoa mudah2an mereka semua selamat pulang ke tanah air dan yang masih berada di sana, kita doakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan keadaan mereka masih terkawal.. *Amin..
Update terkini boleh kita perolehi dari sini:

Bagi ibu bapa yang hendak membeli tiket buat anak juga boleh dapatkan info selanjutnya dari sini..

Update terkini tentang pelajar2 di Mesir dan pelajar yang telah selamat sampai ke Malaysia*

Aku hairan kenapa page ini pun wujud jugak! Tolonglah..
Kerajaan pun tak pernah nak lepas tangan dalam soal keselamatan rakyat dia lebih2 lagi di luar negara dan berdepan dengan masalah besar macam ni..

Platform untuk rakyat Malaysia berkongsi maklumat, aduan serta pendapat tentang isu di Mesir..
Tapi, tolong jangan nak salahkan kerajaan semata-mata..
Kadang2 percakapan kita tu akan menunjukkan kebodohan kita..

Ini yang aku suka.. *Peace No War!
Harap Hosni Mubarak bukak facebook dan baca ni.. Mintak2 ade jurubahasa yang tolong dia translate..

Di sini juga boleh dapat berita terkini sebab blog ini diwujudkan oleh pelajar Malaysia dari Mesir yang telah selamat sampai ke tanah air.. [KLIK SINI]

[Update 2/2/11, jam 9 pagi]
Kapal TLDM dijangka akan tiba 5 Februari di Mesir..
Kerajaan juga sedang berusaha untuk membawa kapal terbang Air Asia dan Mas ke Mesir..
Ramai pelajar Malaysia juga telah selamat sampai ke tanah air..