Ke hadapan Cik Ani ku, (Nama betul emak aku Masni ye)
Selamat Hari Lahir yang ke59. Semoga panjang umur dan sihat selalu. Anakmu ini memang seorang degil dan kadangkala sukar menerima nasihat dan leteranmu. Pernah suatu ketika dulu aku ingin lari dan kunci motosikal sudah aku ambil tapi dirimu cepat cepat meminta agar bapa menghalang niat aku. Fahamilah, sesungguhnya jauh disudut hati anakmu ini tetap menyayangi emaknya yang seorang. Anakmu ini ingat lagi tatkala dimarahi olehmu ketika di meja makan dan anakmu ini terus saja bangun dengan perasaan marah naik ke atas masuk bilik dan kunci. 24jam tak keluar dari bilik dan dirimu meminta bapa memujuk anakmu ini turun makan. Fahamilah, sesungguhnya jauh disudut hati anakmu ini tetap rindu akan emaknya yang seorang. Doakan anakmu ini agar sentiasa patuh kepada Allah selain kedua orang tuanya serta lembutkanlah hatinya agar tidak mudah merajuk membawa diri. Terima kasih emak kerana sentiasa mengerti karenah anak ke8 mu ini. Bukan niat anakmu ingin berkasar apatah lagi ingin menderhaka tetapi kadang kadang jiwa remaja ini ingin memberontak. Anakmu ini gagal bersuara tika marah dihadapan dirimu dan cara terbaik anakmu lakukan adalah meninggalkan dirimu buat seketika untuk menyejuk hati ini. Mohon ampun emak. Sabtu ini emak berehat ya, biar anak anak emak masak meraikan hari istimewa ini bersama sama.
Kekasih hatimu nombor 8,
Tieah Madian



