Monday, February 14, 2011

Catatan #50 : Adriana Syifaa' Dalam Kenangan

Budak kecik tu bernama Adriana Syifaa' membawa maksud penawar/penyembuhan (Syifaa') dengan harapan sakitnya bisa diubati, namun takdir telah menentukan..
Adriana Syifaa' telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 2010 bersamaan 29 Safar 1431 Hijrah..
Adriana Syifaa' adalah anak kakak kedua aku dan adik kepada budak lelaki INI..

Adriana Syifaa' lahir pada bulan Syawal di Bintulu dan ketika kelahirannya, dia mengalami sedikit komplikasi jantung di mana, manusia normal seperti kita punya 4/4 jantung, tetapi dia hanya ada 3/4 jantung.. Tapi, alhamdullillah adik Syifaa' mampu bertahan hampir 5 bulan untuk hidup bersama keluarganya..
Disebabkan aku telah tamat kontrak kerja pada 31 Disember 2009, aku ke Bintulu untuk menjaga Adriana Syifaa' dan abangnya Muhd. Syamim Hanif.. Aku ingat lagi, masa minggu terakhir pemergian Adriana Syifaa' ni, dia sering mengalirkan airmata.. Mula2, aku ingatkan dia sakit mata.. Tapi tak.. Dan dia jugak sering demam sehinggakan terpaksa di bawa ke klinik untuk pam keluarkan kahak..

Aku teringat jugak, masa aku bagi dia botol susu pagi Sabtu 13 Februari 2010, tangan dan kaki dia memang sejuk.. Aku ingatkan biasa sebab memang badan dia tak macam bayi lain.. Sebab tu, dia tak mandi pagi.. Aku hanya lap badan dia dan tukar lampin serta pakaiannya pagi2.. Kemudian, setelah sampai Miri untuk cuti Tahun Baru Cina ketika itu, Adriana Syifaa' ni nangis2.. Dan tangan dan kaki dia mulai kembang.. Lepas solat maghrib, dia dihantar ke hospital dan terus kena tahan kat wad.. Aku memang tak berkesempatan jenguk dia sebab menjaga abangnya (Syamim)..

Masuk malam kedua di wad setelah keluarga aku balik melawat Adriana Syifaa' petang tu, abang ipar aku call bagitau yang Adriana Syifaa' dalam keadaan tenat.. Semua ahli keluarga aku bergegas ke hospital dan aku yang tinggal kat rumah jaga Syamim terima lagi call dan masa tu memang aku tak dapat nak tahan airmata lah..Aku gagahkan jugak diri aku call kakak aku yang kat Johor dan abang aku kat KL masa tu, beritahu yang Adriana Syifaa' dah takde.. Itu je yang mampu aku cakap.. Family yang dalam perjalanan ke hospital pun aku tak mampu call lagi.. Sedih sangat.. Al-fatihah~

Pssstttttttt: Tetiba buat entry sedih.. Huhuhu.. Jarang aku nak cerita pasal family ni kalo bukan sebab teringat.. Tapi bukan bermaksud aku lupa keluarga ek.

25 Komen Orang Bijak:

HEROICzero said... Reply To This Comment

d tieah, sabar k?

Al-fatihah.

pizli said... Reply To This Comment

:-(

mR.sYaH said... Reply To This Comment

aku faham apa yg kau rasa sbb aku pun prnh rasa.. al fatihah buat arwah.. :D

merahitujambu said... Reply To This Comment

comelje...setiap yg hidup pasti mati..tapi kalau budak lagi dh xdpt nk rasa nikmat hidup ni..adeh..sedih sgt...

ko pandai ke jg budak??=p

♥ nana i am ♥ said... Reply To This Comment

takziah tieah..semoga roh anak buah awak dirahmati ALLAH s.w.t..amin~

MAKCEK bukan NENEK said... Reply To This Comment

sobs sobs jgn lah cita sal baby2.
hux sedeyy tawu . huxhux .
takziah weyh . al-Fatihah .
T___T

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

sudah terjamin tempatnya di syurga...

specky gurlz said... Reply To This Comment

alfatihah & takziah kepada d_hatie srte family ye..

Wan Gerrard said... Reply To This Comment

Salam takziah dari Wan Gerrard atas kehilangan beliau..sedekahkan al-fatihah buat arwah.amin

Faizal n Fashitah said... Reply To This Comment

Aiee kesian lok. Sedeh mek baca entri tok. Tedah lok. Innalillah hi wa inna ilaihi ra ji'un.

echah mashuri said... Reply To This Comment

AL-FATIHAH.sedihh.tapi nanti dia akan tunggu akak ko kat pintu syurga kan.:)

dari DIA kita datang ,pada DIA kite pulang.

ima said... Reply To This Comment

al-fatihah.

Suci_Cinta said... Reply To This Comment

takziah buat keluarga d_hatie dan al-fatihah untuk arwah .. smoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya ...
(she is so cute .. )

yatie's EPISODE said... Reply To This Comment

al fatihah~

YanaMIB said... Reply To This Comment

takziah buat ko dan famili...be strong..Allah lbh sayang syifaa' sbb tu Dia ambil awal² =)

mrs_zura said... Reply To This Comment

Al Fatihah buat baby yg comel...Takziah utk family kamu:-)

Anati Soki said... Reply To This Comment

inalillah... subahanallah... allah lebih sygkan.. ALFATIHAH

FIFIEY LYCHEE MARATION said... Reply To This Comment

ouhh, so sad dear.. apapun, be strong ok! Umat yang diuji adalah umat yang disayangi-Nya. may she get the peace rest there! In syurga...
alfatihah...

manggosteen said... Reply To This Comment

takziah..

kalau kita ingat kat org..insyaallah dia ingat kat kita..biarpun dia dah tak ada..

niesz said... Reply To This Comment

sedih nyer..takziah tuk keluarga arwah yer..sama2 kite sedekah kan al-fatihah..

jom bc cni : sabtu+ahad+isnin

Ujang9897 said... Reply To This Comment

hurm...aku pun sedih

misz sheyla said... Reply To This Comment

takziah atas pemergian...insyaallah arwah aman kat sane...Allah lebih sayangkan dia...

Alfatihah untuk arwah

Kimie Hashim said... Reply To This Comment

D..al fatihah B ucapkan..
B xleh baca lebih la,sedih sangat..tak sampai hati..

Muhd Aizie said... Reply To This Comment

kau tahu tieah, saat aku baca entry kau ni, aku tengah dengar lagu http://www.youtube.com/watch?v=OxCBLeuY_nk&NR=1

tiba-tiba hati aku jadi sedih pulakk . walaupun aku tak kenal budak ni, tapi macam edih pulakkk . tabahkan hati kau tieah . =)

dia dah tempah tiket ke syurga sudaa ...

zakiah64 said... Reply To This Comment

al faihah,,,terkenag kembali...