Wednesday, September 12, 2012

Kenapa Saya Pilih BN dan Saya Tolak PR


Sejak umur 21 tahun aku terasa terpanggil untuk daftarkan diri sebagai pengundi di pejabat pos tanpa paksaan dari mana mana pihak. Dan secara automatiknya juga aku layak mengundi untuk Pilihanraya Undangan Negeri (DUN Sarawak) pada April 2011 yang lalu. Tiada parti lain yang aku sokong selain daripada Barisan Nasional. Keyakinan aku semakin bertambah kepada bendera biru dengan simbol dacing ini apabila aku berpeluang mengikuti beberapa program. 

Sukar untuk meyakinkan orang tentang perjuangan kita kalau sudah berbeza ideologi tapi sebentar tadi saya menemui penulisan dari Pak Andak. Mungkin ini yang saya boleh kongsikan dan perkara ini jugalah yang sering bermain di fikiran saya. Mohon dibaca hingga noktah terakhir.

*******************************************

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak pencen, sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan semasa dalam negara. Fikir saya cukuplah sekadar menghabiskan hari pencen dengan kebun dan kolam ikan. Fikiran tenang, bebas pula dari tekanan tidak macam zaman bertugas dulu.
Tapi setahun lepas segalanya berubah. Anak sulung saya yang bertugas dengan sebuah syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur, telah membelikan saya komputer tangan Ipad.
Walaupun mula-mula saya tak tahu guna, tapi setelah diajar memang boleh ketagih dengan benda cerdik ni!
Cukup sekadar saya katakan kebun dan kolam jadi isteri nombor dua dan tiga. Mana tidaknya? Berita politik dan semasa ada dijari, cuma perlu sentuh saja di skrin. Percuma pula, tak payah bersusah-susah ke Simpang Empat mencari suratkhabar.
Walaupun saya hanya pemerhati bukan editor atau wartawan berkaliber di Kuala Lumpur, saya tahu sedikit sebanyak tentang situasi politik negara.
Dari pengamatan saya, keadaan amat getir menjelang pilihanraya yang akan datang.
Ada satu cetusan pendapat dari akhbar cina yang baru-baru ini benar-benar menikam hati saya. Harap-harap pengundi lain bersetuju dengan saya. Editorial pendapat tersebut telah ditulis oleh Timbalan Editor Sin Chew Daily.
Saya sekadar berkongsi. Selanjutnya, saudara-saudari fikir sendiri siapa yang perlu diundi.

Sin Chew Daily
28 Ogos 2012

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu.

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.  

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.
Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.  

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir. 
  
Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?
Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.
Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.

Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?
Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

Sejarah jadi saksi bukan sedikit darah yang tumpah untuk membina bangsa merdeka. Ketika 13 Mei 1969 berlaku, saya sudah mengerti apa maksud rusuhan kaum. Generasi merdeka yang galak mengkritik kanan kiri, mengapi-ngapikan propaganda politik pembangkang, belum lahirpun saat itu. Nak tergelak saya dibuatnya.
Kenapa perlu jadi bahan taruhan ketaksuban politik orang lain? Fikirkan keselamatan dan kocek keluarga sendiri cukuplah.
Tulus Ikhlas,
Pak Andak

Sumber : Blog Fariz Iskandar
 
 (Nota Hatie : Tiap kapal masing masing ada nakhodanya tapi jangan sampai kita pilih kapal dengan 3 nakhodanya..) 

Friday, September 07, 2012

Tak Kira Sokong Bendera Mana, Simbol Apa, Ayuh Layan Video Ni




Sekadar nak berkongsi, mungkin ada yang dah tengok video ceramah dari Ustaz Kazim Elias ni dan mungkin ada yang belum.. Ini antara beberapa potong ayat yang menarik :
  • Cubalah berpolitik, cubalah bercakap dalam perkataan yang baik.
  • Islam tak suruh kita gaduh, Islam tak suruh kita tunjuk perasaan, Islam tak suruh kita menghuruharakan masyarakat. Islam suruh duduk dalam keadaan baik cakap elok elok.
  • "Islam mesti masuk satu parti, keluar parti bukan Islam, tak sokong parti kami bukan Islam, ini salah tuan tuan" -- Parti bukan agama, parti ciptaan manusia, pemimpin parti bukan nabi dan rasul.
  • Bercakaplah bersandarkan pada hukum. Bukankah kita ada al-Quran dan hadis untuk kita rujuk. 
  • Apabila kita taksub mambabi buta, inilah jadinya, fikir fikirlah. Ingat perjuangan kita untuk Allah, perjuangan kita untuk Islam.
  • Kalau salah kita kata salah. Kalau betul kita kata betul. Inilah yang sebenar. Bukan bila salah kita diamkan, orang lain salah kita nampak. Orang lain tak betul kita nampak tapi salah kita, betul kita, kita diamkan. Inilah punca kerosakan.
  • Marilah bersatu atas nama Islam, mempertahankan Islam, mendaulatkan Islam, inilah perjuangan yang benar. Jangan tunduk jangan pesongkan daripada ajaran yang sebenarnya semata mata nak mencari redha sekutu, tambah tambah lagi sekutu itu tak pernah bertauhid kepada Allah tak pernah sujud kepada Allah.

Marilah luangkan masa sejam anda tonton video ceramah kat atas ni.. Alaaa, video Oppa Gangnam Style boleh pulak korang layan beratus kali! Hahaha~


Wednesday, September 05, 2012

Isu Tukar Bendera Jalur Gemilang Kepada Sang Saka Malaya


Sampai hari ini isu ini masih diperkatakan dan tuduh menuduh tuding menuding menyalahkan pihak sebelah sana kian didengari.. Mungkin benar anak muda yang kibarkan bendera ni boleh kata mereka tak mewakili mana mana parti politik tetapi kenapa kibarkan Sang Saka Malaya di ambang kemerdekaan? Dan dikatakan juga, ketika itu Janji Demokrasi ke Janji Bersih pun dibuat sekali pada malam sebelum 31 Ogos itu.. Sooooo, memanglah orang akan claim kau ni pembangkang dengan pakaian kuning kemudian berhimpun kat area situ.. Mengapa mereka kibarkan Sang Saka Malaya? Ini jawapan anak muda itu [KLIK SINI]


Risalah ni pulak angkara siapa? Dikatakan juga ia diedarkan pada malam himpunan Janji Bersih ke Janji Demokrasi yang pakai baju kuning malam ambang merdeka tu.. Tapi tapi tapi, pembangkang kata mereka takde niat nak tukar bendera.. Itu aku pun tak nak campur, urusan pihak polis! Yang pasti aku nak kata, TIDAK pada Sang Saka Malaya sebab dah macam bendera Singapura dan Indonesia plak.. Aku sebut 'macam je'.. Aku masih sayangkan JALUR GEMILANG dan mahu ia terus megah berkibar di bumi MALAYSIA.. 


Aku masih berfikir kenapa nak kibarkan SANG SAKA MALAYA tu??? Walau dah baca blog pemuda yang kibarkan bendera itu, aku still tak puas hati kot.. Pleaselah, kat mana mana negara pun mereka sayangkan bendera negara sendiri.. Plus, kita dah merdeka 55 tahun kenapa masih ada yang berfikiran kolot? Masa Olimpik tempoh hari, semua menanti Lee Chong Wei mahupun Pandelela Rinong menang pingat emas bukan kerana wang semata mata tapi sebab kita nak lagu Negaraku berkumandang di London dan kita nak Jalur Gemilang gah berkibar! Tup tup tup malam ambang merdeka ada belia pergi kibar Sang Saka Malaya! Adoi.. Sedih allahyarham Tunku Abdul Rahman tengok kalau dia masih hidup.. Jangankan beliau, ramai rakyat Malaysia termasuk aku sedih dan kecewa sebab negara ni masih ada anak muda yang tak berapa nak matang dalam berfikir..


**Bendera Persekutuan Tanah Melayu dulu pun bukan macam Sang Saka Malaya ni..