Wednesday, September 05, 2012

Isu Tukar Bendera Jalur Gemilang Kepada Sang Saka Malaya


Sampai hari ini isu ini masih diperkatakan dan tuduh menuduh tuding menuding menyalahkan pihak sebelah sana kian didengari.. Mungkin benar anak muda yang kibarkan bendera ni boleh kata mereka tak mewakili mana mana parti politik tetapi kenapa kibarkan Sang Saka Malaya di ambang kemerdekaan? Dan dikatakan juga, ketika itu Janji Demokrasi ke Janji Bersih pun dibuat sekali pada malam sebelum 31 Ogos itu.. Sooooo, memanglah orang akan claim kau ni pembangkang dengan pakaian kuning kemudian berhimpun kat area situ.. Mengapa mereka kibarkan Sang Saka Malaya? Ini jawapan anak muda itu [KLIK SINI]


Risalah ni pulak angkara siapa? Dikatakan juga ia diedarkan pada malam himpunan Janji Bersih ke Janji Demokrasi yang pakai baju kuning malam ambang merdeka tu.. Tapi tapi tapi, pembangkang kata mereka takde niat nak tukar bendera.. Itu aku pun tak nak campur, urusan pihak polis! Yang pasti aku nak kata, TIDAK pada Sang Saka Malaya sebab dah macam bendera Singapura dan Indonesia plak.. Aku sebut 'macam je'.. Aku masih sayangkan JALUR GEMILANG dan mahu ia terus megah berkibar di bumi MALAYSIA.. 


Aku masih berfikir kenapa nak kibarkan SANG SAKA MALAYA tu??? Walau dah baca blog pemuda yang kibarkan bendera itu, aku still tak puas hati kot.. Pleaselah, kat mana mana negara pun mereka sayangkan bendera negara sendiri.. Plus, kita dah merdeka 55 tahun kenapa masih ada yang berfikiran kolot? Masa Olimpik tempoh hari, semua menanti Lee Chong Wei mahupun Pandelela Rinong menang pingat emas bukan kerana wang semata mata tapi sebab kita nak lagu Negaraku berkumandang di London dan kita nak Jalur Gemilang gah berkibar! Tup tup tup malam ambang merdeka ada belia pergi kibar Sang Saka Malaya! Adoi.. Sedih allahyarham Tunku Abdul Rahman tengok kalau dia masih hidup.. Jangankan beliau, ramai rakyat Malaysia termasuk aku sedih dan kecewa sebab negara ni masih ada anak muda yang tak berapa nak matang dalam berfikir..


**Bendera Persekutuan Tanah Melayu dulu pun bukan macam Sang Saka Malaya ni..



4 Komen Orang Bijak:

ima said... Reply To This Comment

Betul. aku memang bengang dorang sampai nak tukar bendera. giler tak bertamadun dan tak menghargai negara. apalah nak jadi. berapa ribu agaknya pembangkang bagi utk buat mcm nie?

Unknown said... Reply To This Comment

sedey sedey...ikut nafsu sgt tu.kompem dorang xbelajar & hayati sejarah dgn cara yg betul dengan nilai2 yang sewajarnya..letak sesuatu tak kena pada tempatnya dinamakan zalim kan kan kan?

Anonymous said... Reply To This Comment

Kalau nak tukar pun biarlah dgn identiti sendiri dan tak ikut org lain.

Warna biru Jalur Gemilang melambangkan PERPADUAN. Adakah anak muda tu tak inginkan perpaduan ? Atau mereka hanya mengikut telunjuk pemimpin tak tak inginkan perpaduan ?

Nani Cheras.

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

dorang ni patut kena rejam je dengan batu bata..hidup lamapun tak berguna pada masyarakat apatahlagi pada mak bapak sendiri..