Wednesday, March 14, 2012

Catatan #75 : Drama BBF dan Vanilla Coklat


Terima kasih TV3 kerana menyiarkan drama yang best walaupun semalam drama Vanilla Coklat dan BFF menemui penamat.. Jadi, minggu depan slot lestary akan muncul pula dengan drama 3 Janji, lakonan mantap Liyana Jasmay dan Shaz Jazle.. Oh ya, apa yang aku nak kongsikan hari ini adalah berkenaan dua drama yang aku sandarkan mempunyai kekuatan yang tersendiri dan sememangnya jauh menyimpang dari drama melayu yang biasa kita tonton.. Tau tak? Sebab kedua-dua cerita takde pun nak selit cerita sedih yang klise.. Macam adegan kemalangan jalan raya, penyakit itu penyakit ini.. Gituuuuuuuu.. Bosan sangat bila part sedih je disinonimkan dengan kematian.. Memang tak dinafikan mati itu pasti, tapi otak yang penat bekerja di siang hari mahukan hiburan yang ringan sebelah malamnya.. Dan tahniah untuk drama BFF dan Vanilla Coklat yang telah memberikan satu hiburan buat seisi keluarga.. Juga tak dilupakan, penulis skrip BFF kak Maizura Mohd Ederis dan Vanilla Coklat, Shuhadatul Ain Zakaria..


Vanilla Coklat menampilkan muka baru--Aiman Hakim Ridza (Amir) yang pernah muncul dalam Mentor 5 bersama Rahim Maarof dan Izara Aishah yang merupakan naib juara Dewi Remaja tahun lepas.. Drama cinta remaja memang sentiasa mendapat tempat dan kerana itu aku tengok cerita indon memang laku sangat kat stesyen tv berbayar.. Padahal takde pun bagus sangat.. Berbalik kepada cerita VC ni, sempoi dan menarik tetapi lepas episod 10, aku rasa cam geram sikit.. Pelik dengan pemikiran seorang doktor (Ayah Izara) yang sangat terburu-buru dalam tindakan dia.. Sedangkan dia boleh tengok Amir ketika itu yang nampak pening selepas diberi ubat tidur dalam minumannya.. Dan kesudahannya happy ending.. Oklah, memang boleh tahan jugak citer ni.. Tak rugi follow..


Drama BFF ni sebenarnya untuk mengisi kekosongan slot di TV3 sebelum bermulanya Mentor 6 pada tahun ini dan sebab itulah, hanya ada 8 episod je.. Serius, nak lagi.. BFF turut menampilkan muka baru seperti Muniff Isa (Iskandar) yang juga merupakan pengacara di salah sebuah stesen televisyen dan Sari Yanti (Shahidah) yang mana sangat popular dalam cerita sebegini walaupun sudah punya anak 2.. Pada mulanya aku tak tengok cerita ni.. Hanya pada episod ke5, baru aku betul betul follow.. Lepas tu, mulalah sesi marathon di "tonton" menyaksikan episod 1 hingga 4.. Sehingga episod kemuncak semalam, aku boleh sifatkan cerita ni memang MELAYU sangat.. Penuh sindiran jugaklah.. Langsung takde unsur korporat, anak anak orang kaya ke atau kereta sport, kampung lagi ade.. Kereta si pilot dalam cerita ni proton je.. Terbaek!

Ada sesuatu yang aku nak highlight dari skrip BFF :

"Seorang suami itu tak selalunya bersedia untuk jadi sahabat yang baik, tetapi seorang sahabat sentiasa bersedia untuk jadi suami yang baik.."



p/s : Kalau diberi pilihan, aku suka BFF berbanding Vanilla Coklat.. Harap ada kesinambungan.. Hahaha..


5 Komen Orang Bijak:

Unknown said... Reply To This Comment

owh dh habis ke?ehe xtgk sgt.tgk sket2 je sbb ade cintan cintun.sy xminat.kalau perang2 tu nak gak tgk smpai habis :p

MiMiEy :) said... Reply To This Comment

tak tau pulak cerita BFF dah habis. sebb layan crita tu waktu first episode je. lama2 malas nak tgok dah. haha

merahitujambu said... Reply To This Comment

aku tak togk pon cite tu..jeles je org duk cite2

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

tak berpuas hati dgn cerita BFF..pendek sangat...jalan cerita boleh di kembangkan lagi...

ada jadi dgn penciplak idea shahida..? irfan dan peramugari tu pun habis macam tu je..huhu...

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

dua2 cerita aku x tengok haha