Saturday, March 05, 2011

Catatan #55 : Selamat Hari Lahir Pak


Ini kek untuk hari jadi emak dan bapak aku sekaligus sebab tarikh lahir mereka hampir. Emak aku 2 Mac manakala bapak aku 5 Mac. Kami adik beradik buatlah sikit jamuan doa selamat. Moga emak dan bapak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Thursday, March 03, 2011

Catatan #54 : P.Ramlee

Ini Rumah Allahyarham P.Ramlee di Pulau Pinang. *Sexcited gila sampai sini dah hoi!*

Rugi kalau pergi Pulau Pinang tak ke sini tahu.

P.Ramlee ini nama besar dalam industri seni kat Malaysia dan aku syak semua rakyat Malaysia sudah kenal sama beliau. Filem filem P.Ramlee masih lagi mendapat tempat di kaca televisyen, memang tak jemulah tengok! Sama macam lagu lagu P.Ramlee sentiasa segar dalam ingatan. Ahh ayat aku! Abaikan.

Aku paling suka lagu ini. Tolong siapa siapa nyanyikan buat aku!

Kalaulah.. Ada orang nyanyikan aku lagu ini.. Kalaulah..

Wednesday, March 02, 2011

Catatan #53 : Punca Penat Bekerja


Pergi kerja kena keluar rumah awal pagi sebelum matahari terbit.. Balik kerja pulak mesti bulan dan bintang dah menunggu.. *Sila abaikan.. Tapi kompom penat! Ya ya ya.. Pernah tak korang fikir punca korang rasa letih bekerja? Sebenarnya..

Sekarang ni, jumlah penduduk Malaysia adalah lebih kurang 27 juta orang.. *Ikut laporan akhbar

Seramai 2.1 juta daripadanya telah bersara.. Jadi tinggal 21.3 juta orang lagi..

1.3 juta pula adalah golongan kanak-kanah bawah umur 6 tahun.. Makanya tinggal 20 juta orang..

Dari 20 juta ini pula, 7 juta masih belajar tak kira peringkat usia.. Tinggal lagi 13 juta orang..

Dalam 13 juta itu, seramai 5 juta orang bekerja tapi tak buat kerja.. Jadi tinggal 8 juta orang saje..

Tolak 3 juta orang yang berhijrah ke luar negara, dah tinggal 5 juta orang lagi..

Dari jumlah tu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur, takde kerja.. Jadi tinggal 2.3 juta orang..

Sebanyak 1, 215, 512 dilaporkan sakit dan kini di hospital termasuk di tanjung rambutan..

Sekarang hanya ada 1, 084, 488 orang yang boleh buat kerja..

Tapi seramai 1,084, 486 orang di dalam penjara dan Pusat Sehenti di seluruh negara..

Maknanya, tinggal 2 orang sahaja yang buat kerja.. Dan 2 orang itu adalah ENGKAU dan AKU..


Tapi ENGKAU sekarang ini pun masih duduk depan komputer kan? Ape kau buat? Update blog.. Tak habis habis.. Kemudian layan plak main games kat fb, dari farmville ke mafia wars.. Huhh.. Langsung tak buat kerja! Jadi tinggal lah aku sorang2 yang buat kerja.. MANA AKU TAK PENAT???

Psssstttttttttt : Tadi bos aku mintak aku carikan satu fail ni.. Tengok dalam rekod, fail tu tahun 2006.. So, kena carik dalam stor.. Sekali tak jumpa.. Bos aku pun masuk stor nak carik.. Aku pun follow, kemudian aku nampak fail tu.. Malu beb.. Asal aku tak jumpa dari tadi? Huhh! Rahsianya? Lain kali kalo nak masuk stor cari barang, bukak lah lampu.. *Maaf, ingatkan mata ni gred A tadi tu yang tak guna khidmat lampu*