Monday, February 28, 2011

Catatan #51 : Kita Sama-Sama Sombong!

Okokok.. Kisahnya begini.. Malam kelmarin, hari Sabtu aku ke rumah kawan aku untuk Majlis Pertunangan dia.. Tahniah aku ucapkan.. Memula tu aku ingat malas nak pegi tapi sebab dah lama sangat aku rasa tak jumpa dengan sorang lagi kawan aku ni, aku pun buat keputusan untuk menghadirkan diri..

Dipendekkan cerita, tengah aku duduk kat kerusi ni aku dapat satu mesej.. "Eksen org ya.. Huhu.." (Lebih kurang macam berlagaklah atau sombong..) Sumpah aku tak kenal siapa sebab tak keluar pulak nama.. Tapi aku dapat agak siapa yang hantar.. Aku tak balas pun mesej tu, abaikan je lah.. Kemudian, aku borak borak dengan kawan aku ni.. Dialog lebih kurang macam haa~

Kawan : Lama ko menghilang.. Ramai yang tanya..
Aku : Aku ade je kat rumah..
Kawan : Ko buat ape?
Aku : Takde pape..
Kawan : Kat facebook pun aku tengok ko takde.. Blog je aku tengok meriah..
Aku : A'ah.. Ko baca blog aku ke? *Blushing*

Lepas habis makan tu pulak, sempat lagi berborak.. Tetiba terkeluar topik pasal Zizan (bukan nama sebenar) Dan dialog lebih kurang camni haa~

Kawan : Eh eh, Zizan lah..
Aku : Biarlah..
Kawan : Zizan cakap kat aku, ko sekarang eksyen, sombong.. Tak nak tegur dia..
Aku : Ek? *Senyum sambil tunjuk mesej tadi*

Kesimpulan, sebenarnya masing masing pun sombong berlagak! Aku tak ambil hati pun.. Sebab? Ya ya ya, aku akui aku jarang nak tegur orang dulu.. Tapi layak ke kita nak cop seseorang tu sombong atau berlagak terus? Padahal sama sama ada mulutkan nak cakap.. Sama sama ada tangan untuk menyapa.. Kenapa kita tak tegur orang tu dulu? Kenapa nak tunggu orang lain yang tegur kita dulu? Mungkin orang tu tak perasan kita atau sengaja buat buat tak perasan.. Tapi itu lantak dia lah kan.. Jadi, tak perlu kot nak cakap orang tu, orang ni sombong ek.. Sedangkan kita boleh jadi yang pertama tegur dulu sebelum kita bagi tittle sombong atau berlagak kat orang.. *Tapi aku tak suka! Serius!*

SOMBONG atau BERLAGAK boleh jadi bila mana kita betul betul dah tegur orang tu, tapi orang tu boleh pulak buat muka seposen tengok kita.. Jangan kata nak tegur balik, senyum pun tak..
 *Itu pemahaman aku!*

pssssttt : Sebenarnya Zizan (bukan nama sebenar) adalah ex aku yang couple dalam sebulan setengah gitu je.. Aku pernah cerita dalam entri Catatan #31 : Jawapan Jujur.



Monday, February 14, 2011

Catatan #50 : Adriana Syifaa' Dalam Kenangan

Budak kecik tu bernama Adriana Syifaa' membawa maksud penawar/penyembuhan (Syifaa') dengan harapan sakitnya bisa diubati, namun takdir telah menentukan..
Adriana Syifaa' telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 2010 bersamaan 29 Safar 1431 Hijrah..
Adriana Syifaa' adalah anak kakak kedua aku dan adik kepada budak lelaki INI..

Adriana Syifaa' lahir pada bulan Syawal di Bintulu dan ketika kelahirannya, dia mengalami sedikit komplikasi jantung di mana, manusia normal seperti kita punya 4/4 jantung, tetapi dia hanya ada 3/4 jantung.. Tapi, alhamdullillah adik Syifaa' mampu bertahan hampir 5 bulan untuk hidup bersama keluarganya..
Disebabkan aku telah tamat kontrak kerja pada 31 Disember 2009, aku ke Bintulu untuk menjaga Adriana Syifaa' dan abangnya Muhd. Syamim Hanif.. Aku ingat lagi, masa minggu terakhir pemergian Adriana Syifaa' ni, dia sering mengalirkan airmata.. Mula2, aku ingatkan dia sakit mata.. Tapi tak.. Dan dia jugak sering demam sehinggakan terpaksa di bawa ke klinik untuk pam keluarkan kahak..

Aku teringat jugak, masa aku bagi dia botol susu pagi Sabtu 13 Februari 2010, tangan dan kaki dia memang sejuk.. Aku ingatkan biasa sebab memang badan dia tak macam bayi lain.. Sebab tu, dia tak mandi pagi.. Aku hanya lap badan dia dan tukar lampin serta pakaiannya pagi2.. Kemudian, setelah sampai Miri untuk cuti Tahun Baru Cina ketika itu, Adriana Syifaa' ni nangis2.. Dan tangan dan kaki dia mulai kembang.. Lepas solat maghrib, dia dihantar ke hospital dan terus kena tahan kat wad.. Aku memang tak berkesempatan jenguk dia sebab menjaga abangnya (Syamim)..

Masuk malam kedua di wad setelah keluarga aku balik melawat Adriana Syifaa' petang tu, abang ipar aku call bagitau yang Adriana Syifaa' dalam keadaan tenat.. Semua ahli keluarga aku bergegas ke hospital dan aku yang tinggal kat rumah jaga Syamim terima lagi call dan masa tu memang aku tak dapat nak tahan airmata lah..Aku gagahkan jugak diri aku call kakak aku yang kat Johor dan abang aku kat KL masa tu, beritahu yang Adriana Syifaa' dah takde.. Itu je yang mampu aku cakap.. Family yang dalam perjalanan ke hospital pun aku tak mampu call lagi.. Sedih sangat.. Al-fatihah~

Pssstttttttt: Tetiba buat entry sedih.. Huhuhu.. Jarang aku nak cerita pasal family ni kalo bukan sebab teringat.. Tapi bukan bermaksud aku lupa keluarga ek.

Friday, February 04, 2011

Catatan #49 : Happy Birthday Abangku


Happy Birthday Nordin atau twithandle dia deen_hotfm



Kenapa teropong aku hanya ada satu lubang? Abang aku dapat yang dua lubang! Arghhh, ape mata aku satu je ke? Konfius
Aik, seluar pun sama! Nasib baik baju tak..
Comel tak? Hahaha.. Aku tanya cermin mata ok..


Ini barulah nampak baju seperti budak budak, ada kartun..
Baju aku mickey mouse, abang aku garfield.. Ish, sekarang ni aku plak yang tergila gilakan garfield..
Ala ala baju sweater gitu.. Padanlah sekarang aku minat giler dengan sweater!
Tengok selipar jenama 'Bata' kitorang.. Tahan lasak selipar tu kalo bawak main..


Salah satu pendidikan awal kanak kanak yang mak bapak aku ajar..
"Jagalah kebersihan bandar Miri.." Terbaik bapak aku! Dia yang ambik gambar kitorang ni..
Ini kat taman bulatan, tempat joging dan kat sini ada taman permainan jugak..
Selalu bapak kitorang bawa main main kat sini hujung minggu..
Seluar tetap sama! Tengok cermin mata yang aku pegang tu?
Sama macam gambar kat atas tadi tu kan? Pandai aku jaga..
Selipar dah upgrade sikitlah.. Takda lagi nak guna selipar jepun..

Haaaaaaaa.. Inilah kek hari jadi abang aku..
Aku rasa ni masa umur abang aku 6 tahun kot.. Dan aku plak 5 tahun..
Kek kecil je, memang cukup untuk kita berdua..
Kak long aku lah yang beli ni.. Tak mampu nak beli kek 7 tingkat tu, apatah lagi nak celebrate kat hotel 5 bintang..
Akhir kata, "Happy Birthday to my beloved brother"