Sila lawati fanpages facebook "Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir"
Untuk pengetahuan, blog ini bukan diwujudkan untuk menyalahkan pihak kerajaan semata2 tapi memohon bantuan daripada pihak kerajaan..
Kira2 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dan sebahagian besar adalah golongan pelajar..
Rusuhan dan darurat di Mesir yang berlaku sekarang disebabkan puak anti kerajaan yang dipimpin oleh Hosni Mubarak..
Melalui keratan facebook tersebut, kita dah boleh agak keadaan yang begitu genting sekali di Mesir sekarang ini sehinggakan masalah rompak dan rogol berlaku..
Bantahan besar2an di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa..
Penting: Bagi ahli keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut ekoran talian telekomunikasi yang telah disekat pihak Mesir, bolehlah menghubungi Wisma Putra Malaysia di talian 03-88892746 atau 03-88874570.. Untuk menghubungi Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir, boleh hubungi +20237610013 atau +20237610164 Ext.116
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[Update dari Berita Harian]
Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia
KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.
Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
KLIK SINI untuk berita sepenuhnya..
21 Komen Orang Bijak:
ko mcm berita Blog! caanteeek tieah!
masa ni la peribahasa hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri terngiang2 kat kepala..kalo tak dulu kalo kita guna, jadik bahan gelak orang jek...
Gorengbaek - "Orang ni jam banyak yang gila"..Meon kata..Kenapa ek??
Hangit Habis dah - Haih....
macam2 hal laa kan...
semoga rakyat malaysia kat saner selamat.. harap2 xberlaku perkara yg tak diingini pada mereka..
menakotkannnn!!
please please please. Dear Allah, save them!
Assalamualaikum
Harp2 pihak kerajaan Malaysia bertindk dgn cept.Mcam dh teruk nie kn
Adik kawan² pun ramai kat sana.. Harapnya takde apa2la..
dr jauh kte hnya mmpu brdoa,
smoga orang2 kte dilindungi Allah
dlm saat2 gnting gni..
kesian mereka2, naseb bek den tak p Al azhar ari tu, haih
hosni mubarak ni perangai cm sampah, udah2 la tu.derm
semoga dorg selamat
teruk juak krisis kat sinun oo..sampey kenak rogol..ish2...
semoga ALLah melindungi dan semoga mereka selamat..amin..
http://aliefcmoi.blogspot.com/
wahh.. cantik headernye...
org nye pon cantek gak..
hehehe
aku pon merasa risau ngan perkara ni..
harap2 la perkara ni selesai...
jgn la berlanjutan..
Ya ALlah.. xsangka teruk sampai camni.... Semoga ALlah lindungi semua rakyat Malaysia di sana... takut nya... :-(
salam malam selasa =)
didoakan semoga semuanya akan selamat.amin3.
ziarah rakan yang saya follow =)
anak ofismate stdy kat sana..
mmg riso mak dia..
psstt// hrap suma kmbali nrmal
Semoga rakyat kita di sana dilindungi Allah..
dan semoga urusan mereka dipermudahkan Allah..
sama2 kte brdoa..
Terbaru:
-TERKINI: KRISIS DAN DARURAT DI MESIR, BUTAKAH KITA?
-HARGA MINYAK NAIK LAGI PADA 1 FEBRUARI 2011
sekarang penerbangan kl kaherah dibatalkan..senator Yb Ezam sekarang ada bersama pelajar malaysia di airport kaherah..pelajar malaysiapun dah diarah berpindah ke rumah melayu absiah..
kalau aku ada kat mesir aku xnak balik.aku nak join demo..kerajaan hosni mubarak tu kerajaan geng zionis. lebih baik lawan geng zionis dari balik malaysia.
hubby anat sudah berjaya melarikan diri ke turki. hehehe.. 7hb nnti dia balik malaysia.. ngeeee
kita doakan la keselamatan mereka semua..
bab rogol tue..xsilap ifa..dorg cakap palsu tue..
itu semua hnya provokasi..
cuba cek sini..
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
insyaallah latest info semua dorg update kt sana..
Post a Comment