Thursday, August 11, 2011

Rusuhan di London dan Video Pelajar Malaysia Cedera

Perusuh mencuri barangan sebuah kedai di Hackney, timur London.

LONDON: Rusuhan di London berpunca daripada tindakan membantah tindakan polis menembak seorang lelaki kulit hitam, merebak pada hari ketiga semalam ke beberapa kota lain termasuk Birmingham, Bristol, Nottingham, Liverpool dan Leeds. Polis mengaku sukar mengawal keadaan kerana perusuh menggunakan laman web sosial seperti Twitter dan Facebook untuk merancang keganasan.

Seorang lelaki juga ditembak mati di Croydon, korban pertama rusuhan. Keadaan itu menjadikan pasukan polis memantau rapi laman web sosial itu dan akan mendakwa sesiapa yang menggunakannya untuk mencetuskan keganasan. Satu kiriman di laman web berkenaan menggesa pegawai polis dibunuh.

Keganasan yang bermula di Tottenham, utara London Sabtu lalu merebak ke selatan dan timur ke Brixton, Streatham, Walthamstow, Edmonton, Enfield, Oxford Circus dan Islington keesokan hari. Rusuhan serius kemudian merebak ke Hackney, Peckham dan Ealing selain Deptford, Camden, Kensington, Lewisham, Bethnal Green dan Woolwich.

Rusuhan paling buruk dalam masa beberapa dekad itu tercetus berikutan kemarahan orang ramai terhadap kematian Mark Duggan, 29, yang ditembak polis, Khamis lalu. Polis dibaling dengan mercun dan bom petrol, manakala cermin kereta peronda dipecahkan dan kenderaan serta bangunan lain dibakar. Perusuh juga memecahkan tingkap kedai dan ada merompak orang awam termasuk membogelkan mangsa.

Lebih 525 ditahan dan 69 didakwa atas kekacauan ini yang turut menyaksikan res toran chef terkenal, Jamie Olliver diselongkar perusuh. Bagaimanapun, pihak berkuasa menghadapi masalah kerana semua bilik tahanan di balai polis di London sudah penuh, manakala 44 anggota polis cedera. Polis juga terpaksa menggunakan kereta perisai bagi menghalang kemaraan 150 perusuh di Lavender Hill, Clapham.


Video Pelajar Malaysia Cedera dan kemudian dirompak di London

Pelajar tajaan Mara, Asyraf Haziq dikatakan keluar untuk membeli juadah berbuka namun dia telah cedera dirompak oleh sekumpulan remaja di London.. Sekarang, dia dirawat di Royal London Hospital untuk pembedahan rahang.. Kesian~


12 Komen Orang Bijak:

merahitujambu said... Reply To This Comment

aku dh tgok kt berita semalam...cian betul budak kitakan..igt nk tlg rupanya amik kesempatan..teruk betul..nampak sgt buruk perangan diorg ni..ergghh..emo aku tau..ahahaha

Abe Goreng said... Reply To This Comment

Kecian nye la kat die. Ape perasaan mak bapak die tgk video ank die kne rompak.Ish3.

UPDATE:ISTANA BIRU nak berkenalan.

Salim Harmanain said... Reply To This Comment

semoga Malaysia terus ama dan damai...xde la jadi macam diorang tu.. ^^

manggosteen said... Reply To This Comment

org tgh sakit tak peduli pon org buka2 beg..

Rina Rahamat said... Reply To This Comment

inilah akibat rusuhan..kesian kt student mesia tu ..

Azmie & Vivie said... Reply To This Comment

sian kak vee nangga nembiak ya eh..geli nangga darah nya menitis jak..geram nya kak vee ngn samseng2 ya

NIA said... Reply To This Comment

dasyatnya dorg ni.huhu.sume orang jd ganas.

yanamib said... Reply To This Comment

perghh mmg sgt kurang ajar! smoga bln pose ni berlipat kali ganda pahala bdk tu sbb sabar dgn dugaan yg menimpa..mentang2 dia sorg, brani la dorg nk rompak..pengecut! =.=

puteri ain said... Reply To This Comment

serious tension gle ble tau news ni .

khai said... Reply To This Comment

Merompak orang yang kena kecelakaan mcm ni bukanlah asing walaupun di negara kita. Buktinya Pajero bawa duit silling eksiden kat lebuh raya ari tu, ramai org pegi ambik duit tu sesuka hati dan tak pulangkan balik ke tuan punya,begitu juga bila lori beras aksiden org beranggapan itu durian runtuh.Bukannya tolong org kemalangan tetapi tolong susahkannya lagi. Kalau rumah kebakaran pun begitu.Dalam ramai-ramai tu ada yang ambik kesempatan ambil brg atau wang dari rumah itu sambil buat-buat sibuk menolong. Kalau org kapir aku tak heran ini org islam....

Wuming said... Reply To This Comment

Memang biadab laa... Dulu sepupu WuMing pun kena.. kat London gak.. Mereka rompak sampai satu sen pun tak ada...

Di tinggal pula jauh dari tempat tinggal..

CIK TOM said... Reply To This Comment

dahsyat gak tgk video u-tube sal rusuhan ni...hrp2 semua pelajar malaysia dan semua yg beragama islam selamat kt sn..