Wednesday, September 21, 2011

Catatan #65 : Nasi Lemak 2.0

Saya suka filem Nasi Lemak 2.0

"Wei, filem ini Namewee buat lah! Boikot!"
"Ek eleh, orang dah hina, caci lagu Negaraku pun lu nak sokong?"
"Filem Nasi Lemak 2.0 ibarat Bersih 2.0, guna warna kuning"

Walau macam mana tanggapan sesetengah pihak tentang filem Nasi Lemak 2.0, aku tetap tonton! Dan daripada 5 bintang, aku kasi 4 untuk filem Nasi Lemak 2.0.. Watak utama filem--Chef Huang, lakonan Namewee sendiri selaku pengarah serta penulis skrip juga..

Filem Nasi Lemak 2.0 adalah sebuah filem yang sememangnya melambangkan kehidupan masyarakat majmuk di negara kita.. Kritikan dan sindiran yang terdapat dalam filem ini nyata sangat bijak diolah dan disusunatur oleh Namewee.. Pada permulaan cerita kita boleh melihat sikap racist Chef Huang serta dipaparkan pada satu babak lagu yang melambangkan diri Chef Huang.. Walaubagaimanapun, Chef Huang digelar 'Hero Huang' kerana sifat humanismenya yang suka membantu serta menghulurkan bantuan..

Untuk filem ini juga, aku amat suka bila mana Namewee telah memasukkan sedikit watak Cheng Ho.. Setahu aku Cheng Ho tidak mempunyai kemaluan--anunya telah dipotong oleh Maharaja China kerana ketika itu Maharaja China mempunyai ramai gundik.. Berbalik kepada filem Nasi Lemak 2.0, ditunjukkan juga kisah keluarga baba nyonya, india serta melayu.. Walaupun watak sampingan sahaja tetapi pembawaannya amat bermakna..

Elemen lawak adalah satu elemen penting dalam sesebuah filem aku rasa, dan Namewee berjaya mencuit hati penonton dengan adegan lawak yang tidak bodoh.. Sesuai dengan kritikan serta sindiran yang dipaparkan di dalamnya.. Walaupun begitu, ada juga terselit sedikit adegan seksual tetapi masih boleh diterimapakai--ringan.. Aku juga berpuas hati dengan filem ini kerana sangat terhibur dan sepertinya terlalu pantas habis..

p/s : Syabas kepada Namewee kerana telah menyediakan filem berkonsepkan 1Malaysia, sama seperti filem Sepet karya allahyarhamah Yasmin Ahmad.. Yayaya, aku tahu sebelum ini Mamat Khalid ada juga buat filem macam 1Malaysia ni--Estet, tapi serius aku tak minat.. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah diterima sangat baik cuma aku tak buat ulasan..

p/ss : Ramai yang puji filem Hantu Bonceng, tapi aku takde rasa plak nak tengok.. Sama macam filem Raya Tak Jadi.. Mungkin sebab aku tengok sapa pengarah kot dan jalan cerita macam dah biasa jer..

26 Komen Orang Bijak:

umie said... Reply To This Comment

tol ke best,leh g tgk ni..mula2 ingat'n afdlin yg buat citer ni...

manggosteen said... Reply To This Comment

ko dah tengok ke?

merahitujambu said... Reply To This Comment

betul ke ni??aku suh abah beli asto first je...xyah susah g wayang..ahahaha..walhal kaki wayang...

pizli said... Reply To This Comment

Hehehe, pengarah melayu lain marah tau.. diaorang dah lama buat filem untuk tunjuk bangsa malaysia tapi takde orang peduli..

sekali mamat ni buat, orang yang pernah buat hal dulu tetiba dipuji memang buat diaorang bengkek :D

Saiazuan said... Reply To This Comment

rmi ckp ctr ni best

HEROICzero said... Reply To This Comment

looking forward to watch this movie , soon !


=)

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

dalam banyak2 filem keluaran Malaysia...sy teruja nak tgk cite ni... berbeza dgn filem2 yg lain..

walaupun ramai yg cite hantu bonceng tu best..tak tergerak hati langsung nk tgk.... orang kita dah terlalu banyak ketawa....

Anonymous said... Reply To This Comment

best tak best, kalau melayu mudah lupa..itulah jadinya..Korang tak tau Namewee secara sedar tak sedar untung ko bagi kt budak ni..

Dia ni dah hina negara, hina Islam, Hina Negaraku..korang leh lak senang2 tonton huhahaha..Apa pasat? korang suka Namewee?

Hello, filem Namewee ibarat KFC, ko beli makan sedap ko bagi untung orang yang musnahkan ko ibarat palestin.. ko tonton ko bagi untung dia musnahkan ko macam yahudi, tapi budak ni kafir harbi..
ko tau? tu la asyik nak forgive jer..apa pasat??


Aku faham artikel nak tunjuk yang penulis open minded, tapi please dont promote la..at least juga kesedaran skt..

(awat hang tak tgk promote karipap2 cinta, gambit kan ada, kenapa tonton nasi lemak 2.0 , ada namewee , bestnyer..bodoh!!)

Gelombang Wangsa Maju said... Reply To This Comment

Papa tak sempat tengok lagi filem nasi lemak 2.0 ni. yang pasti Papa akan tunggu DVD cetak Rompak untuk tonton cerita namewee ni..he he he

PAPA GOMO said... Reply To This Comment

Papa tk tengok lagi ni, emmm nanti papa tengok bila papa beli DVD cetak Rompak..he he he..

banyak komen sebelum ini mengenai cerita namewee ni apa pun kita tengok baru kita boleh ulas dan Papa setuju dengan ulasan D tieah sebab anda dah tengok..he he he

Ridwan said... Reply To This Comment

hello kak? AKAK INI TAK SEDAR SAPA NAMEWEE NI..HELLO KALAU ORANG FILEM ATAU PENONTON FILEM PUN TAK KAN SAMPAI MARUAH BANGSA, AGAMA PUN AKAK NAK KETEPIKAN DAN LUPAKAN KONON2 FILEM KONON.. SAYA MALU DENGAN POST AKAK NI... KALAU AKAK BIJAK NAMEWEE BAGI GULA2 JER KAT AKAK SEBAB FILEM TU SEDAP AKAK LAST2 GIGI AKAK KESIHATAN AKAK YANG ROSAK..NAK PESAN KAT AKAK.. TENGOK FILEM TU BOLEH TAPI TOKSAH PROMOTE KAK..AKAK SUKA KER PROMOTE BANGSA NAMEWEE SEBEGINI YANG HINA ISLAM DAN HINA NEGARAKU?? SUKA? BAGUS.. TAPI BANGSA MACAM AKAK MUDAH DIPIJAK TAU..SEBAB AGAK2 SIKIT NAMEWEE BUAT FILEM MACAM NI ADA AGENDA SENDIRI, KALAU 1MALAYSIA PUN KONONNYA, CUBA FIKIR BALIK APA AGENDA TERSIRAT..DAH TONTON FIKIRKAN LAH..JANGAN TERIMA BULAT2 KESERONOKAN BILA TONTON TU....

APA OPEN MINDED? OK,KALAU AKAK OPEN MINDED SANGAT DISPLAYKAN KOMEN KAT POST NI..SAYA TAU AKAK OPEN MINDED TAKKAN KOMEN PEDAS TAK NAK OPEN SIKIT KOT....

aRaN said... Reply To This Comment

rasa mcm nak tgk jugak la. :)

diana said... Reply To This Comment

astro first ada ambik ke??
nak tengok la nanti...

YB Raz said... Reply To This Comment

citer ni lawak dow..lebih lawak bila pengarah dia jadi hero..macam xde orang lain je jadi hero hahahaha

orang marah namewee bukan setakat kes dia hina negara, tapi hina azan subuh..dia samakan azan subuh dengan ayam berkokok waktu pagi.

so renung renungkan ler.

ima said... Reply To This Comment

ak nk tgk Johnny English jp lagi. ak da tgk hantu bonceng. bg ak biasa je.

velasrizal said... Reply To This Comment

hantu bonceng tak best. xyah tgk le

Lan said... Reply To This Comment

camne pun aku tetp bantah...!!!

cuba buat research la camne perangai Namewee tu, dan lagu2 dia kt YouTube...
Senang2 kutuk Malaysia, last2 di sangjung tinggi melambak...
pigi daaah....

aku hanya terima dia, kalau dia covert Muslim dan Taubat Nasuha...

cik eijau said... Reply To This Comment

knp rmi y membantah tu anon ? haha btw, ak dgr cter ni best tp ak still ta dpt tgk lg . . psl pengarah cter ni . . errr . . haha npe ak ta tw lgsg ?! dem !

tp takpe . . y pnting . . rindu nk bw kt blog ni . . huhu

Anonymous said... Reply To This Comment

cerita best apa guna ?
org melayu terlalu banyak ketawa.disogokkan dengan hiburan oleh kerajaan . bagus bagus.
cerita lawak pon apa guna .
kenapa bersih dulu yg org kafir buat korg gila gila bantah. kata tu org kafir la . ni lah tu lah . tapi yg filem ni korang sokong plak . tak paham aku perangai org malysia nih .knon alasan 1malaysia . eh yg bersih tu pon 1malaysia apa . lol

*baguslah bila sokong org yang dah hina islam hina negara . baguslah.ni lah semangat rakyat malasyia.

YB Raz said... Reply To This Comment

rileks Tieah pasal dok ramai yang hentam ko..aku dah agak benda ni mesti jadi punya.

yang paling aku tak boleh tahan bila ada budak samakan KFC dengan alat hentam orang palestin..nampak sangat dia tak tahu yang KFC malaysia ni hak orang Malaysia dah..takde bayar apa apa duit pada KFC luar negara.

kesian budak tu tak tahu apa apa tapi main masuk terjah je blog orang lain hahahaha.

Anonymous said... Reply To This Comment

Yg masih x tgk cerita ini memang akan hentam habis2an. Padahal cerita ini memang byk mesej berguna. Sindiran terhadap org melayu sendiri. Oh baru ku tahu knpa ramai melayu tentang filem ni bkn sbb nama namewee je tapi sbb x boleh trima kenyataan sikap org melayu yg kena sindir dlm nasi lemak 2.0.pd ku ok je cite ni.layak ditonton oleh semua.

Yana Nanako said... Reply To This Comment

terima kasih kerana telah menegur saya.. manusia lalai.. yang baiknya datang dari Allah SWT.. dan yang buruknya datang dari diri saya sendiri, maaf jika saya telah mengganggu sensitiviti saudari dalam entry saya itu :)

Anonymous said... Reply To This Comment

dia x prnh nk mntk maaf pn lps hina melayu dgn azan..tmbh2 menghina azan...ada dia rasa berslh???tak!!!!...... org melayu bkn x blh trima teguran ok..tp x blh trima hinaan yg melampau..itu lah melayu...melayu mudah lupa..

Anonymous said... Reply To This Comment

kau org tu la bangang..susah sgt ke nak maafkan namewee..kita tau dia pnah bwat slh..dan dia dan insaf...nma shj org islam tpi lgsung xda kemaafan...filem ni bagus...mcm yg org lain ckp..byk mesej yg blh dtrima..

Anonymous said... Reply To This Comment

ada tak dvd cetak rompak cte ni....knp tak de yea....hmmmm

fbo

cerita dewasa said... Reply To This Comment


Keep up the good work!
Thanks for sharing.
cerita dewasa / cerita 17 tahun / cerita panas
cerita sex / cerita abg / cerita bokep / gambar bokep
abg hot / gambar hot / cerita horny / cerita hot