Thursday, March 22, 2012

Catatan #77 : Sekarang Trend Gadis Hilang Ke?


Kalau diikuti perkembangan satu persatu kes gadis hilang ni, bukan semua yang betul betul diculik.. Tapi, memang tak dinafikan ada yang menerima nasib malang apabila dijumpai dibunuh dan takziah buat keluarga Nurul Atikah Shamsiah.. 

Yang menjadi persoalan, kenapa ada yang sanggup menipu diri hilang semata mata mahu kan wang tebusan? Kesian mak bapak yang kena pergi balai polis untuk buat laporan, pastu masuk surat khabar lagi.. Tak kira lagi kata kata kesat "tak pandai jaga anak" kedengaran.. Itu kes gadis bernama Ameerah Asha Azizan..

Hilang sebab lari ikut kekasih hati macam kes Siti Nur Fatihah dan Nurul Zakiah Hidayah Azman plak, agak melampau ye.. Kot iye pun ada masalah yang kita hadapi kat rumah, kita tak boleh lari macam tu je wahai si anak.. Fikirlah ibu ayah! Anak yatim piatu ramai yang merindui orang tua mereka tau.. Korang plak senang je lari ikut teman lelaki dan tinggalkan mak bapak korang yang masih hidup tu.. Sampai hati! 





p/s : Budak remaja sekarang memang advance giler! Bercinta mengalahkan orang dewasa yang bekerja padahal mereka masih budak sekolah. Yang paling tak tahan bila budak sekolah bercinta pakai panggilan "papa-mama".. Geli aku! Ahh, aku jugak yang single

10 Komen Orang Bijak:

merahitujambu said... Reply To This Comment

budak2 fikiran cetak.aku rasa nak lempang je budak2..tapi ke era duk sibuk ckp lari rumah walhal ikut bf..gggr..tekanan jiwa

pizli.mw said... Reply To This Comment

Jauhkan sedara mara saya dari kes lari ikut kekasih ni..

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

sekarang dah trend woo..akupun ingat nak wat juga..cam best je larik dari umah ni..pastu lepak hotel..perghhhh sedapnya bercuti..

[leily.laily] said... Reply To This Comment

yg jenis lari ikut jantan,
pastu report kena culik tulah yg menyusahkan manyak pihak..

cari glemer ke hape,
wat malu makpak aje..

NiSha said... Reply To This Comment

cinta tu tak buta.. tp budak tu dah buta gaknya.. bole jer sesuka hati ikut lelaki yg entah bole jaga dia ke tak...

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

budak umur begitu..mmg..sentiasa nekad...tak fikir benda lain..

sy kesal betul dgn kes fatihah tu...sampai sekarang geram tau..!

Azmie & Vivie said... Reply To This Comment

kempang ati sidak remaja ya molah emak bapak gia kan...memalukan emak bapak jak...
kak vi rindu emak kak v si kuching. dh 17 purnama sik bersua muka (T__T).

manggosteen said... Reply To This Comment

Penat aku kesian kat budak fatihah tu.rupa2nya lari ikot jantan.hadoi.

merlot bukan merlin said... Reply To This Comment

kesian kat mak ayah diorang... jaga bagai menatang minyak yg penuh... last2 lari dari rumah ikut pakwe... alasannya tension... apa diorang tak pikir ke yg mak ayah diorang pun tension masa nak mmbesarkan diorang tu...

Anonymous said... Reply To This Comment

Thought of advanced investor and in addition preserve the best legal rights to become buyers.

You aren't getting overall showy look in your configurations like your story pick up making use of alternatives. In most cases , they have used complex infra-red making functions with many other amazing strengths. When obtaining your trusty bbq, deliberate it as the trade as opposed to the next alternative for any free-spirited excitement.

Also visit my blog ... gas convection ovens sale ()