Kemudian, seorang Kiyai ditemukan kepada pemuda tesebut.
Pemuda: Anda siapa? Apakah anda yakin anda boleh menjawab kesemua pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya, saya akan jawab pertanyaan2 saudara.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini, saya pernah bertanya kepada Professor dan orang2 pintar yang lain, tetapi mereka semua tidak mampu menjawab soalan2 saya.
Kiyai: Saya akan cuba mengikut kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 soalan. Pertama, kalau Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya. Kedua, apakah yang dinamakan takdir? Ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api, mengapa ianya dimasukkan ke dalam neraka sedangkan syaitan turut dicipta daripada api? Tentu saja tidak menyakitkan buat syaitan kerana kedua2nya daripada unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Setelah mendengar kesemua pertanyaan tersebut, lantas Kiyai menampar laju muka pemuda itu.
Pemuda: [Sambil menahan kesakitan] Kenapa anda menampar saya? Anda marah dengan soalan2 yang saya kemukakan?
Kiyai: Jangan salah faham. Saya langsung tidak marah. Sebaliknya, tamparan itu adalah jawapan kepada kesemua pertanyaan saudara.
Pemuda: Saya tidak faham apa yang anda maksudkan.
Kiyai: Bagaimana rasa tamparan saya itu?
Pemuda: Tentu saja saya merasa sakit.
Kiyai: Jadi saudara percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?
Pemuda: Ya. Saya percaya!
Kiyai: Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu.
Pemuda itu hanya terdiam dan tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Kiyai itu. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, namun tidak dapat menunjukkan kepada Kiyai kewujudan sakit itu.
Kiyai: Itulah jawapan kepada soalan pertama saudara. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tetapi tidak mampu melihat-Nya.
Si pemuda mengerti apa yang dimaksudkan dan mengakui kebenaran kata2 Kiyai itu.
Kiyai: Apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak!
Kiyai: Apakah saudara terfikir akan ditampar oleh saya hari ini?
Pemuda: Tidak!
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.
Sekali lagi, pemuda itu terdiam dan mengakui kebenaran kata2 Kiyai sebentar tadi.
Kiyai: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar saudara?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Terbuat dari apakah pipi saudara yang telah saya tampar?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat daripada api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan, biarpun kedua2nya dari unsur yang sama.
Mendengar jawapan yang diberikan, pemuda itu tidak menjawab dengan apa2 alasan. Sesungguhnya, memang benar apa yang dikatakan oleh Kiyai itu.
Sumber: Blog cg_Mila
(Nota Hatie: Pernah dulu baca satu buku berkisar dengan soal jawab agama oleh Kiyai dan beberapa orang yang berlainan agama. Tapi tak ingat tajuk buku tu.. Nak cari balik lah..)
10 Komen Orang Bijak:
Allah maha besar...
sbnrnye kita mmg kena tahu psl ni sbb musuh islam mmg suka ty soklan cepumas mcm ni...pdhl dorg pun bkn ikut sgt ajaran agama dorg..tp saje nk jatuhkn islam..
wallahu'alam =)
ko memberi aku inspiration nak buat research utk postkan entry pasal meon lagi la~~~
ahaha
pernah terbaca di mustika dulu,,terima kasih sebab ingatkan balik
ouh ths is nicee
besar sungguh kekuasaan Allah....
dgn kehendakknya..akhirnya pemuda itu telah menjadapt petunjuk.. :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
KERANA SEEKOR LIPAS
penah baca tok..thanks for sharing..
ya la ow..benda kdg2 kita dpt rasa tp kita sikpat pegang..
SubhanaAllah..itu la kebesaran Allah..sungguh menakjubkan...love this entry ;)
Kurang didikan agama. Begutilah jadinya. Moga kta tidak tersesat & berada di landasan yg btl.
allah maha besar...
jemput ke sinar raudah ye..
http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/insyaallah-maher-zain.html
Post a Comment