Tuesday, January 18, 2011

Berita : Pelajar Dibunuh Kejam

KOTA SAMARAHAN - Seorang pelajar yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui mati dibunuh secara kejam dan mayatnya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter di belakang sebuah rumah di Kampung Sadong Jaya di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Abdul Rahman Ahmad berkata, Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera mati akibat kecederaan parah di kepala dipercayai dibunuh sekumpulan lelaki yang terbabit dalam sindiket curi motosikal serta pecah rumah.
Beliau berkata, penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kampung Iboi, Sadong Jaya pada jam 10 pagi ini susulan penahanan seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Sadong Jaya awal hari ini yang dipercayai turut terbabit dalam pembunuhan tersebut.
"Menerusi siasatan awal polis, suspek mengaku terbabit dalam kejadian tersebut dan turut mendedahkan lokasi mangsa ditanam kira-kira 10 pagi ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian. - Bernama
Sumber: Kosmo Online

** Sebelum tu, takziah buat keluarga allahyarham Taufik Abdul Rahim..Menurut cerita dari saudara aku yang dok sekampung dengan keluarga ini, allahyarham keluar naik motor beli rokok ayah dia lepas tu terus hilang tak balik2 rumah..Lepas tu, semalam sorang budak lelaki ni pegi umah keluarga allahyarham dan mengaku terbabit sekali dalam kes pembunuhan tersebut..Dia cakap ade lagi geng2 dia yang terlibat sama dan dia siap tunjuk lokasi penanaman mayat mangsa pembunuhan tu..Rasanya dia tak tenang tidur malam, tu yang ngaku kot..Kampung Sadong Jaya ni memang tanah kelahiran bapak aku dan nenek allahyarham Taufik ni kan, sepupu sekali dengan bapak aku dan budak yang mengaku bunuh tu pun ade bau2 bacang jugak dengan bapak aku, dahlah dia tu anak yatim piatu tapi perangai tak elok buat kita takde rasa kesian dah..

23 Komen Orang Bijak:

Faizal n Fashitah said... Reply To This Comment

Kamek nenga brita tok yesterday. Hishh pa nak jadi ngan miak kinek tok. Kecik2 dah pandei nak bebunoh kedak tok hoh. Apapa pun, al-fatihah buat arwah..

pizli.mw said... Reply To This Comment

Senang2 je bunuh orang.. Hishh..

Scorpio Warrior said... Reply To This Comment

takziah..
kejamnya..huhuhu

Kak Amy said... Reply To This Comment

ya allah apa nak adi la dengan dunia sekarang nie..seriau mendengarnya...

Azmie & Vivie said... Reply To This Comment

kak vee baca brita tuk pagi tadik dlm metro. ngucap panjang mbaca..nembiak skrg dh berani berbunoh indah..paling sadis, mayat nya dikubor kedak ngubor pusak mati indah..dikubor duduk dalam lubang..sedih eh..
dh la benda ya blaku kat srwk..makin kak vee piluk ati baca kat ctuk (T_T).

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

memang kejam giler huhuhu..hati kering ler diorang..

jejalan sini ^_^"

HaN WarreN said... Reply To This Comment

huhuhu manusia memang kejam....arghhhhhhhhh makan budak!!!!

MR. SYAH said... Reply To This Comment

sama2..
tulh manusia skang lgsg xmenghargai nyawa..

kamu ditag oleh aku... terjah blog aku yerk..

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

takziah....

semalam..cite pasal pelajar sekolah mati..di tanam belakang sekolah...yg ni belakang rumah pula...

manusia zmn sekarang..semakin kejam.. :(

jom ke APA KATA HATI pulak,
MAGGI GORENG

niesz said... Reply To This Comment

skang ni kes bunuh2 ni mcm da jd bnda biase kan..huh!brani btul la dorg ni bunuh org..x takut ke..takziah tuk kluarga mangsa..

erolnukman said... Reply To This Comment

ada kmk nanggar berita ya..kejam oo..mst sik nyaman nyawa nak mbiak yg ngakuk ya tek..bukan main manusia d bunuh nya ya..

Cik Aien said... Reply To This Comment

nyett2 nyett2! hafiz citer mane?

tiafazunia said... Reply To This Comment

muda2 lagi da pergi.
ajal kan ....

Unknown said... Reply To This Comment

huhh.,kenapa sekarang jadi macam niiii?ingt senang ke nak beranak n besarkan sorang2 manusia tuh?bodohla punya pembunuh.grrrr

bunga_rose said... Reply To This Comment

ada bace pasal ni tangahari tadi.. menakutkan laa sukati je nak bunuh2 orang kann.. ingat nyawa orang ni murah ke

Anati Soki said... Reply To This Comment

manusia skrg dah takde hati prut.. kalau kita kenal org tuh pun.. alih2 lain plak jadiknya.. subhanallah.. takot tol dunia skunk.. haaaish...

hehee.. anat fllow kamu

CIK TOM said... Reply To This Comment

muda2 dah membunuh dan dibunuh...dahsyat...

AngahSayang2314 said... Reply To This Comment

sian ngan arwah tue..

apa pun al-fatihah

bidadarihijau said... Reply To This Comment

klo buat jahat mmg takkan tenang pon..ish..ngeri betul...may b tak cukup kasih syg kot dh anak yatim kan..

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

knp kes bunuh makin menjadi2..dh x ada rasa takut agknya..

Al-Fatihah buat Allahyarham.semoga rohnya ditempatkan di kalangan org beriman.

Mysunshine cake said... Reply To This Comment

salam,
jemput join our giveaway & bantu rumah titian ashraful rohaniah

http://mysunshine-cupcakes.blogspot.com

kak zar

Mario said... Reply To This Comment

mmg kejam kan...

[leily.laily] said... Reply To This Comment

salam takziah..
huhuhu, mcm2 ks la.. mlm td tengok berita, saspek umo 19 thn, siap leh bawak motor arwah lg,.. ishkkk, pendek akal la bdak tu.. sah2 la kena cekup..
siankan, parent arwah takleh tahan sebak!mane tak, anaknya ditanam cam bangkai je.. kejam!!!
p/s:ahkak folo u 2.. ;-/