Wednesday, February 02, 2011

Berita : Fitnah Dalam Rusuhan di Mesir

Dalam kita menyebarkan berita terkini untuk disampaikan ke masyarakat umum, aku tak sangka ada yang suka main api..! Ya! Ya! Ya! Aku tahu esok Tahun Baru Cina dan pastinya persiapan nak main mercun hampir 100% siap.. Tapi, bila bercakap tentang pelajar Mesir ini, semua orang pun tahu pelajar di sana kebanyakkan akan balik Malaysia menentang kerajaan dengan sertai PAS. Pemimpin2 Pakatan ini semua kalau pergi ke Mesir, mereka akan jumpa ramai pelajar2 di sana yang penyokong tegar PAS. Apabila berlaku krisis di Mesir ini , sudah dijangka PAS akan ke hadapan  dan terus menyalahkan kerajaan dan Kedutaan Malaysia di sana. Kita seharusnya tidak menyalahkan Kedutaan Mesir di sana memandangkan MSD Mesir hanya ada 10 kakitangan dan 4 pegawai. Menurut sumber, masalah yang berlaku di sana adalah MSD Kaherah ada 14 kakitangan untuk mengawal 11,346 pelajar. Itu FAKTA dan pelajar-pelajar di sana tidak suka berurusan denga MSD sebaliknya menggunakan PMRAM. PMRAM sudah 80 tahun ditubuhkan dan ia terkenal sebagai pro-PAS, enggan mendaftar di bawah Kedutaan Malaysia dan amat berpengaruh di kalangan pelajar jurusan Agama. Daripada 11,346 pelajar, 4,000 lebih mengambil jurusan perubatan, 6,000 lebih jurusan Agama dan selebinya Qiraat

Berikut adalah fakta fitnah yang dilemparkan berdasarkan maklumat yang kami terima dari wakil Malaysia yang berada di sana melalui e-mail, Puan Fatimah Zahra dan Twitter Helme Hanafi:

  • Kejadian rogol pelajar perempuan Malaysia di Kaherah
Ini merupakan satu fitnah yang amat besar. Fitnah ini bermula dari diskusi sesama mereka. Orang yang mula-mula menulis mengenai perkara ini tidak pernah belajar dan tinggal di Kaherah. Semuanya bermula dengan perbualan di laman sosial Facebook seperti di bawah:


Kami telah cuba untuk menghubungi penulis posting berkenaan tetapi beliau gagal dihubungi. Beliau hanyalah seorang budak dari Kuantan yang mempunyai banyak masa untuk membuat posting yang mengarut. Saya rasa budak Kuantan ini keliru dengan kejadian pelajar Malaysia dirogol di London.

  • Pelajar Kebuluran
Tidak ada seorang pun pelajar yang kebuluran. Memang banyak kedai ditutup tetapi ada kedai yang dibuka terutama sewaktu tempoh larangan berkurung (curfew) ditarik balik iaitu dari 8 pagi - 4 petang. Kebanyakan yang keluar membeli makanan adalah tuan rumah berbangsa Egypt sendiri atau pelajar lelaki atau dihantar oleh Kedutaan Malaysia.
  • Penjenayah Keluar Dari Penjara
Kebanyakan pesalah yang terlepas dari penjara adalah pesalah politik atau "political prisoners" dan bukannya penjenayah berat seperti membunuh dan sebagainya. Kebanyakan daripada mereka adalah terdiri daripada jemaah Muslim Brotherhood.

  • Rompakan
Semua pelajar Malaysia telah diarah berkumpul di Kaherah. Di Kaherah, mereka tinggal di rumah rasmi Kerajaan Malaysia, rumah kakitangan Malaysia yang ada di sana, Malaysian Hall dan keluarga Egypt. Setiap rumah ada dalam 40 - 45 orang. Mereka diletakkan beramai-ramai supaya keselamatan lebih terjamin. Setakat ini belum  ada pelajar-pelajar kita buat aduan dirompak. Namun kita tidak nafikan ada jiran-jiran mereka berbangsa Arab yang dirompak. Ini disebabkan mereka sesama mereka bergaduh seperti Hamas-Fatah.

Kejadian ini berlaku disebabkan ada anasir yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan palsu yang menyebabkan keluarga pelajar yang kebanyakan orang-orang PAS menjadi panik dan menyalahkan Kerajaan. Ini menyebabkan Kementerian dihujani dengan panggilan dari keluarga yang bimbang. Talian yang tidak stabil di Kaherah tidak dapat digunakan secara optimum untuk kemaskini pergerakan pelajar-pelajar kita di sana, sebaliknya dibebani dengan panggilan dari ibubapa. 
Menurut Puan Fatimah Zuhri, apa yang dipaparkan media seolah-olah Kaherah berada di neraka sebaliknya menurut beliau kenyataannya pelajar-pelajar kita dalam keadaan selamat kerana semuanya mengikut peraturan dan tidak keluar pada masa waktu larangan (curfew).

Soalan bodoh dari pembangkang, kenapa tidak dihantar kapalterbang ke sana dan bawa peajar Malaysia balik. Cakap senanglah. Agak-agak berapa banyak kapal terbang yang diperlukan untuk membawa 11,000 pelajar Malaysia pulang? Perjalanan balik memerlukan masa 22 jam. Kalau 11,000 orang, mahunya kena bawa 22 kapal terbang B777 yang boleh memuatkan 500 orang maksimum untuk satu penerbangan dan MAS hanya ada 4 biji sahaja model itu untuk laluan ke Eropah.

Sementara Kerajaan menguruskan untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia melalui kapal TLDM yang berpengkalan di Teluk Aiden, DS Najib memberi jaminan akan membawa semua pelajar kita yang berjumlah 11,000 orang ke Jeddah, tinggal di Kompleks Tabung Haji sebelum dibawa pulang secara berperingkat-peringkat. Berita terbaru yang kami terima Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Thajudeen Wahab berkata, 3 pesawat C-130 TUDM akan berlepas ke Mesir tengahari ini untuk membawa makanan dan akan memindahkan pelajar-pelajar kita ke Jeddah. Marilah sama-sama kita mendoakan keselamatan mereka dan jangan kelam kabutkan lagi keadaan dengan menyebar berita palsu dan fitnah. Semoga pelajar-pelajar kita selamat pulang ke Tanahair dengan selamat. InsyaAllah.


**Aku masih tak berapa nak faham kenapa masih ada yang cakap Malaysia lambat bertindak.. Fahamilah situasi sekarang bukan dalam Malaysia tapi di luar negara, Mesir! Ingat senang ke nak masuk negara orang macam tu je? Bukankah kita sama macam pencuri pecah rumah kalo kita terus bertindak tanpa ada perancangan yang rapi dan teratur? Malaysia nak hantar tentera pun kena dapatkan kebenaran pihak berkuasa kerajaan Mesir, susah sebab undang2 antarabangsa yang menghalang tentera luar masuk jika tanpa kebenaran.. Percayalah, kerajaan tak kan lepaskan tangan..

24 Komen Orang Bijak:

MR. SYAH said... Reply To This Comment

sapelah org kuantan yang memalukan itu.. biarlah kerajaan membuat kerja mereka.. ingat senang ke nak buat sesuatu perkara tanpa perancangan..

baguslah kau tieah..

r.o.w said... Reply To This Comment

superb entry.....100% agree!!!

Jue Nara said... Reply To This Comment

a'ah.. betul gak.. igt senang2 ke nak msk negara org.. huhu, tak tau la camne agaknya kerajaan nk bwk blk 11,000 org tue.. harap2 semuanya selamat.. Amin

NARDtheNERD said... Reply To This Comment

semua persoalan seperti dihuraikan..
rakyat kita mmg suka menghentam lebih lebih..
:)

Unknown said... Reply To This Comment

betoi2..kalau xdak rusuhan ke hape mmglah sng je nak masuk.ni la.kalau semua bnda nak dipolitikkan.rakyat g terkena..=_=.










blog ko xberat lah.banyak kali masuk pun bereh.hehe

Anati Soki said... Reply To This Comment

seyes aku sokong giler dgn entry nih.. SUMPAH

ok.. since hubby anat ada kt mesir. anat ada jugak debate ngn dia. knp malaysia susah sgt nk bawak balik budak malaysia. mmg anat cm protes kau2 la knp tak bwk balik scpt mungkin kan.

sekali hubby bangkang anat.. knp US boleh amek flight and bawak pulng pljr diorng dgn segera.

dia berleter kt anat time kt ym..dia ckp.
nk banding beza malaysia ngn US.
US tuh negara beso mana, malaysia beso mana. ofcoz la us ada duit segala bagai.ekonoomi diorng haruslah melambangun lg dr malaysia. duit harulsah ada banyak berpuluh kali gnda dari kita. malaysia? negara kira yang besarnya tak sampai separuh US pun nk cekau duit mana nk bawak balik pljr malaysia?

PLUS.
ada pndpt yg mengatakan dalang disebalik rusuhan segala bagai nih. US / ISRAEL yg duk mencucuk mubarak tuh suapaya tak letak jwtn. pihak US dah tau menda nk jadik cmni. diorng dah prepare awal lg unukt bawka balik org2 US ke US balik.
sudah adat org yahudi akan cuba nak memporak perandakan negara2 islam. MESIR tuh anatar salah satu negara ISLAM terbesar dlm dunia ni.

haaaish... smua kira nk tuding jari..

baik punya berkat kerajaan tlg jugak tuh. cuba kalau krjn wat kejam mcm mubarak? nanges darah pun tak guna.

pastu dia ckp. dah krjn bg duit mara. guna la duit tuh bawak balik. tuh dah kira duit krjn jugak nk tlg time2 genting cmni.

~~~~ ahaha.. anat dgr statement dia cmtuh.. jadik apa yg anat bleyh simpulkan ialah. dia yang belajar di mesir pun fhm knp krjn tak leyh bawka balik diorng ke malaysia, and kerajaan suruh diorng balik duit sndiri. tapi kita kat sini yang takde kt tmpt diorng duk bising2 bangkang krjn. heheh
walllahualam

Anonymous said... Reply To This Comment

Assalamualaikum

huh! kalo dh msok hal politik nie mnymph betul ..
sy mls nk cmpur..huhhu

:: Mrs.SyahNia :: said... Reply To This Comment

suma suka amik ksmpatan
time2 camni...

nesacfe_ais said... Reply To This Comment

alamak..aku ada foward post fitnah 2...huhu..tapi bru je delete...thanks

ZWAN SABRI said... Reply To This Comment

Ayooo.. fitnah jer keja depa. huhu

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

terima kasih kerana tolong sebarkan kepada generasi muda..diharap mereka sedar selama ini kerajaan tak pernah berniat mahu menyusahkan rakyat.

Unknown said... Reply To This Comment

wah..good info..harap2 semua rakyat malaysia kat sana selamat dibawa balik

ILA HonEyBuNNy said... Reply To This Comment

setuju 101% juga entry neh..cayalah..

Azmie & Vivie said... Reply To This Comment

baruk kak vee tauk crita yng sbnr. Thanks for sharing =).

Hairun Azmi said... Reply To This Comment

Fitnah tersebut tidak boleh di maafkan jika ialah benar kejadian rogol tersebut sebenarnya tidak berlaku..

Kerajaan Malaysia perlu cepat bertindak...

Rakyat Malaysia baca 2 buku setahun

bidadarihijau said... Reply To This Comment

setuju lah!!!kadang2 ade orang yang cepat melatah..mesti la kerajaan ada buat tindakan..tapi kita yang tak tahu..kena bincang2 ape semua dlu..ni tak sabar2...media pun patot amik peranan yang penting...berita mesti telus...

De Mois said... Reply To This Comment

Sori la kalau aku cakap lain sikit he since semua sokong je kan. Aku rasa memang kerajaan lambat sgt bertindak. Bagus juga pmbangkang desak macam 2 sebab dah byk kali kena desak baru akhirnya bawa balik diorang. Aku pelik kalau kau cakap igt senang ke nak bawak balik, dah 2 kenapa TPM kita boleh cakap belom ada keperluan untuk bawak mereka keluar? Sebenarnya boleh je bawak dah ari 2. Masing2 ada agenda tersendiri. No offense yea..juz my opinion. Salam perkenalan

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Admin said... Reply To This Comment

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..
xkn mncul prenang yg hebat klw laut xbrombak..

bkan tjuan nk cari slah siapa,
tp sme2 kte renung2kn dan berdoa..

:)

Anati Soki said... Reply To This Comment

de mois : boleh je nk desak. tp perlu ke nk mneyalahkan krjn smua kan? mcm la krjn tahu menda tuh nk jadik.
mcm kita nk berak cirit... kita tau ka kita nk berak cirit? tetiba smpai toilet baru prasan nk berak cirit kan? kengkandang tuh kalau dah tak tahan tuh terberak dlm suar. .. bila dah tercirit dlm suar.. perlulah ada lngkah yg perlu diambil kan. takkan ko nk sarung suar trus tp taik kat ponggong penuh lg kan? mestilah step yg diambil perlu one by one.
ahahaha...
tudiiiia.. pndpt aku.. aku bg contoh taik cirit.. wakaka.. bila baca baca balik jd lawak la plak. ahahahah
(SKDR BKOGSI PENDAPAT)

Anati Soki said... Reply To This Comment

wakakka.. lawak kot.. ahahah.. bukan pe tau.. anat bukan nk ckp anat anti kerajaan and anat jugak bukan pro krjn.wakakak.. cuma masing2 bleyh pikir kot. smua nk kena ikut prosedur la. anat rasa smua banyak dah jd student IPT. nk buat assgnmnt pun kna ikut prisedur. kalau mcm tingin nk dpt failed dr lectrr tuh. ko buat la assgnment tak de prosedur.
ahaha.. anat pun mula2 bfikiran cm nk bengang gak kt krjn. tp lepas dgr hubby hujah cmtuh.. seyes rasa diri nih cm bodoh je nk salahkan org smua kan. waakakaka.. dah2.. takmau debate dah.. aku tobat dah.. wakakakak
DUNIA ja smua nih. wakakak.... no heart feeling. aahahahahha

Anati Soki said... Reply To This Comment

http://milosuam.blogspot.com/2011/02/krisis-mesir-blogger-umno-mahu-kerajaan.html

aku bg ko url best punya.. ko try baca smpai ko menyirap darah ko..w akakakakak

De Mois said... Reply To This Comment

Haha..anat, apa la kau main contoh tahi ni. Najis tau. Takpe..aku guna contoh sama. Situasi nak terberak adalah situasi yang darurat. Betul x?? Kalau dah tau nak berak, kita kena cepat2 la pg tandas. Kalau tidak tercicir la nanti. Sama la macam ni..mesir tengah darurat & keadaan mendesak pelajar perlu dibawa keluar sebelum perkara buruk berlaku. Aku ada contoh yg kerajaan pernah bertindak cepat je dalam kes sebelum ni. Tp pelik kali ni lambat sikit.

iya hana said... Reply To This Comment

salam..saya salah seorang pelajar dari salah sebuah university di mesir...

saya nak saudari tahu saya bukan pro atau anti mana2 parti politik..sebab politik dekat malaysia tak suci masa politik zaman rasulullah..jadi saya hanya bertindak sebagai pemerhati..

tapi saya didni bukan nak salahkan mana2 parti politik..

saya nak cerita pengalaman saya sendiri..mengapa kami berfikir malaysia lambat hantar bantuan..untuk pengetahuan saudari..negara kita antara yang terakhir hantar bantuan..lepas 80 orang staranded 3 hari di cairo airport without foods and drinks..kami hanya makan roti dan air paip sebab nak alas perut..duit takde sebab atm da takleh kuar duit...

kami bukan apa...kami nak kluar dari mesir secepat yang mungkin sebab bimbang akan keadaan keselamatan yang sangat membimbangkan..bayangkan keluar je rumah kereta kebal lalu depan rumah..pak arab pegang kayu dan parang..

prison cairo kene bom dan memang ramai yang lari,,sahabat saya di syibil menyaksikan sendiri sebab penjara tak jauh dri depan rumah..bayangkan kenderaan yang bawa student malaysia ke airport sebab nak balik ditahan prisoners..

yang kami sedih..kami kasihankan bonda ayahanda kami yang risau di malaysia..memang kami ok..bayangkan anda jadi ibu bapa kami...saya tahu tade sape akan rase even korang bayang..kecuali ibu bapa kami yang tak lalu makan hari2 selagi anak tak sampai rumah depan mata..

saya juga sedikit terkilan apabila kerajaan hanya transitkan kami ke jeddah..jeddah-kl tanggungan sendiri,jeddah-cairo tanggungan sendiri..kalau camtu baek hanta kami pulang malaysia terus..lps tu tak perlu peduli lagi bagaimana nak uruskan kami pulang ke cairo..biar parents yang pk..

macam mana dengan student azhar yang cuti setahun?kerajaan hanya tanggung kos 3 hingga 4 minggu..kalau student miskin macam mana?

mintak student kerja dengan kerajaan tapi kerajaan berkira dengan nasib pelajar ketika genting cmny..

kadang2 kami fikir,,tak guna cakap,,abda semua tataw ape kami rase dalam hati kami..


saya tak mohon simpati,,cuma nak memberi tahu ape yang kami rasa..
wallahua'lam

De Mois said... Reply To This Comment

See..inilah kebenaran yang aku nak cari. Terima kasih kepada orang yang melalui pengalaman ini sendiri. Bukan pasal nisbah sikit. Antara nak atau tak nak je. Bukan pasal takde pengangkutan pun. Even air asia n mas memang dah redi pun nak tolong. Diorang lagi suka sebab diorang akan dapat duit dari kerajaan. Beb..ni semua duit la. Pikir 2 3 kali la nak tolong ke tak nak. Ramai 2 nak bawak balik. Sori kalau aku cakap, "kalaulah yang ada dekat Mesir 2 anak PM or menteri sekalipun, anda rasa diorang dah balik bila? No matter with prosedur. Aku tak belah kerajaan, tak belah pembangkang. Aku tengok pun dah boleh agak. Alih2 iya hana bagitau hal sebenar.