Tuesday, August 09, 2011

Nota Tun Dr Mahathir bertajuk "Menghancurkan Umno"

*Tulisan Tun Dr Mahathir sendiri--7 Ogos 2011, 6:01 am*

Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Terdahulu hari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dirinya lebih Melayu daripada Malaysian.

Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan negara.

(Sumber : Facebook Dr Mahathir)

* Memang ada betulnya apa yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir tapi aku pelik arr kenapa masih ada yang nak tentang, nak gulingkan kerajaan??? Kenapa benci sangat kat UMNO??? Bukan ke UMNO dah jaga hak orang melayu.. Kalau UMNO yang nak ditumbangkan, sape lagi yang nak perjuangkan nasib orang melayu??? Walaupun tempat aku takde UMNO, tapi sebab Perdana Menteri dari parti tersebut, aku tetap sokong..

* Cuba bayangkan kalau BN kalah teruk masa PRU-13.. Pembangkang akan naik, konfem PR lah.. Satu je soalan aku, sape akan jadi pemimpin??? Kalau pemimpin dari PKR sah sah Anwar, kalau pemimpin dari PAS tentu Nik Aziz tapi kalau pemimpin dari DAP???

* Ade orang cakap, harta dan wang ringgit tak bawa masuk kubur.. Tapi tapi tapi, kenapa berebutkan sangat pada 'wang rakyat'??? Kenapa sampai nak sokong bukan bangsa kita dan hentam balik bangsa sendiri.. Bukan mahu bersifat racist tapi kalau tengok sekarang, mulut je kata tak racist tapi tindak tanduk kita??? Tak perlu hipokrit lah.. Sedangkan sesetengah orang Semenanjung pun boleh kata orang Sarawak ketinggalan dok atas pokok.. Itu ape pulak ek??? Sama jugak macam racist..

*Ape ape pun, aku tak kata BN itu bagus sangat.. Dan aku tak katalah UMNO tu paling mulia.. Cuma ianya lebih baik dari PR.. Aku malas lah nak fikir pasal 'duit rakyat' tu sebab aku tak pernah bayar cukai pun.. Yang bayar bapak aku je.. Itu pun cukai pintu rumah.. Cukai pendapatan rasanya takde sebab gaji bapak aku tak besar mana dan sekarang pencen makan duit kerajaan kasi.. Itu sebab aku malas nak pertikaikan 'wang rakyat'.. Kalau nak cakap pasal cukai makan kat KFC tu, itu sebenarnya cukai yang dikenakan kepada syarikat tu.. Tapi syarikat tak nak tanggung dia bagi lah kat kita yang makan kat kedai dia.. Itu yang aku faham.. Kalau salah tolong betulkan.. Selagimana tak duduk merempat kat negara sendiri, aku dah cukup bersyukur dah sekarang..


Aku suka video ini..
"Tanya diri kau ape bakti kau pada negara, jangan tanya negara berbakti pada diri kau"

* Berita paling gembira--Bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam dan minimum RM500 akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini.. Bagi pesara kerajaan pula, mereka turut menerima RM500 untuk Aidilfitri yang bakal menjelma.. Nah, lagi nak kutuk kerajaan ka wahai kakitangan kerajaan??? Hairan betul aku.. Dah dapat ni senyap kejap, bila pembangkang cakap itu ini nanti, mulalah jadi tukang kipas.. Langsung tak reti bersyukur..


24 Komen Orang Bijak:

yanamib said... Reply To This Comment

yelah..ideologi masing2..apa guna negara demokrasi klu masing2 xleh nk sorekan pendapat..ye dak?? aku pn mls pk psl duit rakyat tu..mak aku keje gomen dia siap ckp xrasa pn duit dia kena mkn..haha mmg suka ayt pakcik tu..anon yg guna words kasar sumenye xpernah berbakti pd negara..tau kondem je..aku pn xde bakti pape kt negara..so duk diam² sudah..bersyukur dgn apa yg ada =)

KuNanGKuNanG said... Reply To This Comment

pelikkan?kerajaan yang ada ni dah bagus. kalau mereka kata x bagus pun kenepa mereka mencari kerajaan yang lebih teruk. pe yg mereka nak sebenarnye..

shafiq ahmad said... Reply To This Comment

besa la bila bertuhan kan duit..

pada aku umno did a good job until mahathir legacy( exclude his order for memali tragedy i really can't understand)..tapi naiknye pak lah, naiknya najib nampak terlalu byk kroni..ok najib much better then pak lah..zaman pak lah terlalu byk kroni..lihat contoh khairi jamaludin..skrg KJ senyap je sbb bkn kroni najib..dulu dia hebat sbb pak mertua dia PM..

Hans Hanis said... Reply To This Comment

masing - masing ada pandangan masing2
:-)

Mario said... Reply To This Comment

yela...setuju dgn hans...errr...tapikan...Tun M mcm tak menafikan apa yg didakwa...agaknyala...klu salah tolong betulkan...

Unknown said... Reply To This Comment

sokong sgt dgn pendapat awk..pelik dgn org kite..y fy plg geram dgn org2 y bekerja kerajaan..kerje ke kerajaan, tp boleh plak nak anti-kerajaa sendiri..ntah ape2..xreti plak tu nak bersyukur..geram betul..

Entry Terkini: SaDiS: KaSiH SaYanG SeoRanG AbanG

NMH said... Reply To This Comment

yup! setuju with ur opinion sangat..pelik orang kita ni..machamla die tahu mane betol mane salah senang2 je nak cakap UMNO salah.paling takleh terima bila cakap UMNO tolak Islam..masyaAllah..suka hati je kan..tak paham kenapa jugak nak sokong sangat yang BERSIH la apela..tak tahu macam mana nanti kalau pembangkang yang teraju negara ni...

No name said... Reply To This Comment

Orang skang terlalu penting kan diri. Menyalahlan kerajaan sebab anak tak dpt biasiswa sedangkan gaji kau RM6k sebulan tak termasuk bini.

Memang lar ko bayar cukai bagai, tapi yang hospital kerajaan bayar Rm1 jer bukan beratus/beribu, gaji pencen pesara, buat jalan, kemudahan lain, subsidi minyak, gula dan pelbagai datang dari mana. Comfirm2 lar dari cukai yang ko bayar.

Langsung tak pikir, dah kaya lagi nak kaya.. Habis tue orang susah sapa nak bantu kalau nk kene bgi reward kat ko jer sebab bayar cukai bagai.

Khairul Onggon said... Reply To This Comment

UMNO tidak akan dapat dimusnahkan dgn mudah. Semakin musuh nak musnahkan, semakin kuat UMNO pada PRU akan dtg.. InsyaAllah..

puteri ain said... Reply To This Comment

pndgn masing2 berbeza .

Unknown said... Reply To This Comment

Dr.Mahathir mmg terbaik.sy kagum dgnnya.dr dulu smpai sekarang..cuma sayang sekali anasir-anasir dalaman & luaran ni selalu ambil peluang waktu lemahnya Melayu.
Aku sayang Malaysia..aku sayang semua.
-peace.NO WAR-

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Lizzie Yasmin

Aku penah lawan cakap dengan kawan aku pasal ni.. Aku memang tau dia tak sokong kerajaan ni, tapi boleh dia guna kata kunci 'cukai' je??? Alamak.. Buat malu ja lah.. Otak letak mana ntah.. Yang segala jalan raya, sekolah dll tu ape benda??? Dorang sebenarnya tak faham apa yang dimaksudkan 'duit rakyat'.. Itulah dok dengar ceramah pembangkang.. Tak salah, tapi cuba fikir balik.. Ini terima bulat2.. Dorang nak kerajaan ni bank in tiap bulan kot kat dorang.. Haish!!! Entah camne kalau pembnagkang tadbir.. Baru depa tau kot!!!

Kak Amy said... Reply To This Comment

macam2 hal la dorang nie , masing2 ada pendapat dan pandangan masing2..

intan.maisarah said... Reply To This Comment

cukup cukup la tunjuk mana hebat
lagi hebat jika kita bersatu

Anonymous said... Reply To This Comment

Fiq lebih suka kerajaan yang ade sekarang..fiq tak suka ade pihak yang cuba nak gulingkan kerajaan sekarang ini...macam tak caya fiq komen tentang perkara politik..sebab biasanya memang jarang nak komen tentang perkara politik..(:

hajar said... Reply To This Comment

peace no war... aku mmg suka pendapat d_tieah....

terpatrisinarabadi said... Reply To This Comment

apapun parti lm malaysia ni, x pe asalkan harmoni , adil & saksama..syukur berpijak di bumi malaysia, walaupun dgn adanya isu berbangkit kdgkala tu

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

mantap wooo..memang panas hati puak pembangkang kalau baca hehehehe.

bulan ramadhan ni aku tak buat cerita politik..malas nak bergaduh dengan puak tak reti bahasa ni..mengurangkan pahala puasa je kalau bergaduh dengan puak pembangkang ni.

WAHIDA ALIAS said... Reply To This Comment

x phm ape yg mereka nk..besyukur la dgn ape yg ade

nurayunni said... Reply To This Comment

btl tue..setiapa org ade hak untuk bersuara n ada pendapat yg tersendiri..yeay!dpt bonus!

velasrizal said... Reply To This Comment

tieah nk celen papagomo ke.. klo cmtu aku sokong tieah lah.. go go lisa

Far8 budak baik said... Reply To This Comment

aku tak tahu lah pasal ni..
entah lahhhhh...tapi klo ikut cerita ni..mmg ar x patot knnn..
salam kenal..sori x byk ckp kat sini..
mesih kekok..
hahahahahaha

O Ena O said... Reply To This Comment

alhamdulillah..syukur pd Allah ade jugak generasi muda yg berterima kasih kpd kerajaan skang khususnya UMNO...terime kasih kawan2..saye sendiri sebenornyer sedih sbb ade segelintir generasi muda kita yg terima bulat2 aper je yg pembangkang ckp..deme tak tau ape2..emm..mase tak mengizinkan ..sbb dh nk start keje dah ..hehe nti ade ms sy komen lg entri nieh...terima kasih D_hatie krn publish entri nieh..sgt terkesan di hati saye dan menyedarkan generasi muda..terima kasih! :)

Rina Rahamat said... Reply To This Comment

sy paling menghormati Dr Mahathir..ini perbandingan dgn pemimpin selepasnya(sbb x penah rs duduk bawah pemimpin sebelumnya)..

walaupon sy bukanlah penyokong kuat UMNO khususnya kerajaan tp sy pon dok pikir..kalau pembangkang naik siapa yg akan jadik Perdana Menteri? Nik Aziz? Kalau ya baguslah tapi boleh ke? jgn harap! Sah-sah parti PAS kena ikut apa kata PKR atau DAP..