Wednesday, September 14, 2011

SMS Palsu : Munchy's

*Gambar dari Pak Cik Google*

TERKINI : JAKIM TELAH MEMBUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BATU PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DENGAN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT.. TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEISLAM DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DARI PEGAWAI JAKIM - HJ. JALIL BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

* Sila jangan terus nak percaya SMS sebegitu, habiskan kredit je nak forward padahal berita palsu.. Tapi elok jugak aku dapat SMS tersebut, bolehlah aku sebarkan tentang ketidakbetulan fakta yang disebarkan dalam SMS tu.. Untuk kepastian, baca kenyataan media dari pihak JAKIM sendiri di bawah :-

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung SMS yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar SMS tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru, JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sumber : Halal Malaysia


18 Komen Orang Bijak:

merahitujambu said... Reply To This Comment

tu laa pasal..td aku dpt dr kawan aku sms..aku buat dek je..xmoh laa layan..lantak laa...ahahahaha...habis kredit jee

Brenda said... Reply To This Comment

Lebih baik bukak terus je laman web tu drpd percaya sms mcm tu..

Nak suruh org forward tu mcm ada agenda tersendiri je kan..

nick dot anis said... Reply To This Comment

laaa pulak dah...td ade terbaca entry pasal munchy's tak halal..owh rupa2nya tersebar je melalui sms ekh..ok2

Fatin Farhana Binti Ramli said... Reply To This Comment

bako je orang yang anta mesej ni .. HUHU

Ferfarfer said... Reply To This Comment

damn ni mesti kes yang tak leh tgok org kaya sikit. start lah nak buat cite buruk kan. geram tol!

manggosteen said... Reply To This Comment

hoh..dah la aku peminat munchys..boleh lak diorg sebar2 sms palsu ni..

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

"Mat Sabu Sahkan Anwar Ibrahim Seorang Gay. Ini Kerana Mat Sabu Yang Memberikan Gelaran Al Juburi Kepada Anwar Pada Tahun 1998 Dahulu"

Kalau dapat sms ni memang SAH benar hehehehe.

Aida Azryn said... Reply To This Comment

sms pun mmg xley caye.. =.=

ASSOYFINGER67 said... Reply To This Comment

aku pun dapat..kesian boboiboy...haha

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

ni kes nak menganyaya Munchy's la ni...hmm..busuk hati betul...

tah apa la yg dia tak puas hati tu kan....

Mario said... Reply To This Comment

maknanya halal kan...

Mr. Asada said... Reply To This Comment

kes nak rosakkan bisnes orang lain lah ni.. uhh!

SHaRKFiQ SSM said... Reply To This Comment

hmm..macam-macam..
tp, website jakim tuh regularly update ke??
hehe..


btw, thanks follow Shark, did follow u back~

HAFIZAL said... Reply To This Comment

tu lah sapa lah yg nak menghancurkan munchys

Faizal n Fashitah said... Reply To This Comment

Hishhh macam2 jak nektok hoh. Suka nak nyuroh urang kompius eh..

Kak Amy said... Reply To This Comment

ya allah kenapa la nak buat fitnah dan tabur pasir dalam periuk nasi orang..x patut betul la

Anonymous said... Reply To This Comment

Jakim dah nafikan tak? :P sorry, tak update plak pasal ni.

yanamib said... Reply To This Comment

ujang dpt sms gini..dr membe blog jugak..mmg kitorg percaya matik2 tahu?? grrr~ =.=