Thursday, April 05, 2012

Catatan #79 : Novel Invasi dan Bisik Percuma

`
Alhamdulillah.. Akhirnya, koleksi buku Fixi untuk tahun 2012 sudah pun aku miliki tanpa mengeluar sesen pun! Bukan senang nak dapat free kalau bukan sebab kau menang contest tulis cerpen.. Tapi--ini hadiah percuma untuk panel pembaca dan aku salah seorang darinya..

INVASI (Raja Faisal)

Ahmad Bayani, seorang jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan, takkan menyangka dunianya yang mewah dan melalaikan bakal musnah sekelip mata. Sesuatu yang tak diduga oleh manusia akan berlaku.

Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistik yang kemudiannya digelar penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas. Adakah seluruh negara akan jatuh ke tangan mereka?

Bayani harus memilik samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari penceroboh.

Di dalam kemusnahan itu juga, Bayani berdepan semula dengan kisah silamnya; ibunya yang telah lama hilang dan kekasih yang terhalang. Hari INVASI bermula dan nasib umat manusia akan berubah buat selamanya.

Baca petikan Bab 3 Invasi di [SINI]



BISIK (Syaihan Syafiq)

Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pangsapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi Bisik hasutan yang muncul secara rawak.

Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman, ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.

Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.

Apakah punca bisik bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?

Baca petikan Bab 1 Bisik di [SINI]








p/s : Esok cuti Good Friday! Harus baca buku..)



14 Komen Orang Bijak:

merahitujambu said... Reply To This Comment

PINJAM GAMBAR KUCING TU...

manggosteen said... Reply To This Comment

Weh.kelabu best x?

Harith Iskandar said... Reply To This Comment

ehe bestnyer dpt novel free :)
thun 2012 ni blom ade novel yg sy bace..ntah bile ntah nk bace..

Faizal n Fashitah said... Reply To This Comment

Aieee...pinjam buku Invasi ya lok plissss plissss..mek suka buku fiksyen UFO kedak ya aihhhh :|

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@merahitujambu
Amik kalo dapat lerrrrrr..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@manggosteen
Buku FIXI kompom best.. Zombijaya mana???

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Harith Iskandar
Kan.. Nak beli lagi buku tapi duit kurang cukup.. Tapi bila dah dapat free pun, bertambah koleksi buku tak baca lagi.. Hehehe..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Faizal n Fashitah
Mun dekat senang kmk bg pinjam eh.. Tengoklah mun kmk dpt free lagi kmk bagi ktk free juak.. Hehehe..

siti murni said... Reply To This Comment

rajin tieah baca buku...
erm..ni pun pending lagi 2 buku nak abiskan...tengah Vitamin M pulak..hehe

Yumida said... Reply To This Comment

wah..tahniah...org kasi free..mmg kita ske...sy pn sm...best nyer dpt buku idaman di hati..
slmt bercuti n slmt membaca buku

MR. SYAH said... Reply To This Comment

wah byk best.. aku ingat nk beli bisik sebab cover dia ada gmbr kucing..

PrinceMirulJr said... Reply To This Comment

buku ape tuh? xtahu pun.. hehe

Mario said... Reply To This Comment

untung le...asik dpt free je

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

wah..macam mana boleh dapat free...? huhu..nak gak boleh..? ;P