Monday, April 30, 2012

Catatan #83 : Gaji Minimum Pekerja Swasta


Terima kasih Dato Seri Najib Tun Razak atas pengumuman gaji minimum pekerja swasta.. Serius, lama aku tunggu perkara ini dihebahkan dan akhirnya penantian itu terjawab..
  • Gaji minimum di Semenanjung Malaysia telah ditetapkan pada kadar RM900 sebulan.
  • Gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula pada kadar RM800 sebulan.
Gaji minimum ini akan dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan setelah ia diwartakan.. *Nanti aku update lagi ye, tadi layan tivi sambil makan so tak dapat nak catat apa apa*

Kawan aku cakap tak cukup RM800 tapi gaji dia memang dah sampai 1K.. Lagi nak bising! Hahaha.. Tapi bagi aku yang hanya dapat gaji basic RM700 sebulan, ia cukup memadai.. Syukur sangat sangat dah ni.. Hei, jangan ingat aku ni arkitek ke apa ek..! Gambar kat atas ni memang kat ofis aku, teringin nak pakai topi putih tu.. Aku cuma kerja sebagai pelukis pelan pelatih yang mana skop tugas aku biasa biasa je lah..










Mesti kadang kadang rasa gaji cam tak pernah nak cukup kan? Pernah tak rasa cam nak gaji lebih banyak lagi? Atau pernah tak rasa nak berhenti kerja dan cari kerja lain? Atau pernah tak rasa nak bukak bisnes sendiri dan jadi bos? Aku ada jawapan untuk persoalan korang..












Mungkin buku ini boleh merealisasikan hasrat anda.. Aku tak beli pun, saja suka suka snap.. :)







p/s : Selamat Hari Pekerja..
p/ss : Kenapa tiba tiba lagu "Ku Pendam Sebuah Duka" bermain di bibir aku ni? Ahhh..




8 Komen Orang Bijak:

manggosteen said... Reply To This Comment

mana jiwang nye?yg kat ujung skali tu ke?sikit sgt.

Anonymous said... Reply To This Comment

berterima kasihlah pada Allah yang telah memberikan rezeki...

YB Raz said... Reply To This Comment

dulu aku keje kilang..basic untuk dipl cuma 800 je..bayangkan dipl 800 untuk spm cuma 600..sekarang dah dpt 900 kira oklah..

akupun pernah kje guard 30 hari sebulan 12 jam sehari..gajipun cuma 600..

dah dpt 900 masih ada yang tak bersyukur..

Harith Iskandar said... Reply To This Comment

ok jgak tu rm900 pun.sy pon nk kene rombak gaji baru jugak ni.tau mmg murah tp utk sektor yg kecil2 mcm butik&salon & IKS mmg xleh bg mahal2 sgt.xmcm golongan profesional..mmg gaji 1k lebih kan? :)

xpeade mase 6 bulan-1 tahun lg ni :)

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

tapi nape kat sabah sarawak kurang 100? bukan ke kos hidup kat sana lagi tinggi?

tp ok la..membantu juga pada pekerja2 yg gaji bawah 900 kan.. :)

Aida Azryn said... Reply To This Comment

amboi layan lagu ku pendam sebuah duka? haha. :B

Muhd Aizie said... Reply To This Comment

Thanks to Allah.
ek kau kerja apa?

afiqazizan said... Reply To This Comment

Nak cari kerja baru..semoga berjaya jumpa kerja baru yang bagus..:)