Wednesday, May 09, 2012

Review : Sitora Harimau Jadian


Sitora Harimau Jadian akhirnya telah habis aku 'perkosa' dengan rakus hanya lebih kurang 4 jam sahaja.. Cuti aku sangat bermanfaat! Apa yang aku boleh katakan, karya P.Ramlee memang tiada tolak bandingnya.. Syabas kepada pihak Fixi Retro yang telah mengembalikan semula semangat harimau yang telah hilang suatu masa dahulu.. Terima kasih sekali lagi IS sebab menghadiahkan aku buku yang membawa aku ke satu zaman lain..

Zaman lain? Benar! Tatkala membaca buku ini auranya tidak sama dengan pembacaan buku-buku sastera lain walaupun mungkin kelahiran pada era yang sama.. Sitora Harimau Jadian membawa aku ke dalam episod hitam putih 'Pesona' Tv3 setiap Ahad jam 3 petang.. Dengan suasana kampungnya dengan latar masyarakat pendekarnya, penghulu serta tok dukunnya.. Penceritaan juga teratur satu persatu dengan kemas dan unsur saspens tentunya ada..

Sitora Harimau Jadian memang wujud bagi menangkis kepercayaan tahyul dan mendedahkan kepincangannya serta paling penting seruan untuk memajukan masyarakat pada zaman itu.. Baca dan alami sendiri keganasan binatang buas itu..







p/s : Terkilan sebab tak dapat beg Sitora Harimau Jadian--Ianya tidak akan dicetak semula macam kopi..
p/ss : Royalti untuk cetakan semula Sitora Harimau Jadian akan diberikan kepada cucu P.Ramlee..
p/sss : Bapak aku kata dia akan membaca buku Sitora Harimau Jadian selepas balik dari kampung..





13 Komen Orang Bijak:

Shafiq Hashim said... Reply To This Comment

Semangat Harimau malaya..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@Shafiq Hashim
Bangun.. Bangun.. Bangun harimau bangun.. *Ringtone hp saya*
Hahaha..

eyjalukman said... Reply To This Comment

wahh suka baca cerita2 cmni eh? jarang nmpk org muda bca cerita2 ni :)

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@eyjalukman
Buku free so kenalah baca.. Hahaha.. *Gurau*

Jeepers Creepers said... Reply To This Comment

aku x pernah tgk filem ni sebab filem ni hilang sampai sekarang..sebab tu tv x dapat nak tayangkan..

Tieah Madian said... Reply To This Comment

@YB Raz
A'ah.. Memang pun filem ni hilang.. Sebab tu buku ni muncul.. Hehehe.. Bacalah..

Faizal Sulaiman said... Reply To This Comment

masih belumn baca sebab sudahkan bacaan licik :D

nice review. ada buka page pertama, terus WOW!

pepol said... Reply To This Comment

alaa ruginya x dpt beli

Syazana Zainn said... Reply To This Comment

thanks for the info.

1st time dgr ade novel n movie ni :)

p/s: dekat bookstore popular atau mph ade ke?

Anonymous said... Reply To This Comment

sitora datang lagi..haha..bley wat iklan nih.. :D mantap gile

Aida Azryn said... Reply To This Comment

kemain pakai baju harimau malaya. haha. Aummmmmmmmmmmmm! =____=

manggosteen said... Reply To This Comment

amboi..

Ra1m1 said... Reply To This Comment

saya baru membacanya hari ini...