Tema Belanjawan 2013 "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah janji Ditepati"
- Bagi belia yang berumur 21 sehingga 30 tahun yang berpendapatan RM3000 ke bawah layak mendapat rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 berjumlah RM250 turut memberi kelayakan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM2000.
- Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti ditambah dari RM200 kepada RM250 manakala bantuan kewangan persekolahan berjumlah RM100 pula diperuntukan kepada pelajar tahun satu sehinggan tingakatan lima.
- Peminjam PTPTN turut mendapat diskaun 20% sekiranya dapat membayar hutang pinjaman sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi peminjam PTPTN yang membayar secara konsisten bermula 1 Oktober 2012 pula, akan mendapat diskaun sebanyak 10%.
p/ss : Ramai kesal sebab PM tak umum turun harga jet. Hahaha.
p/sss : Nak membawa diri. Okbai.
0 Komen Orang Bijak:
Post a Comment