Monday, October 01, 2012

Catatan #89 : Kekasih Saiz XXL

Apabila seorang lelaki yang kacak berpasangan dengan seorang perempuan yang cantik itu normal.

Apabila seorang lelaki yang agak kurang dari segi paras rupanya berpasangan dengan seorang perempuan yang cantik itu biasa.

Apabila seorang lelaki yang boleh tahan kacak berpasangan dengan seorang perempuan yang sederhana gaya penampilannya itu juga biasa.

Apabila seorang lelaki montel berpasangan dengan seorang perempuan yang juga montel itu biasa juga.

Tetapi jika lelaki atau perempuan kurus bersama pasangan yang saiz XXL selalunya dilihat seperti pelik sedangkan ia biasa juga sebenarnya.

Mengapa? *Ini sambungan cerita bulan September kepada Oktober*

Ini kisah aku. Yes, memang dulu aku pelik dan tertanya tanya apa istimewa lelaki saiz XXL ini. Sebab aku pernah jumpa kenalan sekolah aku bersama seorang lelaki dengan saiz badan yang agak sihat. Seringkali mereka bersama siap pakai tshirt yang sama atau paling kurang color tu mesti sama. Menampakkan mereka bercinta! Ini perihal rakyat Malaysia--konon sehati sejiwalah berpakaian macam itu. Jadi aku syak memang lelaki itu kekasih dia. Yes, betul. Kenalan aku ini perempuan yang boleh tahan hot jugaklah sebab itu rasa macam dia boleh dapat lelaki lagi hensem dari kekasih dia yang XXL itu. Ahh. Ini betul betul persoalan yang kalau nak jawapan memang kena tanya tuan badan tapi aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan sahih. Namun, saat ini aku telah menemui satu cinta lelaki XXL yang aku lalui sendiri sekaligus menjawab persoalan yang begitu lama aku simpan dalam peti otak. Itulah CINTA. Cinta itu hadir tanpa kita minta untuk ia datang. Cinta itu hadir tanpa kita paksa ia tiba tiba. Cinta juga tak pernah kenal paras rupa, saiz badan apatah lagi jenis kulit kita. Cinta hanya perlu dua hati. Noktah.






p/s : Betul betul tak sangka persoalan yang dua tiga tahun dahulu boleh terjawab sekarang.
p/ss : Sehingga entri ini ditulis, penulis masih single dan menanti cinta lelaki XXL. Hahaha.





7 Komen Orang Bijak:

AkuMalas said... Reply To This Comment

Oh yeah! i wana hear the next story about this!god idea!!!! entri yang bagus!nak tunggu lah..

Muhamad Zaki Zafir said... Reply To This Comment

asalkan kita bahagia dgn pilihan masing2,peresetankan ckp orang lain kan. :)

AkuMalas said... Reply To This Comment

Cinta itu buta. (^^) Ia amat membahagiakan.

Khalilah MNor said... Reply To This Comment

Cinta tak mengenal rupa... Hati cantik. Perangai baik. Grab for him now! Hiks...

Salam kenal tieah madian...:)

nabilah_2908 said... Reply To This Comment

adakalanya...perempuan tak kisah kalau pasangan dia saiz XXL..

pada mata perempuan itu, kekasihnya itu comel.. :)

ika :) said... Reply To This Comment

ececeh. kembali berjiwang nmpknya :p

ketikketok said... Reply To This Comment

Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS