Sejak umur 21 tahun aku terasa terpanggil untuk daftarkan diri sebagai pengundi di pejabat pos tanpa paksaan dari mana mana pihak. Dan secara automatiknya juga aku layak mengundi untuk Pilihanraya Undangan Negeri (DUN Sarawak) pada April 2011 yang lalu. Tiada parti lain yang aku sokong selain daripada Barisan Nasional. Keyakinan aku semakin bertambah kepada bendera biru dengan simbol dacing ini apabila aku berpeluang mengikuti beberapa program.
Sukar untuk meyakinkan orang tentang perjuangan kita kalau sudah berbeza ideologi tapi sebentar tadi saya menemui penulisan dari Pak Andak. Mungkin ini yang saya boleh kongsikan dan perkara ini jugalah yang sering bermain di fikiran saya. Mohon dibaca hingga noktah terakhir.
*******************************************
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak pencen, sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan semasa dalam negara. Fikir saya cukuplah sekadar menghabiskan hari pencen dengan kebun dan kolam ikan. Fikiran tenang, bebas pula dari tekanan tidak macam zaman bertugas dulu.
Tapi setahun lepas segalanya berubah. Anak sulung saya yang bertugas dengan sebuah syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur, telah membelikan saya komputer tangan Ipad.
Walaupun mula-mula saya tak tahu guna, tapi setelah diajar memang boleh ketagih dengan benda cerdik ni!
Cukup sekadar saya katakan kebun dan kolam jadi isteri nombor dua dan tiga. Mana tidaknya? Berita politik dan semasa ada dijari, cuma perlu sentuh saja di skrin. Percuma pula, tak payah bersusah-susah ke Simpang Empat mencari suratkhabar.
Walaupun saya hanya pemerhati bukan editor atau wartawan berkaliber di Kuala Lumpur, saya tahu sedikit sebanyak tentang situasi politik negara.
Dari pengamatan saya, keadaan amat getir menjelang pilihanraya yang akan datang.
Ada satu cetusan pendapat dari akhbar cina yang baru-baru ini benar-benar menikam hati saya. Harap-harap pengundi lain bersetuju dengan saya. Editorial pendapat tersebut telah ditulis oleh Timbalan Editor Sin Chew Daily.
Saya sekadar berkongsi. Selanjutnya, saudara-saudari fikir sendiri siapa yang perlu diundi.
Sin Chew Daily
28 Ogos 2012
Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.
Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.
Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu.
Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.
Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.
Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.
Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.
Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.
Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.
Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.
Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.
Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.
Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.
Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?
Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.
Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.
Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.
Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?
Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’
Sejarah jadi saksi bukan sedikit darah yang tumpah untuk membina bangsa merdeka. Ketika 13 Mei 1969 berlaku, saya sudah mengerti apa maksud rusuhan kaum. Generasi merdeka yang galak mengkritik kanan kiri, mengapi-ngapikan propaganda politik pembangkang, belum lahirpun saat itu. Nak tergelak saya dibuatnya.
Kenapa perlu jadi bahan taruhan ketaksuban politik orang lain? Fikirkan keselamatan dan kocek keluarga sendiri cukuplah.
Tulus Ikhlas,
(Nota Hatie : Tiap kapal masing masing ada nakhodanya tapi jangan sampai kita pilih kapal dengan 3 nakhodanya..)
11 Komen Orang Bijak:
Hidup BN!!!
masing2 punyai pendapat..... andaian dan sebagainya... nama pun free country.. so tepuk dada tny hati...
mungkin ada point tapi...
menarik!! thnx tieah atas perkongsian nie. :)
menarik!! thnx tieah atas perkongsian nie. :)
dr zaman dulu, masih lagi dgn konsep menakut-nakutkan...
kapal 3 nakhoda tu kita kasi karam je kekekekeke....
Ini bukan soal menakutkan anonymous, tapi jgn kelak negara tergadai.. Dalam masa 5 tahun apa2 boleh jadi.. Entah2 Singapura pun join balik Malaysia, masuk pulak Chin Peng.. Haa~ Tukar kerajaan bukan macam bola sepak, masuk kelab ni pakai jerni ni, masuk kelab tu pakai jersi tu.. BUKAN!!! Pembinaan sebuah negara bangsa memakan masa dan jangan dalam masa singkat kita melumpuhkan ia~
@Tieah Madian
alahai...bila pulok pak najib nieh nak umumkan tarikh pilihanraya?
Takkan jentera msh xckp lg niehh...
ini pandangan aku,dan aku fikir lojik pada akal aku.aku tengok tv,baca s/khabar USA yang jauh contohnya berapakali dah tukar Parti,Thailand dekat je pun tukar parti,indon tukar parti...x de apa benda pun...diMALAYSIA ni pemimpin yg ada sekarang ni dok kempen yg bukan2,dan bagi pengundi takut,sbb DEPA takut kena SONGKET RASUAH dan PENYELEWENGAN yg depa lakukan..itu sebenarnya,rakyat yg BODOH,PEKAK,BUTA je yang x faham...
Aku nak citer sikit penipuan yg kerajaan lakukan sekarang iaitu SUBSIDI PETROL...anda tengok kat stiker subsidi yg dilekatkan kat dinding pump tsb,apa pandangan anda perasan tak RON 95 (Low Quality)lebih mahal kalau tak diberi subsidi..lain2 fikir sendiri.NAK BANGANGKAN RAKYAT YANG DAH BODOH..TEPAT SEKALI MELAYU MUDAH LUPA...JGN TLG ANJING TERSEPIT,NANTI DAH TERLEPAS HANGPA KENA GIGIT...HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
NI TUKANG LOBI,CONSULTAN DAPAT UPAH KOT,BRIM-LRIM-FRIM-TRIM-KRIM-SPORTRIM DLL.....HAHAHAHAHAHAHA
Post a Comment