Semalam Presiden US, Barack Obama telah mengesahkan tentang kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama Bin Laden.. Dalam ucapannya, mayat Osama telah dijumpai setelah tewas dalam operasi yang dilancarkan oleh pasukan tentera US di Pakistan..
Osama adalah antara 'pengganas' yang dikehendaki pihak FBi kerana pemimpin Al-Qaeda itu dipercayai menjadi dalang disebalik peristiwa serangan ke atas World Trade Center di New York (Pusat Perdagangan Dunia) pada 11 September 2001.. Pengganas Al-Qaeda dikatakan sengaja melanggar dua bangunan tertinggi di dunia itu dengan menggunakan pesawat.. *Inilah flashback saya.. Hahaha :)
Foto bukti kematian Osama Bin Laden yang dikatakan palsu dan telah diedit.. Benar atau tidak aku pun tak pasti.. Mungkin ya kot.. Tengok gambar Osama yang pertama tu.. Tak kan dari dulu tak berubah.. Nampak beno nipunye~ (Sumber gambar :
Klik Sini) Dan banyak jugak yang cakap bahawasanya Osama ni mungkin tak wujud pun.. Hanyalah karakter yang dicipta pihak Amerika.. Untuk menakutkan orang Islam yang lain.. Sebab dorang cakap tak menentang Islam cuma menentang pengganas.. Tetapi mereka jugak yang kata Islam itu pengganas! Gggrrr..
Memang ramai yang memperkatakan tentang hal ini sebab pihak US cuma tunjuk gambar je, video mayat tu takde pulak.. Lepas tu, heboh berita jenazah Osama dikebumikan di laut.. Haish! Kemain lagi baik hati orang Amerika ni.. Masa dengar berita kematian Osama, semua gembira dan berkumpul kat Ground Zero di mana peristiwa 11 September berlaku.. Eh eh, dulu pun ade jugak berita Osama ni mati lepas tu boleh plak hidup semula.. Ape ape pun, kena berada kat tempat kejadian lah baru boleh tau cerita sebenar ek..
*Sekiranya benar sekalipun berita Osama Bin Laden meninggal dunia, Al-Fatihah untuk allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat..
(Nota Hatie : Giler lama tak update blog woo.. Hahaha.. Sungguh, aku takde masa menyempat nak online.. Ape ape pun, selamat pengantin baru buat Ujang dan Yana yang selamat bernikah pada 29 April yang lalu..)