“KALAU kata PRU (pilihan raya umum) kita tak bagus macam mana kita (Barisan Nasional) kalah lima negeri atau 82 kerusi. Kalau bersih dan telus yang dimaksudkan pembangkang ialah mereka menang semua 22 kerusi. Baik ambil saja tidak perlu adakan pilihan raya".
“Nama saja peguam tapi bodoh membandingkan perhimpunan haram anjurannya dengan demonstrasi Mesir. Mesir mana ada pilihan raya. Di Malaysia, kita dah masuk PRU13,” tempelak Nazri.
“Dia nak buat perbandingan dengan negara mana? India? Di India memang menggunakan dakwat kekal kerana tidak mempunyai daftar pengundi. Sistem di India, rakyatnya boleh mengundi di mana mereka berada pada hari itu. Dakwat kekal digunakan bagi membuktikan pengundi telah mengundi. Rakyat India terlalu ramai dan ada yang buta huruf kerana itu mereka menggunakan dakwat kekal.
“Di Malaysia ada daftar pengundi dan sistem serta pengundian kita tersusun serta sistematik. Belum pernah lagi ada sejarah atau kes mahkamah membabitkan pengundian berganda. Apa yang pembangkang takutkan sangat,” kata Nazri.
SPR pernah menggunakan dakwat kekal, bagaimanapun perundangan perlu dikaji terutama apabila ada yang enggan dicalit dengan dakwat kekal. Terkini, SPR mencadangkan supaya digunakan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada PRU13 nanti.
Katanya, pendaftaran automatik memberi kesan kepada peratusan keluar undi kerana pengundi berdaftar adalah mereka yang berminat.
Tetapi lebih penting kata Nazri, dalam amalan demokrasi tidak ada paksaan untuk mengundi dan di bawah Perlembagaan Malaysia, mengundi adalah hak mutlak rakyat.
“Demokrasi bermakna rakyat yang buat pilihan, jika anda mahu hak ini, daftarlah sebagai pengundi. Sekiranya ada yang tidak mahu, kita tidak boleh memaksa.
“Kalau pembangkang mahu sangat menggunakan dakwat kekal tapi ada rakyat yang tidak mahu, tidak ada siapa boleh memaksa mereka supaya tangan mereka dicalit,” tambah Nazri.
Tuduhan pembangkang ada rakyat asing menjadi pengundi mengundang sindiran Nazri: “Kita dah kata kalau ada pengundi rakyat asing, tunjuk pada kita. Kita ada pendaftaran cukup lengkap kerana SPR sudah melakukan kerja ini sejak lebih 50 tahun lalu. Semua pengundi ada IC (kad pengenalan).”
Berita Penuh [
KLiK SiNi]
*Aku bukan anti-BERSIH tapi masalahnya perhimpunan haram tu.. SPR dah bersedia nak berbincang tapi Ambiga kata sudah terlambat.. Aku baca dalam
Keadilan Daily.. Jangan ingat aku baca artikel sebelah pihak je.. Aku keluarkan entry yang copy+paste sebelum ni untuk ajak kita berfikir kalau kita berlainan pendapat tu, maaflah ye.. :)