Thursday, December 30, 2010

Catatan #45 : Cuti Menang Bola


Semua sedia maklum, penantian 14 tahun Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila kejayaan milik mutlak pasukan bola sepak harimau kita..Perlawanan tersebutdipancarkanoleh RTM secara langsung menerusi TV1 bermula jam 8.00 malam..
Lantaran itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan esok (Jumaat) sebagai cuti umum..Kejuaraan pasukan bola sepak negara semalam juga adalah yang julung2 kali lantas merampas Piala Suzuki AFF itu dari tangan Indonesia..

*Tahniah buat jurulatih bola sepak kebangsaan K.Rajagopal kerana mampu membawa pasukan negara ke final dan menjuarai perlawanan..
*Tahniah juga buat pemain Mohd Safee Sali yang menjaringkan sebanyak 5 gol untuk musim ini dan turut dianugerahkan "Top Soccer Award"


 p/s : Hari ini hari terakhir bekerja dalam tahun 2010.. Tahun hadapan barulah turun kerja balik!

Friday, December 24, 2010

Catatan #44 : Rahsia Adik Aku Dapat 8A PMR


  • Adik aku dapat 8A sebab kertas peperiksaan tahun 2010 ni amatlah senang berbanding kertas peperiksaan zaman aku, tahun 2004.. *Berpeluh2 aku jawab time tu dow, susah giler..
  • Adik aku dapat 8A sebab yang ajar dia kat rumah adalah aku.. Sabtu dan ahad memang aku habiskan masa mengajar dia je.. Masa aku PMR, takde sape plak mengajar di rumah.. *Aku terpaksa belajar sendiri..
  • Adik aku dapat 8A sebab dia belajar online, kat rumah ada wifi.. Zaman aku PMR, rumah aku takde line internet dow.. *Nak pegi cyber cafe pun jauh, duit plak takde..
  • Adik aku dapat 8A sebab bila dia tension atau stress tengah2 belajar dia boleh layan facebook, main games.. Masa aku plak, frienster je ade.. Tak dapat nak post status dan berkomen2.. *Tension tau, last2 tak boleh nak belajar..
  • Adik aku dapat 8A sebab dia ada handphone.. Boleh keep in touch dengan classmates.. Aku dulu, lepas PMR baru dapat handphone.. *Susah nak bertanya dengan kawan pasal kerja sekolah..
Tapi kan, walaupun aku cuma dapat 2A je dalam PMR, 6 matapelajaran aku yang lain tu, hanya 2,3 markah je lagi nak dapat A..



(Nota Hatie 2: Tahniah buat adik2 yang dapat semua A dalam PMR, yang dapat 2A pun kira ok what.. Samalah kite ek.. Dan yang kecundang tu, sabarlah.. SPM ade lagi ok..)


Friday, October 29, 2010

"CUTEST BABY CONTEST" bersama Sinar Raudah


Hari ini aku nak join contest Amy Syaquena..
Hari pertama dia anjurkan contest ni dia dah ajak..
Cuma aku suka nak buat last2 minit..
Itu memang hobi aku ek..
Terlalu sukar untuk aku menghakis tabiat buruk aku tu..
Syarat2 dia senang je, lagipun memang aku seorang follower blog tu dan link blog Sinar Raudah


NAMA SI MANJA: MUHAMMAD NURZAFRI ZAQWAN
UMUR SI MANJA: 2 TAHUN
NAMA IBU SI MANJA: NORLIA MADIAN
***

Saturday, October 23, 2010

Catatan #43

Aku sudah 21 tahun..
Aku layak jadi pengundi..
Aku dah mendaftar!
Walaupun undi tu tak wajib, tiada paksaan tapi..
TANGGUNGJAWAB.. :)

*Gambar dari Abg Google*

Aku baru lepas menonton penggulungan Presiden Umno..Semangat aku tengok..Jiwa aku Parti Pesaka Bumiputera (PBB)..Haha..Sebab Umno takde kat Sarawak..Tapi Umno+PBB=BN.. Barisan Nasional jugak..Di bawah satu bumbung..Tapi aku tetap sokong Umnolah sebab, Umno memperkasakan melayu.."Semuanya hasil perjuangan Umno"Bukan aku cakap, Datuk Presiden yang cakap camtu tadi..Ye. Aku sokong 100%.."Walau ape2 pun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan"
Ni pun Perdana Menteri yang kata..Ye. Aku sokong 100%..Hanya BN yang layak pegang              MALAYSIA..



"Umno dahulukan rakyat," petikan ucapan Presiden..


Friday, October 22, 2010

Catatan #42 : Jawapan Paling Jujur


Jutaan terima kasih buat Cik Ain sebab tag aku..


1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Kad Pengenalan, kad atm, handphone

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Baju

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan 
perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Tak pernah fikir. Tunggu aku bercinta.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Tak.


5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Entah. Belum bercinta lagi


6. Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Masih single lah.

7. Novel/buku/majalah terakhir yang dibeli?
Travelog Cinta Abadi tulisan Roza Roslan


8. Apakah nama penuh korang?
Normutieah Binti Haji Madian


9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Dua dua pun sama.

10. Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
Perdana Menteri mungkin.

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mesin basuh yang cuci..


12. Dimanakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
Tanah suci Mekah

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Kenapa mesti pilih? Aku nak dua dua.


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag..
~Nama dia Siti Nurain Binti Kamarudin..
~Dia dah berpunya tau.. *Nak bertunang dah
~Dia seorang follower blog aku..

15. 5 benda yang paling disayangi dalam hidup
~ Handphone
~ Laptop
~ Buku
~ Jam Tangan
~ Barang kemas 

16. Lagu yang paling suka dan selalu dengar
~Haramkah (Melly Goeslow)
~Hati Yang kau Sakiti (Rossa)
~Menanti Cinta (KrisDayanti)
~Pujaan Hati (Kangen Band)
~Terus Terang (Radja)
17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
17 April 1989. Tak pernah sambut.

Thursday, October 21, 2010

Catatan #41 : Cinta Kasyah dan Ayu

Kasyah: Ayu, inilah saat yang sudah lama aku nantikan.
Ayu: Benarkah Kasyah? Apakah kau rela jika aku pergi?
Kasyah: Tidak Ayu. Jangan kau tanya soalan begitu lagi.
Ayu: Kasyah, adakah kau mencintaiku?
Kasyah: Ya Ayu. Selama-lamanya.
Ayu: Pernahkah kau berlaku curang terhadap aku?
Kasyah: Semestinya tidak Ayu.
Ayu: Bertuah aku memilikimu, Kasyah.
Kasyah: Ya Ayu..
Ayu: Kasyah sayangku..

Lupa nak bagitau..Untuk lebih dramatik, silalah baca dialog ni dari bawah ke atas..



Thursday, October 14, 2010

Catatan #40


Aku puas!
Selesai menonton sandiwara atas pentas..
Bertopengkan hawa nafsu buas..
Semua yang memandang terpukau lemas..
Mungkin hanya aku yang panas..

Hey, kau sang diktator!
Ajaran kau sesat syaitan!
Ibarat penjajahan kuku besi berkarat!

Monday, October 11, 2010

Catatan #39 : Keabadian Cinta


 (i)
Saya benci awak..
Sebab surat awak buat saya tersentuh..

Saya benci awak..
Sebab awak faham dunia kegelapan saya..

Saya benci awak..
Sebab awak telah buat saya jatuh cinta..

Tapi kita tak boleh bersama..
Awak tak boleh mendengar dan saya tak boleh melihat..







 (ii)
Cinta itu BUTA..
Tapi saya katakan cinta itu membuatkan kita melihat lebih jauh ke dalam..
Cinta tak perlukan mata..
Cinta tak perlukan telinga..
Cinta hanya perlukan hati..

p/s : Keabadian Cinta adalah sebuah drama yang aku tonton di Astro Ria..
p/ss : Cinta perlukan hati! Jadi tak usah pandang paras rupa, kekayaan mahupun pangkat.. 

Friday, October 08, 2010

3 Soalan dalam 1 Jawapan

Seorang pemuda melanjutkan pelajaran di luar negara. Setelah kembali ke tanah air, dia meminta ibu bapanya mencari guru Agama atau Kiyai atau seseiapa sahaja yang mampu menjawab 3 pertanyaannya.
Kemudian, seorang Kiyai ditemukan kepada pemuda tesebut.

Pemuda: Anda siapa? Apakah anda yakin anda boleh menjawab kesemua pertanyaan saya?
Kiyai: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya, saya akan jawab pertanyaan2 saudara.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini, saya pernah bertanya kepada Professor dan orang2 pintar yang lain, tetapi mereka semua tidak mampu menjawab soalan2 saya.
Kiyai: Saya akan cuba mengikut kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 soalan. Pertama, kalau Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya. Kedua, apakah yang dinamakan takdir? Ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api, mengapa ianya dimasukkan ke dalam neraka sedangkan syaitan turut dicipta daripada api? Tentu saja tidak menyakitkan buat syaitan kerana kedua2nya daripada unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengar kesemua pertanyaan tersebut, lantas Kiyai menampar laju muka pemuda itu.

Pemuda: [Sambil menahan kesakitan] Kenapa anda menampar saya? Anda marah dengan soalan2 yang saya kemukakan?
Kiyai: Jangan salah faham. Saya langsung tidak marah. Sebaliknya, tamparan itu adalah jawapan kepada kesemua pertanyaan saudara.
Pemuda: Saya tidak faham apa yang anda maksudkan.
Kiyai: Bagaimana rasa tamparan saya itu?
Pemuda: Tentu saja saya merasa sakit.
Kiyai: Jadi saudara percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?
Pemuda: Ya. Saya percaya!
Kiyai: Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu.

Pemuda itu hanya terdiam dan tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan Kiyai itu. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, namun tidak dapat menunjukkan kepada Kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai: Itulah jawapan kepada soalan pertama saudara. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tetapi tidak mampu melihat-Nya.

Si pemuda mengerti apa yang dimaksudkan dan mengakui kebenaran kata2 Kiyai itu.

Kiyai: Apakah malam tadi saudara bermimpi ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak!
Kiyai: Apakah saudara terfikir akan ditampar oleh saya hari ini?
Pemuda: Tidak!
Kiyai: Itulah yang dinamakan takdir.

Sekali lagi, pemuda itu terdiam dan mengakui kebenaran kata2 Kiyai sebentar tadi.

Kiyai: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar saudara?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Terbuat dari apakah pipi saudara yang telah saya tampar?
Pemuda: Kulit.
Kiyai: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai: Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan daripada api dan neraka juga terbuat daripada api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan, biarpun kedua2nya dari unsur yang sama.

Mendengar jawapan yang diberikan, pemuda itu tidak menjawab dengan apa2 alasan. Sesungguhnya, memang benar apa yang dikatakan oleh Kiyai itu.


Sumber: Blog cg_Mila


(Nota Hatie: Pernah dulu baca satu buku berkisar dengan soal jawab agama oleh Kiyai dan beberapa orang yang berlainan agama. Tapi tak ingat tajuk buku tu.. Nak cari balik lah..)

Sunday, October 03, 2010

Catatan #38 : Sahabat


Yang diucap begitu indah..
Pabila bibir merah mula mengatur bicara..
Ditambah pula lesung pipit pemanis muka..
Komplit!!!
Aku tersentap..
Terlalu banyak komplikasi dalam dirimu sahabatku..
Apa kau sudah lupa?
Kita pernah berkompromi..
Saat dan tika itu hanya engkau penyimpan rahsiaku..
Aku jatuh dan bangun semula..
Gigih kerana aku mahu engkau bangkit juga bersamaku..
Gembira tidak terkata..
Dan melompat bagai langit itu rendah..
Ingin kugapai bintang berkelip..
Berikan pada engkau untuk menerangi kehidupanmu..
Tapi..
Angan-angan itu selalu musnah..
Si perawan yang kau kejar telah menggelapkan duniamu..
Perempuan tidak dipercaya lagi..
 Jalan hitam itu kau pilih semula..
AKU BENCI!!!
Aku rela melihat kau tenggelam sekarang..
Kerna aku tak mahu desa itu hilang kemudiannya..
Buka matamu tajamkan penglihatanmu..
Ramai lagi kesuma menanti..
Kendatipun bukan milikmu..
Ahhh..
Engkau pasti mahukan jantan itu juga!
Cinta terbelit..
Gunalah jampi serapahmu..
Hendah ku lihat bahagiamu..
Atau mungkin deritamu..
Maafkan aku sahabat, kata-kata ku tulus suci..
Automatik! Kuasa gear itu laju..
Menggerak hati setelah lama tidak bermain dengan emosi..
Tidak kau ingin merasai pengalaman monogami?
Indah seperti kata-katamu yang kerdil..

Tuesday, September 28, 2010

Candid Camera Contest

Klik sini untuk mengetahui syarat2 pertandingan..
















Aku pertaruhkan gambar ini.. Hahaha..


Saturday, September 25, 2010

Peringatan : Pesanan PDRM Kepada Gadis

Please inform all your daughters, family, wife, husband, children, mother, even grandmother for their protection... Message from the Kuala Lumpur Police department.

Police Message: Coke + Ajinomoto = Can be Used To Rape Ladies

DO YOU KNOW? Coke + Ajinomoto = Can be Used To Rape Ladies

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink.

It is a cheap and widely used method.

This method was used in Canny Ong murder.

Rapist uses this method.

Coca-cola + ajinomoto/monosodium glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.

This mixture is poisonous if used too often on the victim.

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even
if it is your friend that you are not very close with.

Regards,

Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

Salam Ukhuwah..~

P/s : Sekadar berkongsi ye.. Sumber dari SINI..

Wednesday, September 08, 2010

Catatan #37 : Gay dan Lesbian

Masalah Si Lelaki:
"Lelaki GAY mahu berubah"
Untuk jawapan kepada permasalan itu, rujuk --> Klik sini


Si Perempuan:
"Remaja LESBIAN benci lelaki"
Untuk jawapan kepada permasalahan itu, rujuk --> Klik sini




p/s : Ini sahaja yang aku dapat bantu kalau kalian mahu berubah. Aku bukan ustazah atau pakar kaunseling. yang aku mampu memberikan link bagi masalah anda. Hehehe. 
p/ss : Elok dah Allah cipata kita ni berpasangan lelaki perempuan, manusia ni memang bijak pandai pulak nak mengubah. Haish.

Tuesday, September 07, 2010

Catatan #36 : Kad Raya



Dengan ini aku, Farid Kamil, Awal Ashaari dan Aznil Nawawi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Hahaha.

Monday, September 06, 2010

Catatan #35 : Dear Crush

Kengkonon aku nak taip entri ni pakai bahasa Inggeris lepas tu aku baru teringat yang aku bukan seorang yang bijak dalam menyusun kata menggunakan bahasa asing. Ahhh, senang kata tak pandailah! Hahaha.

Begini.
Dulu zaman sekolah aku suka dengan seorang lelaki ini. Masa itu aku di tingakatan empat. Lelaki itu pula baru habis belajar kat politeknik Kuching. Agak agak umur dia mungkin awal 20an. Lelaki ini bernama Fairol. Ya, aku ingat nama dia. Dia kawan kepada kawan aku. Kini sudah 5 tahun berlalu tapi aku tetap suka sama dia. Cumanya ia tak sama seperti hari pertama aku jatuh cinta sama dia. 

Kau kena ingat, hati manusia boleh berubah. Tak selamanya dia boleh menanti kita. Tapi bodohnya aku bila tunggu lelaki ni selama 5 tahun. Padahal habuk pun aku tak dapat. Hahaha. Kesimpulannya, aku ini setia orangnya. Motif?



p/s : Aku sudah mulai buka pintu hati untuk melihat lelaki lain. Macam mana aku boleh taip ayat sebegini teruk?
p/ss : Inilah dia bahana tengok Step Up sorang sorang, kan dah feeling lebih! 

Sunday, September 05, 2010

Catatan #34 : Sunyi

Jangan disoal tentang hati,
Kelak pedih kita sendiri.

Tapi sunyi.

Itu persoalan yang kalau ditanya pada aku,
Aku buntu.

Aku pasti cinta itu datang,
Tanpa kita sedar, 
Ia datang tiba tiba.

Tapi bila.

Itu persoalan yang kalau ditanya pada aku,
Aku buntu.

Saat jantung kau berdegup kencang,
Pasti ada pasanganmu depan mata.

Benarkah?

Itu persoalan yang kalau ditanya pada aku,
Aku jawab ENTAHLAH.

Aku tak pernah alami.          

Friday, September 03, 2010

Catatan #33 : Bonus Raya





Akhirnya, buat pertama kali aku dapat bonus raya! Sebulan gaji. Nampak tak RM650.00. Ya itu gaji aku. Aku kerja kuli bukan bos, so terima jelah gaji kecik sekalipun. Asalkan halal. Okbai.

Wednesday, September 01, 2010

Hot FM : Ikhwan dan dot dot dot..




*RYNA protege FBI*
*SHAH protege FAFAU*
*ZHANA protege TINI*
*MIEM protege LEYA*
*DEEN protege AG*
*CHAD protege KIERAN*


Deen ialah abang saya. Dia telah menjadi finalis untuk pencarian DJ Hotfm baru dalam program "Ikhwan dan dot dot dot". Jadi saya memohon jasa baik tuan tuan dan puan puan, saudara saudari yang membaca entri ini untuk mengundi. (Ayat macam karangan budak sekolah. Hahaha.)

Sunday, August 29, 2010

Catatan #32 : Aku Tak Kuat

Kadang kadang aku tak tahu dimana tempat untuk aku luah segala permasalahan aku. Selalunya aku akan menangis dalam bilik sorang sorang. Takde orang tahu. Adalah sorang dua rakan yang menjadi tempat untuk aku berkongsi cerita suka duka. Aku tak kuat sebenarnya tanggung sorang sorang. Aku perlukan pendengar yang bukan hanya menadah telinga saja! Tapi turut jadi penasihat. Sukar. 

Tipu kalau tiada manusia yang tiada masalah dalam hidup! Aku ini pula jenisnya bukan suka kongsi cerita dengan keluarga. Ada perkara aku beritahu mereka tapi ada perkara yang aku rasa kalau aku beritahu mereka, ianya tidak membantu! Jadi aku cari teman berbicara. Erm, orang boleh kata Allah itu maha pendengar. Yes. Aku tak nafikan. Aku solat. Aku berdoa. Perlu ke aku beritahu pada dunia? No! Luahan perasaan dari manusia kepada manusia itu sekurang kurangnya berupaya memberi sedikit suntikan semangat sebenarnya. 



p/s : Ini bukan soal cinta! Yang pasti.  

Catatan #31 : Jawapan Jujur

SECARA JUJUR, APA PERISTIWA PALING GEMBIRA PERNAH MENYENTAP KE DALAM HATI ANDA PADA TAHUN LEPAS?
Tahun lepas aku kerja kontrak 6 bulan di pejabat tenaga kerja dan terbercinta kat seorang budak lelaki semenanjung. Yang menyentap ke dalam hati ialah macam mana aku boleh couple pulak ni? Hahaha. Tapi dah putus cuma bertahan sebulan setengah je kot. Aku tak bolehlah dari kawan lepastu bertukar kepada pasangan kekasih. Lebih baik kenal lepas tu terus jadi kekasih. Baru syok!

SECARA JUJUR, SIAPA YANG SENTIASA BERADA DI DALAM HATI ANDA SELAIN IBU BAPA DAN KELUARGA?
Masih belum berpunya. Oh sedih. So, tiada siapa.

SECARA JUJUR, SEBUTKAN KENAPA ANDA MENULIS BLOG?
Entah. Suka suka.
 
SECARA JUJUR, ADAKAH ANDA RASA DIRI ANDA BERHARGA?
Mestilah. Apa punya soalan ni hoi?

SECARA JUJUR, APA CITA-CITA ANDA TIME KECIK2 DULU?
Aku ingat lagi masa sekolah rendah kita ada satu kad warna kuning dan dekat belakang tu tanya cita cita. Ada 3 kotak, pilihan cita cita satu, dua dan tiga. Setiap tahun kena isi dari darjah satu sampai enam. Dan aku jawab sama je. POLIS, PEGUAM dan WARTAWAN.
 
SECARA JUJUR, SIAPA YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN ANDA UNTUK DI TAG SEKARANG? SEBUT 5.



p/s : Ok selesai jawab tag. Terima kasih Ima. Penat jawab.

Contest Mimik Muka Paling Hodoh



Nak join?
Masih sempat lagi..
Klik sini untuk keterangan lebih lanjut ye..



Aku tag :

Black and White Contest




Korang kalo nak join masih sempat lagi..
 Baca syarat syarat tuan penganjur dulu ye..
Boleh klik sini untuk keterangan lebih lanjut..
Gambar yang aku pertaruhkan..


Nak Tag :
Along
Bro Loq
Kimie
Ijie