Kalau diikuti perkembangan satu persatu kes gadis hilang ni, bukan semua yang betul betul diculik.. Tapi, memang tak dinafikan ada yang menerima nasib malang apabila dijumpai dibunuh dan takziah buat keluarga Nurul Atikah Shamsiah..
Yang menjadi persoalan, kenapa ada yang sanggup menipu diri hilang semata mata mahu kan wang tebusan? Kesian mak bapak yang kena pergi balai polis untuk buat laporan, pastu masuk surat khabar lagi.. Tak kira lagi kata kata kesat "tak pandai jaga anak" kedengaran.. Itu kes gadis bernama Ameerah Asha Azizan..
Hilang sebab lari ikut kekasih hati macam kes Siti Nur Fatihah dan Nurul Zakiah Hidayah Azman plak, agak melampau ye.. Kot iye pun ada masalah yang kita hadapi kat rumah, kita tak boleh lari macam tu je wahai si anak.. Fikirlah ibu ayah! Anak yatim piatu ramai yang merindui orang tua mereka tau.. Korang plak senang je lari ikut teman lelaki dan tinggalkan mak bapak korang yang masih hidup tu.. Sampai hati!
p/s : Budak remaja sekarang memang advance giler! Bercinta mengalahkan orang dewasa yang bekerja padahal mereka masih budak sekolah. Yang paling tak tahan bila budak sekolah bercinta pakai panggilan "papa-mama".. Geli aku! Ahh, aku jugak yang single