*10 SEBAB MENGAPA RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENJAUHI PERHIMPUNAN BERSIH*
1) BERSIH sebenarnya diadakan dengan mempunyai agenda halus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan atas kes liwat. 9 Julai yg dipilih sebagai tarikh BERSIH sebenarnya merupakan tarikh di mana Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sg. Buloh. Jadi, pakatan haram cuba mencetuskan huru-hara dengan harapan mereka dapat menjatuhkan kerajaan, seterusnya menyelamatkan Anwar.
3) BERSIH boleh mengundang campur tangan asing terhadap hal ehwal negara ini. Mengambil contoh seperti apa yg berlaku di Libya, negara asing khususnya yg tidak sefahaman dengan Malaysia sudah pasti akan mengambil kesempatan ini untuk bertindak dari aspek ketenteraan dan sekatan ekonomi jika perhimpunan berlarutan ke tahap pertumpahan berdarah. Akhirnya, negara ini akan dijajah sekali lagi.
7) Khusus untuk org Melayu, BERSIH berkemungkinan besar mencetuskan pertempuran berdarah di antara dua kumpulan Melayu yg bertentangan ideologi. Satu pihak menyokong BERSIH iaitu Melayu pakatan haram, manakala UMNO dan PERKASA menentang BERSIH. Jika 13 Mei 1969 diingati sebagai tragedi berdarah rusuhan kaum, 9 Julai 2011 pula mungkin akan diingati kerana tercetusnya rusuhan berdarah sesama org Melayu.
8) Org Melayu Islam yg dijangka menjadi peserta teramai BERSIH bakal diperkudakan oleh puak-puak kafir seperti Ambiga Sreenevasan, DAP dan komunis PSM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg diketuai oleh org Melayu Islam. Puak kafir ini hanya akan memberi arahan saja kepada org Melayu tanpa perlu turun berdemonstrasi. Yang akan mati katak nanti adalah org Melayu juga.
9) BERSIH digunakan oleh puak pakatan haram untuk mengubah struktur negara ini. Jika berjaya, mereka bakal meminda Perlembagaan dengan menghapuskan Perkara 153, memansuhkan sistem beraja di negara ini dan memastikan Kristian diangkat sebagai agama rasmi negara.
p/s : Tak mustahil point no9 itu akan terjadi.. Dan mungkin hak keistimewaan orang Melayu juga turut disingkirkan andaikata 'mereka' berjaya.. Orang Melayu harus bersatu padu bukan berpecah belah.. Jangan jadi alat untuk diperbodohkan oleh orang yang hanya mempunyai agenda tersembunyi.. Tak perlu perhimpunan haram BERSIH,, hantar memorandum sudah cukup.. Baca [SINi] perjuangan anak Melayu sebenar #PapaGomo