Sunday, October 28, 2012

Catatan #101 : Rindu

Kalau pertemuan itu adalah yang pertama dan terakhir, pastinya aku telah hentikan waktu. Agar aku dan dia terus bersama akhirnya. Tapi aku tak punya kuasa cuma mampu beritahu pada Tuhan bahawa aku merindui saat yang telah DIA aturkan itu. Sungguh sayang, aku rindu kenangan lalu bersamamu waima sekejap--rasa.

Sumpah aku tak pernah lupa saat itu. Tapi kita kena akur setiap yang bermula pasti akan berakhir. Tapi aku harap hubungan aku tak pernah berakhir dengan dia. Mahu saja aku pegang erat tangannya lalu dibawa lari di ketika itu. Hanya ingin bilang "selepas ini awak akan menjadi orang yang paling saya rindu hari hari."

Ya. Sejak tarikh bahagia itu berlalu, maka datangnya malam ini dan malam sebelumnya. Aku rindu sama dia! Aku boleh kawal tak call dia walaupun hati ini memberontak mahu mendail nombor bimbitnya, aku boleh kawal tak bbm dia walaupun hati ini menggila mahu meluah isi hati padanya, tapi aku TAK boleh kawal perasaan rindu ini yang seakan memanggil aku untuk mendengar suaranya. Moga moga boleh jadi ubat pada sakit ini. Ahh. Aku rasa perasaan ini betul betul sial. Pergi jauh wahai kerinduan. Aku tak tertanggung sakit merindu. Kerana yang dirindu buat tak tahu.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 23, 2012

Catatan #100 : Merahnya Hati

*Andaikan buah strawberry itu adalah hati (sila bayang sekarang)*

Hati itu merah sebab darah kan? Ahh. Lantaklah. Sebab aku bukan pelajar aliran sains. Dari sekolah menengah aku belajar di kelas aliran sastera sampailah ke peringkat universiti. Yang aku tahu hati itu satu tempat yang suci dimana letaknya cinta. Ecewah!

Aku bukan skuad Terfaktab yang nak buat entri jiwang bagai tau tapi kadang kadang bila malam begini, penyakit jiwa kacau selalu je mengganggu. Cuma aku pelik dengan segelintir manusia yang bernama lelaki.

"Hey awak, kalau dah berpunya tu buat cara ada pasangan boleh tak?"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 22, 2012

Catatan #99 : Rokok

Ikutkan tiada sebab aku perlu ambil tahu masalah kenaikan harga rokok 20sen bermula hari ini. Sebab aku bukan perempuan yang merokok. Berita tentang kenaikan 20sen ini pun aku tahu dari twitter bila TL penuh cerita rokok. Rata rata lelaki bengang. Dalam hati "eh, bukan ke merokok itu nampak macho? Setakat naik 20sen tak kan terjejas ke-macho-an jantan kat Malaysia kot." HAHA.

Aku faham perasaan kaum adam ni, dah sah sah hak merokok hak mereka tapi hak sakit anda hak perempuan yang jaga. Itu kena ambil peduli jugak cik abang. Memang sakit itu bukanlah berpunca dari rokok semata tapi kebanyakan. Dan aku tak nafikan jugak, perokok tu mati kadang kadang bukan sebab kanser paru paru mungkin sebab kencing tikus. Ini semua Allah punya kuasa tapi bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?

Samalah macam kes kerajaan kurangkan subsidi gula 20sen dan mengakibatkan kenaikan harga gula di pasaran. Peniaga kedai makan pula ambil peluang naik harga air, pelanggan pun marah kerajaan. Padahal inilah cara didikan awal. Kalau kita rasa terbeban, apa kata kita kurangkan pembelian. Itu tindakan bijak sebenarnya. Kurangkan manis dalam minuman dan kurangkan merokok juga! Atau mungkin juga mengurangkan kelajuan pemanduan sebab kehadiran AES. Siapa tak tahu apa itu AES, pegi cari akhbar Sinar Harian. Front page lagi.

Oh maaf. Sepatutnya entri aku pasal rokok. Tapi isu ini pun terkait sama. Walau apa apa pun aku tak sokong kalau ada kempen nak turunkan harga rokok sebab ia bukan makanan penting. Baik turunkan harga coklat kitkat ke, kan elok. Atau turun harga buah! Aaa~ Ini nak turun harga rokok? Kelakar. Padahal orang hisap rokok ni orang kaya sebab dia pegi bakar duit. *aku rasa ramai yang tak setuju, tapi aku nak cakap jugak!


P/s : Para awek tak perlu nasihat pakwe agar berhenti merokok sebab memang TAK.
P/ss : Entri ini dari pagi tadi aku taip sambung tengahari sambung petang sambung malam. Siap.
P/sss : Bolehlah tido awal malam ni.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 18, 2012

Catatan #98 : Jururawat Kerajaan

Ketika aku menulis entri ini aku berada di Poliklinik dan seperti kebiasaan penantian itu menguji tahap kesabaran. Aku bukan nak kondem perihal klinik kerajaan yang punya ramai manusia dan kelecehan menunggu dan bila mana nombor giliran tiba perkhidmatan yang diperoleh setanding dengan bayaran RM1 yang dikenakan. Oh. Aku rasa tak perlu dikisahcerita memandangkan rata rata rakyat Malaysia pernah alami sendiri.

Aku cuma nak highlight berkenaan jururawat. Ini pun kes berat. Takut takut jugak aku kena saman. Tapi ini cuma pandangan insan marhain saja. Jadi aku rasa dikecualikan untuk diambil tindakan undang undang. Haha. Ok. Sebenarnya aku macam kesian tengok jururawat perempuan yang veteran. Aku kira bagaimana mereka di usia 60 tahun? Mampukah mereka merawat pesakit atau mereka juga mungkin bergelar pesakit?

Usia persaraan di negara sekarang menjangkau 60 tahun. Yes, ramai yang bangkang sebab bukan atas faktor golongan muda akan bertambah jumlah menganggur je tetapi atas faktor kesihatan dan kecantikan/kelawaan/kehenseman juga (boleh diambilkira sila jangan diremehtemehkan). Tolonglah. 

Maka dengan ini aku rasa kajian menyeluruh harus dilakukan. Eh, dulu usia penjawat awam pencen 55 tahun kemudian dilanjut ke 56 tahun dan bapak aku antara orang yang menikmati lanjutan usia persaraan kerajaan ketika itu. Pada perkiraan aku 55 atau 56 pun sudah memadai memandangkan tahap kesihatan manusia sekarang berada di tahap sederhana. Semalam atau dua hari lepas aku baca dalam surat khabar tentang separuh dari golongan kakitangan kerajaan di Sarawak menghidap sakit darah tinggi. See. Separuh! Bayangkan! Bukan 5% atau 10%. Ini bukti semakin kita lanjut usia semakin kita stress. Ahh. Aku umur muda pun kadang kadang stress jugak.

P/s : Panjang jugak entri ini. Aku fikir nak tulis pendek je. Haha.
P/ss : Aku harap kenalan aku kerja jururawat kat hospital tak kecil hati dan kepada rakan rakan bakal jururawat bekas pelajar Kolej Shahputra Kuantan. Haha. Aku harap korang tak kerja sampai umur 60 tahun!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 16, 2012

Catatan #97 : Oh Dunia

Hai. Nama saya Normutieah. Kawan kawan panggil Tieah. Tapi ada jugak kawan panggil Nor dan saya ok. Ahh. Carut lebih. Aku cuma mahu me-war-war-kan tentang penerjunan aku ke dalam dunia baru. Ingat Felix je boleh terjun dari angkasa lepas ke bumi? (Oh cerita ini masih segar dalam ingatan)

Dunia yang aku maksudkan adalah bidang 'kerjaya'. Harap maklum. Yes, bunyi macam profesional giler kan? Ahh. Sekali sekala berperasaan bongkak sedikit. Ape ade hal? Haha. Sooooo, hari ini aku bukak buku baru dan cuba menutup buku lama yang aku fikir ada sinar harapan rupa rupanya aku yang perlu melangkah ke hadapan. Padanlah aku selalu dapat ceramah free dari teman teman rapat aku. Entahlah. Memang sukar aku nak hakis sifat 'kesetiaan' yang tak bertempat dalam diri ini. (Bukan soal cinta, jauh sekali)

Cerita buku baru tak perlu dikongsi sebab belum masuk bab 1 pun, baru mukadimah. Jadi tiada yang istimewa untuk dicoret. Buku lama? Aku sayang sebenarnya tapi aku terpaksa berhenti sebab aku telah pilih pengalaman sebulan dari meneruskan khidmat. Ketika itu jugak aku tak boleh berfikir secara waras dan terasa down sangat sangat. Aku menangis dan tiada siapa pujuk :( Ini sedih betul. Haha. Tapi aku tetap berterima kasih dengan teman teman rapat yang faham dan beri aku nasihat serta kata kata perangsang. Bila teringat balik rasa geli geli jugak. Aku tak pernah menangis depan BFF aku. Aku tak pernah call BFF aku sampai menangis. NO. Tapi keadaan memaksa ketika itu. Family? Kalau bab stress/sedih/kecewa aku jarang kongsi sebab aku nak sentiasa gembira dihadapan orang orang yang tersayang. Bukan bermaksud aku nak membelakangkan mereka. Aku teringat sekali masa emak aku call di saat perasaan tengah kritikal, di tambah pula situasi yang serabut gila, aku berlagak kuat padahal mata dah merah menahan takungan airmata. Letak je fon airmata macam hujan mengalir laju dan segera aku ke washroom. *sigh

Aku rasa tangan aku kebas menaip panjang panjang ni. Mohon undur diri. Hehe. Aku harap lepas ini aku boleh terima kenyataan aku dalam dunia baru! Yang pasti aku masih tak boleh lari dari 'tanah'. Aku tahulah manusia dicipta dari tanah dan ke tanah jua kita kembali, tapi dunia lama dan baru aku pun bercerita tentang 'tanah' jugak. Itu je sama. Yayaya, hari hari kita pijak tanah. Faham.

P/s : Entri ini macam emo semacam. Pelik.
P/ss : Selamat malam. Aku tak boleh nak berjaga macam kelawar sangat dah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Monday, October 15, 2012

Catatan #96 : Penerjun Cinta

Ramainya para lelaki menjadi "penerjun cinta" dan berkicau di Twitter selepas menyaksikan lelaki berumur 43 tahun, Felix Baumgartner berjaya membuat terjunan dengan selamat di bumi dari paras 120,000 kaki. Yang tak tengok live tadi memang rugi. Bukan selalu. Walau ada yang mengutuk RedBull Stratos Project, aku tetap rasa bangga bila dapat menonton sekali.

Apa yang menarik dekat Malaysia usai si Felix menjejakkan kakinya ke tanah, rata rata tuit tentang Red Bull dan Felix. Dan tak kurang juga muncul ayat ayat cinta bandingan terjunan Felix dengan terjunan hati si pencinta wanita/lelaki. Oh, nasib bait takde suara sumbang yang kata ini teori yahudi atau freemason. Beberapa ayat menarik :

"@terfaktab: Terjun free fall ni banyak belanja nya, terjun ke hati saya free je, awak."

"@_siggplus: Mungkin Felix jatuh dari paras yang sangat tinggi, tapi ianya tak mungkin setinggi jatuhnya hati saya kepada awak ♥"

"@nazmiazimazmi: Kelajuan Felix terjun percuma tidak dapat menandingi kelajuan awak mencuri hati saya. #PickupLineRedbullStratos"

"@eatyu: Setinggi mana pun freefall Felix, tinggi lagi cinta saya pada awak #PickupLineRedbullStratos"

"@FaQ4R: awak senantiasa berada di dalam kapsul hati saya #PickupLineRedbullStratos"

Aku nak jugak tulis ayat ayat cinta berunsurkan kejadian rekod dunia yang tercipta.

"Ramainya manusia memuji terjunan Felix tapi saya rasa terjunan awak ke dalam hati ini paling hebat tanpa guna sut khas"

**Untuk pengetahuan, sut khas yang digunapakai oleh Felix menyamai sut angkasawan dengan life support system yang mana ianya membolehkan Felix terjun dengan selamat dan teratur. Gitu~



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 14, 2012

Catatan #95 : Bila Nak Kahwin?

Aku syak 95% daripada rakyat Malaysia yang single mesti pernah kena soal "Bila Nak Kahwin?". Sini. Aku syak 70% daripada rakyat Malaysia yang bertanya itu juga single. Haha. Si penanya atau si penyoal atau lebih tepat yang bertanya soalan itu sebenarnya mahu cari geng untuk menubuhkan Persatuan Single Semalaysia. *ok ini tipu.

Sebenarnya aku tertarik nak kongsi whatsapp aku dengan seorang rakan tadi. Mula mula cerita steady je borak pasal study dan konvo. Dia soal bila aku konvo kot kot sama. Aku kata, ikutkan 2014 tapi kalau kena extend setahun lagi, 2015 jawabnya. Pastu aku pun dok congak kira umur. Alamak. Kalau 2015 bermakna umur aku 26 tahun. Rakan aku ni pun gelak. Dia kata entah entah masa konvo aku bawa anak. Oh. Agak panas statement dia hoi. Dan dan dia mula tanya soalan kegemaran 95% rakyat Malaysia yang berbunyi "Bila Nak Kahwin?"






Panjang lagi kisah penceritaan whatsapp itu cuma terpaksa dipotong sebab muncul nama nama yang boleh mengkantoikan situasi sebenar. Hehe. *tahu pulak aku takut.



P/s : Aku nak review #CerpenNadiaKhan tak jadi, nak review #Bola tak jadi, nak review #AwekChuckTaylor pun tak jadi. Ahh. Tolong semangat kembali.
P/ss : Tadi aku hasilkan 3 tuit #CerpenTwitter dan semua idea datang dari si lelaki XXL itu. Nampaknya, perasaan pada dia masih kuat. Ahh. Tolong.
P/sss : Aku nak tido! Selamat malam. BB memang buat aku gian update blog lah. Ahh. Tolong.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 12, 2012

Catatan #94 : Perempuan Dan Cermin

Sebagai seorang perempuan, maka aku mengakui cermin itu sebagai pelengkap kepada kehidupan kaum hawa. Aku berani jamin, perempuan dalam sehari memang tak sah kalau tak hadap cermin. Dalam sehari tu jugak, mesti lebih dari satu kali perempuan akan tengok cermin. Dan apabila di hadapan cermin. Berkatalah si perempuan ;
"Alamak, jerawat lah!"

Lalu, aksi memicit jerawat menggunakan jari pun berlaku walhal ramai yang kata kalau kita picit jerawat tu makin menjadilah ia. Tapi perkara itu bagaikan kau mengutuk Buletin Utama tapi kau tetap layan jugak. Gitu. *eh ada kena mengena ke?

Sebenarnya entri ni wujud sebab aku tak boleh tido! Pastu aku takde idea nak update blog. Kebetulan gambar kat atas tu aku ambik sebelum keluar makan dengan kawan tadi. Haha. Tapi memang perempuan gila bergambar depan cermin! Ni fakta. Lagi lagi cermin toilet. Ini nasib baik cermin dalam bilik tidur aku. Aku tak pasti kenapa tapi pada aku, cermin tandas hotel misalnya, cantik dan cahaya lampu menarik.

P/s : Aku nak tido awal tapi tak boleh! Sudahlah esok lepas subuh bukan boleh sambung tido macam selalu.
P/ss : Esok hari penting buat aku. Doakan yang terbaik ya. Selamat malam.
P/sss : Entri ini wujud jugak sebab penangan update blog pakai BB lah ni. Penyakit gian!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 10, 2012

Catatan #93 : Andai Aku Hilang

Di dalam rumah itu ada sebuah bilik.

Di dalam bilik itu ada almari.

Di dalam almari itu ada laci.

Di dalam laci itu ada kotak.

Ya kotak.
Kotak kasut.

Didalamnya bukan alas kaki.
Tapi hati yang terpijakkan.

Sayang,
Ambil hati itu. Ia tak berkunci. Telah lama aku buang. Saat kau bikin aku jatuh cinta. Terus aku simpan hati ini untuk kau. Baik baik jaga.


P/s : Oh jiwa kacau. Selamat malam.
P/ss : Tarikh hari ini 10 Oktober ya? Selamat hari tua buat ex boyfriend. Mana boleh lupa tarikh lahir kau cantik. Tapi sumpah. Perasaan aku pada dia hanya kawan.
P/sss : Masalah jugak bila dapat update blog pakai BB ni. Padahal aku dah baring atas katil siap dah padam lampu ready nak tido sejam yang lalu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 09, 2012

Catatan #92 : Sakai

Buat pertama kalinya aku update blog via blackberry! Giler sakai. *woi aku baru tahu ilmu ini ok.

Aku baru ingat nak kasi emak aku BB ni, sebab ikut entri lepas (Catatan #91) aku kecewa. Aku dah boleh hidup tanpa BB. Tapi tapi tapi lepas aku mendapat pengetahuan baru kegunaan sampingan BB ini aku rasa penyakit gian bakal aku hadapi dengan tenang.

Aku rasa lepas ini aku dah boleh berlagak depan orang yang pakai ipad atau samsung note. Haha. Benda kecik macam BB dah serupa benda besar tu jugak, bayar BIS pun RM25 je. Murah. Bulan lepas takde potong dan aku harap bulan ni pun celcom tak potong kredit aku! *serius takde kredit. Baru tadi je aku topup sebab nak call DIA.

Sebab aku call DIA? Masalah negara! Ikutkan tak nak dan sedaya upaya menahan diri. Kira macam proses berpantang jugaklah. Sekali tak boleh. Masalah peribadi boleh tolak tepi tapi sebab masalah negara, kena hadap dia jugak. Tapi tapi tapi, puas! Syok giler dapat dengar suara dia. Phewww~


P/s : Gambar aku tu paparazzi yang ambik, lepas tu letak dalam group kat BBM. Haha. Sabar jelah.
P/ss : Oh. Sememangnya begitulah rupa aku tengah layan BB. Yang pasti ada yang tak senang tengok jari telunjuk aku berada kat LED BB. Ape-ade-hal?
P/sss : Aku masih terasa ke-sa-kai-an ni sebab masih tak sangka aku update blog pakai BB!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, October 06, 2012

Catatan #91 : Kecewa


Motif gambar? Aku rasa sekarang aku boleh hidup tanpa blackberry! Hahaha. Bukan sebab kecewa sebenarnya tetapi lebih kepada muhasabah diri. "Haa, bila sakit baru nak ingat Tuhan!" Ayat klise! Itu orang katalah, tapi sesungguhnya aku tiap masa pun sentiasa beringat.

Maaflah kepada yang BBM, Whatsapp, SMS mahupun yang call aku tu. Aku tak larat. Aku bukan tak nak diganggu tapi entahlah! Aku akan hubungi kalian kalau aku rasa ada yang mustahak. Aku rasa mungkin dua tiga hari lagi kalau semua stabil aku kembali macam biasa. Semoga aku terus kuat!

Sebenarnya selepas aku ambil gambar yang kat atas tu, aku cuma fikir nak buka BBM jer walaupun aku tahu dari 7 BBM yang diterima itu, memang dia takde dalam senarai penghantar. Mana dia nak BBM aku? Ok sedar diri. 



Wednesday, October 03, 2012

Catatan #90 : Cemburu

Hey lelaki, tahukah anda perempuan cemburu tanda sayang?

Hey lelaki, tahukah anda perempuan sayang sebab cinta?

Hey lelaki, tahukah anda perempuan cinta kepada anda?

Hey lelaki, sedarilah bahawa anda telah dipilih oleh perempuan itu.

Dulu aku adalah seorang insan yang agak geli geli juga dengan istilah "cinta". Tak payah nak gelak kalau kau memang kenal siapa aku! Yes, betul aku kasar orangnya. Cemburu itu boleh aku letak antara sifat yang ke99 mungkin yang ada dalam diri ini. Tapi itu dulu sayang! Bukan sekarang. Oh zaman dah berubah. Dulu orang tu tak pakai tudung sekarang tengok dah mula pakai tudung. Alhamdulillah. Itulah perubahan. Baik ke buruk ke berubah tetap berubah jugak. Samalah macam aku. Sekarang aku baru tahu tentang "cinta". Oh silalah gelakkan aku.

Tipulah kalau aku kata tak pernah couple. Tapi tak bertahan lamanya jadi aku tak anggap itu sebuah cinta. Lagi pulak masa itu umur aku baru 20 tahun. Aku tak matang ketika itu. Aku matang setelah aku mendaftar sebagai pengundi. Hahaha. Percayalah. Kawan lelaki itu ramai dan nyaris nak bertukar hubungan teman tapi mesra kepada sesuatu yang istimewa itu tentu saja ada tetapi aku cepat cepat sedar yang aku memang tidak punya hati kepada insan tersebut. Jadi hubungan menjadi renggang dan syukur kerana kami masih berkawan semula baru baru ini. Ahh. Cerita aku jauh tersasar. Bukan ini topik utama.

Cemburu. Aku fikir tiada sebab untuk aku berperasaan sedemikian sebab antara aku dan dia cuma kawan. Yeke? Atau mungkin hubungan atas dasar "kerja kami" sahaja. Aku pun masih panggil dia Encik _________, walaupun kadang kadang tersasul juga panggil awak! Malu. Hahaha. Haish. Tolonglah. Moga perasaan ini boleh bertukar jadi benci. Tak sanggup. Ini pun aku sedang menahan diri untuk tidak menghantar sebarang bbm pada dia. Dia? Tak pernah nak bbm aku dulu. Eh, pernah sekali dan itulah yang pertama dan yang terakhir mungkin.

*Mari layan lagu Ainan Tasneem ni. Dulu aku tak suka tapi bila melihatkan dia, secara tiba tiba lirik lagu ini bermain kat minda dan meniti di bibir.






p/s : Tadi lepak dengan kawan kawan dan mereka ajak makan burger. Dan seperti selalunya aku memang tak boleh habiskan. Dan aku mulai berfikir mungkin ini salah satu sebab mengapa aku jatuh hati pada lelaki XXL.



Monday, October 01, 2012

Catatan #89 : Kekasih Saiz XXL

Apabila seorang lelaki yang kacak berpasangan dengan seorang perempuan yang cantik itu normal.

Apabila seorang lelaki yang agak kurang dari segi paras rupanya berpasangan dengan seorang perempuan yang cantik itu biasa.

Apabila seorang lelaki yang boleh tahan kacak berpasangan dengan seorang perempuan yang sederhana gaya penampilannya itu juga biasa.

Apabila seorang lelaki montel berpasangan dengan seorang perempuan yang juga montel itu biasa juga.

Tetapi jika lelaki atau perempuan kurus bersama pasangan yang saiz XXL selalunya dilihat seperti pelik sedangkan ia biasa juga sebenarnya.

Mengapa? *Ini sambungan cerita bulan September kepada Oktober*

Ini kisah aku. Yes, memang dulu aku pelik dan tertanya tanya apa istimewa lelaki saiz XXL ini. Sebab aku pernah jumpa kenalan sekolah aku bersama seorang lelaki dengan saiz badan yang agak sihat. Seringkali mereka bersama siap pakai tshirt yang sama atau paling kurang color tu mesti sama. Menampakkan mereka bercinta! Ini perihal rakyat Malaysia--konon sehati sejiwalah berpakaian macam itu. Jadi aku syak memang lelaki itu kekasih dia. Yes, betul. Kenalan aku ini perempuan yang boleh tahan hot jugaklah sebab itu rasa macam dia boleh dapat lelaki lagi hensem dari kekasih dia yang XXL itu. Ahh. Ini betul betul persoalan yang kalau nak jawapan memang kena tanya tuan badan tapi aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan sahih. Namun, saat ini aku telah menemui satu cinta lelaki XXL yang aku lalui sendiri sekaligus menjawab persoalan yang begitu lama aku simpan dalam peti otak. Itulah CINTA. Cinta itu hadir tanpa kita minta untuk ia datang. Cinta itu hadir tanpa kita paksa ia tiba tiba. Cinta juga tak pernah kenal paras rupa, saiz badan apatah lagi jenis kulit kita. Cinta hanya perlu dua hati. Noktah.






p/s : Betul betul tak sangka persoalan yang dua tiga tahun dahulu boleh terjawab sekarang.
p/ss : Sehingga entri ini ditulis, penulis masih single dan menanti cinta lelaki XXL. Hahaha.





Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013 : Belia Tidak Dilupa

Tema Belanjawan 2013 "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah janji Ditepati"

  • Bagi belia yang berumur 21 sehingga 30 tahun yang berpendapatan RM3000 ke bawah layak mendapat rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. 
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 berjumlah RM250 turut memberi kelayakan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM2000.
  • Baucer Buku 1Malaysia kepada pelajar universiti ditambah dari RM200 kepada RM250 manakala bantuan kewangan persekolahan berjumlah RM100 pula diperuntukan kepada pelajar tahun satu sehinggan tingakatan lima.
  • Peminjam PTPTN turut mendapat diskaun 20% sekiranya dapat membayar hutang pinjaman sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi peminjam PTPTN yang membayar secara konsisten bermula 1 Oktober 2012 pula, akan mendapat diskaun sebanyak 10%. 
p/s : Terima kasih PM dan kerajaan Barisan Nasional
p/ss : Ramai kesal sebab PM tak umum turun harga jet. Hahaha.
p/sss : Nak membawa diri. Okbai.

Friday, September 21, 2012

Isu Filem Innocence of Muslims dan Demo Bantahan

*Imej dari google*

Filem "Innocence of Muslims" telah menjadi satu topik hangat minggu ini bukan kerana menang anugerah tetapi ia mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia disebabkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. 

Hari ini Jumaat, akan diadakan demo bantahan terhadap Amerika Syarikat (US) yang langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam dengan membenarkan tayangan filem "Innocence of Muslims". Demo bantahan yang dilakukan itu bakal disertai oleh Pemuda dan Puteri Umno, MCA, MIC serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkasa, Pekida dll. Himpunan aman bertempat di perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat dijangka akan dihadiri oleh 5,000 penyokong.

Desas desus tentang mengatakan Pemuda Umno dan Pemuda Pas akan bersama - sama bergabung menyertai demo bantahan sememangnya benar tetapi akhirnya terpaksa membuat keputusan untuk melakukannya secara berasingan atas faktor keselamatan. Walaubagaimanapun, menurut Khairy, Pemuda Umno dan Pemuda Pas tetap mengamalkan solidariti iaitu mereka saling menyokong antara satu sama lain bagi mengadakan himpunan aman demi mempertahankan Islam. Oleh itu, Pemuda Pas akan berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.




p/s : Berhimpunlah secara aman dan bijak serta jangan sesekali kita merusuh agar musuh kita tidak memandang Islam itu agama keganasan sebaliknya Islam itu tetap agama yang suci dan cintakan keamanan.
p/ss : Mana pergi Pemuda PKR? Tak nak hadiri himpunan aman jugak ke? DAP kita tahu memang anti-Islam. Huhu :)


Wednesday, September 19, 2012

Apa itu Deklarasi Kuching?


Deklarasi Kuching ialah satu perjanjian yang dibuat oleh Pakatan Rakyat pada 16 September yang lalu selari dengan sambutan Hari Malaysia ke49. Ianya mengutamakan 7 perkara berikut :

PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU
Kami akan memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.

PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL
Kami akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.

PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN
Kami akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.

PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT
Kami akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.

PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH
Kami akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.

PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK
Kami akan menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA
Kami akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
 
 
* Aku percaya bahawasanya Barisan Nasional (BN) masih mampu mentadbir negara walaupun tak dinafikan ada cacat celanya sebab kita sebagai manusia memang tak sempurna. Melihat kepada 7 perkara yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) ini aku faham cuma aku tak yakin dan sesungguhnya BN adalah sebuah parti yang telah berpengalaman dalam pentadbiran negara. Masih banyak lagi transformasi yang Dato' Seri Najib Tun Razak mahu lakukan buat rakyat Malaysia. Nak tukar kerajaan? Ingat, ia bukan perkara yang mudah seperti permainan bola sepak yang mana kita boleh pergi bermain untuk pasukan lain semudah kita menukar jersi baru :)


Saturday, September 15, 2012

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia Bukti Suara Siswa Didengari


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar pelajar Institusi Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. KADS1M juga akan diedarkan secara berperingkat. *harap bersabar :)

Apakah syarat untuk mendapatkan KADS1M?
KADS1M diberi secara percuma kepada mahasiswa yang mengikuti pengajian jangka panjang dalam tempoh setahun dan keatas (sijil, diploma, ijazah, masters dan PHD) secara sepenuh masa dan mestilah warganegara Malaysia.

Apakah jenis perkhidmatan atau diskaun yang bakal diterima dengan KADS1M ini?
Produk IT, peruncitan, produk automotif, buku/alat tulis, pakaian/kelengkapan sukan, klinik kesihatan/optometri/cermin mata, makanan/minuman, penginapan/pengangkutan, pusat rawatan/kecantikan dan lain lain tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk senarai syarikat yang terlibat boleh terus [KLiK SiNi]

Apa yang menarik saya nak kongsikan tentang Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) ini ialah, ianya cetusan idea dari siswa sendiri semasa Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 November 2011 yang lalu. Nah, inilah bukti kerajaan (BN) sentiasa dengar suara siswa serta peka dengan kehendak siswa kini. Apa guna kita berdemo di jalanan terpekik terlolong? Siapa mahu dengar suara kita? Siapa mahu peka dengan kehendak kita? Siapa mahu ambil tahu semua itu? Kita yang bergelar mahasiswa perlu fikir langkah bijak untuk kita salurkan pendapat kita dengan cara musyawarah dan teratur. Insya Allah, hajat kita pasti akan sampai pada yang selayaknya. 

Terima kasih MPPK atas hasil daripada mesyuarat tahun lalu, maka wujudnya KADS1M. Seronok walaupun mungkin saya tidak dapat merasainya kerana saya hanya pelajar pengajian Jarak Jauh USM. Namun, saya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang baik buat mahasiswa di negara ini.



p/s : Rasanya yang demo mansuh PTPTN dulu tu dapat hasil tak? Erk.. 
p/ss : Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan. Berita lanjut baca SINI.

 


Wednesday, September 12, 2012

Kenapa Saya Pilih BN dan Saya Tolak PR


Sejak umur 21 tahun aku terasa terpanggil untuk daftarkan diri sebagai pengundi di pejabat pos tanpa paksaan dari mana mana pihak. Dan secara automatiknya juga aku layak mengundi untuk Pilihanraya Undangan Negeri (DUN Sarawak) pada April 2011 yang lalu. Tiada parti lain yang aku sokong selain daripada Barisan Nasional. Keyakinan aku semakin bertambah kepada bendera biru dengan simbol dacing ini apabila aku berpeluang mengikuti beberapa program. 

Sukar untuk meyakinkan orang tentang perjuangan kita kalau sudah berbeza ideologi tapi sebentar tadi saya menemui penulisan dari Pak Andak. Mungkin ini yang saya boleh kongsikan dan perkara ini jugalah yang sering bermain di fikiran saya. Mohon dibaca hingga noktah terakhir.

*******************************************

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sejak pencen, sudah lama saya tidak mengikuti perkembangan semasa dalam negara. Fikir saya cukuplah sekadar menghabiskan hari pencen dengan kebun dan kolam ikan. Fikiran tenang, bebas pula dari tekanan tidak macam zaman bertugas dulu.
Tapi setahun lepas segalanya berubah. Anak sulung saya yang bertugas dengan sebuah syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur, telah membelikan saya komputer tangan Ipad.
Walaupun mula-mula saya tak tahu guna, tapi setelah diajar memang boleh ketagih dengan benda cerdik ni!
Cukup sekadar saya katakan kebun dan kolam jadi isteri nombor dua dan tiga. Mana tidaknya? Berita politik dan semasa ada dijari, cuma perlu sentuh saja di skrin. Percuma pula, tak payah bersusah-susah ke Simpang Empat mencari suratkhabar.
Walaupun saya hanya pemerhati bukan editor atau wartawan berkaliber di Kuala Lumpur, saya tahu sedikit sebanyak tentang situasi politik negara.
Dari pengamatan saya, keadaan amat getir menjelang pilihanraya yang akan datang.
Ada satu cetusan pendapat dari akhbar cina yang baru-baru ini benar-benar menikam hati saya. Harap-harap pengundi lain bersetuju dengan saya. Editorial pendapat tersebut telah ditulis oleh Timbalan Editor Sin Chew Daily.
Saya sekadar berkongsi. Selanjutnya, saudara-saudari fikir sendiri siapa yang perlu diundi.

Sin Chew Daily
28 Ogos 2012

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen. DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR. Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR. Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang. Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP. Soal hudud pun tamat setakat itu.

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP. Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total. DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC. Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya. Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.  

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT. Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.
Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia. Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.  

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan. Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga. Hutang negara pun bertambah secara drastik.

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa. Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat. Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia. Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir. 
  
Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran. Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar. Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang. Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP. Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?
Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia. Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.
Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.

Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?
Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

Sejarah jadi saksi bukan sedikit darah yang tumpah untuk membina bangsa merdeka. Ketika 13 Mei 1969 berlaku, saya sudah mengerti apa maksud rusuhan kaum. Generasi merdeka yang galak mengkritik kanan kiri, mengapi-ngapikan propaganda politik pembangkang, belum lahirpun saat itu. Nak tergelak saya dibuatnya.
Kenapa perlu jadi bahan taruhan ketaksuban politik orang lain? Fikirkan keselamatan dan kocek keluarga sendiri cukuplah.
Tulus Ikhlas,
Pak Andak

Sumber : Blog Fariz Iskandar
 
 (Nota Hatie : Tiap kapal masing masing ada nakhodanya tapi jangan sampai kita pilih kapal dengan 3 nakhodanya..) 

Friday, September 07, 2012

Tak Kira Sokong Bendera Mana, Simbol Apa, Ayuh Layan Video Ni




Sekadar nak berkongsi, mungkin ada yang dah tengok video ceramah dari Ustaz Kazim Elias ni dan mungkin ada yang belum.. Ini antara beberapa potong ayat yang menarik :
  • Cubalah berpolitik, cubalah bercakap dalam perkataan yang baik.
  • Islam tak suruh kita gaduh, Islam tak suruh kita tunjuk perasaan, Islam tak suruh kita menghuruharakan masyarakat. Islam suruh duduk dalam keadaan baik cakap elok elok.
  • "Islam mesti masuk satu parti, keluar parti bukan Islam, tak sokong parti kami bukan Islam, ini salah tuan tuan" -- Parti bukan agama, parti ciptaan manusia, pemimpin parti bukan nabi dan rasul.
  • Bercakaplah bersandarkan pada hukum. Bukankah kita ada al-Quran dan hadis untuk kita rujuk. 
  • Apabila kita taksub mambabi buta, inilah jadinya, fikir fikirlah. Ingat perjuangan kita untuk Allah, perjuangan kita untuk Islam.
  • Kalau salah kita kata salah. Kalau betul kita kata betul. Inilah yang sebenar. Bukan bila salah kita diamkan, orang lain salah kita nampak. Orang lain tak betul kita nampak tapi salah kita, betul kita, kita diamkan. Inilah punca kerosakan.
  • Marilah bersatu atas nama Islam, mempertahankan Islam, mendaulatkan Islam, inilah perjuangan yang benar. Jangan tunduk jangan pesongkan daripada ajaran yang sebenarnya semata mata nak mencari redha sekutu, tambah tambah lagi sekutu itu tak pernah bertauhid kepada Allah tak pernah sujud kepada Allah.

Marilah luangkan masa sejam anda tonton video ceramah kat atas ni.. Alaaa, video Oppa Gangnam Style boleh pulak korang layan beratus kali! Hahaha~


Wednesday, September 05, 2012

Isu Tukar Bendera Jalur Gemilang Kepada Sang Saka Malaya


Sampai hari ini isu ini masih diperkatakan dan tuduh menuduh tuding menuding menyalahkan pihak sebelah sana kian didengari.. Mungkin benar anak muda yang kibarkan bendera ni boleh kata mereka tak mewakili mana mana parti politik tetapi kenapa kibarkan Sang Saka Malaya di ambang kemerdekaan? Dan dikatakan juga, ketika itu Janji Demokrasi ke Janji Bersih pun dibuat sekali pada malam sebelum 31 Ogos itu.. Sooooo, memanglah orang akan claim kau ni pembangkang dengan pakaian kuning kemudian berhimpun kat area situ.. Mengapa mereka kibarkan Sang Saka Malaya? Ini jawapan anak muda itu [KLIK SINI]


Risalah ni pulak angkara siapa? Dikatakan juga ia diedarkan pada malam himpunan Janji Bersih ke Janji Demokrasi yang pakai baju kuning malam ambang merdeka tu.. Tapi tapi tapi, pembangkang kata mereka takde niat nak tukar bendera.. Itu aku pun tak nak campur, urusan pihak polis! Yang pasti aku nak kata, TIDAK pada Sang Saka Malaya sebab dah macam bendera Singapura dan Indonesia plak.. Aku sebut 'macam je'.. Aku masih sayangkan JALUR GEMILANG dan mahu ia terus megah berkibar di bumi MALAYSIA.. 


Aku masih berfikir kenapa nak kibarkan SANG SAKA MALAYA tu??? Walau dah baca blog pemuda yang kibarkan bendera itu, aku still tak puas hati kot.. Pleaselah, kat mana mana negara pun mereka sayangkan bendera negara sendiri.. Plus, kita dah merdeka 55 tahun kenapa masih ada yang berfikiran kolot? Masa Olimpik tempoh hari, semua menanti Lee Chong Wei mahupun Pandelela Rinong menang pingat emas bukan kerana wang semata mata tapi sebab kita nak lagu Negaraku berkumandang di London dan kita nak Jalur Gemilang gah berkibar! Tup tup tup malam ambang merdeka ada belia pergi kibar Sang Saka Malaya! Adoi.. Sedih allahyarham Tunku Abdul Rahman tengok kalau dia masih hidup.. Jangankan beliau, ramai rakyat Malaysia termasuk aku sedih dan kecewa sebab negara ni masih ada anak muda yang tak berapa nak matang dalam berfikir..


**Bendera Persekutuan Tanah Melayu dulu pun bukan macam Sang Saka Malaya ni..



Sunday, August 12, 2012

Catatan #88 : BN Pilihan Orang Muda

Saya pilih BN.. *Gambar sekadar hiasan*

Hampir 3 bulan tak update blog! Yes, aku sibuk dengan program.. Insya Allah, akan aku update setiap aktiviti bersama seorang YB Datuk Haji Matulidi Bin Jusoh--Ahli Parlimen Dungun.. Mengapa beliau? Sebab aku telah di attach bersama beliau dan rakan pelatih yang lain juga sama.. Tiap satu dari kami bertuah kerana mendapat peluang berkhidmat selama sebulan dan mungkin ada yang lebih atau mungkin ada yang terus berkhidmat kepada seorang Ahli Parlimen Umno.. Hey, bukan semua orang dapat merasa 'kerja' di bawah seorang wakil rakyat tahu! Dan korang jangan fikir YB ni duduk goyang kaki je kat rumah atau hanya turun padang bila nak dekat PRU je atau YB ni rasuah lah, makan duit rakyat lah.. TAK! Tak perlu berfikiran sempit sangat bila lihat YB ni hidup mewah.. Ada YB punya bisnes sebelum beliau jadi wakil rakyat lagi tahu! Ini aku bercakap secara umum dan bukan nak merujuk kepada mana mana wakil rakyat tapi itulah situasi yang aku lihat setelah aku bersama YB ni.. Ada YB yang terpaksa dahulukan dan keluarkan duit poket sendiri nak bantu rakyat.. Yes, memang dah tugas YB bantu rakyat tetapi bila aku masuk pejabat parlimen macam macam gelagat manusia yang datang mohon bantuan itu ini.. Yes, tak salah.. Aku faham cuma apa yang aku nak tekankan di sini ialah, bila sudah dapat bantuan itu bersyukurlah dan jangan bersikap "diberi betis nak paha".. Lagi satu perangai manusia yang terima bantuan ni ialah tak tahu berterima kasih! Huhh~

Sooooooooooo, esok lusa aku cuba untuk memuatkan artikel tentang program sepanjang aku bersama YB Datuk Haji Matulidi Bin Jusoh.. Maaf kalau penceritaan agak lambat tetapi aku rasa perlu dan amat perlu memberitahu dan mendedahkan kepada korang semua bahawasanya kerja sebagai seorang YB sangat bizi.. Mereka tidur kadang kadang tu 2-3 jam je sehari dan kadang kadang tidur mereka hanya dalam kereta disebabkan program bersambung sambung.. Penat! Yes, aku yang follow program YB pun rasa semput jugak apatah lagi YB sendiri yang umur jauh lebih tua dari aku.. Hahaha~







(Nota Hatie : Sesungguhnya hari ini baru terasa lega bila satu lembaran baru akan dibuka..)

Tuesday, June 26, 2012

Catatan #87 : Apa Itu BNYV?



BN Youth Volunteers atau ringkasnya BNYV adalah satu platform bagi anak anak muda yang berminat untuk membantu jentera BN dalam pilihanraya yang akan datang.  Oh tiada paksaan jika tidak berminat ya!


Alhamdulillah, pada 24 Jun lepas berjaya menghadirkan diri mewakili Sarawak bersama teman yang lain untuk Bengkel Sukarelawan bertempat di PWTC. Oh sangat teruja!


Emel : bnyv2012@gmail.com
Facebook : BN Youth Volunteers 2012 
Twitter : @bnyv2012

[UPDATE TERKINI]


BNYV Sarawak kini sedang giat mengumpul maklumat diri ahli baru yang berminat menyertai kami. Sila KLIK SINI untuk mengisi borang keahlian bagi memudahkan kami merekod serta menghebahkan aktiviti kepada anda. Harap maklum.

Emel : bnyvsarawak@gmail.com
Facebook Group : BNYV Sarawak
Twitter : @BNYV_SWK

Thursday, May 24, 2012

Perhatikan Muzik Video Band Ini..


Naif - Karena Kamu Cuma Satu










Klangit - Sesal Mendua



**Aku baru berpeluang tengok muzik video Klangit - Sesal Mendua pagi ni.. Lepas tengok dalam hati "Eh macam penah tengok klip video cenggini jugak.." Tangan aku pantas taip kat ruangan search Naif - Karena Kamu Cuma Satu.. Yes! Lebih kurang sama opening dengan spek sekali.. Hahaha.. Beza motor old skool jer~





Monday, May 21, 2012

Catatan #86 : Novel Dosa dan Licik Percuma


Alhamdulillah.. Tak perlu keluar bajet beli buku Fixi bulan ni.. Dah dapat free ni kira bonus! Novel Dosa merupakan novel Indonesia yang berjudul Bukan Perjaka.. Tetapi novel ini terlebih dahulu diterbitkan di Malaysia sebelum Indonesia.. Terjemahan novel ini dari bahasa Indonesia pula telah dilakukan oleh Nabila Najwa.. Novel Licik pula adalah satu satunya novel Fixi yang menggabungkan dua orang penulis.. Dan yang menariknya, turut terselit bahasa sarawak didalamnya! *Bangga jap 


Kenapa aku ada 2 novel Licik? Satu aku dapat dari Fixi sendiri bersama novel Dosa.. Satu lagi aku dapat dari penulis itu sendiri, Julie Anne.. Terima kasih sangat sangat.. Sooooooooooooo, novel Licik yang masih kemas berplastik itu akan ku beri pada seorang blogger yang memang tak pernah lagi baca mana mana buku keluaran Fixi.. Dia banyak layan novel dari publisher lain, so ini buat kamu Afifaa! Harap lepas ni cinta dia terhadap Fixi berkekalan.. Hahaha~


Kalau nak beli novel Dosa dan Licik, klik [SINI]


DOSA (Nuril Basri)

Ricky, bidadara separuh telanjang dan Yusuf yang lembut ala perempuan; siapa sangka mereka pelajar sekolah pondok di Indonesia?

Keluar dengan rela dari rumah orang tuanya, Ricky (17 tahun) terlibat dalam pergaduhan bukan hanya di sekolah, tetapi di dunia luar. Juga berkenalan dengan Iwenk yang menjerumuskannya ke pengalaman baru yang kelam.

Muncul Paris, sebagai penyelamat atau orang yang harus diselamatkan? Oskar pula ditemukan dalam lopak darah di lantai asrama Ricky dan Yusuf.

Dalam dunia malam, mereka mengenal erti persahabatan. Siapa sangka di celah celah apa yang dicop masyarakat sebagai DOSA, mereka dapat menjadi manusia yang lebih baik.

Baca Bab 1 Dosa di [SINI]




LICIK (Julie Anne & Sham Hashim)

Dari usia yang muda, Fira diajar oleh ayahnya Alias untuk menjadi con artist yang sempurna. Dari Skim Cepat Kaya  ke skim melarikan wang hantaran, semuanya disapu. namun kemewahan dua anak beranak ini tergugat apabila seseorang muncul untuk membalas dendam. Mereka terpaksa lari dan bersembunyi.

Peristiwa hitam yang berlaku merubah Fira menjadi seorang yang kejam. Dia kembali ke ibu kota untuk memulakan langkah baru namun bertemu pula dengan Sadik, si penipu kacak.

Bersama Sadik sebagai mastermind--dan juga kekasih--Fira mencipta dunia baru yang serba mewah tetapi berbahaya. Ketika satu persatu mangsa tertipu, ada sesuatu yang mengintai si LICIK yang jelita itu. Apakah penipuan Fira akan bertemu pengakhiran?

Baca Bab 1 dan Bab 2 Licik di [SINI]


**Review akan menyusul nanti.. :)





Tuesday, May 15, 2012

Kenapa Tukar Profile Picture Facebook?


Mungkin ada yang tertanya kenapa ramai tukar gambar profile picture warna coklat dengan orang yang ditutup matanya? 

Kami hanya menyokong--kerana ketika ini lebih 3000 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar. Warna coklat dipilih kerana warna pakaian tersebut telah dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas banduan berani mati ini.

Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan, dan hak hak lain yang diisytiharkan oleh undang undang antarabangsa.


Hari ini 15 Mei juga merupakan Hari Nakba.. Hari ini genap 64 tahun peristiwa yang dikenali sebagai Nakba atau malapetaka yang menimpa rakyat Palestin.. Detik hitam itu berlaku pada tahun 1948 di mana Israel membuka sebuah negara di bumi Palestin--disokong oleh AMERIKA *demyuuuuu


Kini, rakyat Palestin telah menjadi pelarian di negara sendiri..!!! Zionis Yahudi pula bermaharajalela..!!! Simpati dengan nasib umat Islam di Palestin yang telah lebih 60 tahun hidup dalam peperangan.. Oleh itu, ayuh kita TUKAR PROFILE PICTURE.. Ramai yang telah menyahut seruan.. Walau nampak benda macam ni merapu sekurang kurangnya kami tak berdemo di jalanan.. Yes, ini trend! But please, jangan politikan tindakan bersatu kami.. Ini tanda sokongan moral..


**Bukan hanya di facebook, twitter pun sama sayang.. Klik SINI untuk pilihan dp anda..



Default Picture (Solidariti Buat Palestin)






*Ini pilihan aku*


**Kenapa ramai tukar dp ni? Jawapan di SINI..


Catatan #85 : Selamat Hari Ibu


Alhamdulillah, syukur kerana sekali lagi diberi peluang untuk meraikan sambutan hari ibu bersama keluarga semalam.. Seperti tahun yang sebelumnya, kediaman kami sendiri menjadi lokasi pilihan selepas solat zohor.. Bezanya tahun ni emak tak perlu susah payah tiup lilin--kitorang sepakat menempah cupcake! Walaupun tak semua adik beradik dapat kumpul tapi tetap meriah.. :)


"Emak, Selamat Hari Ibu.."



Aku tahu mungkin ada antara kalian cakap : "Hey, mother's day tu haram.."
Atau mungkin ada suara yang kata : "Rosak akidah sambut mother's day.."
Dan ada juga yang cakap : "Hari Ibu bukan sehari tapi hari hari.."

Tapi aku berpegang kepada kata Imam Muda Asyraf dalam twitternya yng berbunyi :
"Saya menghormati pandangan alim ulamak yang jaouh lebih faqih dalam mengharamkan Hari Ibu.. Namun saya dengan rendah diri TIDAK bersetuju untuk mengharamkannya.."

Aku turut percaya dengan kata kata dari DrMAZA menerusi twitternya juga :
"Balik kepada basic, asas apa untuk diharamkan? Tiada asas. Ia harus selagi tiada upacara ibadah khas atau iktikad yang salah.. #mothersday.."


Dan aku dapat tahu daru twitter Wardina Saffiyah pulak yang mempersoalkan :
"Nak tanya, kalau hari ibu tak boleh sambut, Olimpik macam mana? Sebab sebenarnya sukan ini untuk mengagungkan tuhan Zeus???"









*Aku faham kalau orang cakap yang hargai ibu bukan sehari je tapi tak salahkan kalau dalam setahun tu di khusus kan untuk sambutan hari ibu? Macam mana kau boleh luangkan masa konon hari tu anniversary kau dengan kekasih kau macam itulah sambutan hari ibu ni.. Betul, 14 Februari tu kau tak celebrate--haram.. Tapi ulangtahun 'perkekasihan' sambut pulak.. Siap remind dalam handphone kot kot lupa tarikh nanti awek merajuk cari balak lain..! Gitu jugak kau buat untuk ibu..

*Aku juga faham kalau orang cakap yang hargai ibu bukan sehari je tapi hari hari.. Meh sini sat aku nak tanya boleh? Kalau hari ibu tu kau sambut hari hari, apa istimewa yang kau buat untuk setiap hari itu? Memang kayalah kau boleh beli kek hari hari untuk emak siap bagi bunga dan kad lagi.. Tahniah! Tapi berapa orang dalam Malaysia buat camtu ye? Haa~ Sebab itulah tak salah kita khususkan satu hari dalam setahun buat wanita yang bergelar ibu meraikan hari mereka macam guru jugaklah! 16 Mei tu hari di mana cikgu akan pakai lawa lawa sebab nak tengok pelajarnya buat persembahan lepastu cikgu pun ada sesi potong kek lepastu cikgu dapat hadiah.. Begitulah nasib seorang insan yang melahirkan kita.. Mereka inginkan satu hari dimana mereka menanti satu kejutan dari anak anak dengan membawa kek, hadiah dll.. Alangkah bahagia!





p/s : Tengok komen bawah video pasal mother's day kat youtube memang kaw kaw.. Tak perlu kot hina melayu yang sambut hari ibu.. Kau tak sambut diam diam sudahlah..)