Terima kasih kepada yang bagi komen kat entri
SINI tentang ulasan aku terhadap filem Nasi Lemak 2.0.. Aku hargai setiap pandangan korang semua terhadap sikap Namewee sebelum ini yang menghina lagu kebangsaan (Negaraku) dan azan kita.. Aku faham tindakan aku menghargai filem buatan Namewee dikutuk, seolah-olah aku tidak sensitif dengan perbuatan melampau Namewee.. Maaf, bukan niat nak samakan filem ini dengan Perhimpunan Bersih 2.0, tapi nak bagi contoh terdekat kepada yang masih kurang faham.. Tapi dalam filem Nasi Lemak 2.0 langsung tiada perkaitan dengan perhimpunan tersebut malah apa yang disampaikan benar-benar melambangkan kehidupan masyarakat hari ini..
Dulu, kita digemparkan dengan Perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Ambiga yang disokong kuat oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan lain-lain.. Dan pada ketika itu, entri
INI yang aku keluarkan turut dicaci hina sepertimana entri aku semalam tentang filem Nasi Lemak 2.0.. Mengapa? Ramai yang kata objektif Perhimpunan Bersih 2.0 itu baik dan sangat bagus iaitu membersihkan pilihanraya! Selain itu, turut dinyatakan lapan tuntutan semasa Perhimpunan Bersih tersebut..
Apa kaitan Nasi Lemak 2.0 dengan Perhimpunan Bersih 2.0?
Jika dilihat, Nasi Lemak 2.0 adalah arahan Namewee seorang yang punya kes menghina agama Islam dan negara.. Manakala Perhimpunan Bersih 2.0 pula dianjur oleh Datuk Ambiga yang turut punya kes menyokong tindakan Lina Joy yang murtad dan pelbagai kes lain yang turut melibatkan agama Islam.. Persoalannya, kenapa ramai pulak orang melayu yang pergi Perhimpunan Bersih 2.0? Bukankah menyertai perhimpunan tersebut ibarat menyokong Datuk Ambiga? "Kami tak sokong Ambiga, cuma mahu pilihanraya yang bersih dan setuju dengan 8 tuntutan tersebut".. Itulah antara komen-komen yang aku gabungkan--diterima dalam entri-entri aku untuk Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini.. *Bila selesai sudah Perhimpunan Bersih 2.0, nampak bahawasanya perhimpunan tersebut tidak aman sepertimana yang diwar-warkan sebelum ianya dilaksanakan*
Boleh tak kalau aku kata, "Aku tak sokong Namewee, cuma sokong filem tempatan".."Dan aku tonton filem ini sebab ada pengarah hebat Afdlin Shauki turut bersama menjayakan Nasi Lemak 2.0".. Mungkin ada yang gelak sebab sebelum ini aku tak pernah ulas filem-filem tempatan yang aku tonton.. Sebab? Terlalu ramai yang dah ulas dalam blog mereka tapi untuk filem Nasi Lemak 2.0, aku ulas dalam blog aku sebab aku tahu ramai yang menentang filem ini atas tiket perbuatan buruk pengarah filem itu sendiri..
Konklusinya, tak semesti bila aku pergi menonton filem Nasi Lemak 2.0, aku sokong Namewee.. Hanya sokong filem tempatan yang pada hemat aku punya satu pembawaan yang berbeza dari segi tema dan persoalan serta mesej yang tersirat di dalamnya.. Samalah macam orang yang pergi Perhimpunan Bersih 2.0, mereka kata tak sokong pun Ambiga (Sebab beliau turut ada kontoversi jugak), cuma mahu pilihanraya yang bersih serta membawa memorandum yang terdapat lapan tuntutan untuk satu perubahan dalam pilihanraya akan datang.. *Tapi aku tak sokong Perhimpunan Bersih 2.0 sebab aku percaya pilihanraya kat Malaysia masih telus*
Maaf kiranya pandangan kita berbeza, tetapi tidak perlu rasanya mengeluarkan komen begini,
"Kau sokonglah orang kafir tu, bagi untung kat dia".. Tidak perlu bersikap prejudis sebab kita hidup dalam masyarakat majmuk yang harmoni.. Yang punya fikiran sempit berkata sedemikian mungkin lupa, bahawa dia juga punya jiran, rakan sekerja, majikan atau mungkin saudara sendiri yang bukan beragama Islam.. Dan paling penting, ramai antara kita yang makan juga kat Mcdonald, walaupun.. Aku bukan ingin menyanjung tinggi Namewee tapi hasil kerja dia dalam filem Nasi Lemak 2.0 aku suka sama seperti allahyarhamah Yasmin Ahmad dalam filem Sepet.. Ya, memang aku akui tak pernah nak ulas filem tempatan yang lain tetapi kalau sudah aku masih tak menonton, kenapa perlu aku memandai nak mengulas.. Lagipun, ramai dah blogger yang sememangnya punya blog untuk review filem kat Malaysia ni.. Tambahan pula, kalau filem pasal cinta remaja yang biasa--sepertinya pernah kita lihat dalam filem melayu yang lain.. Contoh 3,2,1 Cinta lebih kurang macam filem Kuliah Cinta.. Maaf cakap ye! Kemudian, kalau sorang bikin filem hantu pastu meletup, berlumba jugaklah filem hantu yang lain keluar, tapi semua aku tak layan pun kecuali Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Kerana pada aku filem Mamat Khalid juga sarat dengan mesej seperti filem Rock, Man Laksa, dan Zombi Kampung Pisang..
Kata Afdlin Shauki (pelakon dalam Nasi Lemak 2.0).. Pada pendapat saya, kalau seseorang tu mahu mengambil tanggungjawab atas kesilapannya dulu dan memperbetulkannya kita patut sokong.. Kita semua tahu Tuhan pun maha pengampun dan penyayang, dan saya adalah seseorang yang tak percaya dengan dendam dan kebencian, kerana benda itu selalunya membawa padah.. Masyarakat kita pun banyak menerima kembali orang-orang yang membuat silap, Tun Mahathir (Hero gua yang amat gua sayangi) pun pernah memasuki ISA, Hishammudin Rais diberi pengampunan untuk kembali ke Malaysia, Abang Jamal Abdillah pernah membuat silap dan meminta maaf dan diterima kembali oleh masyarakat.. Janganlah kerana Namewee berbangsa lain kita tak boleh menerima permintaan maafnya.. Point saya adalah, kalau seseorang itu mahu merubah ke arah kebaikan kenapa tidak kita beri peluang dan dalam waktu yang sama, pantau kerja dia supaya dia tak mengulangi apa yang pernah dia buat dulu. Kalau dia buat lagi, maknanya, maaf dia tak ikhlas dan pada ketika itu buatlah apa yang patut, kita nak pulaukan dia ke nak buang negara ke, saya akan sokong sekuat-kuatnya.. *Sambungan di
SINI
Blog lain yang turut memuji filem
Nasi Lemak 2.0
Oh! Artis
Artis Malaysia Terkini
Kritik.Filem.Malaysia
Hari Ini Saya Belajar
p/s : Sebenarnya mentaliti kita masih di tahap rendah.. Apabila seseorang yang pernah melakukan kesilapan suatu ketika dulu akan terus dicop sebagai penjahat! Begitu juga yang berlaku kepada segelintir banduan mahupun penagih dadah yang telah insaf.. Jarang diberikan peluang kedua dan jarang 'diberi muka' oleh masyarakat.. Baru-baru ini gempar isu filem Hantu Bonceng yang mana dikatakan menghina Islam, ya aku masih tak menonton filem ini tapi ada tengok kat youtube.. Tengoklah orang melayu sendiri punya cerita pun boleh bikin sebegitu? Fikir-fikirkanlah.. :)