Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.
Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
Terdahulu hari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dirinya lebih Melayu daripada Malaysian.
Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?
Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.
Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.
Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.
Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.
Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.
Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.
Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.
Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.
Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.
Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.
Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan negara.
(Sumber : Facebook
Dr Mahathir)
* Memang ada betulnya apa yang disampaikan oleh Tun Dr Mahathir tapi aku pelik arr kenapa masih ada yang nak tentang, nak gulingkan kerajaan??? Kenapa benci sangat kat UMNO??? Bukan ke UMNO dah jaga hak orang melayu.. Kalau UMNO yang nak ditumbangkan, sape lagi yang nak perjuangkan nasib orang melayu??? Walaupun tempat aku takde UMNO, tapi sebab Perdana Menteri dari parti tersebut, aku tetap sokong..
* Cuba bayangkan kalau BN kalah teruk masa PRU-13.. Pembangkang akan naik, konfem PR lah.. Satu je soalan aku, sape akan jadi pemimpin??? Kalau pemimpin dari PKR sah sah Anwar, kalau pemimpin dari PAS tentu Nik Aziz tapi kalau pemimpin dari DAP???
* Ade orang cakap, harta dan wang ringgit tak bawa masuk kubur.. Tapi tapi tapi, kenapa berebutkan sangat pada 'wang rakyat'??? Kenapa sampai nak sokong bukan bangsa kita dan hentam balik bangsa sendiri.. Bukan mahu bersifat racist tapi kalau tengok sekarang, mulut je kata tak racist tapi tindak tanduk kita??? Tak perlu hipokrit lah.. Sedangkan sesetengah orang Semenanjung pun boleh kata orang Sarawak ketinggalan dok atas pokok.. Itu ape pulak ek??? Sama jugak macam racist..
*Ape ape pun, aku tak kata BN itu bagus sangat.. Dan aku tak katalah UMNO tu paling mulia.. Cuma ianya lebih baik dari PR.. Aku malas lah nak fikir pasal 'duit rakyat' tu sebab aku tak pernah bayar cukai pun.. Yang bayar bapak aku je.. Itu pun cukai pintu rumah.. Cukai pendapatan rasanya takde sebab gaji bapak aku tak besar mana dan sekarang pencen makan duit kerajaan kasi.. Itu sebab aku malas nak pertikaikan 'wang rakyat'.. Kalau nak cakap pasal cukai makan kat KFC tu, itu sebenarnya cukai yang dikenakan kepada syarikat tu.. Tapi syarikat tak nak tanggung dia bagi lah kat kita yang makan kat kedai dia.. Itu yang aku faham..
Kalau salah tolong betulkan.. Selagimana tak duduk merempat kat negara sendiri, aku dah cukup bersyukur dah sekarang..
Aku suka video ini..
"Tanya diri kau ape bakti kau pada negara, jangan tanya negara berbakti pada diri kau"
* Berita paling gembira--Bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam dan minimum RM500 akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini.. Bagi pesara kerajaan pula, mereka turut menerima RM500 untuk Aidilfitri yang bakal menjelma.. Nah, lagi nak kutuk kerajaan ka wahai kakitangan kerajaan??? Hairan betul aku.. Dah dapat ni senyap kejap, bila pembangkang cakap itu ini nanti, mulalah jadi tukang kipas.. Langsung tak reti bersyukur..